Ahad, September 13, 2009
Hanya tiga kali sahaja selama ini
Pada satu malam, seorang Dato dan Datin makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 10 tahun. Kedua pasangan ini berpakaian begitu hebat sekali, terutama sekali Datin. Dato adalah seorang bekas ahli politik dan ahli perniagaan.
Dato mula bercerita tentang jerih perit, suka duka, susah dan senang mereka untuk mereka berdua akhirnya dapat capai jadi suami isteri. Dia ditinggalkan isteri pertama yang menuntut cerai kerana isterinya enggan dimadu. Datin Maria tinggalkan suami untuk bersamanya.
Dato jatuh cinta dengan kejelitaan Maria dari pertama kali matanya terlihat wajahnya. Dia sungguh menyanjung Maria dan sedia lakukan apa saja untuk menggembirakannya. Sampai habis duit syarikat untuk mencapaikan kemahuan isteri. Maria seorang rupawan dan bekas penggiat seni.
"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, Abang amat sayang Maria. Tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak kepala Abang ni."
"Apa dia Abang?" tanya Puan Sri Maria.
"Abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn Abang pada malam ni, ye. Mariani cantik, muda dan pasti ramai memintai. Pernah tak Maria curang dgn Abang selama ni?" tanya Dato.
Datin agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya Abang, Maria mengaku pernah curang dgn Abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"
"3 kali?" Dato agak terkejut, tapi tak bolehlah marah, dia sudah berjanji. Lagi pun sudah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya.
"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"
Dengan suara perlahan Datin Maria mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"
"Ya, Abang ingat peristiwa tu" jawab Dato.
Datin menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."
"Emmmm.. sukar buat Abang menerima kenyataan ini, tapi Abang maafkan maria kerana apa yg Maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata Dato.
"Kali ke dua pulak?"
"Abang ingat tak, Abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?"
Datin menyambung cerita.
"Ya, Abang ingat" jawab Dato.
"Kalau macam tu, Abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk Abang tanpa bayaran apa-apa pun."
"Oh Maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi Abang tetap maafkan Maria sebab apa yg Maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak yang kali ke 3 macam mana pulak?" kata si Dato.
Datin menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa Abang hampir dilucutkan sebagai Pengerusi Syarikat dalam EGM dan Abang perlukan undi dari 25 pemegang saham syarikat ..."
Dato pengsan kat situ jugak ...
* Ilham dari Cerita Lucu sini
Heheheheheheh.. rabak nya... heheheh
BalasPadamYang rabak macam ni ialah eli wong dan yb roziah le...gamaknya
BalasPadamGeng...
BalasPadam16 Sept lepas Anwar perlukan 30 MP untuk lompat parti...lagu mana pulak tu?
Muahahahahaha
Datin ni pakai bomoh le ni tak bagi suami dia marah..
BalasPadamYang keempat....? Tanya datuk.
BalasPadam"Abang ingat tak masa abang nak jadi YB, tapi ramai sangat ahli PKR yang berwibawa. Tapi lepas tu Bro Anuwar sokong abang."
"Hah..belakang ke depan?" Tanya datuk.
"Belakang bang"
Sah Datin orang Pahang.
BalasPadamperghh..
BalasPadambahaya bebeno ceriternyer.
tapi yang tambahan ke empat tu yg paling xleh tahan. hehe
Sin,
BalasPadamAstaga, aku harap tiada seorang pun ahli parti PAS dalam senerai 25 pemegang saham tuh. Engkau tahu sajolah kalau bekas ahli PAS, macam jando arab jadinyo.
Bahrudin Nasi Impit
Telok Komang.
kalau nak buat cerita lucu tak usah letak gambar pula.juga pembayang di depan cerita sangat jelas siapa orng nya, menyingung perasan orang , tak baik buat cerita macam tu walau pon khayal.
BalasPadamKesian kat Dato....
BalasPadamSampai pengsan menahan marah ye....
Atau pengsan membayangkan kesan dari kecurangan Datin kali ketiga....?
Parah lah camtu....
kah kah kah....
BalasPadamnasib baik untuk undi 25 orang pemegang saham....
kalau 200..... jadi GRO la pulak...
salam saudara Sin,
BalasPadamboleh saya bertanya mana saudara dapat idea-idea ni semua?walaubagaimanapun ia sungguh melucukan..tapi penuh sinis.teruskan sin saya enjoy baca cerita kau.
Cerita cam hampeh!!...Keluarga yang tiada pegangan ugama..
BalasPadamooo baru aku faham kenapa 16 sept tak menjadi..sepatutnya 30 mp yang balun dia, tp dia dah la jantan, dia pulak yang nak balum mp2 tu..ptuih
BalasPadamKang Karma
huahuahua..sape cakap ahli PAS takde dalam senarai..aaa nih nak cite..orang yang berlakon alim ulamak ni lagi lah teruknye bila dapat betini gini...whooooooo..
BalasPadam...."GANYANG M.I.C"....
BalasPadamDatin Pyteri Gunung Ledang ke niih
BalasPadamatau Datin Puteri Kepong Jingjang.