Ahad, November 08, 2009
BN 3 PAS 1
KUALA LUMPUR: Pasukan Negeri Sembilan mengalahkan pasukan Kelantan 3-1 untuk memenangi Piala Malaysia bagi musim 2009.
Dengan kelihatan bendera PAS berkibar diantara penyokong Kelantan, perlawanan ini boleh dianggap sebagai pertandingan antara BN menentang PAS.
Kemenangan ini tidak menurunkan defisit 8-2 kekalahan BN kepada pembangkang dalam siri beberapa pilihanraya kecil. Namun begitu, ia merupakan kemenangan kedua BN terhadap PAS dalam tiga bulan terdekat ini selepas kemenangan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang.
Malangnya perlawanan semalam tercemar dengan sedikit kejadian rusuhan oleh penyokong-penyokong Kelantan yang dipercayai terbawa-bawa budaya merusuh pada hari pembuangan undi.
Menurut seorang pegawai pasukan Kelantan yang tidak mahu nama disiarkan, penyokong-penyokong tidak tujukan kepada mana-mana pihak dan memahami kalah menang adalah adat pertandingan.
Katanya, penyokong dikuasai emosi mengenangkan nasib yang bakal ditimpa pemain-pemain dalam pasukan. Pemain-pemain yang bukan ahli PAS telah dijanjikan syurga, jika berjaya memenangi piala Malaysia tahun ini.
Dengan kekalahan malam tadi, kesemua pemain-pemain pasukan Kelantan akan dihantar ke neraka.
Difahami bahawa pihak KAFA sedang berusaha menghubungi Menteri Besar Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat untuk mengeluarkan fatwa baru membatalkan perintah tersebut. Namun, pihak keluarga tidak membenarkan sesiapa bertemu dengannya.
Dato Husam Musa pula tidak dapat dihubungi kerana sedang sibuk dalam mesyuarat untuk merancang menjatuhkan Haji Hadi.
Nik Aziz telah masuk IJN pada malam Jummat kerana sakit-sakit. Dia keluar pada hari Sabtu untuk menghadhiri sebentar Seminar PAS. Keadaannya masih dibawah pemerhatian doktor. - Agensi Husin Lempoyang
NOTA: Husin mengucapkan selamat sembuh kepada Dato Nik Aziz Nik Mat. Muga dikembalikan kesihatan ke sediakala.
salam
BalasPadammalang sungguh saudara kerana berfikiran tidak luas apabila mengaitkan sukan dan politik..
sudah setaraf dengan mereka yang membawa bendera PAS ke stadium..
minta maaf
3-1...
BalasPadamSebab kalah. Kalau Kelantan menang, dah tentu dikaitkan dengan politik. Dah tentu kemenangan Kelantan dikaitkan dengan kejayaan PAS membangunkan bolasepak Kelantan.
BalasPadamHehehehe.. tapi kalah.... Sonyum Iso Samad. Monang lagi!
=rakyat=
Nasib baik pemain bola sepak Kelantan tak bai'ah jatuh talak kalau kalah. Haru...
BalasPadamSalam:-
BalasPadamRamai konfiden Kelantan boleh jadi juara. Apatah lagi bos pasukan ialah orang UMNO. Tapi bila bendera PAS dibawa masuk dalam stadium ia petanda buruk. Memang PAS bawak sial malam itu.
3-1 la Bro. Memang ganas! Perlawanan di luar padang mmg dasyat. Dari awal game sampai habis tum tam tum tam dgn mercun. Bakar sana bakar sini habis kerusi. Habis krew RTM berdarah di baling objek keras. Itu baru real. Bukan macam BOB Bagan Pinang. Ala2 Bagan Pinang dah ni. Just imagine 2/3 stadium penuh dgn Kelantan macam BP gak la. Penuh dgn samseng Pas berbaju TOK GURAU. Bendera Pas bukan main dikibar di awal game. Tapi bila nampak dibelasah, simpan terus dah bendera Pas tu. Buat alas punggung. Ekekeke.
BalasPadambagan-
N9 menang tapi julang piala orang batu pahat ... hehehe
BalasPadamSaudagar Unta Husin Lempoyang,
BalasPadamAna dengar, penganut Pas yang mengibarkan bendera Pas di stadium malam tadi dikhabarkan akan menerima durian runtuh... Hadiah berupa tiket ke Syorgggaaaa. WOW! Untunglah mereka! Lebih untung berniaga tiket syorgaaaa dari jual unta!
SaudagarSEPIT
Ditambah pula dengan seruan TOK GURAU N.Ajis supaya seluruh ADUN pergi tengok bola...lagilah sial...Tambah lagi pemain dirasuah dengan imbuhan kalau menang. Tiket syorgaaaaa dah habis :P
BalasPadamTokGurau
Gua suka baca sketsa di sini:
BalasPadamhttp://nasionalis1982.blogspot.com/2009/11/sketsa-piala-malaysia.html
roket...part no 15 tu yg syok!
Salam Worihku Sin,
BalasPadamDen golak sakan dengan 3-0 punya kemenangan.
Den nak cerito sikit pasal pencacai Khairy. Bila media arus perdana tidak lagi memberi publisiti kepada Khairy, maka segala pencacai menyalahkan UMB.
Sengketa UMB Hanyalah Ciptaan Pencacai Khairy
Shah jiwang
sebagai orang kelantan dan penyokong UMNO, saya kecewa dengan ulasan saudara yang mengaitkan ia dengan politik kepartian.
BalasPadamTaukah saudara sebahagian besar ajk Kafa adalah orang UMNO dan ada selebihnya terdiri orang PAS.
Presiden KAFA adalah TS anuar musa, dan mendapat sokongan MB kelantan Nik Aziz, begitu juga ia disokong oleh UMNO kelantan.
Pada saya ia hanya melibatkan pertarungan negeri sahaja bukan politik.
Bukankah bagus orang kelantan bersatu dalam sukan tanpa mengikut aliran politik.
Janganlah dihina pasukan kami gara2 segelintir bertindak semacam itu, kenapa saudara tidak mengunkit kisah pertarungan Shahidan kasim dan Isa sabu di perlis yang sehinga kini masih bertelagah, hingga gaji pemain bola pun tidak dibayar.
Begitu juga perpecahan orang perak hingga pasukan bola pun disingkir dari liga malaysia tahun hadapan.
Saya boleh menerima kelantan kalah kepada n.9, janganlah ditulis BN yang menang... dan PAS yang kalah, kerana pasukan red Wariors adalah pasukan tanpa kepartian.
sekian
-Red Wariors
Tulih mmolek sin,
BalasPadamdop molek letok suke ngan politik.
demo gat es.
Tembak tupai pun boleh miss ...
BalasPadamAbe Husin wei...!!!
BalasPadamDengan kekalahan malam tadi, kesemua pemain-pemain pasukan Kelantan akan dihantar ke neraka.
ha! ha! ha!
Ambo nok tengok bola, buke nok ngundi parti. Ado puok bowok degho parti dale stadium tu, guano pulok? Bengong weh !
Sensitif pulak.
BalasPadamTengok di alamat url berikut:
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/11/nizar-parpu-kelantan-dan-pas-sudah.html
kelantan kalah sebab dijanjikan hadiah Umrah kalau menang. Cubalah kalau hadiah itu ditukar ke lawatan ke Paris atau London, mesti menang...
BalasPadamfazli salleh, hang la sore loser
BalasPadam"Janganlah dihina pasukan kami gara2 segelintir bertindak semacam itu"
BalasPadamkalau segelintir tu besar kelentit takpe la
ini nak bakar stadium nak gomo, mende lu?
Saya rasa bukan Husin nak politikkan sukan tapi menghuraikan tindakan penyokong PAS yang Cuba politikkan final ini. Apa kejadah bawa bendera PAS ke stadium bola.
BalasPadamPatutnya jersi pasukan Klate tukar dengan bendera PAS. Yang hijau tu rumput Dan bulan itu inarat bola kahkahakahlah
kelantan kalah bukan pasal Pas la..hape2 la korang ni.EEEEEEE ingatkan kelantan dengan doa tok guru Ajiz jadi kuat tapi aku yang tak reti main bola pun boleh menilai pemain kelantan telebih makan budu..hehehhehe.Kalu di argentina team kelantan cam taraf sekolah cacat mental jer skill and mainan dia..Membosankan..jantan2 kelantan tak reti lari kejar bola ker...macam teberat buah kaki jer..wakakakkakakka Lawak2
BalasPadamSIN,
BalasPadamDEN SUKO N9 MONANG... JANGAN EKAU LAK TERLAJAK.. MAGHAH DEK ORANG.. ANUAR MUSO TITIK EKAU NANTI.. BAIK EKAU MINTAK MAAF SIN.. DEN TAU EKAU MIS KALI NI..
EKAU TIBAI LAIN KALI SIN...
Kelantan kalah kerana konspirasi Najib?
BalasPadamNajib punye angkata lah....
pemberita: Kenapa Kelantan boleh masuk final?
BalasPadamPas: Sebab ramai orang pas doakan kelantan menang.
Pemberita: Kenapa Kelantan kalah?
Pas: Bn punya pasal lah.
Aku xpercaya kelantan kalah final nih. Ni seme angkara UBN dorg ade konspirasi nak kalahkan team kijang. Aku da agak seme ni berlaku. Tgkla baper ramai polis, FRU kat stadium seme tu talibarut ameNo kan? Seme da ready nak nak buat havoc.
BalasPadamKalo xder konspirasi nih aku da pasti mesti Kelantan menang mlm tuh. Doa TokGuru kan makbul, ni seme konspirasi2 nih..konspirasi nih.. seme telibat ameNo, Polis, FAM, FRU, BOMBA even Team Negri Sembilan pun under BN. Aku da agak da..mane2 team under PR yg masuk final smlm sure kalah punyer.
Eleh..yg buat havoc baling mercun, bakr krusi tu seme puak2 ameno. Seme nih konspirasi ala2 konspirasi nak jatuhkan anwar. Aku rase mmg balaci ameNo yg buat2. Tgkla betape liciknye dorg, yela dok menyorok celah2 penonton n then game xhabis lg da buat kecoh smp player pun xley concentrate main... Kalo keje2 keji ni sape lg nak buat, mestila ameNo kan?? kan?? ameNo kan kaki rasuah, upah jer sure dorg wat keje2 bangang nih.
Seme nih konspirasi2..aku xdpt terima kekalahan Kelantan kerana UBN main tipu.Puak ameNO xley terima team kelantan bole pegi Umrah pas final. Konspirasi nih saje nak malukan Tuan Guru ngn kerajaan di bwh pentadbiran dier.
Aku kecewa tindakan jijik ini, so aku sarankan diadakan final semula..bebas dari cengkaman Polis, FRU dan barua2 ameNo. Kite tubuhkan satu suruhanjaya diraja utk siasat FAM sbb terlibat dlm konspirasi nih. Kalo bole kite panggil pengadil dari FIFA sbb pengadil aritu pun musti talibarut BN jgk..
Selamatkan bola Malaysia dr pengaruh BN!!!
-ahli PAS tegar lg jumud-
kepada ahli pas lagi jumud
BalasPadamnampak sangat ko tu bukan ahli pas,
maafkan waaa erk, nak menipu jangan nampak sangat. bau umeno sesangat....
#kong kali kong
-ahli PAS tegar lg jumud-
BalasPadamanak haku baca pon tau yang dia tulih tu parody la!
Tanpa Nama!! hihihihihihi
apa nak kisah lak ..rakyat kelantan ni mana tau tgok bolasepak ...yg diorg tau merusuh je
BalasPadam