Jumaat, Januari 29, 2010

Berundurnya Pemimpin dan Perjuangan

Dato Onn Jaafar berundur dari Pengasas dan jawatan Yang Dipertua UMNO serta keluar UMNO kerana mahu meneruskan perjuangan politik berbilang bangsa.

Haji Ahmad Fuad bin Hassan berundur dari UMNO kerana mahu memperjuangkan Islam di luar melalui PAS.

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj berundur kerana menghormati permintaan ramai dan sudah perlu memberi jalan kepada pemimpin lain.

Dato Harun Idris sedia dipecat dari jawatan Menteri Besar melalui proses undi tidak percaya di DUN kerana mahukan pengunduran mengikut prosedur DUN dan dengan itu menyelesaikan perbezaan antara tuntutan Pemuda dan arahan Presiden.

Tun Hussein Onn berundur dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kerana kesihatan.

Tun Musa Hitam mengundur dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana perbezaan pendapat dengan Perdana Menteri dan kehendaknya tidak dilayani.

Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berundur dari jawatan Menteri kerana kalah dalam pertandingan menentang Perdana Menteri dan Presiden atas perbezaan prinsip.

Tun Dr Mahathir Mohamad berundur kerana sudah 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur kerana mengambil tanggungjawab atas prestasi buruk Barisan Nasional di PRU12.


Khairy diminta berundur kerana kepimpinan yang lemah nafsu syahwat dan tidak memberi kepuasan kepada pasangan.

Isyyy ... macam nak tulis dalam sejarah UMNO ni?

24 ulasan:

  1. ha ha ha ha ha ....
    cilako la lawok ko husin
    tergelak sampai keras perut

    BalasPadam
  2. Oghang Gombau11:19 PG

    Sin

    Jibrael dan adiknya anak siapa?

    Donga2 Nori tu boleh tahan nakal jugo anak ulamak hadhari tu ... boifren Singapore.

    BalasPadam
  3. Cikgu sejarah11:28 PG

    :) ... pandai perspektif sejarah kamu sin.

    BalasPadam
  4. dulu bising bukan main.. pak mentua dah tak dak... telo pun tak dak jugak..

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama12:06 PTG

    kuang3...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama12:17 PTG

    Elok la dia berenti saje, mmg takde tokoh sbg pemimpin berjiwa rakyat..nampak mcm tajam tp sebenarnya tumpul dan besi berkarat

    Kj, kau tumpukan saje karier sbg model dah le


    Wakdin

    BalasPadam
  7. kah kah kah, kerier sebagai model? aku baru tulis dalam blog pasal kj boleh berlakun filem, tajuk dah ada: KJ tinggalkan Noreng kerana Maya Koring. Bijak,bijak ko ni Sin!

    BalasPadam
  8. hahaha...

    Sin, cerita telur separuh masak ko dulu pun aku tak abis gelak lagi nie...

    kira kalu masuk raja lawak, ko boleh ganti nabil la ...

    hahahaha

    BalasPadam
  9. antuliberal3:09 PTG

    Najib juga perlu berundur sekarang drp UMNO kerana dialah satu-satunya Presiden Parti ORANG MELAYU yang semakin hari semakin mengikis hak-hak orang Melayu.

    Terkini selepas dasar liberalisasi, mempertahankan sekolah vernakular, mendakwa orang Melayu Shah Alam (kepala lembu) & Tasyrik tetapi membiarkan kaum lain menghina Raja, Negara & Bahasa, Mandarin didahulukan Bahasa Melayu tolak tepi etc:-

    http://kadirjasin.blogspot.com/2010/01/saya-mahu-terus-jadi-orang-melayu.html

    BalasPadam
  10. KJ perlu belajar dari Bung Mokhtar, walaupun Bung tanpa jawatan, sebagai Ahli Parlimen dia masih berfungsi dan aktif, pengundi Kinabatangan tahu Bung tidak pernah mati pucuk.

    BalasPadam
  11. muahaha5:50 PTG

    Sin,

    KJ ni tunggu time aje nak join abang angkat dia.

    BalasPadam
  12. Usin

    Pak Mentua borek, menantu rintik.
    Dah keluarganya cam tu daa

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama8:21 PTG

    Ada pun tak guna, tak ada pun tak rugi

    Ahli pemuda UMNO

    BalasPadam
  14. Pandai2 lah ko mengayat Sin....asal sedap dibaca

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama9:04 PTG

    yang handa Bung KINABATANGan.berjuang terus berjuang tak kigho tompek
    (kong kek kuat)

    BalasPadam
  16. KJ bagus..jangan cah keting.

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama11:00 PTG

    hah tulah asyik setia kawan je, nah sekarang ni dah takde kawan yg pangkat tinggi

    habislah gigit jari

    BalasPadam
  18. Sila undur dari Parlimen Rembau11:16 PTG

    Setiakwan?

    Tak ... setia kat wang

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama2:17 PG

    Banyak pemimpin yang berhenti, bukan jatuh. Kecuali Ku Li, pasal lawan TDM.

    Tungku, fasal The Mlay Dalima
    Tun Rzak, fasal meninggal
    Tun Hussain, fasal ada tekanan
    TDM, fasalterlalu lama
    TAB, fasal tak cekap, hal menantu sama
    TMusa, fasal merajuk
    DHarun, fasal garang lebih

    KJ, BUDAK BEGHINGUIH, JANGAN DISENARAIKAN SAMA DENGAN DEPA NI.

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama10:04 PG

    handal bung mukhtar ...

    Zizie sudah KENABATANGAN dari orang KINABATANGAN.

    janji halal.

    BalasPadam
  21. tamingsari12:54 PTG

    Inilah kesan buruk politik wang.Kekuatan parti dijual dgn sejemput ringgit.Berhibur sebelum mengundi tanpa berfikir amanah yg diberi. Inilah padah yg dialami Per.Pemuda Umno. Hari pemilihan bagaikan rancangan jalan-jalan cari makan. Kemampuan kewangan dan kekayaan diri menjadi ukuran kalau mahu menang jawatan tertinggi. Perwakilan pemuda tidak melihat kewibawaan,kredibiliti calon-calon yg bertanding. Yg difikirkan oleh perwakilan ialah soal 'jolok' dan 'masyuk'. Meminta-minta sudah jadi 'order of the day'.
    Calon dan kempen manager akan dicerca kalau hanya sekadar membawa cerita perjuangan bangsa dan wawasan tanpa ada masyuk. Amat MEMALUKAN. Budaya baru pemuda harapan bangsa! Pemimpin muda durhaka kepada dasar perjuangan
    bangsa. AMAT MEMALUKAN!!!

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama6:37 PTG

    Dulu boleh la cakap kuat sebab belakang ada orang kuat,la ni nangis sorang2 tak dak sapa nak tulung...Kahkahkah padan muka!!!

    Arun

    BalasPadam
  23. babah cuba tengok budak2 exco pemuda neh babah.depa asyik nak buli KJ aje.dulu depa kata depa setiakawan dengan saya

    hahahaha hidup neh ibarat roda KJ oiii.takkan selama2nya kita nak dok kat ataih

    p/s: boring bercerita pasai politik?

    mai la jenguk2 blog aku

    http://legasimattbusby.blogspot.com/

    nak kutuk2 rapat MU pon aku izinkan hahahaha

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama9:42 PTG

    Khairy ni pun satu ,orang dah tak suka bla je lah ,kalau kau kata kau bagus ,tapi ramai dok kat luar tu tak suka gan kau nak wat camno???

    Kan eluk kau bawak je anak bini ekao tu gi dok kek rombau tenguk ado tak orang suko ??? kalau orang tak suko bagi apa herta yang kau ado baru orang suko. apo kato kau laki bini (anak pado pak montuo ekau tu selalu lolap je ) pakai kain basahan ajo poi lah menbajak kek sawah .aku gerenti kau laki bini orang suko,korat jari den kalau ko tak cayo ,cubo ekau buek macam ako ckp ni ,gerenti next election kau jadi PM,cayo den gan ekau ,anak omak lah katokan

    aku pulak golak sendiri ,ayoyoyo apanak jadi !!! Nori dam khairi menbajak padi .hahahahahah

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.