Sabtu, Jun 20, 2009

Petua-petua kempen di Manek Urai


Hari penamaan calun untuk pilihanraya kecil Manek Urai adalah pada Julai 6hb. Manakala, hari pengundiaan adalah pada Julai 14hb, 2009.

Bagi UMNO, mereka perlu kembalikan kekuatan lama yang berupaya memenangi pilihanraya kecil walaupun di kawasan pembangkang. PAS pula mahu menyekat UMNO pemulihan UMNO, terutama sekali di negeri kubu PAS Kelantan.

Kekuatan calun adalah faktor penting dalam memenangi Manek Urai. Wakil rakyat bertukar-tukar parti.

Satu lagi jangan pula ada cah keting sesama sendiri. UMNO selalu cah keting. PAS pula dah mengarut tak kasi Nasha dan orang pro-ulamak masuk kempen. Ada nanti cah keting sesama mereka.

Manek Urai adalah sebuah kawasan luar bandar dalam kawasan Parlimen Kuala Kerai di tengah Kelantan bersempadan Terengganu. Penduduknya adalah 99.2% Melayu dan 80% terlibat dengan kegiatan pekebun getah.

Jika PAS kalah di Manek Urai, ia tidak akan mengubah kedudukkan PAS sebagai kerajaan negeri.

Kegiatan balak masih dapat diteruskan. Pendapatan utama kerajaan negeri yang hampir separuh dari cukai balak dapat diteruskan. Harap boleh kekal membalak lepas 2015.

PAS mahu menang untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada PAS masih kekal. Ia juga akan membuktikan pendirian PAS Kelantan yang tidak setuju dengan gagasan kerajaan perpaduan diterima rakyat.

Kalau UMNO menang, Manek Urai pasti akan meraih durian runtuh dari kerajaan persekutuan kerana membantu mengembalikan semangat politik UMNO. Kalau PAS kalah, mereka akan bersungguh-sungguh dan adalah saluran wang dari kerajaan negeri untuk Manek Urai.

Ini ide politik stail Cina. Dua-dua belah dia sapu.

Senario sekarang, rakyat sudah letih dengan permainan politik yang tak henti-henti hingga kepentingan Melayu telah terkorban. Bantuan biasiswa, peluang pekerjaan, lesen dan kontrak berniaga dan lain-lain dibuka kepada bukan Melayu tetapi menjejaskan Bumiputera.

Bumiputera adalah 66% peratus rakyat Malaysia. Bumiputera bukan Melayu adalah lebih kurang 11%. India ada 7% tapi gah dan bising macam 70%. Apa parti atau pakatan parti mesti hormati realiti ini? Maknanya mestilah UMNO atau PAS memimpin sebarang pakatan parti.

Walaupun PAS yang memulakan perbincangan ide kerajaan perpaduan, UMNO yang nampak terbuka. PAS pula berbalah berkenaan hal ini. Bagaimanakah rakyat melihat bangkangan dalaman PAS terhadap perpaduan Melayu dan Ummah?

Jeng jeng jeng ... Manek Urai pasti menarik.

Sebagai kawasan luar bandar, berkempen di sini memerlukan sifat kepekaaan yang lebih sedikit terhadap sensitiviti tempatan. Ada beberapa petua-petua yang perlu dihayati.

Jangan ada yang nak datang pada 25 dan 26hb ini bawak gerombolan sederet Rexton hitam. Ini akan mengacau usaha temnpatan. Baik ditahan dari kasi masuk kawasan. Suruh dia orang duduk saja di Heritage Mansion. Jangan bawak kereta besar dan mewah. Ini petua pertama.

Jangan pergi sana berkempen nak bawak pembangunan dan kata orang situ susah dan miskin. Itu sensitif. Mereka ada maruah kerana mereka bukan miskin. Pendapatan cukup untuk gaya hidup setempat. Mereka ini berdikari dan banggsa pada diri. Tidaklah macam ada orang yang ada kompeni Emarcon untuk bina stadium roboh dalam setahun. Ini petua kedua.

Bagi petua ketiga, tak perlu nak kempen situ hentam parti ini dan parti itu. Biar ikut cara berbudi dan berhemah. Orang luar bandar tak suka cara-cara berbalah. Mereka tidak suka kata mengata dan perawakan yang angkuh. Galak perpaduan sesama ummah. Jadi jangan nak tanam-tanam orang. Tak payah becakap lagi baik.

Petua keempat adalah jangan anggap mereka bodoh. Anak-anak mereka banyak yang bagus dalam persekolahan dan pergi ke Universiti. Ramai bekerja di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar. Mereka tahu apa yang berlaku dalam negara. Anak-anak mereka akan pulang untuk mengundi dan berupaya mempengaruhi pengundi sana.

Kelima, dekati mereka untuk selami perasaan, masaalah, dan harapan mereka. Kalau ada nak tidur rumah orang kampung yang bukan bungalow, bagus. Ada sanggup bangun subuh untuk ikut mereka menoreh, bagus juga. Lakukan dengan ikhlas. Molek jika mu bule kecek kelate.

Paling mujarab dalam menawan hati mereka adalah petua keenam. Dema bangga jika SKMK. Gapo dia SKMK? Maksudnya bukan "Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan" tapi "sedia kahwin Mek Kelate". Syarak ni yang susoh.

TTT. Teringin tapi takut.

23 ulasan:

  1. sin hat tu menantu jange dok gi kempen..
    lagi satu hat baru masuk ameno dulu org kanan B.A.B.I
    kalau dema ni gi kempen lingkup.

    Ceramah ameno kena cerita bab perpaduan sahaja, jangan kutuk ka jual PAS.
    Perbanyakan poster yang menunjukkan kearah perpaduan sahaja.
    Jangan pulak dok kerja gantung muka najib ngan msy.
    Nak kecek kelate kena makan budu lebih

    BalasPadam
  2. Sin,
    Pilihanraya Kecil adalah pertandingan Melayu dengan yang akan ditentukan oleh pengundi Melayu. pasti yang menang adalah Melayu.
    Harap-harap pemimpin politik bukan Melayu baik dari BN mahupun PR janganlah turun berkempen kerana pertandingan kali ini adalah unik kerana orang Melayu adalah penentu bagi orang Melayu sendiri. Lebih molek lagi orang luar dari Kelantan tidak perlu tunjuk muka lebih baik kerana PK ini adalah pertandingan antar Tok Pa dengan TGNA.Biarlah mereka berdua bertikam lidah untuk memancing undi daripada kaum kerabat mereka.
    sendiri. Pas menang tk tambah jumlah kerusi DUNnya, UMNO menang sekali pun tak dapat tubuh kerajaan baru. kalah menang TGNA tetap MB Kelantan, Tok Pa tketap menteri Persekutuan. Manik Urai akan terus tersisih daripada arus pembangunan perdana. Penggundi akn terus menoreh getah, bertani di tanah usang, musim tengkujuh, banjir akan terus melanda Kuala Krai dan Manik Urai.

    BalasPadam
  3. Aku teringin jugak sin...tapi kalau bapa mertua baran macam pok nik - maleh le kawe.

    BalasPadam
  4. monceh12:11 PG

    Salam Sin,
    Ana fikir BN tak yah masuk tanding lagi bagus untuk membuktikan BN benar2 ikhlas nak bersatu dengan PAS. Anta ada setuju sama ana punya pendapat Sin?

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama12:11 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Sin, ko dah baca Tok Imam kat Manek Urai kata dapat pahala tengok poster Nik Aziz?Ada kat Harakhdaily...

    Kat sini ada gambar hiasan Sin...

    BalasPadam
  7. bro, syarat yang ke6 tu kita sembang kat kantin PAR..ok!

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama1:19 PG

    Petua ketujuh,
    bawa ubat & penawar penyakit chikukunya banyak-banyak, bukannya gula dan kain batik.

    Rascal

    BalasPadam
  9. Paling setuju dengan pertua pertama... kalau nak kasi PAS menang sila lah suruh orang tu datang... bawak sekali kempen Pade Doh dia tu ;)

    BalasPadam
  10. salam bro....

    Tak payah kempen.....UMNO/BN Kalah. hehehe.

    BalasPadam
  11. Wak Dogo8:42 PG

    Sapo damai ke Tengku Fakhry denge Manohara, pasti mene.

    Kadar Shah pasti kalah selalu. Pasa dio nulung isteri anak rajo lari.

    Perangai Kadar huduh. Badan rupo serupo beghuk. Penuh bulu. Kecek besa. Doh tuo kaki main tina gi.

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama9:35 PG

    Alo Tambi,

    Nama saya Krishnan. Saya bakal calon bebas Manik Urai. Walau di Kelantan sekalipun, saya yakin boleh menang atas undi simpati bagi pihak yang benci PAS dan UMNO.

    Krishnan
    Sungai Ketil Estate

    BalasPadam
  13. Kah kah kah!Pak Hussin..Pak Hussin,
    SKMK...Sayapun nak Kawin Mek Kelate ni...huhu, tapi tak sangka juga Pak Husin ni...TTT..Teringin Tapi Takut..kan bini....hehehe. Nampaknya saya soranglah yang jenis tak takutkan bini, tepi masalahnya ialah...bini saya tak takutkan saya juga...Hmmmmmm..hampa dan melepaslah..Kelate..kelate..

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama9:59 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  15. Petua yang ketujuh,

    Husin lupa kutuk Anwar dan DAP.
    petua kelapan,

    Husin lupa kutuk orang Cina dan India.

    petua kesimbilan.
    husin lupa kutuk bangsa lain.

    BalasPadam
  16. Otak kuning macam kunyit12:27 PTG

    Pok use...aku kalo pasal na penuhi syarat ke-6 tu, kena luku lapa blah kali dengan pok nik pung aku sanggup...jangankan lagu tu...kena khatan balik pung kira aku jihad aja ler!!!...hek.hek.hek.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum

    Ana nak jemput semua ke manek urai untuk mandapat info terkini dan sensasi..dari kacamata pengundi sendiri..
    http://manekurai2009.blogspot.com/

    BalasPadam
  18. SELAMAT HARI PILIHANRAYA KEPADA PENGUNDI MANEK URAI...

    BalasPadam
  19. Petua yang seterusnya,jange gi buak mace-mace janji nok buak tu nok buak ni lo ni, oghe tahu belako nok pacing undi. Mugo kalu nok bui gak, bakpo tak bui dulu lagi.

    Pendek kato ,bismillah molek,ikak kain semuta kemah-kemah! Bia napok ikhlah nak tulong puok demo.

    BalasPadam
  20. tengok gambar nik aziz pastu berniat dalam hati..masyallah sebanyak mana ilmu mu tinggi mesti ada silap saloh.insyallah dapat pahala.tengok gambar rosmah bini PM kita berniat dalam hati mudah-mudahan satu ketika nanti dia akan pakai tudung.insyallah akan dapat pahala

    BalasPadam
  21. Petua paling akhir,

    Ameno pasti kalah.....

    BalasPadam
  22. Quote

    "Senario sekarang, rakyat sudah letih dengan permainan politik yang tak henti-henti hingga kepentingan Melayu telah terkorban. Bantuan biasiswa, peluang pekerjaan, lesen dan kontrak berniaga dan lain-lain dibuka kepada bukan Melayu tetapi menjejaskan Bumiputera."

    kah kah kah, biar betul?? selama ini, yang dapat tu bumiputra ke umnoputra? pergi selidik betul2.

    dah dibuka kepada yang bukan melayu? biar betul? siapa yang dapat? berapa yang dapat? ada angkanya tak?

    itulah, orang kelentong pun, kita kena pakai otak, minta perangkaan sebelum menuduh membuta tuli, nanti orang bergaduh tak tentu pasal, padahal benda yang tak benar. aihh, macam kerbau dicucuk hidung jer...

    BalasPadam
  23. mek klate.. hooo.. payoh bena nok jadi. dok tahu bakpo.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.