Isnin, Julai 27, 2009
Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa 4
Shima, Lina dan Su, tiga pelajar Malaysia di UK berjalan-jalan ke bahagian benua Eropah semasa musim panas. Sampailah mereka ke Amsterdam.
Mereka berjalan-jalan dan berlegar-legar di sebuah pusat coklat. Orang Eropah memang pandai membuat coklat. Bermacam rasa, rupa reka, campuran dan macam-macam kepelbagaian.
Macam tikus jatuh ke tepong melihat gelagat tiga gadis Melayu ini. Taulah wanita dan manisan.
"Eh ... tengok tu best nya." "Itu mesti sedap." "I minat yang itu." "I nak yang ini! I nak yang ini!"
Kesukaan mereka. Adakala macam jakun masuk ke bandar.
Bila masing-masing kira duit dalam tangan dan bujet pengembaraan mereka, tak mampu. Dikira pula harga yang dalam matawang Euro dan terjemah ke duit Malaysia, lagi tak terdaya nak makan coklat yang mahal-mahal.
Lalu mereka keluar dan berjalan-jalan pula ke farmer's market. Tiba-tiba mereka terjumpa gerai coklat. Coklat yang mereka lihat di pusat coklat tadi ada pula. Oleh kerana barangan ini homemade, harganya lebih murah.
Coklat di gerai itu dijual secara terbuka. Masing-masing memandang coklat macam harimau nak telan anak kambing. Shima dah tak tahan hendak dipegang coklat itu. Rasa macam lembik-lembik.
Tiba-tiba penjaga gerai, seorang wanita separuh umur berbangsa Eropah berambut perang menegur mereka.
"Enggak boleh dipicit-picit. Kalau udah teringin, belik saja ..."
Tercengang ketiga-tiga mereka ditegur oleh wanita belanda itu dalam bahasa Indonesia.
"Maaf maaf bu' ...," Lina dapat mengeluarkan respons.
"Kami tadi pergi ke pusat coklat dan teringin benar. Tapi harganya enggak mampu." Tak malu Su bercakap sedemikian.
Wanita belanda itu memahami naluri wanita dan anak Asia yang enggak kemampuan.
"Ambil rasa yang ini." Lalu diberi seorang satu.
Macam berada di syurga ketiga-tiga gadis ini dapat melepaskan gian makan coklat.
Bukan saja itu, wanita itu menawarkan harga yang lebih baik kepada gadis-gadis ini. Masing-masing tahu malu juga. Mereka hanya membeli sorang satu untuk beberapa jenis coklat sahaja. Tahu juga malu dengan budi bahsa orang.
Orang Belanda sedia menggunakan bahasa Indon di Belanda. Bahasa serumpun pun sudah antarabangsa.
Wak Husin,
BalasPadamKami mimpikan INDONESIA RAYA. Masih bersembunyi kah engaku wahai pembawa-pembawa panji Sang Sangkala Merah Putih. Jelmalah engkau, kerana kami rindukan engkau, untuk membawa kami ke mercu keagongan MAJAPAHIT KETIGA (Nusantara Melayu Third Reich). Agar INDONESIA RAYA dapat berdiri sama tinggi dengan "emerging" China dan India.
Wak Tempe.
Tuan Husin, saja nak bagi tahu sama Tuan Husin, ada perkataan Inggeris yang diciplak dari perkataan Melayu. Contohnya:-
BalasPadamPada zaman dahulu, ada dua ekor orang putih pergi ke Kedah. Sampai di sebuah kampung, mereka berhenti untuk melihat sekumpulan orang kampung bermain wau atau layang-layang. Orang putih ini terpegun kerana pertama kali melihat wau.
Tiba-tiba salah satu wau melayang-layang ke bawah dan kemudian tersangkut di ranting pokok.
Pak Mat Tempe dan anaknya cuba menurunkan wau tersebut dengan menarik-narik talinya tapi tak berjaya.
Kedua-dua ekor orang putih pun menghampiri Pak Mak Tempe, lalu bertanya. "Hello Pak cik! What is this?" Pak Mat Tempe tak reti nak jawab pasai tak faham bahasa orang putih.
Pak Mak Tempek buat muka 'welfare' dan memberi arahan kepada anaknya dengan menempik,"Kait! Kait! Hang kait dengan kayu!"
Anak Pak Tempe pun kelam-kabut cari kayu.
"Oo is it kite?" tanya lagi orang putih itu untuk mendapat kepastian.
Pak Mat Tempe tak faham tapi dia tetap mengangguk kepala. Kedua-dua ekor orang putih senyum dan turut mengangguk-angguk kepala macam burung belatuk.
Pak Mat Tempe nampak kedua-dua ekor orang putih menulis sesuatu dalam buku.
Begitulah adanya Tuan Husin! Boleh 'up' sikit cerita ni ke dalam Blog tuan?
mai sechawen..
BalasPadamAbang Sin,
BalasPadamKalau nama Maya translate ke BM Maya Khairy jadi Halimunan Khairy.
Sedih la Abang Sin depa dok kata Maya ni laki.
http://mayakhairy.blogspot.com/
Paktam suka tengok students oversea yg amik pengajian Bahasa Melayu bersajak... Indah sungguh bahasa bonda Paktam ni..
BalasPadamWak Husin, mohon sambungkan blog hamba ke blog tuan hussin.
BalasPadamTerima kasih
sin..den ponah makan kek flamingo steamboat topi sunway pyramid. tongah den berator nak amek abc, ado anak cino neh, dok maen mesin ais sampai ias habih. lopehtu budak cino ni toleh kat den sambil koba kek den ' sudah habes yaairnya pak (baco dalam telo indon)' haramjadah cino neh, x suko melayu pon jgn la ajar anak cakap indon. pengaruh maid botul.
BalasPadamsin,
BalasPadamcuba pegi kat tengah2 kota london atau sydney, lepas tu jerit kuat kuat 'mana nak cari sambal belacan?' tentu ramai yang menoleh dan tunjukkan jalan membantu. aku dah try dah, dekat tengah2 kota perth. menjadi!
Apa kan tidak, Indonesia dulunya dikenali sebagai Dutch East Indies.
BalasPadamMalaya di jajahi British, sebab itu kedai ubat dipanggil farmasi tapi di Indonesia disebut Apotet (Farmasi dalam bahasa Belanda) malah kantor juga merupa perkataan Belanda. Malah diBandung masih terdapat kediaman lama bercirikan arkitektur Belanda. Terdapat juga kedai confectionary yang menggunakan windmill sebagai logo nya. Masih utuh pengaruh Belanda disana dan ramai warga Indonesia menetap diBelanda hasil penjajahan itu.
kita je tak berapa nak jadi...
BalasPadamkejap Satu Malaysia..
skrg sibuk One Malaysia...
dah ada dua dah...
Abe Husin,
BalasPadamI say, the three ladies must must be studying arts at Liverpool, one of them is B.A in English Lits, the other one is B.A in Fine Arts and the last one in B.A in Humanities. What a waste of public funds, to send young malays studying Arts in U.K. It seem that the Mathematics and Sciences must have lost the sex appeal to the young malays, ever since Puad Sakorzy and its cronies banished the PPSMI to the Burkina Faso.
Nik Rahmah