Pemberian kad perniagaan merupakan satu amalan dan sudah mula jadi adat dalam dunia perniagaan Malaysia. Walaupun tidak selumrah di luar negara, tiap-tiap kali kita jumpa rakan atau kenalan lama yang berniaga, kita bertukar-tukar kad terbaru.
Setelah pulohan tahun campur dengan orang biznes, ana dapat lihat macam-macam pe'el biznesmen atau lebih layak dipanggil saudagar-saudagar menjual sikat.
Sudah pasti saudagar-saudagar ini title mesti besar. Tak kira pejabat ada hanya 10 orang, tetapi jawatan kena bunyi gah untuk beri anggapan empunya kad ini mempunya kedudukkan untuk buat keputusan dan berbincang.
Masing-masing mengaku Chairman, Executive Chairman, Managing Director, Principal, President, dan macam-macam nama.
Yang jelas, ada trend yang kelihatan dalam biznes yang dijalankan.
Pada tahun-tahun 1990an, kegiatan syarikat bunyinya hebat-hebat. Ahli perniagaan kita terlibat dalam Engineering, Manufacturing, Precision Engineering, Construction, Logistic, Fund Management, dan lain-lain kegiatan ekonomi khusus.
Masuk pertengahan dekad 2000, kegiatan dalam name card berubah kepada General Trading, Consulting, Marketing, dan lain-lain. Ada yang terer bunyi biznes luar negara. Entah untung, entah tidak.
Masuk tahun 2009, banyak pulak kegiatan pada name card bertulis General Business. Kira semua boleh - bela kambing hingga jual enjin Airbus A380 termasuk Airbus itu sekali.
Wow! Asal jangan bersaing dengan ana jual orang dan jual unta
Pak Husin, designation jer tak cukup. Kena ada kat belakang tu BSc(Eng.) ke MSc(Business) ke... dan mungkin siap IR kat depan nama. Kalu yg Dato' ke Dato' Seri ke mesti ada D.P.S.M., D.... apa2 aja. Betul tak betul bukan orang nak check sangat. Tapi first impression tu penting.
BalasPadamNama mesti ada bunyi holding. Bawah holding banyak company.
BalasPadamSau ... dagar kaki temberang
Betul tu Sin..
BalasPadamapa apa yang boleh meniaga, janji ada untung, apa apa dimeniagakan..tara salah ma.
Salam.
BalasPadamHusin Lempoyang Saudagar Ternama,
Berniaga unta jantan, betina;
Sungguh pandai berkata-kata,
Kiri dan kanan dia pekena.
Husin Lempoyang saudagar lawak,
Dia menulis kita tergelak;
Sesak nafas terbahak-bahak,
Cerita Husin sangatlah banyak.
Husin Lempoyang saudagar unta,
Banyak maklumat banyak cerita;
Yang mana betul yang mana auta,
Saya tak peduli asal gembira.
Husin Lempoyang saudagar besar,
Teruslah menulis hilangkan gusar;
Duduk di Malaya kena banyak sabar,
Sebab pemimpin kita kaki putar.
Saudagar minyak urat
TUAN HUSIN .ANA PUN CEO JUGAK ADA SYARIKAT FILEM LAGI. NI ANA ADA SATU PROPOSAL ANA NAK BUAT FILEM REMPIT KU REMPIT MU JUA.PELAKUN NYA ANA DAH ADA. ADA IR, ADA, DOKTOR, ADA YB, ADA KOMUNIS DAN SAMSENG 2.CERITA DIA GANAS ADA LETUP LETUP ,MAKI HAMUN TOLAK TOLAK .LOKASI BAWAH POKOK JER SAVE BUDGET TAPI KALAU ADA YANG SPONSOR BOLEH LAH SEWA DEWAN UNDANGAN NEGERI KALAU BOLEH NAK YANG DIPERAKLAH.CERITANYA BERKISAR TENTANG MAT REMPIT YANG HILANG MOTOR .MOTOR TU PULAK DIA BARU PAKAI 20 JAM TU YANG DIA MENGAMUK SAKAN TU. KALAU ADA SAPE2 YANG NAK JOINT BOLEHLAH HANTAR PROPOSAL KAT GUA.
BalasPadamKerjaya pilihan masa kini ialah Peguam...kalah menang dapat duit. Kalau nak famous pun peguam jugak bolehbagi pendapat sana sini sebelum hakim buat keputusan. Boleh bertanding pilihanraya lagi siap boleh tuduh orang bunuh orang. Kena saman dia kumpul semua peguam anak beranak kaum sama untuk bela dia....Untung wooo jadi peguam, naik kerusi roda sebab tak boleh jalan masih boleh jadi peguam, kalau jadi guru lama dah kena tendang keluar...
BalasPadamso...jadilah peguam...loyer kedai kopi ok gak kut...
ada akaika?
keh keh keh...itu lawyer atas kerusi roda byk pencen tu..kaya raya tu...tu yg dia boleh tipu org tu sana sini..ambik tanah org yg pajakkan sebab nak jamin anakberanak depa masuk lokap..kena tipu idup2..
BalasPadamSatu lagi ciri yang jadi trend dalam kad perniagaan sekarang ialah alamat emel dan laman web. Tapi banyak tu yang kalau kita pergi ke http:// nya, cuma dapat halaman entah apa-apa. Silap haribulan, dapat gambar Eli Bukit (Te)Lanjan(g). Agaknya saudagar sedemikian pun tak faham apa ke jadahnya http:// tu, main taruk, janji ada, sebab orang lain kata kena ada.
BalasPadamsalam..
BalasPadamhehehe....Sin...memang geliga otak kau sin...
siap jual enjin n airbus sekali....hehe...
perak dah nak besarkan airport....
TQ
pakteh
Business Consultant
hehehe......
Sin, sapa yg buat bisnes jual kambing sampai jual airbus tu...?
BalasPadamKalau bisnes kad tu nak cover semua bisnes dan semua pelanggan kena letak tagline 'your problem is my business'.
Sin,
BalasPadamDi dinding tandas awam terutamanya dalam jamban pun ada jugak yang letak " Business Card " untuk jalan bisnes . Brader nuar mesti berminat untuk berurusan dengan puak - puak itu .
Biasalah Tuan Husin. Bukak syarikat RM2 sahaja. Lepas tu letaklah apa "tile" Mak Nenek sekalipun. Syok sendirilah katakan.
BalasPadamsin..
BalasPadamaku tak sure betol atau tak lah..tapi company aku mmg enterprise aje..tambah Resources kat belakang..
pagi jual sayuran, tghari kejar tender buat bangunan, petang kutip telor ayam, malam jadi pesuruhjaya sumpah siap sain kat kedai kopi lagik..opis takyah sekarang sume mobile aje..
tapi bisnes enjin tu aku tak berani lagik..lagipun kat kementerian kewangan aku tak sure nak reg item ape...kalau bisness urut tuh adalah ssket urut daun pisang jual kat peniaga nasi lemak..
ko punya bisnes jual unta tuh sin satu bonggol ke dua bonggol??
Malaysia boleh
dalam keadaan ini,yang akan sentiasa untung ialah saudagar yang bikin itu bisnes kad..
BalasPadamNak lg best..korang pegi la lepak kat grand season hotel..tak pun vistana..kat situ mcm2 chairman & president korang leh jumpa..tp suma jalan kaki..ngeh ngeh ngeh..
BalasPadamSetahun demi setahun business dasyat2 tinggal hanya general buniess.
BalasPadamIni Dolah punya hal sampai ranap ekonomi.
Salam Saudagar Unta!
BalasPadamAna dengar politik NS bergolak semula berikutan cerita tuan baru ni pasal MBNS letak jawatan!
Khabarnya MB mahu kafankan musuh Umno dia sebelum dia sendiri dikuburkan.
Ish ish ish Mat Hasan, apo yang ekau buek ni sampai den dongar Najib marah-marah sobab masalah negaro lain banyak tp ekau nak hancurkan nogori pulak.
Tuan saudagar cobalah risik2 ya...
LABU LABI