Khamis, Disember 17, 2009

Siapa bela Bapa Tinggal?


Ana pergi mendengar Seminar mengenai "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" pada hari minggu lepas.

Baru faham maksud "Pencapaian Diutamakan". Pencapaian yang dimaksudkan sebagai berkaitan dengan rakyat didahulukan melibatkan enam teras NKRA. Teras ini dipertanggungjawabkan pada Menteri-Menteri tertentu seperti berikut:

1. Mengurangkan kadar jenayah pada Menteri Dalam Negeri, Dato Hishamuddin Hussein Onn,
2. Memerangi rasuah pada Menteri JPM, Dato Nazri Aziz,
3. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan pada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin;
4. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pada Menteri Kebanjikan, Pembagunan Wanita dan Keluarga, Dato Shahrizat Jalil;
5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman pada Menteri Luar bandar, Dato Shafie Apdal; dan
6. Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana pada Menteri Pengangkutan, Dato Ong Tee Keat.
Besok prestasi NKRA akan disiarkan kepada orang ramai.

Seorang kenalan semasa Seminar berkata, "Bagus menolong rakyat berpendatan rendah, termasuk anak-anak yatim dan ibu tunggal."

Ini tanggungjawab Shahrizat. Komennya, "Ibu Tunggal terbela. Macam mana pula kita Bapa Tinggal?"

Ana ingat maksudnya Bapa Tunggal. Tapi tanya untuk dapatkan penjelasan.

"Macam saya ini yang terpaksa tinggal kaum keluarga untuk berniaga di bandar bagi menyara hidup anak isteri di kampung."

Ohhh ... ini macam senasib dengan Bung Mokhtar yang kena meninggalkan anak isteri di Kinabatangan.

Kurang-kurang Bung ada ura-ura bergomol dengan Zizie. Bapa Tinggal tu bolehlah Shahrizat selesaikan masaalah dengan diperkenalkan dengan Ibu Tunggal saja. Boleh naikkan prestasi NKRA.

Yang nak memerangi rasuah tapi ambil hasil keringat 4,000 pemandu teksi, macam mana nak naikkan prestasi? Hasil keringat yang diambil adalah seperti si Bapa Tinggal yang bekerja keras untuk dapatkan sehari RM40-50 saja tapi bayar syarikat teksi RM50 sehari.

Wow! Orang sebat keringat hasil orang susah patut dijual.

8 ulasan:

  1. ramai ko nak jual ni sin...huhuhuhu

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama9:00 PTG

    Si Nazri bentang bab rasuah!!!!!!!!!
    Eloklahtu.....takdak oranglainka ,umno nak lantik sebagai pemimpin.......

    BalasPadam
  3. PAS-PKR_DAP aka n.ajis-B.A.B.I-doggy&piggy pembela Bab* Tunggal..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama12:59 PTG

    setuju sin.. dalam bebanyak post hang ni yang benar
    25%

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama2:56 PTG

    4000Xrm50= rm200000/- sehari punya income. wow banyaknya , lebih baik dapat permit(bundle) dari jual unta...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama7:52 PTG

    tanpa nama 12.59pm tak kene kat puak hang, hang setuju la...

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.