Isnin, November 30, 2009

Syed Husin Ali buat medical check-up











Pada Disember 6hb, 2009, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali akan dilantik menjadi Senator.

Setelah kalah berpuloh kali bertanding di bawah banner PSRM yang kemudian jadi PRM, terasalah bekas Presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia menjejak kaki ke Parlimen.

Kali terakhir dia hendak diletak bertanding di Kota Baru pada tahun 2008 tapi Nik Aziz sudah tolak. Dia tak mahu orang sosialis kerana mereka sama dengan komunis. Tapi sekarang Mat Sabu mahu Chin Peng diterima pulang.

Semasa menyembayangkan jenazah kenalan lama Husin semasa jual unta di New York, Rostam Sani, seorang rakan (dia pun dah tak ada) tanya pada Dr Syed Husin adakah dia akan dilantik Senator. Dia beriya-iya kata, "Tidak mahu." Sekarang dia mahu.

Oh lupa nak cakap. Sebelum ana teruskan cerita, hari itu ana bersalam dengan Khalid gagap. Tetete..tetapi ana tidak pu..lalala di jang..jang..jangkit penyakit gagap. Hehehe ...

Ana tidak tahu apa yang membuat Dr Syed Husin sedia menerima perlantikan ini. Samada kesediaan rakyat untuk memperjuangkan kepulangan Chin Peng dan sokongan DAP kepada pengganas komunis ini memberi harapan kepada ideologi sosialisma. Atau kemasukan Presiden PRM sekarang Hassan Abdul Karim ke dalam PKR menaikan keyakinannya yang sudah lama luntur selama dalam PKR.

Setelah lama melepek sebagai pejuang sosials, Dr Syed Husin kini sudah dapat peluang menggunakan fasiliti kerajaan. Jadi dia mahu ke hospital untuk buat medical check-up. Orang kalau umur lebih 40 kena buat sekali dalam enam bulan. Dah masuk 60, baik buat setiap 6 bulan atau setahun.

Dia dibawa seorang misi (nurse) berjumpa seorang doktor lelaki India bernama, Dr Nathan. Doktor inilah yang periksanya. Sampai-sampai dia suruh Dr Syed Husin buka baju tinggal singlet saja.

Sambil dia memeriksa dada dengan stethoscope, dia tanya, "Tuan Syed ada hisap rokok tak?"

"Tak" jawab Syed Husin.

Kemudian dia suruh buka seluar untuk periksa untuk sebarang sakit-sakit kelamin. Nampaknya tidak ada apa-apa. Tapi doktor tanya, "Maaf doktor saya tanya. Ada main perempuan ka?"

"Tak tak ... saya dah tua. Tak buat kerja macam itu"

Doktor kata, "Maaflah saya perlu tanya."

"Takpa saya faham."

Doktor tanya, "Tuan Syed adalah Timbalan PKR. Maaflah saya kena tanya juga. Jadi itu sama-sama jenis pun tak ada juga la ..."

"Tak."

Dia suruh Dr Syed Husin naik atas mesin timbang. Dia tanya, "Berat badan Tuan Syed banyak rendah. Tak ada pergi makan-makan sedap seafood or fancy restaurant ka?"

"Tak ... kita orang sosialis tak setuju gaya hidup bourgeouise yang berlebih-lebihan."

Kata Dr Nathan, "Betul Tuan Syed ... saya setuju. Itu yang menyebabkan cholosteral tinggi dan penyakit jantung.

"Sesekali minum arak atau beer ada ka?"

"Saya orang Islam. Minuman itu semua haram. Saya tidak minum," terang Dr Syed Husin.

"Pergi pub, kelab malam, disko ... semua mesti tidak ..."

"Ya, tidak," jawab Dr Syed Husin mula letih dengan soalan-soalan yang dikemukakan doktor. Dia hanya seorang akademik, aktivis sosial, dan penulis. Bukanlah seorang high flyer yang cara hidup yang bergaya.

"Tuan Syed ada main sukan macam main golf?" tanya Doktor masih cuba bertanya untuk memahami lifestyle seorang ahli politik seperti ini.

"Tak. Saya tak main golf. Buang masa dan membazir wang," jawab Dr Syed Husin.

"Blood pressure pun baik. Mestilah boleh bawa kereta. You definately don't drive the car or ride a motorbike fast ... la," kata Doktor mula frust asyik tidak aja jawapannya.

"Tak," jawab Dr Syed Husin. Lalu ditanya, "Macam mana kesihatan saya doktor?"

"Untuk gambaran sepenuh, kita tunggu keputusan blood test. Saya lihat awak tidak ada masaalah apa-apa buat masa ini."

Sambil melihat mata Dr Syed Husin, doktor tanya, "Pak Habib ni orang yang tak ada vice. Personally I want to ask you. Kalau semua awak tidak buat, buat apa you mahu hidup ...?"

14 ulasan:

  1. baik sangat pun susah ya husin ... hehehe

    BalasPadam
  2. pandai kau nak cerita pasal syed husin ali.

    sosialis ni bukan prihatin pasal bangsanya walaupun kaki pergi surau dan tulis berkenaan masaalah melayu.

    dia cuma nak salahkan establishment dan asyik dengan impian classless society yg tidak logik dan praktikal.

    dia hanya retorik dan akademik. peranannya dalam dewan senate sama dgn jin shamsuddin saja.

    sosialisma terbukti gagal. cina dah jadi kapitalis.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama11:39 PG

    sudahlah Husein lempoyang...orang baik dan pernah ISA pun kau nak buat kelakar. Kau ni langsung tak respek, apa punya untalah kau ni...

    sri hartamas

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama12:31 PTG

    HA HA HA HA

    BalasPadam
  5. Mont Kiara2:43 PTG

    sri hartamas

    dia bukan lawakkan syed husin. dia sampaikan mesej syed husin itu orang baik.

    kamu pun terima syed husin orang baik. punya baik sampai doktor tak blh cari makan. hahahahaha ...

    sayang pahamannya hampir pada komunis. sapa blh hampirnya, insya allah dia ubah jadi nasionalis melayu. byk kajiannya melibatkan org melayu.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama2:47 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. Mencari24:22 PTG

    Nak kata Kassim Ahmad atau Syed Hussein tak percaya tuhan agak berlebih-lebihan tuduhan.

    Itu komunis bukan sosialis. Kedua2 mereka adalah pengamal ugama Islam. Bisa menulis dan berbincang mengenai Islam.

    Fahaman sosio-politikal saja sosialis. Nak kata demikian, ramai orang2 UMNo pun sosialistik ie lebih apologetik dan simpati kepada golongan marhaen dari bangsawan.

    Lihat blog komunis melayu di selatan pun nampak mereka masih mengamalkan ugama.

    Ini yg mengelirukan kadang2.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama8:00 PTG

    sin,
    tak usahlah kau komen begitu terhadap syed husin.
    kau ni dah jadi Parpukari pulak.
    bergurau tu bagus tapi pilih-pilih oranglah.
    syed husin tidak pernah makan rasuah mcm pm kita dan bini pm.
    mahathir pun rsuah, kalau tidak takkanlah dia berjalan naik jet.
    aku tak sokong dia tapi dia bersih dan belum ada rekod makan duit rakyat macm menteri2 yg kau sokong itu.
    maaf sin


    kelabu

    BalasPadam
  9. Dia tak makan sebab belum ada peluang makan rasuah. Kalau tidak lebih lagi. Lagi bahaya orang yg nampak diam tapi makan dalam. Zaman la, rasuah satu masalah tapi main jubuq jantan lagi besaq punya masalah.. tu pun ramai yang sokong.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama9:32 PTG

    Sorry kalau di sini akan panaskan segelintir orang UMNO walaupun aku ni ahli UMNO juga.
    Banyak orang kita yang tak dapat bezakan komunis , sosialis ,demokrasi sosialis mahupun nasionalis.
    Sistem kita ni kalau ikutkan mman ada unsur neo kolonis pun , lebihtepat ke arah England.Itu yang ada raja perlembagaan , Parlimen etc . Kita juga agak unik kerana ada artikel yang melindungi hak bumiputra dan juga agama Islam sebagai agama rasmi , tak mau terima .. keluarlah dari negara sebab dah memang rukunegara.
    TAPI ada benda yang kia tak payah ikut macam zaman British yang kuno sampai sekarang.
    Kereta pengikut sampai 2 depan 3 belakang.
    Tinted gelap sampai muka pemimpin pun tak boleh rakyat tengok dan lambai.
    Protokol yang melampau bila nak jumpa.
    Ikut sangat adat barat kalau ada status mesti nak main golf.Mahathir pun benci kejar bola kecik tu.
    Selalulah muka nampak di masjid/warong,mamak atau tempat kebajikan walau takde media,bukan Parkroyal,Hyatt,JW Marriot,KL Sentral,Concorde lobby sedut cigar saja.
    Jangan asyik bagi statement bodoh kalau tak pasti isu , cakap no comment dulu , nak sahihkan dulu.

    Ada orang kita yang labelkan PAP=Komunis .... Jauh sekali . Lee and family Brit educated.Dia orang ni dipanggil Banana Chinese.Mana nak mengaku Cina lagilah komunis.Diaorg kapitalis to the bone.Kalau jadi komunis mana boleh buat duit.Cuma yang betul dia memang membela sekaum dengannya secara lebih dan halus.Kalau tak kapitalis,tak nampaklah BMW atau Merc bersepah di Spore macam taxi.Itulah juga sebab si LKY sangat tentang komunis di Spore.
    DAP kita ada lain sikit...lagilah kalau yang di Perak atau setengah kawasan Selangor seperi Jinjang,Kepong yang jadi sympthizer kepada Chin Peng.Bukan kerana CP komuns tapi sebagai salah seorang kaum mereka.Komunis tak boleh jalan dalam kepala mereka sebab akan menguntungkan yang pendapatan rendah , yang akan enjoy dari hasil cukai kepada mereka yang pendapatan tinggi.Kebanyakan yang rendah tu tau la bangsa mana kan.

    Tapi nak menyimpang sikit masa aku kat Scandinavia tinggal 3 tahun dulu , Raja diorang naik basikal musim panas,pakai seluar pendek saja.Orang kiri kanan lambai dia boleh lambai balik.Anak raja sana dimarah juga oleh kerabat England sebab BELI MPV SECONDHAND untuk kegunaan sendiri.Diberitahu menjatuh martabat.Melenting rakyat maki si Elizabeth.
    Nampak pulak aku menteri dia pakai kereta sendiri kerja,dah l pam minyak pun sendiri kat stesen minyak.
    Cukainya untuk yang kaya boleh tahan tinggi dan yng miskin dipastikan tiada.Kesihatan free(di sini kita masih kekal dan patut dipuji).Sekolah pun free tapi keluar U nanti tolaklah gaji bayar hutang.
    Socialis ? ye ke ?
    Tengok balik income per capita bole tahan.
    Nak cakap mundur,Ikea dia penuh satu dunia.kereta dia kita pun cakap Volvo kuat sampai ke lori FM.FL bersepah kita pakai.Cat Jotun dia pun standard.
    Ini nama dia demokrasi sosialis yang juga controlled kapitalis.

    Tak salahkan kita check check gua pakai apa yang baik dari Barat?

    Dah Panas

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama9:38 PG

    Rakyat Malaysia mmg minat politik, tapi tak ramai yang dapat bezakan sosialis, komunis, kapitalis & theologist. Kalau yang hybrid tu, lagi la diorang tak tau! -HangKebun-

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama12:30 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  13. jantan ibnu jantan10:11 PTG

    ni husin lempoyang ni,betul punya sial manusia,suka menhina org,sampaikan org baik pun di tertawakan,kalau bapak kau yg baik tak buat maksiat,kau tanya le kat kat bapak kau tu...buat apa bapak hidup....betul2 punya haram jadah betul kau ni le sin,apa le punya sial manusia mcm kau ni,musibat punya orgggggg

    BalasPadam
  14. Siksa jugak jadi blogger popular, ramai pembaca macam Sin ni. Dalam ramai-ramai, MESTI adalah sorang-dua yang... haiya. Cam @sri hartamas.

    Ni bunyi macam share KLSE 80-an sampai awal 90-an dulu... Volume hari-hari top, company nak mampuih keras haha!

    Takpe, Mont Kiara dah kasi explain - dengan baik pulak tu. Jadi aku tak payah pakai pedang sakti King Arthur yang sampai ke KijangMas, yang aku pinjam tak hantar balik heheh.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.