Sabtu, Oktober 31, 2009
Perbualan minum teh di War Crime Tribunal Hearing
Kuala Lumpur War Crime Hearing berjalan semalam di Putra World Trade Center Kuala Lumpur. Semalam enam orang rakyat biasa yang disalah tangkap dan menjadi kekejaman torture tentera Amerika di penjara Guantanamo Bay membentang afidavit mereka. Semasa waktu rehat minum teh, terdengar perbualan ini:
Wanita: Apa khabar Datin?
Datin: Hey ... apa khabar. Lama tidak jumpa.
Wanita: Berapa hari you datang ke persidangan ini?
Datin: I datang masa ucapan Dr Mahathir saja hari pertama. Hari ini dan besuk memang I nak dengar War Crime Tribunal. You?
Wanita: I datang hari-hari. Kami dah pencen, tak tahu nak buat apa di rumah.
Datin: Oh ya ... best nya. I masih kerja.
Wanita: This American memang war monger. They are ruthless, inhumane and racist. Zalim sungguh.
Datin: Ya ... bagus bekas banduan pertama itu ... Moazzam Begg. Dia boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan eloquent dalam memberi keterangan. Dengan aksi yang ditunjuk tadi, kita faham macam mana treatment kezaliman yang diberikan kepada penghuni penjara Guantanamo Bay. This American main tangkap suka hati saja. Lepas dapat keterangan ini, apa mereka akan buat besok?
Wanita: Oh ... Sabtu last day tu, mereka akan serahkan kenyataan dan bukti ke War Crimes Commission Tribunak dan mereka akan tentukan samada ada kes atau tidak.
Datin: Mestilah ada kes ...
Wanita: Itu tengoklah. Hakim yang datang besok. Mestilah professional atau nanti diperolokkan oleh media luar negara.
Datin: Lepas itu?
Wanita: Bila ada kes, baru dipanggil ke mahkamah penjenayah perang seperti Goerge W Bush, Tony Blair, dan lain-lain.
Datin: Kalau mereka tidak datang?
Wanita: Mahkamah akan jalankan juga in their absence seperti dibuat di Brussels. I rasa kita patut dapatkan seorang peguam mewakili mereka.
Datin: Oh ...
Wanita: Husband I dia bekas loyar. I suruh dia jadi peguam untuk Bush.
Datin: Banyak kerja tu ... Kena turun naik Washington dan Texas untuk prepare case. Kata husband you dah pencen?
Wanita: Tak tak ... Kerja senang.
Datin: Senang?
Wanita: I suruh husband I mengaku salah saja ...
Salam Pak Husin. Hmmm..kalaulah semudah itu tentu aman dunia ini...tapi saya dapat tangkap apa ang Pak Husin cuba sampaikan.
BalasPadamsalam PAK USIN......SAM tak faham la cuba try fahamkan SAM,....
BalasPadamSin, sebab tu agaknya si Hj Sulaiman Abdullah quit, ni nak buat macam si lawyer pun tu kot.
BalasPadamsusah sgt nam nak faham kah?
BalasPadammaksud wanita tu adalah bush ngaku salah aja.
Maksudnya ada peguam yang menarik diri untuk kes si fulan bin si fulan kerana si fulan tidak mahu mengaku salah malah sebaliknya si fulan pula minta hakim dan kumpulan pendakwaraya untuk mengundur diri.
BalasPadamAdalah mustahil Bush nak mengaku salah kerana banyak kedutaan yang sanggup membuka pintu pagar untuknya bersembunyi.
Salam Husin,
BalasPadamDi Malaysia terdapat bomoh2 handal yang boleh buat PENUJU untuk memusnahkan orang dari jarak jauh, aku cadangkan cari orang ni dan bayar dia mahal sikit suruh dia pasang PENUJU hentam Bush dan kuncu2 Bush biar telungkup habis.
Aku kalau pandai dah lam Bush dan geng dia tinggal nama, pre saja tak payah bayar apa2.
I advise to you to come on a site where there is a lot of information on a theme interesting you. Will not regret.
BalasPadam