Selasa, Disember 08, 2009

Salah tuduh macam perempuan jaga tandas


Kawan ana pergi The Mall. Bila dia mahu dengar gosip politik terbaru, situlah tempatnya.

Tengah sedap borak, dia rasa macam nak sakit perut. Lalu dia pergi ke tandas. Bayarlah 25 sen di pintu bilik air kat perempuan penjaga pasal nak buang air besar. Bila dudok pula, tak pula nak buang air. Dia keluar dan minta balik duit pasal tak jadi. Perempuan tu mahu bayar balik. Dia kata kawan ana bohong.

Kawan tu rasa rugi. Macam mana nak buktikan pada dia?

Ana tergelak seorang diri.

Ini sama cerita macam DAP tuduh SPRM bunuh Teoh Beng Hock. SPRM perlukan Beng Hock hidup. Buat apa bunuh dia? Beng Hock pun sedia bekerjasama.

Jadi sapa yang main tuduh SPRM bunuh Beng Hock tanpa ada bukti kukuh sama seperti perempuan tepi tandas tuduh kawan ana yang minta duit balik pasal tak buang air besar.

Apa yang dijumpa pada autopsy kedua yang ada pakat British sama periksa kembali Dr Porntip? Diam saja Gobind Singh...

Dalam kes Altantunya pun begitu juga. Cerita macam-macam. Kata ini dan itu mencurigakan tapi bukti tiada. Tak percaya macam-macam dikata. Bukti masih tak timbul-timbul. Hanya asyik diwayangkan 'akan keluar, akan keluar'. Bila temuramah Bala keluar, ingat ada cerita. Banyak pula percanggahan dalam kenyataan. Orang tarik SD mana kata-kata diterima mahkamah.

Apa pula tak tahu nak tolak terus cerita kawan-kawan. Nanti kecil hati. Satu lagi tak mahu pula mereka berhenti cerita.

Ana hanya tergelak seorang diri saja dan tak boleh cerita siapa-siapa.

Nanti mereka kata ana pula macam perempuan jaga tandas tuduh orang bohong.

Dengar-dengar khabar mereka yang mengatur konspirasi pun akan jual sesama mereka? Sama-sama kita lihat nanti, siapa jual siapa.

Dunia ... dunia ... Lagi untung jual orang dari jual unta. Hehehe ... Wow!

8 ulasan:

  1. Sokaki10:38 PG

    Aku sin tak tahan pompuan masuk tandas lelaki la. Malu kita nak kencing. Kalau aku punya dua depa tak malu aku.

    BalasPadam
  2. Masih Jejaka10:40 PG

    Hahaha ... dalam diam2 kamu selit konspirasi?

    Sapa jual sapa sin?

    Macam jjjjj ...

    Siapa jawa yang jolok jubo jepun?

    Siapa jepun jolok jubo jawa?

    Bala? Raja Petra? Anwar Ibrahim?

    BalasPadam
  3. Oghang Gombau10:49 PG

    Sapa tak kata KJ rasuah adalah ibarat perempuan jaga tandas.

    Berangan jadi menteri

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama11:04 PG

    lain kali kadar buang air besar guna berat. tak buang tak bayar. buang air kecil bayar 10 sen. hehehe ...

    kotoq betoi

    BalasPadam
  5. bayar public toilet tak berbaloi la. kotor kena bayar. taktik aku pergi bilik air hotel. nak hiduo ,,,,

    BalasPadam
  6. Itu sebab Sin, lebih baik jual unta.

    BalasPadam
  7. karpal singtaik10:38 PTG

    n.ajis juga mendakwa Hajinya di konspirasi menantunya (ahli neraka-UMNO)yg dulunya difatwakan "nabi pun Kroni"

    BalasPadam
  8. berasiam2:52 PG

    Mintak-mintak janganlah lepas dah kena tanam, mayat digali semula untuk buat post mortem dan sebagainya. Marah benar malaikat nanti, dia kata mayat tu AWOL. Mesti dia soal semula bila tanam kali kedua. Bila tak dapat jawab gak, tentu dia bedal double sebab kantoi walaupun soalan dah bocor. Tapi ada pulak doktor yang kata sudi bagi MC pada mayat tu pulak supaya tak AWOL.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.