Jumaat, September 10, 2010

Duit raya - Selamat hari raya

Gambar atas bukan Aji Isam dan cucunya Amir tapi blogger Mahaguru58 dan cucunya Aiman dan Irdina

"Amir nak duit raya, pergi salam Atok," Roslan bisik pada anaknya yang berumur 6 tahun. Amir sudah masuk kindergarten. Dah mula belajar puasa.

"Kalau Atok tanya berapa hari Amir puasa, beritahu Amir puasa 20 hari."

Amir angguk.

"Mai sini, Amir!" *Aji Isam memanggil cucu pertamanya. Nak sebut nama Aji Isam perlu dengan telo jawa baru betul bunyinya.

"Amir puasa tak tahun ini?"

Inilah kegemaran Aji Isam bila anak dan cucu datang melawat pagi raya. Kerja dia bersembang dan melayan cucu.

Bila mereka senyap sepi, disakat budak-budak. Budak-budak diam-diam, di ajak main atau naik moto cabuknya. Langsung hegar begar rumah dengan suara budak ketawa dan berlari-lari.

"Puasa Atok," Amir jawab.

"Berapa hari Amir dapat puasa?"

"Ayah cakap 20 hari," jawab Amir.

"Apa pulak ayah ajar jawapan. Ini sudah soalan bocor."

Dah mula Cikgu dan Imam pencen ini nak sakat.

"Takpa, Atok ada duit raya untuk Amir. Dua puloh ringgit. Setiap hari Amir puasa, atok kasi seringgit.

"Sebelum Atok kasi, Atok nak tanya. Amir dah niat raya belum?" Aji Isam nak temberang budak ini.

"Ehhh ... mana ada?" Amir menjawab. Tahulah budak-budak sekarang. Cepat aje menjawab.

"Mestilah. Masa puasa bulan Ramadhan, malam-malam niat untuk puasa besuk. Nak raya, malam tadi kena niat dulu."

Fatwa mana Aji Isam reka nak temberang cucunya.

"Macam mana niat raya itu, Tok," Amir tanya sambil melihat pada muka ayah yang kelip mata sebelah.

Dia tahu Atok temberang.

"Niatnya. Saja aku raya esok hari bulan Syawal kerana Allah Taala." Macam real aje bunyinya.

"Bunyi Arabnya macam mana?" Amir tanya.

"Ah ... tak payah Arab. Cakap Melayu pun takpa."

"Ha tu. Atok tak tahu. Atok tipu. Eeee tak malu. Amir tangkap Atok tipu, Mak."

Amir seronok dapat ajuk Atoknya. Aji Isam terus peluk cucunya dan diberi ciuman ke pipinya.

"Nah duit raya Amir ... pandai cucu Atuk."

"Terima kasih Atok," Amir menyambut hadiah Atoknya.

Sambil Amir menerima, Aji Isam beri nasihat.

"Belajar rajin-rajin. Jadi budak baik selalu. Mintak ayah ajar sembahyang.

"Besar nanti, jangan tipu orang dan jangan kena tipu. Amir besar nak jadi apa?"

"Atok, Amir nak masuk politik. Nak jadi Perdana Menteri. Mula-mula Amir nak beli kereta dan langgar kereta anak pompuan Dato Najib ..."

"Lah kok gitu ... Ini kau ajar juga ke Lan?"

Atak ketawa sambil tepuk dahi. Satu rumah sama-sama ketawa.


Dengan ini ana saudagar unta dari Cairo yang lagi untung jual orang dari jual unta

mengucapkan


Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir Batin ...

kepada semua pembaca setia. Muga bergembira dihari mulia ini dan ...

Berbanyak sabar dan berhati-hati di jalanraya.


* Karakter Aji Isam bersempena arwah bapa ana. Mohon fatihah untuknya

8 ulasan:

  1. Tanpa Nama2:11 PTG

    perghhh!! nasib baik dia tak nak jadi org politik dgn mula jadi penghantar kopi dulu. kalau tak, balik raya kene sentiasa buat karipap.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama9:19 PTG

    Tuan Husain Lempoyang,

    Tak perlu tackle anak P.M to become Crown Prince. Young graduates should learn to be political animals by becoming social workers instead of starting their career as Merchant Bankers with CIMB, or engineer with Sime Darby E&U.... They could serve PERKASA,MERCY Malaysia etc.... New Political Model young Malay Turks to hold the throne in Putra Jaya.

    Cikgu Salleh Telegu

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama9:30 PTG

    Dah langgar kereta anak Tok Jib jangan pulak perangai macam Beruk Dan penyamun je korjo nyo

    BalasPadam
  4. selamat hari raya maaf zahir batin

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

    Wah! Tak semena mena Mahaguru58 dan cucu cucu dipilih menghiasi artikel Saudagar Unta Husin Lempoyang!

    Hehehehe...

    Apa apapun Tok Mamu ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan Tuan Saudagar panjang usia, murah rezeki dan bertambah slim tahun ini dan berbahgia bersama anak isteri serta kaum keluarga di Aidilfitri ini.

    Berhati hati menunggang unta ya Sheikh!

    Minal Aidil Wal Faizin Ya Habibi!

    BalasPadam
  6. salam,

    melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    anak2 muda hari ini banyak sgt diajar dgn falsampah2 songsang oleh pemimpin2 politik bacul&membelit spt kj, nwar, zaid & lain2 yg sewaktu dgn mereka. apa yg oranglain buat semua tak betul. mereka saja yg bijak & betul walaupun Allah SWT dah tunjuk berkali2 langkah mereka selalu sumbang!

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama3:00 PTG

    Tok Najib kasi duit raya open house. Merasa duit Teck Jho Lho

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama8:07 PG

    golden frontier travel http://wowa.eu/bank_abottsford-bank travel trailer prices [url=http://wowa.eu/visa_ecuador-travel-is-visa-required]ecuador travel is visa required[/url]
    freighter travel http://wowa.eu/finance_head-of-finance-west-north-west-homes-leeds overseas travel checklist [url=http://wowa.eu/mortgage_maine-mortgage-leads]light waves water mediums travel[/url]
    resort quest rewards for travel agents http://wowa.eu/credit_need-letter-of-credit-issued small animal travel crate [url=http://wowa.eu/visa_prepaid-visa-cards-walgreens]prepaid visa cards walgreens[/url]
    travel more now http://wowa.eu/loan_sun-prairie-payday-loan sw airlines travel information [url=http://wowa.eu/advance_advance-truck-and-auto]plastic liquor travel containers[/url]
    reviews of the graco grey stone glider travel system http://wowa.eu/loan_mortgage-loan-rate-in-florida wholesale travel pillows [url=http://wowa.eu/debt_consolidation-counseling-credit-credit-debt-report]consolidation counseling credit credit debt report[/url]
    cheap travel packages from canada http://wowa.eu/bankruptcy_husband-gambling-bankruptcy-husband-only orinda travel service [url=http://wowa.eu/debt_abbey-debt-management-finance]international travel inc[/url]

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.