Rabu, Mac 31, 2010

Komen mengenai Model Ekonomi Baru


Selalunya lepas Menteri Kewangan membentangkan bujet, semua yang ditanya akhbar akan komen, "Good budget ... good budget".

Ada akan beri penerangan dan pandangan masing-masing kenapa ianya sedemikian, Yang tak berapa faham akan ulang aspek tertentu apa yang disebut Menteri Kewangan pada awal pembentangan.

Semalam Perdana Menteri pertama kali membentangkan fasa pertama Model Ekonomi Baru di pameran Invest Malaysia 2010.

Selesai saja Majlis, bertumpu-tumpu wartwan menerpa CEO-CEO dan boss-boss besar untuk mendapatkan komen.

Ada seorang CEO ditanya akhbar, "Can I have your comment on PM's presentation?"

Bagaikan otomatik dia jawab, "I think it is a good budget that cover for both low and high income wage earners."

Ternganga wartawan tu. Kantul tidur ... ini pasal Model Ekonomi Baru la...

Kalau nak soal Amirsham, pastikan soalan sudah dibocorkan lebih awal. Itu yang bertukar-tukar pasal tindakan affirmatif.

22 ulasan:

  1. antupening11:45 PG

    Tuan Husin,

    Tak tahu nak bertanya atau apa yang nak ditanya. Samada tak tahu pasal ekonomi, ataupun tak ada benda nak ditanya sebab isinya tak ada. Masih lagi kelabu asap, bayangan rangka kasar tanpa sesuatu yang jelas dan konkrit.

    Dasar ni dasar besar ni, sebab nak ganti DEB 20 tahun. Tak tahulah pula lama mana Tun Razak dok fikir nak rangka dasar DEB tu.

    NEM ni tak jelas tahun lalu. Hari ni pun masih kelabu asap. RMK dah nak bentang dah beberapa bulan lagi.

    Konkrit ke NEM ni? Rakyat dok pening lagi. Orang Melayu tak kan terubat pening kepala tu dgn janji manis "high income" selepas kena "sepak" dgn dasar liberalisasi tempoh hari.

    BalasPadam
  2. semua buat2 paham..tapi haram tak paham!!

    BalasPadam
  3. KakiTidur12:34 PTG

    Tuan Husin

    Almaklumlah, ini CEO semuanya dari puak2 yg terdahulunya BOSS nya kaki tidur..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama1:24 PTG

    salam tuan husin,

    bagi ibu, betapa berat mata memandang, berat lagi mata yang tertidur...heheh

    ibu6anak

    BalasPadam
  5. Takde Modal1:42 PTG

    Model ekonomi baru tu pompuan cantik ke? Ari tu aku nampak model syampu rambut punyalah cun sampai tumbuh jerawat aku dibuatnya. Nak model mesti ada modal...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama2:13 PTG

    apa yang mahu diselesaikan oleh dasar ekonomi baru tetapi tidak, adakah diselesaikan oleh nem????

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama2:27 PTG

    Ha Hai Tuan Hussin Maulana....

    Kalau CEO pun tak tau apa tu NEM rakyat kat bawah nie lagi la....

    Apa NEM tu sin ?
    Bungkus 2!!!!!

    BalasPadam
  8. Tuan Husin

    NEM yang dibentangkan semalam tu masih ada fasa 2 sebab tu kita yang dengar Najib bercakap dlm bahasa PPSMI terasa macam kelabu asap sebab tak faham apa yang nak dibentangkan. Rasa saya yang dok diulang-ulang rakyat ada pendapatan yang tinggi...itu aje

    BalasPadam
  9. Ini strategi baru, Najib Ended Muhyiddin... (NEM)

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama7:54 PTG

    Jangan nanti ade perkara penting kena outsource macam dia outsource IT bank kepada syarikat berhad yg kini jadi sdn bhd yg dipunyai oleh org asing.

    Geram betul dgn dia ni ... berjiwa melayu ke ?

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama8:17 PTG

    Aku paham pasal konsep NEM ni, tapi perlaksanaan untuk mencapainya....

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama8:25 PTG

    Bagi peluang kat dia dulu la. Dewa tidur tinggalkan taik bersepah kalau takat dia punya takpe juga tapi ini anak bini sampai taik anak antu pun kena bersihkan. DS Najib diam
    Dan khusyuknkerja berilah dia peluang.
    Kau orang kat sini nak kutuk dia tapi Anwar si Ketua Temberang dah kata NEM itu idea dia orang la konon. Maklumlah orang yang lepaskannya pun suka kata itu idea saya. Sah jenis kantoi King.
    Saya tengok mereka ini jenis bangkang aje apa yang nak diusahakan oleh kerajaan. Sepatutnya bahaskanlah secara ilmiah ( lain Kali jangan undi posmen jadi MP lagi ) dalam dewan. Dah ditambahbaik bersamalah berusaha memajukannya. Barulah negara bergerak ke hadapan. Kalau inilah standard pembangkang biar BN ajelah memerintah lain Kali.

    BalasPadam
  13. anak ghaje benua keling9:37 PTG

    yg berahi jubur tu bapak kau,bapak kau juburkan mak kau,tu yg dapat kau,tentu mak kau beranakkan kau keluar dari lubang jubur....kah kah kah....patut le kau pun berahi kat lubang jubur...kah kah kah

    BalasPadam
  14. ada apa dengan soalan bocor?

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama11:36 PTG

    Tuan Husin

    Ada anjing gila dah terlepas lagi....

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama12:03 PG

    Ini adalah 'Ujian Minda di Bawah Sedar' dan ianya keputusan yang akan anda dapat adalah tepat. Ketahui siapa role model pemimpin politik anda untuk anda membuat keputusan siapa yang perlu anda ikut. Hanya lakukan matematik mudah untuk mengetahuinya...

    1) Ambil mana-mana nombor pilihan anda antara 1 hingga 9
    2) Darab kan dengan 3
    3) Tambah 3
    4) Kemudian, darab kan dengan 3
    5) Anda akan mendapat 2 atau 3 nombor digit
    6) Campurkan nombor digit anda (Contoh jika anda mendapat nombor 36, maka campurkan 3+6)

    Sekarang ...sila lihat dibawah untuk melihat keputusan...

    Dengan nombor yang anda dapat, lihat senarai dibawah siapakah role model pemimpin politik anda:

    1. Anuwar Ibrahim
    2. Nik Aziz
    3. Lim Kit Siang
    4. Karpal Singh
    5. Hadi Awang
    6. Chua Soi Lek
    7. Samy Vellu
    8. Lim Guan Eng
    9. DS Najib Razak
    10. Khairy Jamaludin


    -Fairu

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum Seng,
    cuba hang pi msg kat PM sikit....awat dia dok pi guna bahasa orang puteh masa bentangkan Najib Ended Muhyiddin (NEM) oppss...aku pulak terorang puteh...Model Ekonomi Baru!. Baru ni dalam satu perasmian Bahasa...katanya bahasa Malayu perlu didaulatkan dalam semua sektor...tapi tup-tup...dibentangkan dasar ini dalam bahasa orang Puteh....mana laa....teman nak paham, teman hanya pesawah! Apa ingat teman ni second class citizen ke....sampai diketepikan daripada memahaminya. Nanti keluarlah berkotak2 kertas penerangan oleh kementerian penerangan dalam bahsa Melayu....so siapa yang nak baca.
    Teman terfikir....awat laa masih dok JADI BEGITU SELEPAS SETAHUN DIA DOK JADI PM,...mana sensitiviti...mana penghormatan kpd bahasa ibunda... masih belajar lagi ke PM hehehheheh!

    BalasPadam
  18. Yuan Husin, nak ajak melancung keluar topik sikit

    Rakan rakan semua, kalau nak tahu macamana rapatnya Anwar Ibnrahim dengan regim Zionis Israel sila ikut link di bawah

    GEMPAR; Disini ada bukti terbaru Anwar ada rakan dalam kerajaan ZIONIS Israel

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama9:28 PTG

    tembak aje gila tu bagi mati.... menyusahkan aje.

    BalasPadam
  20. salam tuan Husin,

    Kali nie aku benar-benar buntu dan kaku dengan pembentangan MEB @ NEM nie. Apa aku nak terangkan kat Bahagian aku nie. aku rasa senang lagi jelaskan pasal kapal selam tak boleh menyelam daripada MEB yang kelabu asap nie. sin camna nak kempen kat hulu selangor nie....

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama9:18 PG

    Tuan Husin,
    Aku berpendapat Model China patut digunakan untuk implementasikan Model Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh DS Najib baru-baru ini. Maknanya "region by region". China memulakan pembaharuan ekonominya dari kawasan selatan pantai timur, dan menyelinap ke utara dan seterus ke pendalaman barat. Tun Lah dah buat koridor ekonomi, gunakanlah koridor tersebut sebagai "vehicle". Aku rasa koridor Iskandar boleh dijadikan "seed" sebagai tapak permulaan Model Ekonomi Baru, kerana implimentasinya boleh dianggap sebagai "new clean slate". Belum dicemari gejala-gejala political patronising, konsesi, AP, pink forms.....

    Roslan Ali
    One Shah Alam

    BalasPadam
  22. Yang pasti NEM tu lebih beri manfaat kepada sektor swasta. Persoalannya, berapa ramai Melayu di sektor swasta berbanding bukan Melayu. Kitalah, yang pandai dan pandir ni tolong bantu kerajaan beri kesedaran yang betul pada orang Melayu. Mereka kena memahami dan pandai sendiri cari "lobang-lobang" dalam NEM.

    WHA

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.