Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Dari tanah kau datang, kepada tanah kamu akan kembali.
Haji diumumkan pulang ke rahmatullah malam. Sepanjang hidup Haji, dia aktif dan merupakan pemimpin politik PAS yang memperjuangkan gagasan daulah Islamiah.
Nasib dia meninggal semasa dah pencen. Kalau tidak, satu lagi pilihanraya kecil Muhyiddin kena ketuai.
Mayat Haji dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan. Sempat anak-anak, saudara mara dan sahabat seperjuangan menghantar mayatnya ke kubur untuk dikebumikan. Selesai dikebumikan, orang ramai pulang.
Maka datanglah malaikat mungkar nakir untuk memulakan temuduga. "Marobbuka," kata Mungkar Nakir. "Siapa tuhan kamu?"
Haji jawab dengan tenang, "Allah tuhan ku."
Kalau ikut penerangan ulamak, roh yang menjawab.
Mungkar Nakir tanya soalan kedua, "Apa Agama kamu?"
Roh Haji menjawab tanpa ada tersekat-sekat, "Islam ugama ku."
"Siapa Nabi kamu?"
"Muhammad," jawab Haji.
Ditanya, "Apa Kitab kamu?"
Mudah lagi dijawab, "Quran kitab ku."
Mungkar Nakir tanya, "Di mana kiblat kamu?"
Haji jawab, "Mekah, kiblat ku."
Soalan terakhir dan Haji sudah pasti lepas dari seksa kubur. Mungkar Nakir bertanya, "Siapa Saudara anda?"
Alamak dah mati pun ada soalan politik. Kena jawab benar. Anggota kita tak dapat tipu. Dengan agak teragak-agak Haji menjawab, "Uhhh ... DAP dan PKR."
Dengan suara yang kuat bagaikan halilintar, Mungkar Nakir menjerit, "Kenapa DAP dan PKR????!!!!!
"Kamu sepatutnya bersaudara dengan orang Islam. Sebagai pemimpin Islam, kamu sepatutnya menyatu padukan umat Allah di muka bumi. Salah kamu memecah belah, menipu menuduh, dan tidak membela saudara kamu!!!"
Haji menjawab dengan suara yang bertambah halus tergetar-getar dari ketakutan, "SSS ...ssaya nak satukan baba .. balik tetete ... tetapi Nik Ajis tttak ... tak tak ... tak bagi ..."
Mungkar Nakir rasa hairan. "Ohhhh ... gitu."
Terjemahan dari Kitab Islam Hadari...karangan Husin Lempoyang.
BalasPadamTajaan Ameno.
Dah habis gas ke Tuan Husin. Cerita mungkar nakir pun nak buat satira ke?
BalasPadamPi cuti sat cari ilham baru.
Rascal
Abe Usin,
BalasPadamDemo berguru dengan sapo?
Nik Nash
Pasir Puteh
Kelantan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamPak Hussin,
BalasPadamYang makancili, peh... mengliat.. pedah wey!!
X pe Pak Hussin. Masih ramai diantara kita yang kononya berpaut pada cara hidup Islam kat Malaysia ni masih gagal menganalisa kekalutan yang berlaku di Iraq. Bagi saya Allah tak menjadikan sesuatu itu (terutama apa yang berlaku diantara Sunni dan Syiah) adalah sia-sia. Yang penting kita tak terperangkap dengan syaitan Al Jubri. Semoga Allah menjadikan kita dan keturunan didalam golongan yang redha dan berFIKIR.
Ulamak dulu dulu suruh buat baik sesama Islam tapi UlarMak sekarang suruh benci sesama Islam
BalasPadamSinis sungguh Sin. Terasa cabai lekat tang lelangit. Sesapolah yang ngaso tu.
BalasPadamNak pendekkan cerita, it is a matter either both parties have the political will to set aside their strengths and weaknesses and their political differences for the sake of Malay unity. If they are not prepared to compromise then sampai pagi ayam berkokok pun hasilnya tak kemana. It is a waste of time and unproductive. Syok sendiri sahaja!!
BalasPadamSemuanya berkisar kepada nafsu nafsi. Umat Melayu terutama pemimpinnya tidak kuat iman mereka kerana iblis dan setan sentiasa membisik ditelinga mereka supaya berbecah belah. Selagi umat Melayu tidak menghayati seruan Allah untuk merapatkan tali sillahturahim selagi itulah Melayu tidak akan dapat bersatu dan lemah longlai.
Orang Melayu sudah sebati dengan perangai hasat dengki, cemburu, iri hati, sakit hati , dendam mendendam, fitnah memfitnah dll. Semuanya ini adalah sifat negatif yang ada pada orang Melayu. Semuanya adalah sifat yang dikeji dan dilaknat Allah. Tapi orang Melayu masih BODOH SOMBONG (arrogant).
Akhirnya orang Melayu tidak akan berjaya dan mendapat hidayah dari Allah untuk menempoh hidup yang diredhai oleh Allah.Orang Melayu akan terus hidup terombang ambing tanpa hala tuju dan pedoman. Mereka sentiasa hidup daif dan dalam kegelapan. Itu lah umat Melayu dulu, kini dan selamanya !! Kesian !!!!
sakariya_akop
BalasPadamKalau baru masuk blog sini, jgn buat komen bodoh. Husin mana setuju dgn islam hadhari?
Ini mesti lebai bahahlul PAS tak tahu apa apa2 dan duduk bawah tempurung.
takuk puak pas denge sitara husin.
BalasPadamhaji hadi ada jawape. doso dulu lepah. ado niak nak satu ke ummah.
lepah sekso kubo.
guono nik ajis, husa mase, dll ... mu saloh jawak, ghaso seksa kubur.
dok maksom nik ajis. dio kuak bohong. tok serupo oghe alim.
Wok Derame
Palekbe
pak usin citer lah fasal kain kapan lak...kenapa org pas minta dikapankan guna kain putih buruk...hehehe sebab nak tipu nunkar nangkir.bila dtg malaikat tu c mati puak2 pas kata..nunkar nangkir aku ni dah mati lama tak cayer ko tengoklah kain kapan aku..dah buruk n koyak rabak...hehehe...
BalasPadamSum mun buk mun um yun fahum laa yar jiuun !!
BalasPadamtanda-tanda akhir zaman..apabila soal azab dan siksa kubur dijadikan bahan lelucon..
BalasPadamkita juga akan ke sana..PASTI..
Lelucon?
BalasPadamhmmm.....kalau dengaq dari pihak PAS, lagi banyak lulucon agama, cuma tak direkodkan macam udin buat.....
Senario itu akan berlaku, kalau tak dalam kubur pun, kemudian daripada itu. Siapa saudara kamu orang2 Pas? Siapa saudara kamu? Tak boleh kerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam? Dahsyatnya tuduhan. Semua orang UMNO kafir ke? Jangan riak dengan pakaian Islamik saja, jubah serban. Boleh pula bekerjasama dengan musuh Islam, DAP. Yang jelas anti Islam hingga mencabar, langkah mayat mereka dulu kalu nak tubuhkan negara Islam di Malaysia ni. Jadi, apakah matlamat perjuangan Islam Pas? Langsung tak sebut dalam perlembagaan Pas, mahupun dalam manifesto pilihanraya (kata Nizar la). Tapi UMNO meletakkan Islam sebagai asas perjuangan utama. Agama, Bangsa dan Tanahair (Alif Ba Ta).
BalasPadamJawa
BalasPadamPak Hussin cuba membawa orang orang yang rasa dirinya hampir kepada Allah, ke alam yang dia rasa dirinya lebih maklum. Yang jelas, Pak Hussin berjaya mencuri perhatian mereka mereka itu. Tetapi...sign... the best he/they/you could say ... mempersendakan soal azab.... alangkah baiknya kalau you boleh berfikir lebih setapak daripada itu!!
Kalau dah tahu dan yakin mati itu PASTI, kenapa tak terbuka minda untuk menganalisa tindakan ulama politik ni?
Nik Aziz dari PAS memang baik macam Pak Lah dari UMNO pun memang baik. Tapi kalau setakat baik, tetapi tidak membawa kebaikan kepada saudaranya, wajarkah dia dipertaruh atau mempertaruhkan diri untuk kesejahteraan saudara dan masyarakatnya. Macam orang cacat akal, memang dia baik dan tak ada dosa. Tapi bolehke kita pertaruhkan dia jadi pemimpin sebab dia baik?
Naya...naya!
BalasPadamsiapa saudara kamu? mic/mca/gerakan/sabah serawak....dll..yang tu tak nak tambah pulak yerr
BalasPadamsinis sekali sin. good satire. begitu menggugat. malangnya certain quarters tak boleh terima kenyataan.
BalasPadam[Kama >>>> teringat kata-kata bekas mufti perlis tentang mengislamkan politik vis-a-vis mempolitikkan islam]
saya fhm ape yg tersirat disini
BalasPadamsaya doakan encik blogger ni diberi petunjuk sihat sejahtera dan dilindungiNya moga juga selepas ini lebih ramai yg memahami - Amin.
Salam,
BalasPadamhahaha pedas-pedas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamnaya2 sape yang tekena...hehehe
BalasPadamSIN, MY MAN, INILAH CERITA YANG SANGAT MENUSUK KALBU! MUAHAHAHAHA, KEPADA YANG TAK BOLEH TERIMA TU, SATU JE AKU NAK CAKAP, KEBENARAN MEMANG PAHIT UNTUK DITELAN!
BalasPadamp/s: SATIRA INI LAGI BAIK DARI STATEMENT NIK AJIZ PASAL TUHAN PUN MENCARUT....HE HE HE
Hah orang PAS yang sememang nya bencikan UMNO sehinggakan tidak mahu berbincang sesama muslim....bagaimana kamu nak jawab soalan yang wajib di-jawab"siapakah saudara kamu?". Jawab jangan tak jawab lebai2 PAS semua!
BalasPadampas bahalol
simpati gak ngan PAS dapat presiden pondan
BalasPadamKita orang ISLAM di Malaysia marah bila orang Denmark melakarkan karikatur yang menggambarkan RASULALLAH SAW. Tunjuk perasaan, boikot dan berbagai lagi.
BalasPadamSekarang orang ISLAM Malaysia pula menggambarkan Malaikat mengikut sesuka hati. Ramai pula yang menyokong.
Lalu apa lagi? Agaknya orang Malaysia sebenarnya lebih pentingkan kuasa politik sehingga tidak lagi menghiraukan kuasa YANG MAHA BERKUASA.
Daghi puku 9 male sampa 3 pagi, 27 komen yang kebanyakke oghe pah. Taksub betu dema ni pertahe Tok Guru N.Ajis. Mace serupo tuhe N.Ajis.
BalasPadamDemo tokse jawab. Cumo tegur Husin buak lawok guno cerito Malaikat.
Oghe PAS hino maki dan tuduh oghe Isle UMNO. Mu tak belaja di pondok mu bahawo martabat manusia lebih tinggi dari malaikak?
Demo kato oghe UMNO peranga huduh cerca N.Ajis yang maksum. kenapa orang PAS ikut samo huduh cerca makhluk tuan yang lebih tinggi martabat dari malaikat????
N.Ajis bukan wali, bukan ulamak sebenar untuk dipuji dan disembah. Dio dah tuo pelupo, kuak bohong putarbelit, dan lalai hingga biarke Husam dan exco2 Kelante menyamun balak.
Tak here denge peranga taksub oghe Pah. Dema ni mengucap, solat, puaso, haji berniat denge N.Ajis dan bukan kerana Allah. Pasal dema wanusuki wamamati untuk N.Ajis. Sampa dok bule disoal dan tegur.
Mako bagi oghe yang sesat akidoh, martabat lebih hino dari binatang!!!
P/S Jenab Janda. mu come ko?
Aku tak setuju hang guna , issu malaikat ni sin , kerana ianya boleh dijadikan satu issu lain oleh orang PAS , Tapi aku suka kow tanya saudara saudaranya tu .
BalasPadamOrang UMNO tak kata pun mic/mca/gerakan/sabah serawak tu saudara , kita kata mereka rakyat malaysia je , meka tak faham ke ? Kalau dah Fanatik tu fanatik juga ...... Tak leh nak ubah lagi dah jumud ....
Merrybj
Saudagar Unta Tuan Husin Lempoyang
BalasPadamKami adalah kumpulan pancaragam, The Unspinners.
Kami dendangkan lagu-lagu kebenaran dan merungkai pembohongan dan putarbelit.
Sila mampir untuk mendengar lagu-lagu dari album terbaru kami seperti:
1. KY Jelly boleh hilangkan kesan tetapi ...
2. Mahaliwat Desperado nak tangguh kes
3. Mubahalah tak mau, Mahkamah pun tak mau
Mohon pautan di blog Tuan.
Terima kaseyyyyy ...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamhusin
BalasPadambagus satira ni
Tanda tanda akhir zaman apabila umat islam bersekutu dan sembah yakjuj dan makjuj (yahudi boleh, komunis boleh, kafir pun boleh).
jawa ponorogo
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam“Wahai malaikat mungkar nakir”.
BalasPadamDengan terketar ketar, terkencing teberak berak. Hadi pun memohon diteranfer kakubur cina.
Dengan marah mungkar nakir mengherdek.
“KAMUUUUUUU tahu cakap mandarin tak”?
“ Tiiiiiiiidakkkkkkk” sambil terkenang nuar aljubur, dalam hatinya kamana agaknya sijubur ini mati nanti.
Tahu tahulah kesudahannya nasib Hadi yang samasa hidup dengan menipu bangsa dan ugamanya. Lebeh dahsat dari kaum yahudi yang sentiasa tolong satu sama lain dikalangan mereka.
Hakikatnya...
BalasPadamTiada siapa yang mahu membela orang Islam lagi.
Rasa sayang kepada saudara sesama Islam itu sudah tiada dalam hati pengikut PAS. Di hitami dengan perasaan benci terhadap UMNO akibat bersekongkol dengan orang kafir yang anti Melayu dan Islam.
Hakikat hadis nabi umat Islam ramai macam buih dilautan, lalu tahi terapung setongkol habis buih-buih berpecah ketepi.
Sekarang demi kuasa Melayu dan Islam sudah tidak seerti lagi. Melayu = UMNO, Islam = PAS. Sedangkan dari asalnya Melayu mesti Islam supaya Melayu itu selamat dunia dan akhirat.
PAS sekarang menggadaikan bangsa demi kuasa sedangkan Islam itu sendiri sudah terhakis dari jiwa PAS. Pemimpin sudah dijadikan Taghut sehingga rakyat Malaysia gantung gambar Agung kerana hormat tetapi PAS tengok gambar Nik Aziz boleh dapat pahala.
Kat kubur nanti jawablah sendiri siapa Nabi kamu (Muhammad atau Nik Azis) dan siapa saudara kamu (Rosmah atau Eli Wong).
Kopiah dikepala sudah umpama topi baseball cap yang bebudak muda pakai sekarang ini. Itu pun tak sadar diri lagi.
Tok Me Pelir Besar,
BalasPadamBila ambo dengar je namo demo, ambo dah mengeletar, tuh belum lagi tengok orhe nyo dan benda nyo.
Nik Rahmah
UMNO tidak bersaudara dengan MCA, MIC, Gerakan ... Mereka dipanggil kafir juga. Kafir Zimmi.
BalasPadamPAS bersaudara dengan Kafir Harbi DAP dan Munafik Yahudi PKR.
Ana tau ... ini isu panas. Tapi ingat ye itu sapa2 komen tanpa nama.
BalasPadamTak kiro mu parti Demokrat atau Republikan ...
Tanpa Nama atau Tanpa Nama Samaran ... ana buang itu komen. Kasi masuk penjara 10 tahun kerja berat!!!!
Kena cakap stail P Ramlee baru seronok.
.. bestnya mempersenda. Dua2 puak sama ja Sin, periuk kata belanga hitam. Sampai bila pun tak selesai. Yang parahnya orang Melayu kita ni.
BalasPadamMacam mana N.Ajis nak jawab pada Mungkar Nakir?
BalasPadamHusam ada Kickdefella boleh tolong spin ... embek embek embek
beb, u pun bayangkan soalan untuk u dalam kubur nanti, yer !
BalasPadamgelap beb, dalam tu, u sorang jer, apa nak jawab nnt, beb ?
asalamualaikum.
Anon 11.14,
BalasPadamGelap ker dalam tu..??
aku dengor kabo berita, kalau bawak bendera bulan...terang benderang wo!!
hahhahhaa...
BalasPadampanas sin..panas sungguh pecacai PAS nie..
dari 43 ulasan yg diberikan..70% yg mempertahankan Nik Ajis yg maksum..
apa lah depa nie..
dah terang2 si Nik Ajis, Hadi, Husam dll..yg memutar belitkan fakta..but..tetiba..org lain lak yg kene..
dah ler tu..bersaudara ngan DAP ngan PKR yg secara terangan menolak penubuhan Islamic state edisi PAS..
skang ni..lagi tak tentu arah lah pencacai2 PAS nie nak mempertahankan pemimpin2 maksum depa nie..
tu lah..kalu dah terlalu fanatik ngan seseorang..cam nie lah jadi nyer..
bukan nak memahamkan apa yg tersurat serta tersirat..
lagipon..segala dewa dalam pembangkang ada kan..yg bule memberikan pertolongan kepada mereka bile depa mengadap Yang Maha Esa nanti..
bravo Sin..panas bontot org PAS nie..lagi panas kalu Anuar ada..
hahahahhhhahaaaa..
assalamualaikum...
BalasPadamsin..mana yang tegur dengan berhemah tu, anta terima lah. mana yg tegur maki-maki tu, anta abaikan je sin. ana sokong cara penulisan anta. menghiburkan dan ada pengajaran. tp bab akidah, nk kena hati2 sket sin. parti apa pun kita..akidah nak kena jaga. pas ke umno ke sosialis ke...akidah kita tetap satu selagi beragama islam. ana sayangkan anta sebagai saudara ana sin.
n.ajis dulu kata sokong pas masuk syurga.
BalasPadamitu salah dari segi akidah. hok allah saja untuk kurnia syurgah. nabi pun bukan. tapi n.ajis boleh tentukan.
hadi dulu kafirkan orang umno. dia tuhan ke boleh kafirkan orang yang terang2 islam? taukah dia baca hati orang utk tentukan apa terkandung dlm iman seseorang?
mana dia negara islam masa n.ajis dan hadi perintah. yang tentang negara islam dulu zaid ibrahim ...
nyanyilah pas
Orang pakai serban kena tanye jugok di Mukar & Nakir ke?
BalasPadamMRSM Kalae Chepo 66/73
hahahahhaaa...
BalasPadamskang nie..zaid ibrahim dah jadi kawan sebantal, sekatil ngan depa..
tak bule nak kata apa dah pasal Islamic State edisi PAS nie..si Nizar Selembu pon dah kata.."tak dak Islamic State tu.." sambil menjeling pada kawan karib dia..si Negh ngan si Nga tu..
depa kata bule..tak salah..tak rosak akidah..but bile terkene batang hidung depa sendiri..mengelabah puyoh depa nie..
udah2 ler org2 PAS..pemimpin2 kamu tu sebenarnya nak me'lembu'kan korang jer..tu pasal lah jadi haru biru skang nie..
hahahhahaa..
depa mana ada soal kubur....
BalasPadamdah di jamin syurga la sin.... ekau niiii......
Aku dah komen dalam KEPAL NASI KEPAL BERAS.... DATOK KK
"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali" ali imran 28
Pilih yang mana terbaik dan tidak hipokrit dengan Allah antara politik kopiah bersarban putih yang ada tongkat sakti atau politik songkok hitam yang ada keris sakti.
BalasPadamTongkat sakti boleh jadi ular bisa apabila dibawa ke dalam kubur!
Keris sakti boleh terbang dan boleh juga makan diri sendiri!
Fikir-fikirkan lah !!
Sin,
BalasPadamAku malas nak layan ko ni..tapi ko ni betul2 melampau..
Benda2 ni ko buat main! apa la ko ni sin..otak, akal ko letak kat mane? aku rasa jiwa ko tak tenang sin...
Sin,,ngucap tau tak?..Rukun iman ada berapa?...eh! bukan rukun negara la mangkok!!
antiDRM
BalasPadamko pun melampau. ada ke nama samaran macam gitu. tak hormnat org tua.
biadap punya budak.
Kepada AntidrM,
BalasPadamHusin hanya ingin mengingatkan supaya mereka yang mengaku umat Islam supaya jangan trrlalu terikut ikut rentak orang kafir. Lihat juga peringatan dari wanbaki tentang firman Allah dalam Al Quran ayat 28 surah Al Imran yang melarang umat Islam menjadi orang kafir sebagai sahabat rapat dengan mengenepikan saudara Islam nya.
Janganlah AntidrM terlalu taksub dengan pemimpin PAS yang mengetepikan ajaran Al Quran.
Tu benda tak sahih le sin..Pandangan orang umno je..Yang sahih yg akan ditanya oleh mungkar nakir dialam kubur kepada Najib nanti adalah "sebagai orang islam yang menjadi ketua negara islam,kenapa tak melaksanakan undang2 islam"..Kenapa dibiarkan isterimu tak menutup aurat..Dengan terketar dia menjawab,aku takut sahabatku samy vellu,soo kun dan orang orangnya tak mahu mengundi dacing lagi..Hehe..aku pun bleh gak buat lawak..Tapi aku takut akan alam kubur,cukupke bekalan untuk kita berjumpa dengan Allah swt nanti..
BalasPadamAduhhhh....sadis nyaa...sape yang makan cili terasa pedasnya..kalau sibangang tu tak faham bahasa kiasan yang husin paparkan memang laa bangang..
BalasPadamtu husin belum tambah lagik kapan pun pakai bendera lambang bulan..dan payung kekubur pun lambang yang sama..tinggal tak bawak gambar nik ajis sajee
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamDam aji
BalasPadamKenalah Najib jawab.
Pasti Mungkar Nakir akan tanya pada exco2 kelantan kenapa asyik tebang balak sampai kelantan jadi botak?
Dah 20 tahun hasil kelantan hanya eksais balak.
Bab ambik kontrak balak, exco2 hadapi di padang mahsyar pula ... huhuhu
Pam ajah..
BalasPadamTuduhan kosong tanpa bukti pun akan dipersoalkan di masyar kelak..
Dari mana dengar?Ada pernah gi kelantan?Datang le aku belanja makan nasi kerabu..,hehe..Kenapa Datuk Nozula tarik balik tuduhan seleweng balak dan minta maaf ngan exco datuk Husam.Balak hak negeri dan ianya tak haram dijual.Hutan menebal kat kelantan kalo nk dibandingkan dgn Selangor dibawah BN dulu.Dah botak nak cari pokok pun payah nanti kalo dibiarkan..huhu..Mat nyapu tu pun belum lagi di masyar dah kena soal atas dunia lagi..
Kita buat kuiz sikit, antara ahli PAS dan UMNO, rasa-rasanya parti mana yang:-
BalasPadam1. lebih ramai tak solat
2. lebih ramai minum arak
3. lebih ramai main judi
4. lebih ramai makan suap
soalan akademik ni, bukan gimik politik. Jadi yang mana lebih ramai sengsara dalam kubur?
Rascal
hahahhaaaa...
BalasPadamorg PAS dah terumbang ambing..dah nak sumbing dah..mempertahankan pemimpin2 yg depa pikir maksum..tak dak dosa...
org PAS nie..tak dak fakta langsung nak defend pemimpin2 depa nie..but..still mengagahkan diri sendiri..yg tak ler gagah tu..(melainkan seekor lembu PAS yg baring atas jalan kat Kuala Kangsar ari tu)..
dah terangan..pemimpin2 depa nie mengarut..still gak nak memenangkan pemimpin kesayangan depa tu..
kekadang..Pak Su pikir..masa depa pi ceramah PAS tu..pemimpin2 depa tu bagi makan nasik kangkang baik punya kat depa tu..sampai dah tau..bender yg pemimpin2 depa tu buat salah..
heran sungguh la Pak Su..kesian pon ada gak..dah ler kene bagi makan nasik kangkang..kene sondol lak tu ngan si Anuar tu..sampai..terketaq2 si Hadi..tak terkata apa2 langsung..
elok gak lah..si Husin buat cerita nie..biaq pi org2 PAS baca..pahamkan yg tersirat..but kalu tak paham gak..memang ler depan nie dah buta hati..kena nasik kangkang si Anuar, si Nik Ajis, si Hadi, si Zaid Ibrahim, si Nizar Selembu..
tu belum masuk lagi team komunis DAP tu..dan hero Tamil dalam DAP & PKR tu..
kene kencing manjang ler hampa sumer nie..
hahahahhhahaaaa..
Paksu Halim..ingat dialog cerita p.ramli tak..Kenapa gila sebelum ditakdirkan..ha,tu sesuai utk pak su..kahkahkah..
BalasPadamRascal, jawapannya PAS. Kalau kau kata bukan, aku minta ko buktikan secara statistik.
BalasPadamCik siti aurora,
BalasPadamx perlu statistik, ini cuma jawapan 'rasa-rasanya'(perspektif) berlandaskan empat perkara yg jelas dosanya tu je.
Rascal
Muahahahaha..
BalasPadamalahai Rascal
Kitab mana nko belajar
jatuhkan hukum dan buat tuduhan guna "rasa-rasa".
Yang aku tahu ler...
ramai yang buat gitu dari golongan PIS dan PKR jua.
Kitab merah jambu abu nawas.
BalasPadamRascal
hahhahhaa..
BalasPadamPakSu Pelupa..
tu utk org2 PAS dan segala bentuk setan yg bersekongkol ngan depa..
dan setan2 tu pulak..bule makan sepinggang..minum secawan..tidor sebantal..main sekatil..
apa yg haram bagi kita..depa halalkan..janji..pi jumpaq Pok Nik Ajis..sumer bule dihalalkan..
dah Pok Nik Ajis tu..dah jadi topekong bagi depa..
hahahahhaaaa...
hahahaha..hahahaha..hahahaha..
BalasPadam( if you can't sing, you dance, if you can't dance, you laugh )
hahahaha..hahaha...
Rascal
hahahaha..hahahaha..hahahaha..
BalasPadam( if you can't sing, you dance, if you can't dance, you laugh )
hahahaha..hahaha...
Rascal
Rascal 9:59
BalasPadamSusah kami nak jawab soaln2 cupu mas anda.
Saya ada dengaq tok lebai pas mengajar di surau. Dia kata di syurga boleh buat apa kita mau.
Dapat pompuan yang sentiasa dara lepas guna. Ayer anggur yang lazat. Semua kehendak dapat macam orang makan suap dan menang judi.
Keliru aku. Rupanya tok lebai pas ni teringin juga nak berjudi, berzina, berasuah, dan minum arak.
Bersih kah hati mereka????
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadammaksud tok lebai ajar tu..sabarlah dgn godaan nafsu di dunia ni. Apa yg nikmat di dunia ni, ada juga di syurga malah lebih lagi dgn nisbah setitik air berbanding seluas lautan.
BalasPadamRascal
Hebat jawapan kamu, rascal. Anak aku kindergarten pun kasi jawapan sama.
BalasPadamThe Unspinners
BalasPadamIlmu rascal tak kesampaian nak faham benda2 dalam.
Dia tak boleh bezakan manusia sebagai individu dan manusia secara kelomp[ok dalam satu2 jemaah.
PKR dan DAP adalah lebih baik dari UMNO kerana mereka mengamalkan ajaran
BalasPadamkafir hadhari .......
cerita alam ghaib pun boleh main2 ka?
BalasPadamHahhaha..
BalasPadamamat menarik... Syabas
dasat sangat gurauan ni brader....sensitif la sikit...mungkar nangkir pun boleh buat main2...lain macam lu ni brader
BalasPadam