Selasa, Ogos 11, 2009
Bangunlah! Rosmah masuk Dewan
Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen habis bersidang pada 2hb Julai. Tidak tahu bila akan bersidang balik.
Masa Parlimen bersidang adalah masa yang paling sibuk buat wakil rakyat. Mereka perlu berada di Dewan dari pagi pukul 10 pagi hingga 5:30 petang. Memang membosan tak habis-habis dengar orang berucap. Nak berucap kena queue giliran.
Nak mencelah bukan senang. Kalau MP baru dan tak biasa peraturan Parlimen, silap cakap kena tiow dengan MP veteran-veteran. Terduduk.
Bagi Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri, lagi membosankan. Mereka tidak boleh bertikan lidah macam backbencher dan pembangkang. Cakap pasal hal Kementeriaan saja.
Memang sangat bosan. Ada satu Timbalan Menteri tu ana tahu dia boleh habiskan setengah buku sehari di Parlimen. Sampai sepuloh buku habis sepanjang sesi Parlimen.
Ada MP tu tidor saja. Ini kisah seorang MP yang tertidor dalam sidang. Kita tak pakai nama betul. Panggil YB Rahim.
YB Rahim tertidur dan mendengkur. YB Rahman yang duduk bersebelahan kejutkan dia.
"Ehh ... aku tertidor ke? Malam tadi tidor lambatlah Man. Sampai pukul 3 pagi. Macam-macam orang nak jumpa. Aku nak tidor skit. Kau tengok-tengokkan."
Sambung balik YB Rahim tidur. Tak lama kemudian, Dato Seri Najib masuk Dewan untuk mengikuti Parlimen.
YB Rahman pun kejutkan YB Rahim, "Rahim Rahim ... Bangunlah. Najib masuk. Bangun."
YB Rahim buat tak tau saja. YB Rahman gerakkan dengan tangan. Dia hanya merungut... "Takpa Najib. Relaks la. Dia bukan marah kasi malu kita. Dia gentleman. Aku Ketua Bahagian. Tak berani dia nak apa-apakan aku ...."
Confident dia cakap. Langsung dia tidur kembali.
Tak lama kemudian. YB Rahman kejutkan lagi kerana giliran Speaker Dato Pandikar Amin Mulia mempengerusikan menggantikan Dato Wan Junaidi.
"Bangun Rahim. Amin naik Speaker tu. ... Nani kau kena lagi kan." YB Rahman kejutkan.
"Alah ngantuklah, Man. Petang nanti aku kena balik tengok Bahagian. Kau bolehlah. Kawasan dekat..." Tak peduli dia.
YB Rahman nak kenakan dia. YB Rahim ni dah lama 4 term dari zaman Tun Dr Mahathir. Nak dibohong sampai dia bangun.
"Rahim Rahim ... Mahathir masuklah!"
"Aap lagi lah kau ni, Man. Janganlah temberang aku. Mahathir mana boleh masuk Dewan Rakyat. Berilah aku tidor ..." Tidor balik .
Baiklah kau tak takut ye, YB Rahman kata. Tengok aku kenakan kau ...
"Rahim Rahim ... Rosmah! Rosmah! Bangun!
"Bangunlah! Rosmah masuk Dewan."
Terus celek mata dan mencecet dia terus berdiri tegak.
"Sial kau Man. Apa pasal tak kejutkan aku tadi. Mana Rosmah? Mana Rosmah?"
Kuat suaranya hingga microphone pick up. Ditoleh-toleh tak nampak Rosmah di galeri pemerhati.
"Kau kenakan aku ye Man."
Marah YB Rahim melihat YB Rahman tersipu-sipu. Nampak sangat dia selalu dok jack Rosmah.
"YB Rahman ..."
Dari jauh kedengaran suara Speaker Pandikar Amin dengan telo Sabahnya memanggil.
"... minta laluan atau baru bangun tidor tu? Tidak fahamkah bahawa peraturan Dewan hanya membenarkan menyebut seorang YB mengikut kawasan yang diwakili. Kawasan mana YB Rosam yang awak sebutkan tadi?"
Najib ada mendengar. Tersenyum kerana dia tahu Backbencher BN itu tidor tadi.
Maso YB Rahim bangun, KJ masuk dewan.
BalasPadamPerasan dio YB Rahim bangun beri hormat kat dio. Ingat bosa lagi jadi menantu Dolah pembantu perosak bangsa.
Bilo SPRM nak kononkan budka celako ni. Habih SPRM kono kan DAP Selangor. Kojokan KJ pulak!
omak..omak ramai orang takut dekat rosmah..tak takut dengan kite pun..
BalasPadamtengokla omak..sob..sob..sob..isk..isk..isk..
omak, omak tegurlah Rosmah tu. Kite pun nak respect macam itu jugok.
BalasPadamSalam tuan husin! Kalau Rosmah jadi YB kan best, dia tak sombong macam KJ. La nie teamate KJ kat Baling, Brader Azeez pantang ada kenduri atau majlis terus masuk kampung, nak calon mp 2012 la tu. Rosmah kena ingat dia nie tumpang semangkuk KJ bila menyusahkan Tun Mahathir dan Dato Seri Najib dulu. Salam
BalasPadamSetuju Rosmah ketua whip kalau muhyiddin tak firm.
BalasPadamDokprati
Kalau bukak TV RTM/UMNO punya yang sering dilihat Rosmah rasmi itu, rasmi ini mengalahkan PM.
BalasPadamBetoi, betoi, betoi... yang nak pelingkup Najib bukan Anwar tapi Rosmah,
he he.. rosmah aka "invisible" prime minister...yb mengantuk pun boleh segar celek.
BalasPadamHa ha ha ha
BalasPadamSin..sekarang ko berani Mengrosmahkan YB Benchbacker...
Ha ha ha ha hah
Abe Usin,
BalasPadamDemo SMS ke kawe no hp Rosmah. Ada benda dak kecek ke dio.
Nik Rahmah
Adios.Sakit kepala petang ni x perlu telan uphamol 650.Memadai dengan baca posting ni.
BalasPadamcongratz uncle husin
BTN-Berani Taruh Nyawa
dah ler sin kamu kutuk makcik tu. banyak pahala dia sin, kena kutuk kiri kanan. saya bukan nak bela dia pun (i am not, and will never be, a fan for sure) tapi kekadang kesian lak rasanya. kita kena take one step back, sin.. hari ni hari dia, entah in the near future hari kita lak..
BalasPadamkama
i always wonder why when 'they' know the DPM or PM attending then only i see the parliment is 'almost' full... if not i can only see empty seats...
BalasPadamand those who attend ...
is it:
1.for the people...
or
2.just to show face...
Malaysia...
Good luck!
kenape nak bz body kpd org lain.jaga rumah dan dapur sendiri kan bagus.aman malaysia.perkara remeh mcm ni buang masa manusia lain saja.tq
BalasPadamSin,
BalasPadamRosmah masuk Mekah, tunai umrah, aku tengok ok aje.
Tak dak kena sawan, sewel, atau gila masa dia kat sana. Aku tunggu gambaq dia lari keliling kaabah sambil berbogel, tarik-tarik telekung.. TAPI TAK DAK lah Sin.
Pasai apa?
Takkan Tuhan tak ambil kira kes Monggolia tu kan?
PEOPLE, YOU ARE SICK !!
Assalamualaikum Seng dan semua,
BalasPadamErrr depan YB Rahman seberang sana tu sapa namanya.....i dah lupa.....aah..Nizhar!, dia pun tiduer juga yea. Alamak jika mcm ni lea rupa gayanya parlimen kita hancur beb! hehehhehhe.
Salam Abang Sin,
BalasPadamBang Sin usik kak Rosmah ye, tak pe lah melawak sekali sekala selepas penat jual unta.
Bang Sin, penatlah Maya ngan si Khairy ni, Maya tulis punya tulis nak nasihat dan pujuk, tapi si KJ PUNYA KAPALA BATU BESAR ADA DUDUK.
http://mayakhairy.blogspot.com/
Tuan empunya blog,
BalasPadamwalaumacamanapun perspektif orang pasal rosmah ni, aku tgk dia dah semakin bagus berbanding semasa menjadi isteri TPM dulu..
walaupun org cakap asik2 dia ni kuar tv je..rasmi itu le..rasmi ini le..tapi dia tak pernah usik isu politik, komen balas pasal kutukan org kat dia dan sentuh isu negara.
apa yang dia buat sebagai 1st lady dgn membantu anak2 kita dgn program PERMATA Negara sgt2 bagus.
anak aku salah seorang yang terpilih. kalo nak tau, kalo 10 acara dia dtg, hanya 1-2 dpt liputan berita. yg lain dia pergi tanpa diiringi pegawai pejabat PM pun.
wehhh first lady adalah DYMM Permaisuri Agong lah!!!!
BalasPadamKurang ajar betul cakap Rosmah tu first lady ... ni bukan america!!