Rabu, Disember 02, 2009

Palamuniandy pergi cuti


Palamuniandy dan isteri bernama Bhavana adalah satu orang pasangan tua India pergi cuti-cuti ke Phuket Siam. Kedua mereka pergi melawat macam-macam tempat waktu siang. Setelah sehari suntuk bersiar-siar, lepas makan malam, mereka balik ke bilik hotel untuk rehat. Sekejap saja tengok TV dah laluk.

Cuma Palamuniandy masaalah tidor cepat sangat. Maklum orang tua tidak tidor banyak. Tengah malam dia sudah terjaga tak boleh tidor.

Lalu dia pun keluar nak tengok aktiviti malam. Dah tengok-tengok dia teringin pula lalu masuk untuk tanya-tanya. Bhavana sudah tua. Yang dilihat muda-muda belaka.

Pasal dah pencen duit tak berapa banyak. Dia ada bujet untuk RM20 saja. Di Siam itu senang cakap lebih kurang 200 baht. Cukup tu.

Palamuniandy pergi satu tempat rumuh urut. Suka kat satu yang baju biru muda dan nampak macam darah campur-campur. Ditanya, "RM20 boleh tak?"

"Tak mau. Murah sangat."

Dia cuba tengok-tengok kedai sebelah pula. Minat yang baju oren kulit gelap. Tanya lagi, "RM20 okay?"

"Noooo ...," taukeh situ tolak lagi.

Satu-satu tempat Palamuniandy pergi cuba. Beberapa malam dia macam begini. Ada baju putih merah kulit kekuningan, ada baju hijau muka tutup dengan veil, dan macam-macam. Baru dia sedar betapa baik, setia dan boleh harap Bhavana walaupun ada sedikit kekurangan sana sini. Boleh dibaiki.

Sebelum nak balik ke Malaysia, Palamuniandy ajak isteri makan sedap kali terakhir. Duit baht bernilai RM20 nak dihabiskan. Bhavana memakai baju biru tua.

Tengah makan dia masuk ke bilik air terjumpa salah satu tauke kedai rumah urut yang dia lawati. Dia menyindir, "Wah itu awak punya RM20. Sudah dapat lah tu ..."

Malu siol Palamuniandy. Celaka aku kena sindir kata hatinya sambil ketawa pada kesilapan dirinya. Kalau tidak pasal kulitnya gelap, boleh nampak mukanya merah blushing.

Rasmi India, jawab tetap jawab, "Baik atau buruk, yang RM20 pakai sari biru tua sentiasa boleh diharapkan. Dulu, kini dan selamanya."

---------------------------

Ehhh ... ana cerita apa ini?

Pasal Palamuniandy atau politik. Palamuniandy .... para..mundi..andy .... para..pengundi..indy .... para pengundi india.

Para pengundi india sudah kena auta. Sudah masa mereka kembali pada Bhavana ... Ba..na ... Barisan Nasional.

Tahun depan Samy rasanya akan pencen. Sekarang dia hanya bantu kuatkan MIC untuk mula dan sedia berubah. Sekarang MIC paling stable, tara isu. Banyak orang muda pegang jawatan. Setiausaha Murugesu muda. Ketua Penerangan Kamalanathan muda.

RM20 boleh dapat orang muda. Bhavana yang untung. Hehehe ...

10 ulasan:

  1. Tanpa Nama12:34 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Pekan Perati12:57 PTG

    ketua pemudi naik jadi menteri lagi sakit malaysia.

    penyakit pemudisitis rasuahinus pasti merebak ...hehehe.

    najib kalau nak jatuh cepat, letaklah si budak puaka tu.

    dah lah si rambut besar tak henti buat perangai dan gila publisiti.

    belajarlah dari yem mai see ..

    BalasPadam
  3. ha ha ha1:34 PTG

    Sin..

    Selagi bapak Sami Bulu tu dok kat MeyeeAiiiSiiiii..tok sah harap kaum India sokong balik..ha ha ha ha ha ha..Mimpi ler oiii..

    Ha ha ha ha ha ha...

    BalasPadam
  4. Cermin5:44 PTG

    dah tua palamunaindy patut sedar dia pun rm20 haha.

    BalasPadam
  5. jantan ibnu jantan10:19 PTG

    dulu,kini dan selamanya,rasuah,penyangak,penipu rakyat,pembelit,penzalim,perompak,pentamun harta rakyat,perosak demokrasi,putar alam,penentang hukum ALLAH,pembidaah,dan lagi dot...dot....dot...pi jahanam kau husin lempoyang dgn slogan dulu,kini dan selamanya tu.....

    BalasPadam
  6. Husin, otak kamu memang class. P Ramlee cakap tip top.

    BalasPadam
  7. To jantan ibnu jantan

    Tok Guru kencing berdiri, pengikut kencing lari berganti-ganti.

    BalasPadam
  8. Lelaki ibnu Lelaki9:57 PTG

    jantan ni biasanya untuk binatang.
    kalau manusia, kita panggil lelaki.

    ramai datang sini, sebab suka cerita hussin.
    kalau tak suka, boleh jalan daaaa..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama7:07 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. berasiam4:16 PG

    Tunggu Tuan Usin cerita orang kena soal kubur dua kali.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.