Selasa, Julai 07, 2009

Tukang kempen yang tersohor


Tun Ghaffar sudah beberapa tahun meninggal dunia. Walaupun dia kelihatan seorang yang simple, tetapi jasanya banyak. Diplomasi adalah kekuatannya. Masa MCA berbalah sesama sendiri, Ghaffar pernah menjadi Pemangku Presiden MCA.

Kekuatan Ghaffar adalah dalam berceramah ke akas umbi. Tiada pilhanraya kecil tanpa Ghaffar turun berceramah. Walaupun dia ditewaskan dari jawatan Timbalan Presiden, dia tetap setia dan terus berkhidmat untuk parti. Tak ada bukak parti baru dan lawan balik.

Ada satu masa lepas dia sudah tak ada jawatan dan badan mula uzur, dia turun ke satu tempat untuk kempen bagi BN. Dia dah tak boleh cakap dengan banyak. Dia naik pentas dan beri salam dan beri mukaddimah.

Langsung ditanya: "Tuan-tuan dan puan-puan ni, nak hidup atau nak mati?"

Orang diam saja. Diulang: "Nak hidup ke atau nak mati?"

Orang pun menjawab nak hidup. Ada laung tak mahu susah hidup. Langsung dia terus berkata: "Kalau nak hidup, undilah Barisan Nasional. Kalau nak ..."

Selesai dia terangkan soalan dan jawapan dengan ringkas, terus dia duduk. Itu saja dia cakap. Tak ada konsep ini. Tak ada janji apa. Tak ada cerita gagasan.

Pembangkang dapat undi 80 saja.

Tak payah pakai blogger, cybertrooper, SMS, risalah banyak-banyak, dan menoreh subuh-subuh. Pasal orang mudah paham apa yang ingin disampaikan. Pasal orang percaya pada orang yang bercakap.

Nak gi Manek Urai, mesti pahe dan kecek Kelate. Dema pahe, mudoh cayo.

Kalu dok, mu jale-jale sokmo.

31 ulasan:

  1. itu dulu.zaman org memerlukan nasik sebab dah lama makan ubi kayu.soalan begitu masih releven di sabah atau serawak.disemenanjung kalau ditanya begitu..orang akan kata hidup biar bermaruah,mati biarlah syahid.nak syahid masuk la UMNO

    BalasPadam
  2. Sekarang tanya, nak depan ke belakang..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama6:32 PTG

    Kluangman, kalau nuar berahim mesti dia jawab nak belakang dulu, lepas tu baru belakang..

    BalasPadam
  4. aku suka post ni hahahahahahaha

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama7:10 PTG

    PAS pun dah sama. PAS untuk semua termasuk pelacur, kaki belakang, perompak, penyamun. PAS dah main duit rasuha dah lama hanya sekarang baru timbul sebab dah mula pakai stitch mahal, kereta Merc, cuma girlfriend pakai tudung supaya nampak lebih Islam

    BalasPadam
  6. salam...

    aku ni tak minat sangat dengan
    Tun Ghaffar...
    (biasa lah orang politik???!!!)

    masa aku kekecik Tun Ghaffar selalu datang rumah aku sebab dia sahabat dan rakan ayahanda aku...

    masa awal awal UMNO ditubuhkan TAHUN 50an 60an,
    MEREKA BERDUA PERNAH BERKAYUH BASIKAL SELURUH MELAKA
    MENCARI AHLI!!!!!

    aku setuju dengan "AMPUN TUANKU"
    orang dulu boleh la
    tanya macam tu...
    sekarang cuba tanya?????

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama7:21 PTG

    teringat kisah Tun Ghaffar ditikam
    belakang oleh brader Nuar....

    BalasPadam
  8. Al Fatihah untuk Tun Ghafar.

    Mintak Ampun Tuanku jangan hina orang Sabah dan Sarawak. Sila datng ke Sabah atau Sarawak, bermesra, berbual, bergaul untuk mengenali orang sana.

    Untuk pengetahuan orang "Melaya" yang pandai macam Ampun Tuanku. Pada tahun 1998 masih ramai orang "Melaya" tanya saya soalan "Sejak bila duduk Malaysia".
    Cuba kira (1998-1963=?)

    Semoga roh Tun Ghafar dicucuri rahmat. Al Fatihah.

    BalasPadam
  9. pemudasp7:49 PTG

    Mana nak cari dah pemimpin macam tuh zaman sekarang..
    Kalau skang nak tanya "Anda mau kontrak atau tidak?"
    "Anda mau kaya atau papa?"

    BalasPadam
  10. ampun tuanku tu hanya belajar sejarah dan geografi separuh jalan..coz cekgu dia meninggal dan sekolah terbakar..atau dia tak dapat masuk kelas kerana tak cukup kerusi.Menulis tu tak penah pikir panjang..ntah2 dia rasa org sabah sarawak masih duduk atas pokok. cian la mentaliti Ampun Tuanku.

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama10:31 PTG

    sekarang kalau najib cakap mcm ni alamat kena pukul najib, husin..lebam pulak biji mata sebelah kang..kikiki

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama10:49 PTG

    org melayu mcm tu laaa...dulu makan ubi kayu, satu duk kat kelantan satu duk kat johor satu kedah satu perak boleh bersatu padu.

    tapi la ni makan stick, makan JM briyani, makan nasik arab sepinggan sampai 25inggit, ada facebook tapi bergaduh sakan.

    baik kita balik zaman ubi kayu, tak berpelajaran tapi hidup aman damai bersatu padu.

    betul takk..??


    Zul.

    BalasPadam
  13. Politik! Oh politik!
    Sandiwara ataupun trick?
    Ilmu hisab atau matematik?
    Tak cukup sifat nak kata ilmu mantik.

    Dalam politik ada Pas,
    Orang lain semua dosa, tapi dia terlepas,
    Orang lain tak dak pahala, semua dia kebas,
    Orang lain masuk neraka, dia syurga yang teratas.

    Pas! Oh Pas!
    Cakapnya berpusing macam kipas,
    Jalannya melelong macam lipas,
    Belitannya banyak macam route bas,
    Cita-cita tinggi macam pokok kapas

    BalasPadam
  14. Salam, next time Tuan Husin komen mcm Ampun Tuanku ni x payah publish...delete saja!
    Sebodoh2 org Sabah & Swk, xlah bgaduh sesama sendiri...berantakan sampai bpaut dgn Sbh Swk juga akhirnya...

    BalasPadam
  15. Dulu kalau kempen tak payah banyak cakap.Orang pecaya kat tv dan suratkabar.Umno dulu buat kerja bukan nak cari kekayaan.Tak payah susah2 nak buat ceramah rakyat dah sokong.Tapi sekarang zaman teknologi,berbuih mulut dok cakap pun orang dah tak caya dah.Kena merayu kat rakyat agar kenang jasa BN yang memberikan rezeki untuk rakyat semua.Dulu lain sekarang lain,dulu sokong BN sekarang sokong PR.

    BalasPadam
  16. Local Fighter7:52 PG

    Allahyarham Tun Ghafar Baba ni pejuang UMNO sejati. Masa idup tak tergila-gila dgn darjat dan pangkat.

    Bila berjawatan TPM pun masih lagi guna Encik Ghafar. Takde dato', dato' seri.

    Tak berkecik hati pun bila Allahyarham Tun Hussein pilih Dr. M sbg TPM walaupun beliau paling kanan drpd 3 naib presiden masa tu. Malah sokong tak berbelah bagi. Mana mau carik org mcm ni skang??

    Walaupun org ckp beliau agak kureng dlm bhs Inggeris, tapi sumer bangsa respek dia. Masa dia jadi Pemangku Presiden MCA, pemimpin2 MCA tunduk kepala bila kne tempelak, angkat kepala pun tak berani apatah lagi nak menjawab. Skang, MCA manyak besar kapla..

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama8:04 PG

    Salam ,
    Wahai Ampun Tuanku yang banyak ilmu Sabah & Sarawak.... akhirnya kau akan sedar jua akhirnya bahawa kekayaan dan kemewahan org "Malaya" tu sebahagiannya hasil drp Harga Minyak Sabah & Sarawak..... Bersyukurlah kamu sebab org Sabah & Sarawak masih belum menuntut hutang drp kamu.... ingat tak org HINDRAF....? mereka tuntut hak mereka kerana British bawa mereka ke Msia....
    AWAS jangan sampai kesabaran orang SABAH & SARAWAK sampai ke tahap maksimum.... kamu kena ingat HARI INI tidak sama dgn HARI ESOK....drp org BEAUFORT SABAH

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama8:39 PG

    ampun tuanku beri komen tu biar beralas sikit jgn pk kamu jer pndi,kamu jer bagus.JAGA sikit perasaan orang lenjgn duk melekehkan orang mcm bagus sgt jer

    acai

    BalasPadam
  19. Orang gunung9:10 PG

    Org macam ampun tuanku mudah lupa, berapa ramai org melaya yg dok cari makan di sabah & sarawak...bongkaknya org macam org ampun tuanku menjelaskan lgi betapa org melaya sentiasa memandang rendah terhadap baik budi dan kebaikan hati org sabah sarawak...hati2lah dalam berbahasa jangan jangan ingat kami di sabah & sarawak gembira sangat dengan perangai dan sikap org melaya yg datang mengaut untung di tempat kami sehingga menutup peluang org tempatan...

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama10:08 PG

    Sin,

    Kalau mu gi Kelate, kirim etok? Mengidam nak berank anak no 11. Tok laki aku nih asyik nok..je.

    Nik Rahmah

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama10:20 PG

    "ampun tuanku"...tolong guna otak sebelum membuat sebarang komen tentang orang sabah dan sarawak...

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama11:37 PG

    tuan husin,

    ana mau ente komen fasal itu lawyer anwar berahi aljuburi la..

    dengar kata hari ini itu lawyer serban sulaiman akhlaken sudah tarik diri la jadi chief lawyer anwar berahi aljuburi

    ana harap ente boleh tolong tilik daaa...

    - tapak sulaiman

    BalasPadam
  23. Sin

    En Ghaffar pejuang melayu sejati sungguhpun pelajaran tak tinggi tapi hati budi tinggi, mulia dan ikhlas pada pejuangan.

    pandai pandai la belajar bersatu berpadu kelak dah hilang kuasa macam singapore baru putih mata macam hilang pulau batu putih

    BalasPadam
  24. Anak Tedong6:39 PTG

    Al Fatihah buat mu pejuang tulen Melayu...
    Teringat masa dia berkempen dikampung ku... cerita melayu lupa pada asalnya...

    BalasPadam
  25. aku selalu nampak anaknya kt jalan heritage kadang-kadang kt pelita diapit oleh gadis-gadis yang montok dan berbau.

    BalasPadam
  26. pergi batang ai dan tengok lah

    BalasPadam
  27. Ayah aku bukan orang politik tapi penyokong tegar TGB. Dia bekas sniper Jungle Squad zaman British. Pernah bunuh beberapa orang Komunis. Masa TGB dicabar Anwar, aku tanya ayah aku pandangan dia tentang TGB. Dia kata 'kamu budak-budak apa tahu, hidup dalam senang. Jasa orang selalu lupa..

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama11:36 PG

    Alfatihah untuk Arwah Tun Ghafar. Mengalir air mata teringatkan Arwah. mana lagi nak cari pemimpin macam ini?


    Rudy

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama10:43 PG

    Dh jangan gaduh2. Aku org malaya mmg respect org sabah, sarawak. Sikit punya hal pun mau amik hati kar? Itu samdol pun cakap mau pike lar sikit. Jg cakap guna itu belakang punya mulut baa.

    BalasPadam
  30. aku bukan nak Hina org sabah serawak tapi terima la hakikat kekayaan sabah serawak 70 peratus dibolot oleh orang2 tertentu sahaja. tak percaya baca cetusan hati anak sabah

    http://asam-lambunau.blogspot.com/2008/04/ramai-penduduk-pedalaman-sabah-tidak.html

    BalasPadam
  31. Tanpa Nama5:56 PTG

    Skrg dah mati pun.
    Cukuplah mati mnjadi iktibar kpd kita: Hidup mesti amalkan Islam.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.