Isnin, Disember 21, 2009
Pasarkan produk pada Tok Kadi dan Tok Mufti
Suatu hari sedang ana duduk di kedai mamak Ilham, datang Leman, kawan borak membawa beg plastik. Dibuka beg plastik dan keluarkan risalah dan sampel-sampel ubat.
Leman menerangkan khasiat ubat yang dibawa alam menguatkan kembali tenaga orang lelaki. Barang ni datang dari sumber asli, tak ada kimia dan proses pengawitan.
Rashid yang sudah beli sebelum ini mengiyakannya.
Katanya, "Oi bagus beb. Semalam Ahad, tak henti-henti tournament. Lepas sarapan sekali, main first nine. Petang, main second nine. Malam lepas dinner, 18 punya course."
Ali masuk cakap, "Hebat kau, sampai 36 hole kau main golf."
"Takkk ... tak main golf. Tapi lebih dari 36 kali keluarkan bola dari lubang. Nasib baik cuti sekolah. Budak-budak ikut cousin-cousin dia dan tidor rumah adik aku. Kalau tak, malu aku riuh rumah ...
"Beli Ali ...?"
Ali diam berfikir. Sambil bersahaja dia berkata, "Mahal betul ni."
Leman menerangkan, "Alah sebotol baru RM90 saja. Aku kasi kau try lima biji. Mula-mula sehari sekali. Bila badan dah sihat dan segar, dua tiga hari sebiji. Petang Khamis tu baik sebiji."
Ali membalas, "Mahal ... ubat kau ni mahal..."
Leman menerangkan lagi, "Sebotol ada dalam 60 biji. Hanya satu pil dalam RM1.50. Sudah disahkan doktor tiada kesan sampingan."
Ali tetap kata mahal. Dia menerangkan, "Cuba kau fikir. Kalau aku makan ubat dan terus power, dah kena ada gelfren. Berapa punya duit nak maintain. Lama-lama komdian kahwin lagi. Berapa pula belanja.
"Dah kahwin nanti, dah mengandung. Bawak pergi appointment doktor mahu dua ratus ringgit sekali. Beranak mahu lima ribu. Kalau kembar, dah tujuh ribu. Nak hantar tadika, sekolah ... diploma. Nak kumpul duit ke Australia mahu sedia seratus ribu etahun ..."
Rashid mencelah, "Ya Allah ke situ jauhnya kau pergi."
Ali menyambung, "... aku belum habis lagi ni. Dah tu tambah Mertua. Nak cari belanja hantar Mak Mertua pergi haji. Kalau Pak Mertua masih hidup, dah dua orang. Nanti dia orang sakit, dah belanja hospital pula. Setiap kali nak raya, nak hantar duit belanja beli daging. Dua kampung nak maintain. ...
"Leman... Ubat kau ni bukan RM90 aja brader. Banyak belanja."
Leman frust cara Ali berborak membuat dia tak dapat jual minyak pada kwan-kawan lain. Masam muka dia.
Melihat Leman masam, ana cuba nak pulih semangat dia. Ana sedapkan hati dia, "Market barangan kau besar Leman."
Ali sambut, "Betul ... Kau boleh jual pada Tok Kadi, Tok Mufti macam Dato Harussani, Dato Noh Gadot dan Dr Asri. Cendiakawan seperti Prof Mahmud Zuhdi, Prof Naguib Al Attas ... Dr Yusof Qardawi yang baru dianugerah Tokoh Maal Hijrah pun sesuai."
Rashid mencelah pula. Katanya, "Isyyy ... Dia orang dah tua-tua."
Ali terangkan, "Takpa. Nik Aziz dah cakap ulamak-ulamak patut kahwin lagi untuk tunjuk contoh poligami yang baik ..."
Rashid menambah, "Jangan lupa jual pada Haji Hadi. Dia banyak bini.
"Pakai sekali jenama Tok Guru. Pasti orang-orang PAS tak was-was untuk beli."
hahaha..satu n3 yang lucu.
BalasPadamtapi aku setuju benor dengan si Ali tu!!! Beringat sebelum kena...
Berniga perlu ada pelanggan tetap..tak gitu bung !
BalasPadamAli tu macam Dr M...melihat jauh ke depan...bukan sekadar semasa
BalasPadamnak gelak aku...ada2 je samakan ali ngan dr mahathir
BalasPadamTak was-was dan dapat berkat.
BalasPadamDi Malaysia ni kalau setan sekali pun bila pakai jubah, pakai kopia, ucap dua tiga kerat ayat koran, simpan jangut kambing dan takbir 'allah hukabar !' akan di pandang mulia dan ambia oleh pengikut PAS
BalasPadamAku tahu ada seorang pemimpin PAS di kelantan yang semacam ni..
Di Malaysia ni kalau setan sekali pun bila pakai jubah, pakai kopia, ucap dua tiga kerat ayat koran, simpan jangut kambing dan takbir 'allah hukabar !' akan di pandang mulia dan ambia oleh pengikut PAS
BalasPadamAku tahu ada seorang pemimpin PAS di kelantan yang semacam ni..
Para feminisme termasuklah Salman Rushdie tu menggunakan argument 'gila seks' sebagai momokan ke atas nabi. polygamy dikatakan adalah ciri-ciri kezaliman diajar oleh Islam. So, say no to polygamy, but yes to polygals..
BalasPadamRascal
Ni kira lebih kurang samalah dengan iklan "potong" tu, promoternya banyak yang tak potong, bahkan tauke besarnya pun rasa2nya belum potong. Itu sebab bila jumpa promoter produk potong di mana-mana, jawab aja, "saya sudah lama potong, u aja yang belum potong".
BalasPadamSemua kata Ali bagus
BalasPadamAli macam Dr. Mahathir.
Ali tu ialah Ali Rustam lah.
Hidup Melaka.
Teorinya...
BalasPadamBila makan ubat kuat,darah akan berlumba-lumba masuk ke urat zakar.
1. Pada masa yg sama darah tidak mengalir ke bahagian badan lain...bahaya.
2. Ada kala, darah yg masuk ke urat zakar tidak akan keluar ke bahagian badan untuk beberapa ketika...ini menyebabkan badan lemah sangat atau stroke.
3. Kalau darah masih ada di zakar terlalu lama, maka zakar tidak akan kendur....ini menyebabkan gangrian....zakar akan menjadi hitam kerana darah beku...zakar terpaksa di potong untuk mengelakkan kematian..
Kalau dah tak boleh naik tu, sudah lah ....masa muda dulu dah puas kaaaan.....berilah peluang orang muda pulak.
DOKTOR TUA