Selasa, September 29, 2009

Tuah si Dreber

Celaka kau Labi. Aku lesing tau. Ingat aku yang bertanding. Rupanya ...

Susah nak pilih calun jika satu kawasan ada dua puak yang bermusuh.

Di Negeri Sembilan dahulu pada tahun 1970an ada satu persaingan antara Dato Taha dan Dato Mokhtar. Persaingannya berakhir dengan tragedi buruk yang cerita sebenarnya masih tersembunyi lagi.

Cerita itu ana tak mahu cerita lagi. Yang mahu dicerita adalah mengenai pemilihan calun untuk pilihanraya di kawasan mereka.

Selalu calun untuk pilihanraya terutama pilihanraya kecil akan dipanggil Perdana Menteri sebelum diumumkan. Seorang Dato ini dipanggil PM masa itu. Jadi dia ingat dia akan dicalunkan untuk bertanding menjadi wakil rakyat.

Sesampainya PM beritahu bahawa dia ingat Dato tidak dari mana-mana antara kedua-dua kumpulan ini tetapi malangnya maklumat menyatakan kedua-dua pihak tidak berkenan dengan dia. PM minta maaf dia tidak dapat calunkannya.

Lalu PM tanya siapa lain yang bebas tetapi boleh diterima kedua-dua mereka. Dato jawab orang muda yang pandu dia bertemu PM.

Panggil budak tu sini. Biar dia jadi calun.

Menggelabar orang muda itu yang tak sangka-sangka akan bertanding jadi wakil rakyat. Sana sini dia talipon untuk bersedia. Dalam beberapa hari akan bertanding. Nak letak jawatan lagilah.

Lucu tapi benar.

Siapa PM jumpa? Mana tahu bukan Isa Samad yang bertanding di Bagan Pinang. Dreber Isa yang dipilih bertanding.

*Siapa mandikan siapa?


*Saja peringatan untuk seorang itu. Ingat dia terer.

Jumaat, September 25, 2009

Pilih orang yang tidak ada lelah


Hari bertambah dekat. Pada 29hb ini, kedua-dua belah pihak akan mengumumkan calun masing-masing.

Semuanya strategi dan taktik bergantung kepada calun yang mahu diletak BN. Dengan terbelakang 1-7, BN pasti mahu menang untuk mendekatkan jarak. Kemenangan boleh menaikkan kembali semangat juang UMNO.

Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh pula sudah suarakan mahu calun yang menggambarkan perubahan dalam UMNO. Ada kata lain dari calun tertentu, agak susah untuk menang. Apa yang dikatakan Dr M dan Ku Li ada betulnya. Orang lama cakap mesti dihormati.

Dalam hal memilih calun, ana ada suatu cerita. Cerita ini betul berlaku tetapi nama dan tempat tidak diceritakan. Ia berlaku dalam pemilihan jawatan parti di peringkat bahagian.

Kisahnya dua kawan ini tidak dapat mencapai satu formula pengagihan jawatan di sebuah Bahagian maka mereka bersetuju bertanding secara gentleman. Seorang ni kita namakan Haji Leman dan seorang lagi Haji Baharom.

Kempen punya kempen, Haji Baharom congak keadaan cuma 50:50 dan kawasan yang mereka belum terokai hanya kawasan Haji Leman. Mestilah dia kuat di situ. Kena dapat kempen di situ. Kalau Haji Leman ada, sampai kiamat orang kampung tak keluar dengar Haji Baharom kempen. Masa tidak lama lagi. Pasti kalah nampaknya.

Tapi orang politik ni. Akal sebakul. Haji Baharom dan pasukannya memikirkan macam mana untuk dapat masuk kempen situ. Akhirnya mereka dapat satu akal.

Semua orang tahu Haji Leman ni orangnya lelah. Makan sikit pulut habih cungaplah dia dan sakit seminggu. Ada satu Majlis tu budak-budak Haji Baharom dapat selitkan semua makanan pulut pada meja Haji Leman. Dihidangkan lemang, tapai pulut, kueh-kueh pulut dan air ais.

Boleh tidak boleh, Haji Leman terpaksalah makan dan minum apa yang dihidangkan tuan rumah. Padahal dia makan seketul lemang, satu biji kueh dan seteguk air. Habis malam tu dah tercungap-cungap dia.

Berzikir-zikir dia dalam lelahnya. "Allahu Allahu ... adoi ... Allahu ..."

Haji Baharom mula masuk kempen. Melihat Haji Leman nampak berdiam aja, orang kawasan Haji Leman pun sedia keluar mendengar kempen Haji Baharom.

Orang-orang Haji Leman pergi mengadu padanya, "Haji, Haji, Haji Baharom dah masuk kempen kek tompek Haji. Takkan diam ajo. Tak buek apo-apo"

"Nak buek macam mano. Den sakit. Allahu Allahu ..."

Haji Leman sedar dia akan kalah dan telah diakali dengan pulut. Orang dulu-dulu gentlemen, Haji Leman hanya tersenyum. Dengan sporting, dia talipon Haji Baharom mengucapkan tahniah, "Tahniahlah Baharom. Panda ekau ngakal den."

Haji Baharom hanya menjawab, "Terima kasih. Tak ... Kalau ekau tak sakit, den tak boleh monang."

Nak hampir Bagan Pinang, harap-harap tak pilih calun yang ada lelah. Kalau calun lelah, pastikan tidak pula termakan pulut.

Selasa, September 22, 2009

Budak bandar balik kampung


Baru pulang semalam.

Tersenyum melihat kerenah anak bandar balik kampung beraya. Kena nyamuk gigit lebam gila. Takut lecak kotor. Si ayah yang asyik membebel anak supaya berhati-hati.

Kalau nilai bermasyarakat dan lasak kampung dikekalkan dalam diri mereka yang di bandar dan nilai dahagakan kemajuan disemarakkan pada orang kampung, boleh kehadapan Melayu yang di desa atau di kota untuk jadi maju dan dihormati.

Tak tahulah kalau ada tak mahu lagi jadi Melayu dan membela Melayu.

Ahad, September 20, 2009

Semua ada Mak


Marah Khalid dan Rodziah ... hehehe.

Jumaat, September 18, 2009

1Malaysia 1Keluarga ... Selamat Hari Raya


"Bang, tahun ini giliran rumah Mak sayakan?" isteri ana, Siti Zulaikha Al Ketumbar sudah mula pujuk rayunya. Tiap-tiap tahun cerita sama.

"Hmmm ... tahun lepas kita raya mana ye?" Ana saja tanya macam tak ingat. Sebenarnya ana ingat tahun lepas kita raya sebelah Mak dia. Rasmi kami ganti-ganti tiap-tiap tahun. Patut balik rumah orang tua ana.

Tahun lepas ana isteri dahulukan. Pasal apa, tak ingat. Malam dan pagi raya rumah mak dia. Lepas tu baru balik rumah orang tua ana jauh nun. Tak dapat ana utamakan makan sambal goreng serta rendang, sambal sateh dan ketupat untuk pagi raya.

"Malam dan pagi raya rumah Mak tapi lepas sembahyang dah balik kampung. Tak sempat raya pun."

"Sini bila-bila boleh raya. Sepanjang tahun, kira raya. Kita dok sini. Mak awak pun dok sini," ana jawab.

"Itu tak aci la. Hari lain mana sama dengan hari raya," Zulaikha memintas hujah ana. Tiap-tiap tahun hujah sama aja pun.

"Kalau awak lebih pentingkan raya, tahun ini dan tahun depan pun kita raya sini juga. Syaratnya kita puasa sebulan di kampung. Yang penting meraikan ramadan, kan?" Ana guna senjata baru.

"Awak ni. Mana boleh saya ambil cuti lama-lama macam itu. Nanti raya, dah habis cuti pula. Kalau awak balik rumah mak awak dan saya balik rumah mak saya, boleh tak?" Zulaikha tahu dia dah kena konar.

"Kita sekarang dalam era "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Jadi kita pun kenalah untuk tahun ini "IKeluarga: Suami didahulukan, Kesaksamaan diutamakan."

"Saya nak tengok kueh di dapur.

"Kita balik Sabtu atau Jumaat ni ..." tanya Zulaikha.

Tahun depan mesti cerita sama lagi. Ana nak tuntut hutang satu tahun tu tahun depan ... hehehe.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.
BAIK-BAIK DIJALANRAYA.
PANDU CERMAT JIWA TERSELAMAT.


Nikmati persembahan-persembahan menarik Hari Raya
di blog Husin Lempoyang.

Rupanya ... ini sorang lagi Anak Omak


My son is precious! Not even RM100mil can match his worth. No amount of money!
Itulah kemarahan yang diluahkan Tengku Dara Naquiah kepada tulisan di Internet dan blog serta laporan media antarabangsa bahawa dia telah menyaman Raja Muda Johor RM50 juta ringgit.

Tengku Dara turut menafikan ada menuntut sebarang pampasan. Betulkah? Ingat laporan itu buat-buat tapi rupanya Tengku Dara mengaku ada menghantar surat tuntutan untuk RM50 juta kepada peguam Raja Muda Johor. (Baca sini)

Heh heh heh ... macam ini cekapnya Tengku Nadzimuddin, Pengurus Pelanggan Institusi menasihati bondanya tentang nilai RM50 juta, RM100 juta dan bernilai yang tidak terharga. Baik keluarkan duit dari akaun anda di MAA Mutual Berhad.

Padan syarikat Antah Berhada dulu rugi semanjang. Asal wang masuk poket sendiri. Hidup perlu bergaya macam orang putih.

Ginilah Tengku Nadzimuddin.

Kamu cari sebab nak gaduh dan kemudian kamu cari dia untuk gaduh. Padan muka kena cepuk. Tak malukah ngadu pada mummy dan sampai bersaman hingga bawa ke mahkamah?

Raja-Raja Melayu dulu ada daulat seorang panglima, atau alim ulamak atau pemerintah yang bijaksana. Hai kesian anak raja sekarang. Rupanya ... ini sorang lagi Anak Omak.

Wow! Banyak lumayan jual anak raja yang tak akan jadi Yam Tuan. Ana mestilah sokong Raja Muda Johor.

Khamis, September 17, 2009

Jemputan buka puasa


Ana diberitahu Rodziah Salleh ada majlis berbuka puasa kebajikan di Bangunan MBSA petang ini. Takut tak cukup orang datang, depa jemput-jemput kawan-kawan.

Keselamatan sangat ketat. Jadi bagi yang berminat dengan Rodziah, jangan nak cuba-cuba. Datang makan saja, okay.

Pihak penganjut minta maaf. Daging lembu tidak dihidangkan untuk menjaga hati penganut Hindu. Malah daging tidak dihidangkan untuk menjaga penganut Buddha yang vegetarian.

Nasi pula tidak dihidangkan untuk menjaga mereka yang sedang diet tak boleh makan nasi. Seafood tidak dihidangkan kerana kaum Yahudi tidak boleh makan makanan ada shell.

Makan roti dengan rumput saja.

Selasa, September 15, 2009

Cermin majik Samy Velu


Cermin apa dia pakai di rumah. Pasti cermin majik yang boleh berkata-kata.

Setiap kali melihat cermin, Samy akan bertanya padanya, "Cermin, cermin di dinding, siapakah orang yang paling putih dan suci di tanah Malaysia."

Cermin menjawab, "Kamu adalah orang yang paling putih dan suci dalam Malaysia. Weil weil weil ..."

Ini semua auta komponen parti masa Perhimpunan Agung Tahunan. Adakah perwakilan yang nak kasi Dr Mahathir kalungan selipar akan dihukum? Nanti lupa ...

Isnin, September 14, 2009

Diam aja ... puasa gut?


Bagan Pinang akan datang. Penamaaan calum pada Oktober 3hb. Undi 11hb.

Sunyi nampaknya. Ada orang belum lagi buat kenyataan. Mana dia punya cakap-cakap yang meraban dan menyakitkan hati.

Selalu dilakukan untuk tarik kritikan supaya dirinya dihentam habis-habisan. Lepas tu orang marah, dia dihentam. Ada yang kesian. Ada yang geram. Dapat mereka undi.

Kenapa diam sekarang? Betul-betul hairan. Ustaz kata bukan puasa ada makhluk yang kena ikat. Tak tau pulak kena ikat.

Tunggu lepas bulan puasa baru makhluk itu bercakap ...

Ahad, September 13, 2009

Hanya tiga kali sahaja selama ini


Pada satu malam, seorang Dato dan Datin makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 10 tahun. Kedua pasangan ini berpakaian begitu hebat sekali, terutama sekali Datin. Dato adalah seorang bekas ahli politik dan ahli perniagaan.

Dato mula bercerita tentang jerih perit, suka duka, susah dan senang mereka untuk mereka berdua akhirnya dapat capai jadi suami isteri. Dia ditinggalkan isteri pertama yang menuntut cerai kerana isterinya enggan dimadu. Datin Maria tinggalkan suami untuk bersamanya.

Dato jatuh cinta dengan kejelitaan Maria dari pertama kali matanya terlihat wajahnya. Dia sungguh menyanjung Maria dan sedia lakukan apa saja untuk menggembirakannya. Sampai habis duit syarikat untuk mencapaikan kemahuan isteri. Maria seorang rupawan dan bekas penggiat seni.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, Abang amat sayang Maria. Tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak kepala Abang ni."

"Apa dia Abang?" tanya Puan Sri Maria.

"Abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn Abang pada malam ni, ye. Mariani cantik, muda dan pasti ramai memintai. Pernah tak Maria curang dgn Abang selama ni?" tanya Dato.

Datin agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya Abang, Maria mengaku pernah curang dgn Abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Dato agak terkejut, tapi tak bolehlah marah, dia sudah berjanji. Lagi pun sudah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya.

"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Dengan suara perlahan Datin Maria mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, Abang ingat peristiwa tu" jawab Dato.

Datin menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat Abang menerima kenyataan ini, tapi Abang maafkan maria kerana apa yg Maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata Dato.

"Kali ke dua pulak?"

"Abang ingat tak, Abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?"
Datin menyambung cerita.

"Ya, Abang ingat" jawab Dato.

"Kalau macam tu, Abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk Abang tanpa bayaran apa-apa pun."

"Oh Maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi Abang tetap maafkan Maria sebab apa yg Maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak yang kali ke 3 macam mana pulak?" kata si Dato.

Datin menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa Abang hampir dilucutkan sebagai Pengerusi Syarikat dalam EGM dan Abang perlukan undi dari 25 pemegang saham syarikat ..."

Dato pengsan kat situ jugak ...

* Ilham dari Cerita Lucu sini

Sabtu, September 12, 2009

Dr M layak tegur Samy


Dr Mahathir kata Samy Velu patut berundur. Tukar itu Samy, kalau mahu perubahan. Selagi ada Samy, tak ada orang mahu sokong MIC lagi. Sudah masa orang baru diletak untuk memimpin MIC.

Samy banyak marah. Dia sudah hantam balik. Cerita lama pun kasi ungkit. Musa HItam saya tahu cerita. Apa jadi Ghaffar. Itu Anwar Ibrahim pun dulu dia sayang.

Dia kata Dr Mahathir tak ada hak untuk tegur dia. Jangan masuk campur.

Ayoyo Samy. Dr Mahathir sudah tolong sama you, lebih 20 tahun. Jangan lupa. Dengar nasihat dia suruh belajar dari Jepun.

Jangan main-main, dia ada hak tegur MIC. Banyak-banyak orang, Dr M paling layak untuk tegur.

Dulu dia PM dan Pengerusi BN selama 22 tahun. Kalau dia mahu dahulu, dia layak jadi pemimpin kedua-dua parti ...

Wow! Cuma baik-baik Dr M, Samy ada hidrogen bom. Subramaniam cuma ada bom nuklear.

Jumaat, September 11, 2009

Tak patut, Tak patut ...


Tak patut, tak patut mereka cakap macam itu. Memang tidak patut cakap macam itu dengan perempuan ...

Kenyataan Media 8 September 2009

KEGANASAN DAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP WAKIL RAKYAT WANITA SATU KESALAHAN JENAYAH YANG SERIUS


“Rodziah saya akan rogol you sekarang!” adalah antara kata-kata kesat yang telah menggegarkan Dewan Bankuet MBSA dalam Majlis Dialog bersama penduduk mengenai isu pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam.

Kami, Wanita Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan (“Wanita PKR WP”) mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan golongan yang terlibat dalam kekecohan semasa Majlis Dialog tersebut terutamanya yang mengeluarkan kata-kata kesat serta bertujuan untuk mengugut seorang wakil rakyat wanita, iaitu YB Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga Shah Alam.

Kami, Wanita PKR WP juga percaya insiden kekecohan yang berlaku di Dewan Bankuet adalah satu tindakan atau perbuatan yang telah dirancang awal dan merupakan sebahagian daripada tindakan susulan ekoran protes kepala lembu yang berniat untuk menimbulkan ketegangan antara kaum.

Kami, Wanita PKR WP mengalu-alukan keputusan Peguam Negara yang bercadang untuk mendakwa golongan penghasut yang terlibat dalam protes kepala lembu tetapi kami masih berasa amat kecewa dengan:-


1. Kegagalan polis dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga keamanan serta ketenteraman masyarakt apabila tiada tindakan tegas yang segera diambil dengan penangkapan golongan penghasut yang terlibat. Kelewatan pihak polis bertindak dalam protes kepala lembu telah menyebabkan golongan penghasut meningkatkan lagi perbuatan jenayah mereka sehingga tertimbulnya insiden kekecohan di Dewan Bankuet MBSA pada 5hb Sept, 2009. Sehingga hari ini golongan yang bertanggungjawab menimbulkan kekecohan di Dewan Bankuet MBSA terutamanya yang mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap YB Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga Shah Alam masih belum ditangkap lagi walaupun terdapatnya bukti kukuh melalui rakaman video;

2. Kelemahan Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional dalam usaha menangani gejala dan anasir negatif yang menggugat perpaduan serta keharmonian antara kaum. Perbuatan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengadakan perjumpaan dengan golongan penghasut tersebut seolah-olah mempertahankan perbuatan jenayah golongan penghasut tersebut. Semua ini adalah bercanggahan dengan matlamat Rukun Negara terutamanya prinsip Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan yang bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan dan ketenteraman negara;

3. Tindakan tidak munasabah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negara (SKMM) yang mengarahkan supaya Malaysiakini membuang 2 video yang mengandungi rakaman berhubung dengan protes kepala lembu dan penyiasatan yang dijalankan terhadap Malaysiakini berhubung dengan 2 video tersebut. Penyiasatan SKMM terhadap Malaysiakini bercanggahan dengan cadangan Peguam Negara terbaru untuk mendakwa golongan penghasut protes kepala lembu kerana 2 video rakaman Malaysiakini adalah merupakan barang bukti penting untuk menyabitkan kesalahan golongan penghasut dalam kes pendakwaan golongan penghasut;

4. Kegagalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam usaha menghapuskan segala diskriminasi terhadap wanita seperti mana yang dikehendaki dalam CEDAW (Konvensyen menghapuskan Segala Diskriminasi terhadap Wanita) dalam mana Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang mengiktiraf dan menandatangani Konvensyen tersebut terutamanya kegagalan beliau memainkan peranan beliau menuntut pembelaan bagi pihak YB Rodziah Ismail, seorang wakil rakyat wanita. Wanita mencapai 30% di dalam arus perdana politik dan tahap “decision making” dalam Negara ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa jaminan keselamatan diri diberi kepada wanita yang terlibat dalam politik.
Justeru, kami, Wanita PKR WP, menuntut supaya:-

1. Tindakan segera diambil oleh polis terhadap golongan penjenayah yang mengeluarkan ugutan “Rodziah saya akan rogol you sekarang!” dengan penangkapan penjenayah yang terlibat supaya keselamatan diri YB Rodziah Ismail dapat terjamin selaras dengan kehendak CEDAW;

2. SKMM menghentikan segala penyiasatan terhadap Malaysiakini berhubung dengan 2 video rakaman protes kepala lembu; dan

3. Semua penghasut yang terlibat dalam protes kepala lembu dan kekecohan dalam Dewan Bankuet bersama dengan sesiapa yang merancang, berkomplot dan berkonsipirasi dalam kedua insiden harus diheret ke depan muka pengadilan dengan segera.
Kami Wanita PKR WP tetap berdiri teguh memberi sokongan padu kepada YB Rodziah Ismail. Kami juga menaruh penuh kepercayaan kepada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dan keupayaan YB Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dalam usaha menyelesaikan isu pemindahan kuil Hindu di Seksyen 23.

Felicia Ling
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat
Wilayah Persekutuan


Memang tidak patut. Ada ke Rodziah nak dirogolnya?

Tak patut, tak patut. Tak patut, tak patut. Tak betul, tak betul. Memang gila, memang gila. Satu keganasan terhadap perempuan. Ada benda tak kena ni. Mesti tak kena.

Rodziah yang ni nak di rogolnya?



Felicia jangan takut. Ana garenti Rodziah tak akan kena rogol.

Tak ada orang ghairah nak rogol pembohong yang berulang ni pun ...

Wow! Isteri ana lawa pulak. Alamak ...

Khamis, September 10, 2009

Isa kembali panas ...

Mana Isa dalam kerumun ini? Tak nampak ...

Setelah di"pencen"kan keahlian UMNO, jawatan Naib Presiden UMNO dan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Isa Samad banyak menghabiskan masa bersantai main golf. Rumah Isa di Nilai Spring pun memang sesuai untuknya kerana di kelilingi padang golf.

Hari ini, Isa akan mempengerusikan Mesyuarat Bahagian untuk menentukan calun UMNO untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang. BN banyak menaruk harapan untuk memusingkan kembali momentum kekalahan berturut hingga kedudukkan 7-1 dalam Pilihanraya Kecil.

Bertambah lagi, ia akan meyakinkan penyokong BN bahawa kubu mereka masih kuat. Jangan hairan banyak lallang-lallang dalam UMNO akan memikirkan untuk lari masuk PKR atau PAS. Kebanyakkan orang Melayu sekarnag bukan jenis pejuang tapi cari peluang.

Memang tertekan buat Isa. Semalam Isa bermain golf untuk meringankan fikirannya. Bersama kawan-kawan dia mula bermain awal pagi. Habis bermain dia berhenti ke kelab untuk makan pagi.

Rakan-rakan melihat dia diam saja sepanjang pagi. Mereka menegur, "Apa monyok saja Tan Sri hari ini? Nak buat comeback perlulah bertenaga."

"Berat aku nak fikirkan ni Alias. Serba salah ni. Orang Bahagian nak aku. Tapi pengundi tak tau lagi. Keadaan dah berubah. Pengundi pun boleh berubah.

"Seluruh beban BN pada bahu aku ni. Tapi aku bukannya Presiden, jadi Naib di atur aku ditendang," Isa menerangkan.

Alias berkata, "Yang lepas tu lepas. Dulu Tan Sri tak melawan. Saya tengok tak bertenaga dan tak ada umpphhhh dia. Cuba tengok si Anwar. Siapa tak tahu dia penipu dan peliwat. Orang ikut dia kerana dia pandai bercakap dan memujuk. Dia memberi harapan dan menunjukkan tenaga. Saya rasalah Tan Sri ..."

"Mungkin betul kau cakap Lias. Aku macam dah sejuk. Dari sekarang aku akan berubah," bersemangat Isa.

Habis saja makan, Isa terus ke bilik orang lelaki. Masuk-masuk, dia suruh atendent tu bawak dia kotak dan letakkan dalam salah satu bilik shower.

Dia tukar baju dan memakai tuala. Isa menoleh kepada Alias, "Aku dah tak mahu sejuk-sejuk lagi Alias..." dan terus masuk bilik shower yang disediakan atenden untuk mandi.

Termungu si Alias. Apa pasal dia suruh atenden tadi letak kotak dalam bilik shower. Diintip dari luar tirai. Dia nampak Isa berdiri atas kotak dan memasangkan hot shower. Tergelak senyum Alias.

Betul dia dengar nasihat Alias. Dia mahu mulakan dengan mandi air panas. Selama ini, air shower yang panas sudah sejuk bila mencecah badan Isa ... Dia tak pernah dapat merasa mandi air panas.

Sedia kau, Isa nak kembali ni. Panas ....

Wow! Dah terbiaso. Tak konokan Cikgu Iso ni, tak sah. Pasti dio konokan balik. Tak ponah kalahlah konon.

Rabu, September 09, 2009

Lembu punya pasal, Semua kasi tukar


Dua belas orang penunjuk perasaan didakwa kerana berhimpun secara haram berkenaan isu kuil haram. Enam orang Islam didakwa atas kesalahan menghasut kerana membawa kepala lembu sebagai mesej kepada Menteri Besar Selangor yang juga orang Islam.

Adakah bermakna sekejap lagi, orang Islam di tanah tumpah darah Melayu tidak boleh melakukan amalan ibadat mengkorban lembu kerana ianya binatang suci kepada penduduk asal imigren dari India.

Nampaknya begitulah caranya kerana menyebut bodoh macam lembu pun sudah dibuat laporan polis oleh Pemuda MIC.

Jika demikian, baiklah masanya demi 1Malaysia, Dewan Bahasa Pustaka tukarkan Peribahasa dan Simpulan Bahasa Melayu yang mengandungi Lembu. Ana rasa ada beberapa perubahan boleh dibuat. Gantian untuk bodoh macam lembu itu kita tunggu akhir sekali.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak. Ia menunjukkan kita kena menyesuaikan diri dengan persekitaran kita.

Kalau duduk di kawasan majoriti Melayu, janganlah pula kuil itu bising dan mengganggu penduduk Islam yang bertoleransi. Ini pula pakai gangster minta duit dan mintak duit. Lembu juga tak mahu dengar rintihan orang.

Oleh sebab salah menggunakan lembu sekarang, tukar sajalah. Tak akan lembu yang suci disamakan dengan kambing. Marah orang Hindu kita. Maka berkuar bunyinya jadi Masuk kandang kambing mengembek, Masuk kandang saksi menjawab.

Lembu dipegang pada talinya, manusia pula pada janjinya. Tidak sesuai kerana kuil Seksyen 19 akan terasa kerana kita menyindir mereka yang berjanji untuk pindah tetapi berdalihdalih dan akhirnya tidak mahu pindah dan mahukan tempat majoriti Melayu. Ikutkan hati tukarkan Keling dipegang pada gelengnya, Manusia pula pada janjinya.

Selalu orang politik ambil nama dari hasil usaha orang lain. Mereka ini betul-betul ikut rasmi Lembu punya susu, sapi dapat nama. Marah Hindraf nanti. Mereka kata mereka didiskriminasi dan dibawa ke Malaysia sebagai “indentured labour”. Baik kita tukar saja jadi Eli Wong punya payudara, Menteri Besar dapat gesel.

Kalau kita simpulan bahasa berkata lembu kenyang, ia bermaksud orang yang degil dan malas, tidak kisah dengan kehidupan orang lain. Bunyi pula yang macam menimpa penduduk Seksyen 19 dan akhirnya Seksyen 24.

Bolehkah ditukar sebagai orang korporat yang sudah kaya jadi Menteri Besar tetapi malas hendak menjenguk rakyat dan ambil kisah kesusahan penduduk dengan adil tanpa kira apa sekali latarbelakang penduduk.

Seperti lembu dicucuk hidung adalah seperti orang yang tidak boleh buat keputusan dan kesimpulan sendiri tetapi ditentukan oleh orang lain. Lagi sekali macam orang sama dan boleh kita sebut macam Menteri Besar yang nampaknya hidung di cucuk DAP dan ikut saja kehendak DAP.

Bahasa Melayu banyak perumpamaan yang menggunakan lembu. Otak macam Lembu, Badan macam Lembu, Tak ubah perangai macam Lembu, Jadi macam lembu, dan Tak ubah macam Lembu. Ada yang tidak lojik pun diguna seperti Terbang macam Lembu, dan Menyanyi macam Lembu. Gagap macam Lembu ada di Shah Alam. Akhirnya bodoh macam Lembu.

Nampaknya seorang saja yang sesuai diumpamakan dengan pelbagai ciri-ciri Lembu dan sebab dia mengampu hati Hindu berlebih-lebihan, kita kena mengubah segala-galanya untuk menjaga hati penganut Hindu yang tidak sampai 7%.

Siapa yang sesuai? Tak kiralah bin lain-lain, nama sama ...

Isnin, September 07, 2009

Kekalkan kuil sebagai Tapak Warisan Dunia

Kuil berumur 150 tahun yang mendahului pelbagai detik sejarah
He he he ... Brendan Brendan ... siapa kamu nak bohong?

Ana difahami Kuil Hindu Sri Mahamariaman di Seksyen 19 Shah Alam akhirnya akan dipindahkan. Hilanglah satu lagi warisan negara musnah kerana pembangunan hartanah dan perumahan awam.

Oleh sebab tuntutan orang ramai, terpaksa kuil warisan sejarah ini dipindah. Sudahlah itu, perindahan pun menyebabkan kontroversi.

Menurut 'pakar sejarah' Brendan Pereira, kuil ini berumur 150 tahun. Pakar sejarah, yang ditangkap meniru peniru Albom, mengulang-ulang maklumat ini hingga dipercayai dan diulang oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.

Jika maklumat ini benar, kuil Sri Mahamariamman di Seksyen 19 adalah kuil Hindu tertua di Malaysia. Ia lebih tua dari kuil yang diperakui kuil Hindu tertua buat masa ini ia-itu kuil Sri Mahamariaman di Jalan Bandar, Chinatown Kuala Lumpur. Kuil Chinatown yang tersergam indah ini hanya 136 tahun dari tahun 1873.

Kuil Batu Caves yang mrupakan kuil Hindu paling popular di dunia di luar India dan dianggap tapak warisan dunia pun hanya berumur 118 tahun.

Ini bermakna kuil Seksyen 19 yang wujud dari tahun 1859 adalah lebih awal dari mulanya penghijrahan pekerja-pekerja India untuk bekerja di estet getah pad athaun 1870an.

Disamping itu, kuil ini wujud sebelum Henry Ridley membawa benih getah dari Brazil dan muladitumbuh sebagai estet pada tahun 1896. Kuil ini sudah wujud sebelum tuanpunya tanah sebelum ini, Guthrie Company memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit secara estet pada tahun-tahun 1896 ke 1924.

Oleh kerana kuil ini adalah satu detik yang hilang dalam lipatan sejarah, ianya patut dikekalkan. Kerajaan negeri patut bekerjasama dengan Kementeriaan Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi untuk menimbang kuil ini sebagai tapak warisan dunia.

.... Kalau tidak, terkuburlah Khalid Samad dan Rodziah. Khalid Ibrahim menunggu masa. Macam mana nak kekal, sampai dua kali kena tegur Sultan terang-terangan.

Hanya membuktikan orang korporat memang jiwa keparat yang tidak peduli susah payah rakyat.

Hmmm ... ada seorang lagi MB yang sudah dikeparat rakyat ramai-ramai. Itu pun tak lama lagi. Siapa tau?

KJ tahu. Masa mesyuarat pun kena maki hamun.


Wow! Selalu jual orang, pertama kali jual pariah menipu pasal kuil. Itu kawan KJ juga.

Khamis, September 03, 2009

Dari Batu Kikir cukup tak?


Zainal ado urusan nak ke Kolumpo. Bulan puaso ni memang susah bawak kereto jauh-jauh luar Kopilah. Ngantuk. Tak tahan bau asap diesel lori. Bahana ado urusan. Di talipon Suhaimi dahulu.

"Mi, den nak jumpo ekau. Agak-agak pukul berapo sonang?"

"Ah .. Nal, den ado lah kek opis ni sampai potang. Ompek setongah tu balik. Nak boli buko," diberitahu Suhaimi.

"Takpo tu. Cumo den nak tanyo sikit ..." Zainal kata.

"Apo dio?"

Zainal terangkan. "Den ni susah jalan dalam bulan puaso. Ngantuk dan lalai. Ponat bawak kereta. Abang nak tanyo ni. Kalau nak batalkan puaso, cukup tak dua Marhalah dari Kopilah ko Kolumpo.

"Kalau tak cukup, sah tak abang undur dan mulokan perjalanan dari Batu Kikir?"

"Alah ... dah tak larat puasu tu, tak larat sajolah."

Tuhan selalu beri ruang kemudahan dan kelonggaran untuk hambanya yang lemah. Seorang Pak Cik ana kata, usah berasa salah untuk buka puasa jika dalam perjalanan yang jauhnya lebih dua Marhalah, 58 batu.

Tak payah kiro-kiro. Seperti biaso, ado manusia susah nak faham intipati hukum tapi kono topat-topat macam undang-undang trafik.

Selalunya bulan puaso pulo banyak kerenah.

Selasa, September 01, 2009

'Confident' sangat, ingat boleh 'Confidential'


Anak lelaki Rohaizad sekolah darjah lima dan dia suka membaca buku-buku cerita Inggeris. Satu hari, Rohaizad pergi ambil anaknya di sekolah. Bila dia naik saja kereta, dia tanya Rohaizad beza antara Confident dan Confidential.
Rohaizat menjawab "Dia macam gini nak. You are my son. I am confident you are my son. Maknanya awak anak ayah. Ayah yakin awak anak ayah."
Sambil melihat pada seorang budak lelaki yang lalu dihadapan keretanya, dia menyambung,"That boy is also my son but that's confidential."
Oleh sebab, banyak sangat confidential, ini yang teruk sangat kempen Permatang Pasir. Rupanya cerita Rohaizad bukan saja pasal digantung Majlis Peguam yang sudah selesai dengan masaalah client. Khabarnya ada lagi enam cerita.
Masa nak pilihanraya, dia tanya-tanya kawan-kawan sama Sekolah Al Masyhur Penang tapi dinasihati usah tanding dan tanding untuk PRU. Dia degil dan mintak Jalil tolong kempenkan nama dia. Reezal Merican kawan se Al Masyhur pun sama bantu.
Yusri pula ceritanya memang budak kurang sikit atas. Satu masa dia umum nak main lawan terus Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh. Lepas tu diam. Orang dok tanya apa cerita? Dia sama Rohaizad sama saja.
Buat masa ini, khabarnya Rohaizad dan semua penyangak-nyangak dalam Permatang Pauh kena pangkah. Baiklah itu. Yang nak pangkah itu, kena baik juga.
Wow! Confident sangat boleh Confidential. Dah kena jual.