Rabu, Disember 23, 2009

Kita menang emas bolasepak kerana KJ


Betul kawan kita atas kata kita menang kerana KJ.

Kalau tidak kerana KJ menyamar sebagai pemain pertahanan Vietnam untuk masukkan gol sendiri, tidak tahu kita samada Malaysia boleh menang emas dalam bolasepak Sukan Sea yang sudah lebih 20 tahun tak merasa.


Patutlah kita hargai jasa KJ di sini.

Disamping itu, patut kita puji KJ atas solekan samaran dan lakunan sebagai Mai Xuan Hop (kanan sekali) yang menangis seolah-olah menyesal ke atas kesilapannya.

Sayang sekali, kebolehan KJ yang dipuji hebat sebagai sungguh cemerlang, gemilang dan terbilang oleh cybertrooper Setiakawan tidak menyamai kebolehan berfikir mereka.

Mereka terus menunjukkan sikap tidak mempedulikan tradisi dan amalan UMNO dengan tindakan melobi, mendapatkan bantuan melobi, dan menaik dengan menjatuhkan mereka yang dipilih PM.

Cara demikian betul-betul sama dengan KJ masukkan gol sendiri.

Pihak yang tidak mahu KJ jadi Menteri akan mengukir senyuman di bibir melihat pengikut gali lubang boss sendiri.

Boleh lakukah jual penganggur terkaya di Malaysia? Wow!

13 ulasan:

  1. kaki bodek .. kuat makan rasuah .. Agak-agak kalau kalah, dia maki KJ tak ?

    bingai ..
    ^^

    BalasPadam
  2. patut la sana sini pnyokong KJ mengatakan MALAYSIA mng tempohari atas sbb usaha dia..

    harap KJ pas ni menyamar jd pemain takraw thailand plak!!!

    BalasPadam
  3. mestilah laku pak cik husin oi sebab ramai perempuan sanggup beli.maklumlah hensem,hitam manis n mata kuyu!sapa tak mau,laki duk rumah saja tapi RM banyak ooo..penganggur pun takpa,janji RM banyak!WOW!

    BalasPadam
  4. Penyamaran dalam apa jua bentuk selagi tidak mengancam keselamatan negara..kira ok lah.

    Apakah ada juga berlaku penyamaran dalam engine jet yang hilang..

    Adakah sesiapa yang berani menyamar drebar kak ros.

    BalasPadam
  5. Husin, hang ni memang hebat la!

    kluangman, aku suka teori kau!

    Anak mami, aku setuju..he he he

    Suruh dia berenti dok rumah je, boleh jadi sugar daddy...he he he

    BalasPadam
  6. ha ha ha5:47 PTG

    Sin

    Lepas ni kita suruh KJ jadi presiden PSM pulak ..baru boleh dapat Emas dalam Sepaktakraw..ha ha ha..

    BalasPadam
  7. bulazbujamil6:52 PTG

    klaka la FAM..

    mana ada negara develop player dalam senior team tp target nak champion age group pny tournament.

    Malaysia memang la wajib nak kena menang emas sebab 7 pemain 1st eleven adalah dari senior team.. nasib baik menang.

    mana ada team dlm dunia bila player dah main senior team ttba bleh downgrade main age group..

    team lain suma anta bbudak baru je main.. kalah pn x ksah.. baru la namanya pendedahan.

    kita je yg gila sgt nak pngat emas smpi buat bnda yg akn merosakkan lg bolasepak negara.

    ting tong betul

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama2:03 PG

    Hanya di Malaysia... perasuah boleh jadi ketua pemuda. Malu lah..

    BalasPadam
  9. Salam...
    Berita dari Agen ade kasi.

    Hoi-Che Mei,Vietnang,
    Mengikut Sumber X-rasmi,seluroh skuad Sepak Bola Vietnang yang memperolihi pingat perak di Sukan Sea tempoh hari. Apabila kencundang kpd Pasukang M'sia 0-1...kerana Rasuah.

    Kesemua skuad Sepak bola dan pegawai nya akan di siasat,kerana di tuduh menerima wang sogokan atau "Kick-back" dari seorang rakyat M'sia demi untok menjamin kekalahan skuad Vietnang pada pelawanan akhir tempoh hari.

    Rakyat M'sia tesebut telah membelanjakan berbillion-billion Dong Vietnang kpd skuad tersebut.

    Beliau telah menjadi "instant billionaire" sewaktu pemerintahan regim Abdullah Bodohwi, yang leka tidur dan leka juga mengulit isteri baru beliau ketika itu. Sehingga kan telah memperkayakan permuda itu yg juge menantu beliau.

    Di M'sia kemenangan tersebut juga telah di Kredit utamakan kpd pemuda itu. Kerana beliau saja yg ade "Easy-Money..easy go", yang memboleh kan beliau Melabur sedemilkian banyak nya.

    Mengikut sumber dari Vietnang lagi ,pemuda tersebut dikenali sebagai "KJ".

    Agen-C

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama9:05 PG

    aper la korang ni..lau Malaysia kalah,korang bantai.cakap tkder kemajuan la,malas la dan sah2 korang ckp KJ punyer pasal la Malaysia kalah..tp bila Malaysia menang pun korang bantai jugak..KJ jugak yg kena huhu..cian dah aku kat budak hitam manis tu..dia ada talent,so aper jer yg dia buat,tetap kena bantai..cian ko KJ..

    BalasPadam
  11. Oghang Ghombau10:01 PG

    Husin bukan cakap pasal bola. Kj tu sampingan aja.

    Dia nak sindir pengikut KJ yang bodoh bangang nak mampus.

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama3:15 PTG

    hA..ha...ha...KJ menyamar jadi player
    Vietnam yang menjaringkan gol sendiri ....ha...ha...ha macam kartun la pulak....lepas nih boleh menyamar jadi Datuk Najib lah pulak nak jadi PM Malaysia...ha...ha..ha

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.