Isnin, November 23, 2009

Kenapa Kit Siang tak mahu pencen jaga cucu?


Lim Kit Siang sudah 67 tahun dan menghabiskan lebih 45 tahun umurnya dalam politik. Sambil melihat pemandangan dari pejabat Lim Guan Eng yang baru dilantik Ketua Menteri Pulau Pinang, Kit Siang rasa lega. Perjuangannya sudah ada pencapaian.

"Papa ... lihat Pulau Pinang yang kita berjaya tawan. DAP yang perintah sekarang," kata Guan Eng pada ayahnya selepas PRU12.

"Ya ... kita sudah capai sasaran Projek Tanjung. Berapa kali kita lancar tak berjaya? Saya tak dapat takpa, Eng jadi KM DAP yang pertama pun papa bangga," kata Kit Siang sambil menepuk belakang anaknya.

"Tapi ... kita tidak boleh leka. Malaysian Malaysia belum tercapai," kata Kit Siang.

Itulah Kit Siang pemimpin pembangkang yang tidak tahu letih dalam perjuangan. Begitu fokus dan serius dengan matlamatnya. Tidak pernah relaks dan rehat. Pernah satu masa lepas satu mesyaurat JK DAP, kesemua AJK merancang menonton filem di panggong. Mereka ajak Kit Siang bersama. Habis wayang dia marah-marah kata buang masa. Tiap-tiap hari, tabiat Kit Siang pagi-pagi adalah baca semua suratkhabar dan tulis beberapa kenyataan akhbar.

"Papa tahu kenapa kita boleh menang?" tanya Lim Guan Eng.

"Rakyat pilih kerana mereka percaya kita akan lebih baik dan adil. Ada sebab lain?" tanya Kit Siang kembali.

"Itu betul. Tidak boleh nafi orang marah pada Pak Lah dan menantunya. Saya simpulkan kita menang sebab dapat undi Melayu. Untuk terus kekal, kita perlu dapatkan undi Melayu. Kita tidak boleh menang dengan hanya berharap kepada undi orang Cina saja. Jadi kita kena dekati, faham, dan bantu mereka. Bukan memusuhi mereka," kata Guan Eng

"Apa yang kamu beritahu papa?" tanya Kit Siang.

"Saya rasa kita kena berkompromi sedikit. Cara lama mungkin tak sesuai. Orang Melayu sudah berubah. Kita pun kena ikut berubah. Beri peluang pada saya dan golongan muda memainkan peranan dengan cara baru," sambung Guan Eng dengan penuh hormat. Itu pun dia umum Pulau Pinang tidak akan amalkan DEB dan Pemuda UMNO demonstrasi pada Mac 14 2009.

"Apa yang awak mahu beritahu ni?" kata Kit Siang macam nak marah.

"Saya rasa sudah sampai masa papa berfikir untuk pencen. Kurangkan politik. Berehat sikit untuk recaj tenaga. Dulu papa tak ada masa untuk anak-anak kerana DAP. Sekarang papa sudah seorang datuk, jangan buang lagi peluang untuk lihat cucu membesar," Guan berterus terang.

"Papa pandu kami untuk urus parti. Bila papa sudah yakin, biarlah kami ambilalih. Papa boleh habiskan masa sama cucu."

Kit Siang tidak berapa mahu setuju tapi lembut hati bila Guan Eng sebut pasal cucu. Dia kata beri dia masa.

--------------------------------

Satu hari Guan Eng dan Betty Chew perlu hadiri satu Majlis kerajaan negeri. Mereka mahu cuba letakkan anak bongsu mereka dengan datuk sebagai percubaan pertama.

Mereka talipon Kit Siang dan tanya jika dia boleh tengok cucu. Dia setuju dan sedia datang ke rumah segera. Sampai saja cucu perempuannya Ah Mei sambut kedatangan.

Guan Eng dan Betty keluar. Kit Siang duduk di bilik tamu untuk membaca dan tengok pelbagai kertaskerja sambil saluran berita TV on. Ah Mei dibiar bermain dengan permainan set teko.

Selama beberapa jam, mereka sibuk dengan hal masing-masing. Ah Mei datang kepadanya membawa hidang mainan yang di atas teko dan cawan mainan. Dalam cawan mainan sudah terhidang air yang dipura-purakan sebagai air 'teh'.

"Ah Kung aa ... I made tea for you. Would you like to have some?"

"Yes off course," kata Kit Siang dengan senyuman sambil menggosok-gosok kepala cucunya. Di angkat cawan dan terus diminum air yang dihidangkan.

Senyum bangga Ah Kung Kit Siang dengan kelancaran percakapan dan kesopanan Ah Mei. Dia memuji untuk memberi semangat, "It's very nice. Clever girl. Can I have some more?"

Ah Mei tersenyum bangga. Bibirnya melebar sampai ke telinga. Dia balas, "Thank you. I will pour in your cup."

Diambil teko dan dituang air ke dalam cawan Kit Siang. Dipuji sekali lagi. Selepas beberapa cawan air 'teh' dan pujian berkali-kali kepada cucunya, air habis dan Ah Mei mahu 'buat' lagi. Tidak lama kemudian Guan Eng dan isterinya pulang.

Kit Siang seronok memberitahu apa yang Ah Mei buat tadi. Dia suruh mereka tunggu untuk tengok Ah Mei hidang air 'teh'. Comel betul, katanya.

Guan Eng dan Betty tersenyum saja melihat Ah Mei datang menghidang teko air 'teh' baru. Kit Siang terus minum hidangan cucunya.

Sudah habis, Betty bertanya, "Papa ... awak ada terfikir mana Ah Mei dapat air? Dia tak boleh capai sinki. Mesti dia ambil air dari mangkuk toilet ... "

Belum habis Betty cakap, terbeliak mata Kit Siang. Dia terus lari ke bilik air untuk muntah sambil menjerit, "Aiyeahhh!!!!"

Tak jadi dia fikir mahu pencen jaga cucu.

14 ulasan:

  1. Semua manusia, dalam pandai ada bodohnya.

    BalasPadam
  2. Akibatnya unker Kit kena jangkitan selesema burungbabi mengakibatkan Eng patah semangat lalu DAP kehilangan daya tahan diri memudahkan penyakit politik yang dihidapi PKR+PAS menular ka DAP.

    BalasPadam
  3. Amran9:46 PG

    Kit Siang mahu kencingkan orang melayu tapi sudah kena kencing dgn cucu sendiri. Siul la Husin .... ketawa aku.

    BalasPadam
  4. No to Chin Peng9:55 PG

    biasalah komunis hati kering

    chin peng pun tinggalkan dua anaknya dgn orang untuk masuk hutan jadi pengganas.

    mana dia orang ni tahu sayang anak dan cucu.

    BalasPadam
  5. Eng kata, undi melayu penting untuk menang pilihanraya.

    Pemimpin UMNO, macam Najib takut kehilangan undi cina atau india, nanti kalah pilihanraya, hinggakan sanggup ketepikan perasaan org melayu.

    Sapa yang takut sapa ni?

    BalasPadam
  6. Ngeh Nga11:25 PG

    Kit Siang mahu kasi Chin Peng yang pencen jaga cucu dia.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama11:40 PG

    ntah ntah terlibat sama dengan ba'yah parti pas kot!

    BalasPadam
  8. Tuan Husin,

    Bergolek-golek koi ketawa baca cerita ni. Thanks. You make my day better.

    BalasPadam
  9. umialia3:40 PTG

    orang kafir pun Allah kurniakan kasih sayang.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama5:58 PTG

    Bang Husin,
    Tergolek-golek saya ketawa, part last tu memang best....
    BILLYTHEKID

    BalasPadam
  11. Ruyadi Tangerang6:33 PTG

    Hhihihihihihih... cubaan untuk menggempur pulau pinang???

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama12:19 PG

    Padanle mulut Kit Siang meleweh macam tempat keluar air kencing perempuan.......

    Kau ni Sin bikin seksa orang je....

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama2:21 PTG

    kata orang, sepandai pandainya tupai akhirnya tertipu dgn cucu sendiri ...

    terlalu lama bertengkar sekali kali relak one corner, terlalai

    sayang tu merbahaya sebab atok terpegun, lalu terminum teh cucu

    maklumlah cucu yg dibanggakan

    BalasPadam
  14. mak teh10:38 PG

    Usin

    Patutnya cucu LGE ni bagi "teh" tu kat atuk LKS dan Chin Peng sekali.

    Baru betul .....

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.