Ahad, Februari 28, 2010

Manusia paling luar biasa hebat


Lima orang student Malaysia di UK adakan usrah. Seorang kawan ketuai usrah dan lain menyumbang pada perbincangan. Kebanyakan yang hadhir adalah budak-budak 'dakwah' melainkan Roslan yang ahli Kelab UMNO. Saja dia nak pasang teling. Yang mengetuai usrah adalah Qais.

Qais: Nabi Muhammad tu adalah manusia luar biasa yang serba sempurna. Dia sentaisa dilindungi tuhan. Ada peristiwa Rasulullah sakit dan tidor hingga hampir terlewat waktu zohor. Lalu tuhan lambatkan perjalanan dunia supaya dia boleh tunaikan zohor. Walluhu alam.

Rahman: Time Magazine pernah membuat satu survey yang melibatkan pemikir-pemikir, penulis, ahli sarjana dan lain-lain. Rasulullah dipilih sebagai manuisa terhebat sepanjang zaman. Subhanallah.

Rahim: Hebat hebat ...

Qais: Bayangkan mereka yang terlibat dalam suvey itu adalan orang2 kafir tapi mereka memperakui kehebatan Rasulullah.

Roslan: Okaylah selain Rasulullah yang kita ketahui sebagai maksum dan adalah pilihan dan kekasih tuhan, pada pendapat masing-masing, siapakah manusia yang luarbiasa hebat?

Lokman: Ana rasa Luqmanul Hakeem. Bukan pasal Lokman nama ana. Hebat dia pasal sebagai seorang yang bukan nabi dan bukan rasul tapi ada surah bersempena namanya.

Qais: Tarmizi? Apa pendapat ente?

Tarmizi: Ana sentiasa tekjub dengan kehebatan Omar Ibni Al Khatab, khalifah kedua. Orangnya alim, tegas, pemerintah yang penyayang, ketua bala tentera yang handal, dan pemikir Islam.

Roslan: Betul .. betul ... memang luar biasa. Tapi ana suka pula pada Imam Al Ghazali. I am more touched by scholars. Ana kagum dengan isi kita Ihya Ulumuddin. Rahman macam mana?

Rahman: Manusia luar biasa ... hmmm ... ana rasa Hitler tu hebat. Bukan ana fikirkan pasal kezaliman perang. Ana tengok dia sebagai pemimpin, cara dia boleh memimpin rakyat Jerman dan membawa keyakinan hingga mereka mahu menakluk Eropah. Hebat tu ...

Roslan: Hehehe ... Hitler.

Rahim: Oleh kerana awak yang tanya, cuba awak kongsi siapa manusia yang luarbiasa hebat, Roslan.

Roslan: I tak mahu tengok jauh-jauh. Manusia yang luarbiasa hebat adalah di Malaysia.

Tarmizi: Malaysia? Mesti Mahathir idola awak. Betul tak?

Roslan: Takkk .... Anwar Ibrahim

Qais: Hang orang ahli kelab UMNO mana suka Anwar ...

Roslan: Anwar manusia hebat ... luar biasa hebat.

Rahim: Kenapa?

Roslan: Sebagai orang ternama dan sentaisa dilihat orang, segala tindak tanduk diperhati. Lepas tu yang ana rasa dia hebat pasal orang ternama macam dia nak ayaq atau ngorat orang perempuan itu susah. Lagi susah untuk tahu orang lelaki mana nak ayaq. Dia bukan saja boleh ayaq orang lelaki tetapi di bawah perhatian ramai. Manusia luar biasa hebat ...

Semua yang lain macam sama-sama terdengar berbunyi: Astaghfirullah ... masyallah. Tak baik fitnah ...


* Curi modal dari Zahid Md Arip

Jumaat, Februari 26, 2010

Banduan Sg Buluh ceroboh rumah

Harumnya bau kunyit yang begitu lama ku idamkan

Tahun 2012.

Seorang banduan telah melarikan diri keluar dari penjara sungai buloh. Dia menceroboh masuk sebuah rumah berdekatan untuk mencari wang dan terjumpa pasangan suami isteri dalam bilik tidur.

Dikipat tangan si suami ke belakang. Kemudian di ikat tangan dan kaki, lalu ditiarap atas simen.

Si suami yang dalam keadaan bingung hanya dapat melihat si banduan berada sebelah isterinya dan berbisik sesuatu sambil mengikatnya ke katil.

Kemudian si banduan masuk ke bilik air.

Si suami berkata pada isteri, "Yang Yang orang ini rupanya macam ...

"Janganlah nak macam macam siapa. Cubalah buka ikatan tali saya ni," si isteri meronta.

"Takyah nak cuba lari. Dari bajunya saja saya tahu dia ni banduan penjara sungai buloh. Pasti dah lama tidak bersaam wanita. Kalau dia mahu seks, awak jangan melawan. Puaskan nafsunya walaupun awak rasa mual. Orang ini mungkin merbahaya. Kalau dia marah, dia akan bunuh kita.

"Berkorbanlah untuk keselamatan kita, sayang. Saya akan tetap mencintai mu." kata si suami.

Si isteri berkata, "Dia bisik tidak akan apa-apakan saya. Tapi dia ada beritahu dia dipenjarakan kerana meliwat atas simen. Dia tanya mana simpan KY Jelly.

"Saya cakap ada dalam bilik air. Nampaknya awaklah yang berkorban. Takpa sayang, saya tetap mencintai mu walau apa yang terjadi."

Khamis, Februari 25, 2010

Petua Zahid Md Arip untuk tahu bila Anwar tipu


Kehebatan Brader Anwar Bin Ibrahim berceramah sambil temberang dan putar belit memang hebat.

Dia berdaya mengubah fikiran orang. Beri Brader 10,000, beri Brader 1 orang ... semua boleh dipujuk rayu dan yakinkan. Selepas itu, kenalah penyakit hilang akal.

Mereka yang sudah terkena penyakit hilang akal dari cakap Brader memang kasihan keadaan mereka. Pertimbangan sudah hilang dan rasional tidak ada langsung. Fakta sudah tidak langsung mahu diambilkira.

Pelbagai teori konspirasi dipercaya bulat-bulat tanpa berfikir panjang. Teori konspirasi asal usul masaalah dalam diri seseorang yang sudah ada simtom prejudis atau sudah tabiat suka buat kesimpulan mudah tentang sesuatu perkara.

Demikianlah teruknya keadaan penyakit hilang akal ini.

Yang menyedihkan mereka yang sudah terkena penyakit hilang akal bila ditunjukkan bukti mereka sudah salah, mereka tidak percaya.

Sebagaimana bukti dan gambar ditunjukkan Rosmah berada di satu Majlis bersama anak yatim pada malam yang dikatakan dia membunuh Altantunya. Mereka yang dijangkiti mati-matian tidak mahu percaya.

Perkara sama akan berlaku apabila orang ramai tahu bahawa laporan Pusrawi berkenaan Saiful itu laporan palsu dan rekaan. Bayangkan kalau laporan Hospital Kuala Lumpur mendapati ada kesan penetrasi.


Sekarang ini, Brader ke sana ke mari pakai spek hitam dan bila berucap buka spek hitam. Adakah cuba mendapatkan keyakinan dengan rupa yang menghampiri mata lebam atau tunjuk dia tua penat?

Tak tahu efek apa yang dimahukan. Memang ada yang cuba dilakukan.

Apa pun sekali, ana terjumpa video yang ada petua-petua untuk membantu mereka yang belum dijangkiti penyakit hilang akal yang disebarkan Brader.

Zahid Md Arip ni pernah dijangkiti penyakit hilang akal. Bertahun-tahun lamanya nak sembuhkan dia yang pernah menjadi Naib Ketua Pemuda AMK yang diketuai Ezam.

Cuma nak peringat sedikit sebelum nak tekan mulakan video. Zahid ini kiranya orang Melaka. Anak saudara Tamrin Ghaffar ...


Petua berkenaan bermula dari 1:30.

Selasa, Februari 23, 2010

Kementah sasar akreditasi tertelus bagi pertahanan negara


KUALA LUMPUR: Kementeriaan Pertahanan akan mengambil pendekatan terbuka dan telus dalam urusan pertahanan negara, kata Menteri Pertahanan, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid dalam kenyataan akhbar ketiga bulan ini berkenaan operasi harian kapalselam menjelaskan sebab Kementah perlu lebih kerap membuat kenyataan akhbar sesuai dengan amalan komunikasi korporat dalam pentadbiran korporat (corporate governance).

Katanya lagi, ini penting kerana Kementah berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Amalan keterbukaan yang diamalkan dalam syarikat awam perlu diadaptasikan.

Pada tahun ini, Kementah akan menitikberatkan pengurangan kos operasi dan meningkatkan perolehan melalui sumber-sumber baru seperti penjualan maklumat pertahanan dan penambahan nilai untuk enjin-enjin skrap.

Zahid turut memberitahu Kementah perlu mengemaskini media massa tentang perkembangan dalam operasi pertahanan negara untuk menaikkan keyakinan pelabur.

Menurut Zahid, kapalselam KD Tunku Abdul Rahman baru selesai menukar minyak hitam pertama sebelum ujian pertama baru-baru ini.

Dia akan mengumumkan operasi mencuci daki dan lumut dari badan kapalselam yang dijadualkan untuk bulan Mac.

Ditanya wartawan mengenai aspek rahsia dalam operasi pertahanan, Zahid tidak bersetuju.

"Saya rugi kalau mengikut amalan tradisi Menteri Kementah. Tanpa sebarang kenyataan-kenyataan akhbar, orang ingat saya tidak buat kerja. Kepimpinan perlu ingat saya ada Phd dalam bidang komunikasi massa," kata Zahid.

Tambah Zahid, "Orang politik yang sentiasa berpolitik perlu sentiasa bercakap. Lainlah kalau saya sibuk bekerja."

Zahid memberitahu bahawa dia telah meletakkan sasaran untuk mendapat akreditasi untuk Kementah sebagai operasi pertahanan negara yang pertama dalam dunia yang mengamalkan ketelusan sepenuh.

"Biar musuh tahu apa tentera kita buat."- Agensi Husin Lempoyang

Baru sedar

"Lebih daripada 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim." - Bernama, 12 Februari, 2010

"Ini perkara berlaku dalam negara kita. Kenapa ada campur tangan dari luar, negara ini ada undang-undang." - Tun Abdullah Ahmad Badawi, 21 Februari 2010, Grik
Gosok gigi sebelum bercakap dengan press.

Ahad, Februari 21, 2010

Penasihat kasi kunci ...

Projek terbengkalai? Hero Tamil Sivaji the boss to the rescue ...

"Percayalah ... saya boleh kasi kunci yang busar punya."

"Kalau tak mahu besar, saya kecilkan. Kehendak rakyat kami letak atas batu jemala."

Alamak! Besar sangat. Tak muat masuk lubang kunci.

Kalau Pakcik dan Makcik nak masuk rumah ikut pintu belakang, jangan lupa mintak kata lalaun (password) dari Tuan Penasihat.

Khamis, Februari 18, 2010

Buat Majlis diam-diam


Pak Leman sudah lama bujang sejak kematian Mak Limah. Akhirnya dapat jumpa pengganti Makcik Bedah. Kahwin diam-diam. Majlis kecil saja. Rahim rapat dengan Pak Leman dan Makcik Bedah. Dapat tahu dia datang ziarah.

Rahim: Apalah Pak Leman dan Makcik bedah ni. Nak kahwin diam-diam.

Pak Leman: Alah Ayim. Aku ni bukan apa. Kami ni malu nak buat Majlis besar-besar.

Rahim: Masa susah kita sama-sama. Kami nak tumpang gembira. Betul Makcik Bedah?

Makcik Bedah: Makcik ni tak kesah. Ikut saja kehendak Pak Leman kau. Apalah kau nak Majlis sangat. Kami ni tua sama tua.

Pak Leman: Kau ni janganlah pulak nak merajuk-merajuk. Sebenarnya kami ni ada rancangan nak buat sedikit khenduri. Dah kau ada kat sini aku jemput sekali. Bawak anak kau ni sama.

Rahim: Apalah benda gembira nak bersembunyi-sembunyi.

Pak Leman: Aku ni dah lama membujang sejak Mak Limah kau dah tak ada. Sana sini aku cari calun ada saja tak kena. Aku tak mahulah Makcik Bedah kau ni dikebas orang.

Rahim: Apa pulak macam gitu???

Pak Leman: Aku nikah diam-diam berapa orang saja. Kalau aku umum siang-siang, nanti ada orang buat Majlis ditempat aku sebelum Majlis Nikah aku.

Rahim: Apalah Pak Leman ni. Itu cerita politik. Ini nikah kahwin. (Dalam hatinya berkata-kata perasan orang tua ni. Miang betul orang tua sama orang tua kahwin)

Pak Leman: Bukan boleh tahu. Makcik Bedah kau ni lawa. Dari masa muda aku minat tapi dia dah kahwin dahulu. Nanti aku umum Majlis Nikah pukul 10:30, Khairy buat Majlis pukul 9:30. Nanti dia bawak lari Makcik kau ...

Rahim: Ya Allah ... Takkanlah Makcik Bedah tertarik pada si budak hitam tu. Pak Leman jauh lagi hensem dan cerah dari dia.

Pak Leman: Ohhh ... ye ke? (Suka kena puji.)

Sabtu, Februari 13, 2010

Kempen Budi Bahasa






* Terima kasih kawan ana yang ajar buat grafik mudah

Rabu, Februari 10, 2010

Peguambela. Peguamcara, Peguam ...


Selalu kita jumpa dalam kad peguam tertulis Peguambela dan Peguamcara.

Peguambela ini adalah peguam yang berperanan membela kita apabila dicaj di Mahkamah kerana kesalahan atau disaman di Mahkamah. Manakala, Peguamcara membantu kita dalam hal-hal beli rumah atau perjanjian perniagaan atau apa-apa urusan kewangan khususnya. Mereka ini membetulkan cara atau beri cara nak mengelat pihak sebelah sana.

Rasa sudah sampai Majlis Peguam mulakan satu lagi bidang dalam profesyen guaman iaitu peguam specialist yang dipanggil Peguamtunda. Peguam ini ditugaskan hanya untuk menunda Mahkamah.

Dibawah Sulaiman Abdullah sebagai Peguamtunda, Anwar berjaya dapat menunda Mahkamah selama 18 bulan dan sebanyak hampir 20 kali. Sebagai Peguamtunda, Karpal Singh berjaya menunda Mahkamah yang sedang prosiding untuk melambatkan Mahkamah dengan alasan Utusan Malaysia tidak didakwa kerana menghina mahkamah (contempt of court).

Prospek untuk anak-anak muda jadi Peguamtunda sangat baik. Banyak berlaku pihak yang kena saman Bank tidak ada alasan langsung untuk lawan tapi hanya mahu ambil masa mudah-mudahan dapat kumpulkan wang untuk bayar Bank.

Ada Peguamtunda boleh lambatkan atau hilangkan dokumen dari sampai kepada hakim dan tunda sampai dua tahun setengah. Ini lagi cekap sampai Peguamtunda Karpal Singh pun tertunda.

Selain itu adalah Peguam Syarie untuk urusan keluarga Islam tapi tidak termaktub dalam Mahakmah Sibil. Dengan Anwar sedang cuba guna Mahkamah untuk selamatkan diri, bakal adalah Peguamtunda untuk Mahkamah Syarie.

Isnin, Februari 08, 2010

Khalid Ibrahim bertemu bakal menantu


Suatu hari anak gadis Khalid Ibrahim membawa pulang lelaki idaman hatinya yang belajar ugama di sebuah Sekolah Pondok untuk bertemu ibu bapanya.

Selepas makan, si ibu berbisik pada si ayah supaya berbual dengan budak lelaki ini untuk mengetahui latarbelakangnya.

Diajak budak bujang ini ke ruang tamu untuk bertanya mengenai pelajarannya.

"Nanti lepas pengajian apa yang awak rancang akan buat?" tanya Khalid.

"Saya akan mendalami lagi jurusan Al Quran, Tan Sri," jawabnya.

"Mahu jadi pakar dalam bidang ilmu Al Quran. Hmm........", kata Khalid.

"Hebat ttttetapi apa yang akan kamu lakukan untuk memberi anak saya rumah untuk berteduh?"

"Saya akan beri tumpuan kepada pengajian saya," jawab anak bujang itu, "dan berserah pada Allah. Semuga Allah akan kurniakan keperluan kami."

"Bababagaimana ... bagaimana pula dengan belanja persediaan untuk kahwin?" Gagap Khalid dah mula bertambah. Adalah tak kena tu.

"Sekurang-kurang awak perlu berikan sebuah cincin pertunangan kepada anak perempuan saya."

"Saya akan tumpukan kepada pengajian Al Quran saya," jawab anak bujang itu, "Dan Allah akan kurniakan kepada kami."

"Bagaiman pula bila bila bila awak ada anak nanti?" suara Khalid dah mula naik.

"Sesesesiapa akan tanggung cucu saya nanti?"

"Jangan takut Tan Sri. Kita sebagai makhluknya harus sentiasa berserah kepada qada dan dadar ilahi. Allah akan tentukan bahagian kita," ulang anak bujang itu.

"Mana boleh macam gitu? Perlu ada usaha ikhtiar," Khalid macam nak hilang sabar.

"Ya Tan Sri, saya akan berikhtiar dengan lebih kuat dalam pengajian saya dan sentaisa memohon kepada Allah."

Perbualan ini berterusan demikian dan tiap kali ditanya, anak bujang itu akan kata berserah pada Allah dan Allah akan kurniakan.

Khalid naik hilang sabar dan terus ke dapur bertemu isterinya.

Puan Sri bertanya, "Macam mana dengan pemuda itu? Baik budi nampaknya. Tahfiz ..."

Khalid merungut, "Dddd dia tititidak ada kerja, tititi tiada perancangan dan dan dan dia ingat saya Allah yang aaa.. akan sediakan segala-gala untuknya. Pengsan dapat menantu macam ni"

"Itulah awak. Siapa suruh ikut Anwar setuju kongsi nama Allah dengan orang Kristian? Rapat sangat dengan Elizabeth niiii ..."

Puan Sri mengomel, "Tuhan sudah hantar orang jadi peringat."

Jumaat, Februari 05, 2010

Bung Mokhtar bercadang saman Anwar


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dipercayai berura-ura untuk menyaman Dato Seri Anwar Ibrahim kernaa menggunakan namanya sebagai katalaluan untuk Saiful masuk ke kawasan Kondominium untuk diliwat.

Sumber-sumber yang rapat dengan isteri mudanya, aktres jelita putih gebu, Zizie Ezette memberitahu cadangan untuk saman itu timbul atas desakan Zizie yang rasa malu nama suaminya dikaitkan dengan kegiatan homoseksual.

Zizie dan Bung baru berkahwin pada pertengahan bukan Disember.

Zizie amat kecewa setelah berjaya menukar imej Bung Mokhtar kepada yang lebih imej muda, berita perbicaraan kes liwat telah mendedahkan nama Bung diguna sebagai katalaluan masuk ke Kondo Anwar melakukan homoseksual.

Semasa terkeluar berita perkahwinan Bung, dia dilaporkan ada berkata, "Walaupun berkata muka saya nampak tua tapi saya masih kuat." Berkenaan kes ini, Bung dikatakan berkata, "Sementang rambut uban saya sudah hilang dan gaya saya lebih terkini, saya masih belum jadi pretty boy."

Jumlah yang akan disaman dijangka berjumlah RM100 juta, jumlah yang amat disukai Anwar. - Agensi Husin Lempoyang

Khamis, Februari 04, 2010

Peraturan baru blog ini


Husin sudah buat macam-macam peraturan supaya kita dapat berinteraksi secara teratur dan mudah.

Ana minta letakkan satu nama, masing-masing pakai Tanpa Nama. Nama samaran pun takut nak kasi. Selain itu, ada juga yang suka cut and paste dari luar serta komen luar topik.

Ana rasa sudah sampai masanya ana mengenakan peraturan baru yang lebih "ketat". Sesiapa nak masuk baca blog ini, perlu membisikkan nama passwork "Mokhtar". Salah password, ana tidak kasi masuk.

Caranya adalah isi alamat url dulu. Sebelum tekan "enter", bisik, "Husin, Minta permisi untuk baca blog awak. Mokhtar over and out."

Cuma jangan ulang berkali-kali, nanti jadi macam dalam cerita Salmah! Salmah! Salmah!


* Ilham diplagaris dari GAP

Isnin, Februari 01, 2010

Sokongan moral dikehendaki


Jemputan kepada semua lelaki lembut di Lembah Kelang untuk datang ke Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur besuk, Februari 2hb 8:30 pagi untuk memberi sokongan moral kepada rakan setiakawan Mat Leather kita.

Datang dalam pakaian wanita. Tempat solek pun disediakan. Chewing gum pun ada.

Keselamatan dimahkamah terjamin. Pihak polis beri jaminan tidak akan tangkap sesiapa.