Ahad, Mei 30, 2010

Sukarelawan untuk Sekretariat

Pemuda PKR syor tubuh Sekretariat Keadilan bela Anwar

KOTA BARU, 27 Mei — Angkatan Muda Keadilan (AMK) dijangka membincangkan idea penubuhan Sekretariat Keadilan Untuk Anwar — platform membolehkan pelbagai pihak dalam dan luar Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong usaha membela Ketua Umum Pakatan Rakyat yang berhadapan dengan serangan secara berterusan.

Idea penubuhan sekretariat ini dijangka dibincangkan oleh AMK pada mesyuarat tahunannya esok.

“Saya akan melontarkan idea ini untuk mendapat pandangan perwakilan AMK,” kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada The Malaysian Insider.

“Kami memerlukan sokongan orang dalam parti dan juga luar parti agar memainkan peranan secara berkesan dengan memberi sokongan ke atas usaha-usaha yang diambil bagi menyokong perjuangan membela Datuk Seri Anwar,” kata beliau dengan merujuk serangan bertubi-tubi ke atas Anwar dan juga kes liwat kedua yang dihadapinya sekarang.

Shamsul Iskandar berkata, dengan adanya sekretariat rasmi ini orang perseorangan dan pertubuhan bukan kerajaan boleh menyumbang kepada usaha seumpama itu. ...
Orang beritahu Husin bahawa Shamsul sudah kebas duit kempen tapi sabotaj kempen Zaid Ibrahim di Hulu Selangor. Nampaknya duit itu bakal biayai Sekretariat bela Anwar. Ada banyak sukarelawan yang boleh bantu ...



Chief sukarelawannya Nyah ... mestilah ...


Sukma Darmawan ... alah cutenya...

Dia yang hebat perangkap Azizan dan atur-atur pondan-pondan di City Square untuk di Sheikh kan.

Sabtu, Mei 29, 2010

Model Lama, Model Baru


Kongres Ekonomi Buimiputera bincang "Model Baru" Ekonomi
Tapi yang datang banyak "Model-Model Lama"

"Model-Model Baru" sudah hebat sangatkah?
"Model-Model Lama" saja yang peduli masa depan "Model-Model Baru"?

Jumaat, Mei 28, 2010

Azmin, Tian Chua, Eli dan Theresa naik keretapi


Azmin Ali, Tian Chua, Elizabeth WOng dan Theresa Kok ada urusan untuk ke Switzerland.

Mereka naik keretapi bersama-sama. Di Geneva nanti, Azmin, Tian Chua dan Eli adalah urusan Bank untuk PKR. Nak keluarkan duit Soros kot?

Theresa pula akan berhenti di salah satu stesyen dan tukar keretapi lain ke Zurich bagi urusan peribadi Lim Kit Siang dan Guan Eng. Mesti urusan Bank lah kalau ke Switzerland.

Sistem keretapi Swiss kena melalui banyak terowong yang panjang kerana banyak gunung ganang.

Mereka yang pertama kali ke Switzerland terkejut pertama kali keretapi melalui satu terowong kerana dalam keretapi terus menjadi gelap.

Masa dalam gelap tu, tiba-tiba terdengar bunyi ciuman diikuti dengan bunyi tamparan yang kuat.

Keretapi keluar dari terowong. Kedua perempuan dan Azmin kehairanan. Tian Chua kelihatan sedang membongkok memegang mukanya, yang kelihatan kemerahan dari satu tamparan.

Tapi masing-masing tidak mahu bersuara apa-apa. Tahu sama tahu sajalah.

Theresa terfikir, "Orang-orang PKR ni mesti tergilakan Eli Wong. Tian Chua mesti nak cuba cium Eli Wong. Padan muka dia kena tampar. Itu yang aku pilih boifren India. Pemuda Cina tak sabar-sabar, rakus."

Eli Wong lain pula berfikir, "Tian Chua mesti cuba nak cium aku tapi tercium Theresa. Kesian kena penampar. Peristiwa Taiwan dah habislah. Move on la ..."

Tian Chua turut berfikir, "Sialanlah si Azmin. Aku nak try, dia pun nak try cium Eli. Tapi Eli ingat aku dan terus saja main tampar."

Azmin punya fikiran, "Kalau keretapi ini masuk lagi terowong, aku nak buat lagi suara ciuman dan tampar si Little Napolean, Tian Chua ... Kau atur si gagap kacau rancangan aku nak jadi Timbalan, ye."

Khamis, Mei 27, 2010

Siapa tolak Shamsul masuk tasek?



Semalam kita bertikam lidah berkenaan komen Husin mengenai Ketua Pemuda UMNO masuk askar. Ada komentar merasakan ia satu penghinaan pada askar. Ada pula mengharap Ketua Pemuda akan dipulihkan kejantanan dari latihan sedemikian.

Takpe. Kita biar cerita semalam dimasukkan dalam lipatan sejarah.

Dari kisah Ketua Pemuda UMNO, kita pergi pula ke kisah Ketua AMK, Shamsul Iskandar Akin. Cerita ini diberitahu oleh seorang rakan dari Pulau Misteri Langkawi. Tambah-tambahnya husin punya kerja.

Shamsul Akin telah mengikuti rombongan PKR yang diketuai Anwar Ibrahim ke India. Mereka telah menziarahi istana seorang Maharaja dan bertemunya. Apa lagi kalau bukan mintak duit.

Di tepi istana ada satu tasik yang indah tapi dalamnya ada beberapa ekor buaya. Maharaja membawa Anwar dan rombongan melihat keindahan tasek itu. Tasek itu agak tinggi kelilingnya untuk mengelakkan buaya dari merangkak masuk istana.

Baginda Maharaja memberitahu, "Buaya itu memberi keselamatan kepada beta. Setelah berasa begitu aman, saya ada hajat. Sesiapa saja yang berani berenang melintasi tasek ini dengan selamat, beta akan berikan apa saja yang dia kehendaki."

Tak lama lepas Baginda Maharaja habiskan katanya, tiba-tiba terdengar seorang melompat masuk kolam itu dan berenang bersungguh hingga ke seberang sana.

Anwar terkejut dan bertanya pada ahli rombongan siapa itu. Mereka memberitahu Shamsul Akin yang lompat.

Terus dia beritahu Maharaja dengan banngganya, "Your Majesty, my youth leader is the person that swam across."

"Berani ...", Maharaja puji.

Shamsul Akin pun selamat berenang. Lalu Maharaja berpesan suruh dia berehat dan datang mengadapnya besuk hari.

Esok Shamsul datang mengadap di balai penghadapan. Maharaja sedang duduk di atas takhta dengan Maharani, diiringi putera dan puterinya serta hulubalang.

Sebaik masuk saja Shamsul, Maharaja bertanya, "Apa yang anda mahu? Kahwin puteri saya?"

Shamsul tertelan air liur bila disebut kahwin puteri Maharaja yang ada dalam balai mengadap. Lawanya orangnya macam bintang filem Katarina Kaif. Cuma terlalu tinggi untuknya.

"Tidak Maharaja," Shamsul beritahu.

"Awak mahu wang emas dan harta karun? Cakaplah apa awak mahu saya akan beri?" Maharaja tanya lagi.

"Tidak juga, Maharaja"

"Cakap apa pula kamu mahu? Tanah? Saham?" desak Maharaja.

"Saya mahu tahu satu saja, Maharaja," kata Shamsul.

"Apa dia?"

Shamsul beritahu, "Saya mahu tahu siapa cilako lahanat yang tolak saya dalam kolam itu. Terkencing kencing saya dalam seluar sambil berenang menyeberang kolam itu!"

Wow! Ingatkan berani.

Rabu, Mei 26, 2010

Apa ke bangang? Belaja tinggi sampai Oxford, cumo nak masuk askar!!??


Orang kampung Husin ramai tak dapek sekolah tinggi-tinggi. Belajar setakap sekolah menongah. Yang dapek dibuek, kalau tak mahu kerja kampung, mohon masuk askar. Kalau bule, teringin jugo nak belajar di University Oxford.

Ado orang yang berpuro-puro jadi orang Ghombau dah dapek masuk dan belajar di University Oxford tapi cito-cito cumo nak masuk askar. Ado ijazah, takdo kojo. Kojo yang ditahu menjahanam dan menyamun. Berangan bosa nak jadi Ketup Pemudo. Dah dapek, takdo buek apo pun. Pemudo jadi pondan.

Sekarang tak malu ada hati nak jadi Menteri pulak.

Tok Jib

... baik jangan. Jahanam kalau dio dinaikkan. Tak cukup ko bonda yang Tok Jib kono repair pasal si Cilako ni?

Baco bawah ni ... Den sokong bona.

Isnin, Mei 24, 2010

Kenapa kita kalah (Bhg 2)?


Bilik 1301 Hotel Katarina kini salah satu tarikan pelancungan Batu Pahat

Chua Soi Lek salahkan Perkasa

KUALA LUMPUR Mei 19 - Presiden MCA, Dato Dr Chua Soi Lek menyalahkan Perkasa atas kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil di Sibu.

Dr Chua yang pernah menuduh Perkasa atas keengganan pengundi Cina di Hulu Selangor mengundi BN diberitahu wartawan bahawa antara timbal balas yang diterima adalah pengundi Cina suka calun muda BN, P Kamalanathan tapi enggan memberi undi kepada BN kerana mahu mengajar MCA.

Beliau menafikan maklumat tersebut dan menganggapnya tidak tepat kerana pengundi tersebut berada dalam keadaan kurang jelas kerana diberi terlebih minuman bir oleh Perkasa.

Wartawan turut bertanya pula mengenai khabar bahawa ada sabotaj antara pengikutnya dan ADUN MCA di Batang Kali. Dr Chua turut menafikan bahawa ini adalah khabar angin yang disebarkan oleh Perkasa.

Ditanya berkenaan peranan Perkasa di Sibu yang menyebabkan beliau menyalahkan Perkasa atas kekalahan BN di Sibu, Dr Chua memperakui Perkasa tidak terlibat dalam PRK Sibu tapi menyalahkan kewujudan Perkasa di Semenanjung.

Katanya sebagai Presiden MCA, beliau berhak menuduh sesiapa yang beliau suka. Beliau perlu bersikap arrogan dan menolak kenyataan untuk menunjukkan MCA masih releven.

Bila diberitahu wartawan bahawa 12 dari 15 kerusi Parlimen yang dipegang MCA adalah kerusi ehsan yang diberi oleh UMNO, Dr Chua akhirnya mengaku MCA tidak ada sokongan dari kaum Cina.

Namun begitu, Dr Chua masih bertegas menyeru UMNO yang berubah dan bkan MCA, kerana beliau menganggap dirinya sama taraf dengan Dato Seri Najib, Presiden UMNO.

Tan Sri Muhyiddin yang merupakan Timbalan Pengerusi BN pun bawah dia kerana dia perlu bersikap angkuh untuk mengekalkan releven MCA.

Akhir katanya, "Saya telah buktikan keupayaan kejantanan saya berbanding dengan semua pemimpin-pemimpin UMNO." - Agensi Husin Lempoyang

Jumaat, Mei 21, 2010

Kenapa kita kalah (Bhg I)?

... Piala Thomas



Datok Chong Wei lemas kekurangan oksijen. Terus menyebabkan hilang stamina dan semanagt juang.

Rabu, Mei 05, 2010

Karpal Singh tak dapat peluk sahabat lama


Karpal Singh dan Paramjit Singh adalah dua budak Punjabi yang sahabat karib. Keakraban mereka menjadi buah mulut di sekolah.

Mereka bersahabat dari masa tadika. Mereka berdua belajar bersama, jalan-jalan bersama, duduk sebelah menyebelah di sekolah, dan makan sama. Kedua-dua mereka mempunyai cita-cita yang sama untuk jadi polis dan berkhidmat untuk negara.

Hari ini adalah hari yang paling mereka sedih sekali. Ini adalah hari terakhir sekolah dan lepas ini mereka tidak akan bersama lagi di sekolah.

Dalam perjalanan pulang, Karpal mulakan perbualan. Dia berkata, "Paramjit, saya akan berpindah ke bandar lain untuk belajar. Say akan kehilangan awak."

Paramjit pun berkata, "Saya akan rindu pada awak juga sahabat ku. Tapi tiada apa yang memecahkan persahabatan kita. Kita mesti berjumpa sekurang-kurangnya sekali setahun."

Karpal bersetuju dan dengan air mata melinang, dua sahabat ini berpisah.

Pada mulanya, mereka berjumpa setiap tahun selama dua tahun. Tetapi masa mencemburui dan mereka mula sibuk dan meneruskan hidup masing-masing. Akhirnya mereka hilang perhubungan dengan masing-masing.

Masa berlalu dan Karpal Singh tidak jadi pegawai polis. Malah dia jadi peguam terkenal yang hanya nak kerjakan polis. Paramjit Singh saja yang meneruskan cita-cita menjadi polis.

Akhirnya pada tahun 2009, dalam satu kes mahkamah mereka bertemu.

Semasa itu, Karpal Singh mewakili seorang pelanggan. Dalam kehangatan berhujah, dia sudah menuduh hakim tidak adil. Terus dihadapkan ke mahkamah kerana menghina hakim. Pegawai polis yang terlibat dalam kes ini adalah Paramjit Singh.

Bicara punya bicara, akhirnya Karpal dihukum penjara untuk beberapa bulan.

Paramjit masuk dalam bilik jel Karpal Singh untuk menemuinya. Terkejut dan gembira Karpal Singh. Kedua-dua mereka berlinangan air mata.

"Kenapa kita berjumpa dalam keadaan begini?" Paramjit Singh berkata.

"Ah bagusnya. Awak sudah jadi pegawai polis. Saya saja yang tidak masuk polis. Ini kerana saya terlibat dengan politik DAP." Kata Karpal.

"Saya lama dengar pasal kehebatan awak tapi saya malu nak berjumpa seorang peguam tunda yang hebat macam awak." kata Paramjit.

"Pedulilah itu semua. Sekarang kita bersama akhirnya walaupun dalam jel awak...," sahut Karpal Singh yang begitu gembira bertemu Paramjit.

Karpal cuba bangun dari kerusi rodanya untuk mendapatkan Paramjit dan Paramjit pun berusaha membantunya bangun untuk berpeluk. Mereka sudah tidak jumpa lebih 40 tahun. Inilah pertama kali mereka berjumpa setelah begitu lama.

Memang satu saat yang begitu menyayat hati. Seorang rakan kena menjaga seorang sahabat dalam sel jel. Sayangnya mereka tidak boleh berpeluk. Kenapa?







(Lihat bawah)















(Lihat bawah)















(Lihat bawah)















(Lihat bawah)












....

Sabtu, Mei 01, 2010

Petua senaman untuk orang pencen


Semalam petang Tan Sri Rafidah Aziz menalipon Dato Shahrizat Jalil untuk bertanya khabar.

Rafidah: Assalamualaikum, boleh cakap denagn Dato Shahrizat

Shahrizat: Mualaikum salam, ... Hi apa kabo Kak Pidah? Lama tak denga!

Rafidah: Saya sihat saja. Taulah kita orang pencen. Macam mana Hulu Selangor boleh menang sikit? Dengar ada masaalah dengan jentera rumah ke rumah Wanita (saja nak mengena).

Shahrizat: Tak ada apa-apa. Perkara biasa. Dulu pun gitu juga (kenakan balik Rafidah).

Tempat tu besar betul, Kak Pidah. Besar Melaka. Tak tercover. Dah berapa hari tak habis penatnya.

Rafidah: Baguslah aktif. Saya ni kurang aktif bila dah pencen.

Shahrizat: Tak boleh Kak Pidah. Pencen pun kena sentiasa cergas. Buatlah senaman. Saya ada senaman untuk Kak Pidah.

Rafidah: Ha ... bagus tu. Apa senamannya?

Shahrizat: Mula-mula berdiri dan guna dua-dua tangan untuk angkat satu guni kentang untuk seberat 5 kilo. Cuba untuk sebrapa lama yang terdaya, sekurang-kurang seminit. Tiap-tiap hari Kak Pidah buat nanti akan rasa boleh bertahan lebih lama sedikit demi sedikit.

Rafidah: Senang ... saya memang orang bersukan. Dulu main golf.

Shahrizat: Lepas beberapa minggu, cuba pula dengan guni kentang untuk yang seberat 20 kilo.

Rafidah: Lepas tu, 50 kilo punya.

Shahrizat: Ye ye .. sampai yang 100 kilo.

Rafidah: Dah habis tu (seperti biasa jenis tak menyabar)?

Shahrizat: Dah habis tu, mula balik dengan guni kentang untuk 5 kilo dan isikan kentang sebiji biji ...

Rafidah: &%$*^$# ... (sialan Ijat dah kenakan aku)
Hari minggu ni, cuba-cubalah bersenam. Baik bawak anak beranak sekali.

Siapa yang kuat makan kambing dan unta, sila bersenam selalu. Mula dengan guni untuk kentang 5 kilo. Dah boleh angkat guni, mula dengan angkat kentang sebiji. Hehehe ...