Selasa, Jun 30, 2009

Buat Sekarang, Usah Tangguh


Ana lalu hadapan Mahkamah di Jalan Duta tempoh hari. Hairan melihat slogan Buat Kerja ditampal pada beberapa tiang besar-besar. Punya ratusan juta dibelanja untuk bina bangunan Mahkamah yang cantik. Sayang slogan itu mencacatkan kecantikan wajah bangunan.

Apakah tujuan slogan itu? Adakah ini bermakna ada masaalah pekerja dan pegawai Mahkamah (yang termasuk peguan-peguam) tidak buat kerja? Adakah dengan slogan ini akan jadikan mereka supaya mula buat kerja? Kalau mahu memberi semangat mereka untuk kerja dengan lebih bersungguh-sungguh, tidak adakah slogan yang lebih baik?

Kalau difikirkan baik-baik, yang jadikan Mahkamah tak buat kerja adalah hakim benarkan tangguh-tangguh yang tidak perlu.

Nazri baru saja kembali sebagai Menteri JPM menjaga hal-hal mahkamah. Sebelum ini Zaid Ibrahim sekejap. Mungkin sekali masa itu Zaid Ibrahim mahukan Buat Kerja dan jangan tangguh kerja. Pasti dia mahu ada kes tidak ditangguh-tangguhkan juga. Eh ... sedap juga bunyi slogan Jangan Tangguh Kerja atau Elak Tangguh Kerja.

Buat Sekarang, Usah Tangguh. Ini lagi sedap. Cuma panjang sedikit.

19 ulasan:

  1. Nama Tanpa11:45 PG

    Ada kata julai 8hb akan ditangguhkan.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama11:53 PG

    Lebih sesuai slogan pasal menegakkan keadilan.

    Dah nampak macam nak kenakan anwar dan nizar.

    Wak Taslim
    Parit Diponogoro, Muar

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama12:05 PTG

    Apa ada dengan slogan. Tak perlu ada slogan. Dah tanggung jawab. Buat je kerja sebab setiap hujung bulan "without fail" pergi ke mana2 ATM, cucuk kad, pasti duit keluar.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama12:06 PTG

    Apa ada dengan slogan. Tak perlu ada slogan. Dah tanggung jawab. Buat je kerja sebab setiap hujung bulan "without fail" pergi ke mana2 ATM, cucuk kad, pasti duit keluar.

    BalasPadam
  5. Buyong2:48 PTG

    Slogan paling bodoh pernah dilihat.

    Orang kita terutama yang berkerja dengan kerajaan suka sangat tampal poster diserata ceruk bangunan.

    Bua tmacam rumah mak bapak dia pulak.

    Tak ada class langsung. Cacatkan nilai estetik bangunan saja.

    Ni belum lagi masuk dalam office dia orang. Bunga plastik dan bakul2 dia sekali berterabur di laluan2 dan lobi2 pejabat. Memang buat macam rumah mak bapak dia masa sambut hari raya. Kampung betul le...

    BalasPadam
  6. wavedancer3:50 PTG

    Slogan itu adalah petikan dari syarahan Tun Hamid Mohamed bekas Ketua Hakim Negara semasa perlantikan beliau sebagai KHN. Kaki-kaki bodek terus buat slogan sedangkan mesej itu ditujukan kepada mereka. Sungguh mengjengkelkan.About time the stupid slogan is removed.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama4:36 PTG

    Abe Husin,

    Aku kecil hati kat Buyong berkata. Aku nih kan ke civil servant. Aku boleh Second Class Upper dari USIM. Mu Buyong sebab tuh mu takleh join PTD sebab mu dapat General Degree in Malay Study je kat UM. Sebab tuh mu layak jadi HR executive kat Kilang Sing Pat Plastic Sdn Bhd.

    Nik Maznah Nik Abdoh

    BalasPadam
  8. bendera merah5:21 PTG

    lu brader ...memang sempoi.. ;)

    BalasPadam
  9. bersihkan...bersihkan. tak yah nak slogan2, tmapal2 lak tu dah macam along...

    BalasPadam
  10. Local Fighter8:42 PG

    Buyong tu jeles sbb tak dpt join gomen..tu yg meroyan macam tu! hehe..

    Sin,
    Aku faham maksud artikel ko ni. Aku pun naik heran, tak pernah berlaku dlm sejarah Malaysia moden, ada kes mahkamah yg boleh ditangguh2 walaupun dah tetapkan tarikh bicara mcm kes liwat AnuWar ni..

    Hakim mahkamah tu pun dunggu, makin ditangguh makin tinggi le kos yg akan ditanggung.

    Ada ker pernah berlaku defendan nak bukti ASAL daripada mahkamah? Kalo mcm tu senang le, pengedar2 dadah tu mintak dadah yg kne rampas untuk cam sebagai barang bukti kes. Pastu ganti ngn tepung/glukos ker sblm bagi blk kat mahkamah.

    Kadang-kadang macam bendul juga sistem perundangan negara kita ni. Penjenayah yang dituduh boleh buat apa saja macam mahkamah tu tandas umah dia.

    Sikap tangguh2 ni lah yang menyebabkan byk kes mahkamah 10 tahun pun tak settle..

    BalasPadam
  11. bendera merah9:57 PG

    http://merahsilu.blogspot.com/2008/05/masjid-mata-lawan-mahkamah-mata-siapa.html .. bro ini link untuk buat skrg , usah tangguh...hahahaaa

    BalasPadam
  12. Mat Nisfu,

    Sapa2 yg pertama kali jejaki Kompleks Mahkamah KL akan berkata, "selama ni kakitangan mahkamah tak buat kerja ke ".

    Khabarnya sejak, Tun Zaki jadi CJ, 99.99 % kakitangan mahkamah menyampah dgnnya. Dari hakim - hakim kanan sampai org bawahan memang bengang abis dgn org tua tak sedar diri ni.

    Tun Zaki ni lahir dalam dulang emas.Baru dilantik jadi Hakim Mahkamah Persekutuan, tup - tup jadi CJ pula. Macamana hakim - Hakim senior lain tak bengang .Lepas tu keluar mcm2 arahan gila kepada semua kakitangan mahkamah. Sanggup dia cakap kat hakim - hakim dan pegawai-pegawainya " kalau tak perform, boleh resign . Amboi senangnya nak tutup periuk nasi orang.

    Hairan , haira. Org yang pernah bakar surat nikah boleh jadi CJ. Memang betoi la bekas lawyer ni mengampu Pak Lah sampai boleh jadi CJ.

    BalasPadam
  13. betui la tu. kes anwar ni jangan tangguh, buat skarang!

    BalasPadam
  14. tabtibau1:05 PTG

    mahkamah kat putrajaya pun pakai slogan tu jugak hehehehe mcm tak berapa cerdik je kan? padahal yg keja kat dalam tu suma bijak pandai. tapi biar lantaklah. rupa2nya dioarang sedar yg selama ni tak buat keja. pejabat tu dah ikut musim. kalau musim buah, penuuuuuuuuh dgn buah. musim raya penuuuuuuuh ngan kuih raya. kita yg nk berurusan kat kaunter ni tengok je diorang dok kupas rambutan. sorang pun tak tanya kita nk apa....skang....BUAT KERJA....hehehe

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama1:51 PTG

    latifhashim,

    aku tak terkejut hang kata 99.9% pekerja court tak sukakan Zaki azmi. zaki ni depan kamera saja nampak senyum kambing. personaliti dia sebenaqnya...syaitan pun kalah denagn dia. perenguih, tak sabar, bongkak..dan lain lain. Pasai dia jadi lawyer UMNO dulu saja..pasai tu dia dilantik jadi ketua hakim negara.
    Orang kerjaan ni tentang esthetik..depa memang hancus..bunga plastk jadi kegemaran menghiaskan pejabat. habuk kat bunga berinci-inci dek bertahun tahun tak cuci. Dan lagi satu suka bubuh slogan sana sini. Ini termasuklah PTD PTD sekali. setakat degree 2nd upper dari Universiti kangkung, toksah bangga.

    Sri Hartamas

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama4:17 PTG

    bangunan ofis cantik2 tp dicacatkan dengan benda2 bodoh mcmtu. memang hancus bab nilai2 estetika ni. baru2 ni tmpt aku keje gomen ada sewa buat program. habis suma tiang2 pintu2 nak dibubuhnya bunga. aku tgk tmpt keje aku dah lain rupa dia. nmpk semak. tak kontemporari. skrg ni design yg simple, minimize dan elegent.

    -mahmoode-
    lembah perdana

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama11:49 PTG

    Yang arahkan buat banner "buat kerja" tu kan zaid ibrahim... dia memang bodo... lepas tu dok tayang muka kat pkr pulak... pkr pun ambik... tak ke bodo namanya pkr... ambil manusia kejadah yang tak reti buat kerja...

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama1:41 PTG

    mahkamah kat seremban 2 punye banner "buat kerja" dah burok yang amat sampai berkudis..wat buruk mahkamah bentuk minangkabau..huhu


    -reda

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama9:54 PTG

    [url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
    [b]best software to buy, [url=http://firgonbares.net/]3 Design Premium Mac[/url]
    [url=http://firgonbares.net/][/url] do illustrator vectors open in coreldraw software discount software review
    selling software online [url=http://firgonbares.net/]office software for linux[/url] cheapest software anyware
    [url=http://firgonbares.net/]Advanced Mac Retail Price[/url] city software store
    [url=http://firgonbares.net/]download free trial adobe photoshop cs4[/url] minimal price software
    microsoft office 2003 basic [url=http://firgonbares.net/]filemaker pro tab layouts[/b]

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.