Khamis, November 05, 2009
Repot Kad Menteri
Hari ini akan ada mesyuarat khas dengan Menteri-Menteri berkenaan KPI.
Kalau setakap hari ini, Cikgu Najib sudah ada tersedia repot kad. Semua, selain Rais yang anak Yatim, dipinta datang dengan ibu bapa bertemu Cikgu Najib untuk mengambil kad repot.
Berikut adalah komen-komen dalam kad repot masing-masing:
Khalid Nordin: Baik dan tertib dalam kelas. Tumpukan kepada tugas dalam pengajian tinggi dan bukan jadi kontraktor membina pengajian dalam negeri. Rekomen tukar kelas.
Hishamuddin: Murid yang berhati-hati dalam kerja. Sebagai Pengawas, kurangkan beri amaran dan lebihkan bertindak.
Zahid Hamidi: Baiki bahasa Inggeris. Suka main-main. Kurangkan mengampu Cikgu.
Ong Tee Keat: Baik dalam pelajaran. Masaalah pergaulan. Kurangkan kelahi sesama sendiri.
Liow Tong Lai: Jauhkan diri dari bergaul dengan kumpulan yang masaalah bergaul. Sudah menunjukkan kecenderongan untuk kelahi.
Shahrizat Jalil: Tumpukan kerja dan kurangkan menarik perhatian. Isteri Dato Sahak lagi cantik.
Noh Omar: Baiki sebutan bahasa Inggeris. Sebut profesional bukan fofesyenal.
Nazri Aziz: Kurangkan bercakap-cakap dalam kelas. Rekomen tukar kelas.
Ismail Sabri: Terlalu pendiam. Penglibatan dalam darjah kurang menonjol. Rekomen tukar kelas.
Rais Yatim: Sangat baik dalam mata pelajaran bahsa dan sastera. Perlu perbaiki matapelajaran sains.
S Subramaniam: Baik dalam pelajaran dan pengetahuan. Tingkatkan ko korrikulum dan jawatan dalam persatuan. Sedang dipertimbangkan tukar kelas.
Shabery Cheek: Prestasi baik tetapi sedang dipertimbangkan untuk tukar kelas untuk beri laluan Menteri muda.
Koh Tsu Koon: Tingkatkan prestasi. Tidak cukup dengan markah kasihan sahaja.
Nor Mohamad Yakcop: Ulangan peringatan supaya hentikan pembaziran dan berblanja sesuka hati. Sepatutnya ditukar kelas.
Mana dia Ng yen yen menteri pelancongan tuan husin?
BalasPadam-IndraPutriMahyudin-
HAHAAHA
BalasPadamBANYAK LAGI MENTERI TAK DAPAT REPORT CARD...
Sebagai Nazir sekolah, saya cadangkan kepada Cikgu Najib berhentikan sekolah Nor Yaakob.
BalasPadam"Rais yg kematian bapa kandung" kena amik kelas Pendidikan Moral supaya jambatan yg ada di Malaysia ni tidak dibakar dgn sewenang-wenang nya ..
BalasPadamTak paham kenapa nak kekalkan nor yakcop.
BalasPadamRugi BNM sampai cecah 16 bilion. Khazanah berapa billion lagi ranap?
Najib masih nak simpan dia lagi?
Hishamuddin: Murid yang berhati-hati dalam kerja. Sebagai Pengawas, kurangkan beri amaran dan lebihkan bertindak.
BalasPadamDitukar portfolio dari Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjadi Menteri Kementerian Hanya Amaran (KMA)
idris jala perosak mas tu bila nak dibuang sekolah najib?
BalasPadamNor Yaacob-Sila berhentikan anak sedara kamu di Office Khazanah di Penang (Bangunan EPF)kerana banyak pembaziran disitu.
BalasPadamSewa office puluh ribu sebulan, buat renovation juta, staff ada tiga org...semua nya gelap...
Nak sembang petang minum tea pon mintak air-cond tambahan yg kena caj dengan pemilik bangunan...
macam mana imam budak-budak kelas, pengawas luar, abang Man Sur albuaya. macam mana tokpa????
BalasPadamCikgu Husin,
BalasPadamSaya nak ke toilet cikgu....
Cikgu Najib - kurangkan "play-safe", dah besar panjang jangan dok asyik menyorok belakang skirt, nanti orang pandang serong pulak!
BalasPadamTok Pa pun masih cara lama, tak mau ke depan, asyik rujuk AJK tak berani buat keputusan.. Rekomen tukar kelas tambahan @ keluar sekolah jadi reception staff ok
BalasPadamanak murid mca dan gerakan menghabis boreh. kelas nak, tapi undi tak boleh dapat. parti kucar kacir.
BalasPadamitu pun nasib baik tak ambil budak2 repeat spm dari selangor, perak kelantan, kedah dan penang. abc 123 pun nak kena ajar.
hebat la kpi awak sebagai nazir sin..
BalasPadamDi cadangkan kepada nazir, sume murid kelas kena diberhentikan sekolah. Prestasi amat tidak memuaskan. Kelas kena tutup. Amik murid baru yang terpilih
BalasPadamTuan Husin (Ketua Pengawas)(?),
BalasPadamHomework saya tk sempat siap, jadi saya copy and paste tuan punya dan siarkan diblog saya. Bagaimanapun nama tuan tidak dilupakan ~ bRAVEhEART
hahahahaha..nampaknya kebanyakan murid cikgu najib ni belum mencapai tahap modal insan yang terbilang...
BalasPadamtuan husin, minta izin copy-paste ke blog saya (with yr link of coz)
Dekat ujung tahun ni, murid sekolah lain happy je pasal byk yg dah abis peksa. Tapi murid najib berdebar2 sbb nakk dpt keputusan
BalasPadamSin,
BalasPadammaaf la kalau menyinggung sebab pada saya KPI kita Ada masalah. Kalau tahun lepas cecah target keuntungan RM10 juta, tahun ini kenalah lebih atau cecah RM10juta jugak. Tapi kalau target dinaikkan sendiri jadi RM50j tapi hanya dapat RM30juta, sistem kita kata Gagal sebab tak capai target. So ramai anak murid hanya target RM10.1juta. Selamat bang. Guru punkena menilai apa yang tersirat dalam rekod kad. Bagi target sekali Ganda tinggi supaya anak murid kerja kuat. Biar setinggi langit tapi kalau sampai KL Tower dah bagus.
Apek Kampung
Cikgu Sin, ada sekor budak ni nak sangat masuk kelas. Bila ditanya apa merit yang dia ada, dia kata sijil nikah dan pak mentua.
BalasPadamshapie apdal macam mana keadaan dia dalam kelas sin?
BalasPadamBro Husin,
BalasPadamMurid-murid tua sepatutnya dibuang sekolah saja.
Buat perabih beras.
Asyik asyik mesyuarat...meting
Habis beras tingai tin.
Ketua Sektor JPN
SMK datok najib smk 1 malaysia..bonus pun susah nak bagi tak yah la nak berkpi...tutup sekolah jer bagi tuan hussin lempuk yang jadi pengetua.hehehehhe....
BalasPadamALAHAI BEBUDAK KA NII...
BalasPadamKEJA SEKOLAH MALAS BUAT...
BONUS NAK PLAK..
KAMI BALAJA SEKOLAH SWATA PUN TAK KISAH LAAA...TAK NEK GAJI TAK DAK BONUS PASAL EKONOMI MELESET...
KORANG NI KAN KUFUR NIKMAT...
Mengikut petunjuk dari KPI yang
BalasPadamdikeluaran nampak gayanya prestasi
menteri-menteri semuanya kurang memuaskan .Datuk Najib perlu melakukan rombakan kabinet nih....
Lapuran nih perlu disiarkan dalam
BalasPadamBuletin Utama TV3 biar rakyat dapat
menilai prestasi Pak Menteri kita... kah...kah..kah
zahid hamidi akan terus kekal sebab dia yess man kepada najib. mudah untuk dihamba abdikan.
BalasPadamGuru kelas pun patut kena buang kerja. Elok kita import cikgu dari luar. Katanya cikgu-cikgu Singapura berkualiti lebih tinggi...
BalasPadamKJ antara calun cikgu yang dihantar singapura. Problem dia tak layak jadi anak murid pun.
BalasPadamKenapa cikgu najib pakai tudung sin? Ada makna ke?
BalasPadamguru besar juga dicadangkan tukar kelas sebab suka cakap menjerit-jerit.
BalasPadamsaper tak nak bonus tu hipokrit ler..saper suruh ngajar sekolah swasta? tapi swasta ni bagi bonus sengap2 mana ada masuk parlimen. Bila la DR Mahathir kedua akan muncul.rakyat takyah pk nak majukan negara...semua dia yg pk..kita semua tunggu habuan jer..siokkkkk betul masa dr mahathir...Cayaaaaaaaang Dr M forever n ever..kalu dia masuk minang ajak kawin pun i rela u...
BalasPadamCikgu Najib tak tgk pun,
BalasPadamBik Mah yang tgk,
Bik Mah dapat tender Kantin Permata,
X der sape anak murid sampai cikgu disiplin berani bukak buku 555, semua cash and carry,
Pss, Cikgu Najib tanya Bik Mah masak pe tghr ni? Nasi Lemak ajer, x ape, sambal biar lebih,..
KAH KAH KAH
Memangla semua orang nak bonus, Toksah katakan tetiap tahun, kalau boleh bagi tetiap hari lagi bagus! Tapi beragak laa sikit.. Masa ada bonus, cikgu best.. Bila tak dapat bonus nak buang kerja cikgu najib terus..!
BalasPadamCikgu najib tengah pening kepala tu.. kita bagi sokongan laa kat dia dalam menguruskan kelas..
kalau nampak anak2 murid dia ni ponteng kat tepi laut dengan geng2 anakku sazali, kita beduk skali.. takpun heret je anak2 murid ni ke tepi pejabat cikgu najib..
takpun kita bagi dia cadangan supaya anak2 murid cikgu najib dihantar buat social service overtime dengan lebih kerap tanpa bayaran.. terutamanya yang dah banyak sangat ambik advance tu..