Isnin, Oktober 18, 2010

Mengail kijang mas


Beberapa bulan lepas, Rahimi pergi ke Galas untuk riadah outdoor untuk bersantai dari tension. Jangan buat apa-apa andaian ya, ini bukan Rahimi Osman yang sedang dalam spotlight.

Ini Rahimi jurutera TNB.

Diatur kawan di Kelantan, mereka dibawa melawat rumah orang Asli. Sesampai di sana, Rahimi dan kawan tanya orang Asli samada sungai situ ada ikan Kelah.

Orang Asli kata ada tapi kena sabar.

Ditawarkan orang Asli itu upah untuk bawa mereka cari ikan Kelah. DIa setuju dan dibawalak ke sungai.

Setelah sejam mereka memancing tapi tak dapat-dapat ikan. Lalu ditanya orang Asli itu, "Banyak ka ikan Kelah sini?"

Orang asli pemandu mereka yang sedang menghisap rokok daun jawab, "Kalau dulu satu jam sudah dapat 10 ekor."

"Mungkin kami belum biasa. kita cuba lagi," kata Rahimi.

Lalu mereka cuba lagi. Tapi masih tak dapat.

"Tak akan lama sangat nak dapat ikan?"

"Memang dahulu 10 ekor sejam, tapi lama-lama jadi 5 ekor sejam. Akhir-akhir ini 1 ekor sejam baru dapat," terang orang Asli itu.

"Ya kah? Pencemaran alam sekitar kah di sini?"

Diam saje orang Asli. Takut dia mahu buat komen dengan orang-orang yang dia tidak kenali.

Rahimi langsung bertanya, "Orang Asli sini tak mengail lagi ka sini?"

"Kami masih mengail."

"Apa yang kamu kail?" tanya Rahimi keseronokan ingin tahu.

"Kami kail kijang emas."

"Kail kijang emas?" Rahimi tertanya.

"Buru ikan mas ke?"

"Tak kail ..."

"Saya nak tengok." Rahimi pinta.

Orang Asli ajak mereka ke satu tempat ....














(scroll lagi bawah)









Sambil tangannya menunjukkan ke arah sesuatu, orang Asli teriak, "Itu dia kijang mas!"


Inilah nasib orang-orang Asal yang kini habitat merek sudah di cerobohi di Galas. Mana dia janji-janji. Nak dekat PRK baru nak sibuk konon tunai janji.

14 ulasan:

  1. Tanpa Nama10:31 PG

    takpe janji je bulan bintang, kalau tak dapat, nanti janji lagi, orang ni sanggup tunggu sebab nak masuk syurga N.ajis

    BalasPadam
  2. mat saga10:50 PG

    tak lawak la tuan usin... patut si rahimi tu suruh je orang asli tadi sumpit bontot orang-orang pas....

    sekurang-kurang nya bontot orang pas dah cedera... anuar pun tak suka bontot yang cedera... jadi kesimpulannya orang asli tadi tu dah selamatkan bontot orang-orang pas dari diliwat anuar...

    kan cantik dan lawak crita tu....hikhikhik

    BalasPadam
  3. Salam Takzim Ya Hahib Husaini,

    Guano mu royak cam tu ??
    Ike kelah di sungai tu dah habih di Galas oleh ore cino denge jengkauk beso.

    Yang tingge iake husam jo. Tapi ta' make panchin. Kalo mu nak memburu bolehla, banyak menate kije dihutan tu.

    BalasPadam
  4. Pas pkr allergic dengan rahimi and rashid saiful...celako...celako...celakoo

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum sein

    Aku ingat ikan spesis terancam la tadi...Tapi aku denga memang niky penah bela ikan jenis tak penah orng bela laa..ko nak tau ikan jenis ape?.


    Jeng jeng jeng..............
    Ikan mampus la..hehehe mcm mahpuz alkeldai....

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama5:53 PTG

    ala ewa,ike duyung,eko ike ,palo manusie.....

    ike ado mace-mace.ado ato ike,bapok ike,anok ike....

    Hok atok2 denge bapok2 ike,sumo doh digalas oleh tokey2 kije mas denge pok2 lebai subahak,yang tingga anok2 ike ja.

    tapi kalu aljubier maghi,bahayo anok2 ike tu...

    BalasPadam
  7. abdul wahub6:51 PTG

    Assalamualaikum Ya Tuan Husin Lampoyang,

    Wah..ente punya kijang mas memang banyak dahsyat lah..afa macam mau kasi sembelih? Ana ingat kalu kasi rebus sampai kiamatpun tak buleh empok punya. Ente pakai gigi besi ka Sin?

    BalasPadam
  8. Betul tu..janji tabur sana sini masa pilihanraya..

    Mana janji Muhyiddin Yassin untuk penduduk Manek Urai?. Dah ditunaikan ker belum. Kalau belum selesai di sana dulu bari boleh sibuk di Galas.

    Bukan hanya di Galas. Di Pahang sendiri pun Orang Asal tidak dibela sepenuhnya. Sehinggakan Orang Asal sendiri membuat rombongan dan berhimpun secara aman di Putrajaya. Kehidupan yang daif di mana-mana.

    Apa peranan Kerajaan Persekutuan dn Negeri?

    Janji tinggal janji!

    BalasPadam
  9. mat saga12:21 PG

    kepada Simpangtiga.....

    kau dah salah simpang nie...
    cari la simpang yang benar sebelum kau sesat lagi jauh....

    BalasPadam
  10. Aku anti PKR12:33 PG

    ni la pandagan orang pihak belah sana..

    kalau diorang wat salah statement diorg akan jd gni " ala bn dulu lg truk"...

    bukan nk baikkan keadaan..

    klu trus pkir mcm tu smp kiamat la jahanam la Malaysia.. patutnya pembankang jd cermin utk bn.. tegur mane silap.. ni tak... die nk tutup kelemahan die. die tunjukkan kelemahan org len.. ish2..

    BalasPadam
  11. Patutlah semua sungai di Kelantan nampak kotor dan keruh airnya.

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama10:43 PG

    salam pak usin,

    orang asli di kawasan sg rial, sg long & pedalaman jeli terbela oleh to' pa. mrk memang sayang dgn to' pa sbb semuanya tidak disisihkan. pemimpin2 umno perlu belajar dgn to' pa bgmn beliau mendekati semua golongan dlm kawasan beliau, baik orang umno mahupun orang2 pas, semuanya hormat & kagum dgn to' pa...

    simpang tiga,

    kalu tak mampu memenuhi janji sendiri, jangan dikenang janji orang lain. yg berjanji awak, mengapa awang mamat nyg awak seret sekali?

    kamu ni selalu salah masuk simpang!!!!

    mengenangbudi

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama10:43 PG

    salam pak usin,

    orang asli di kawasan sg rial, sg long & pedalaman jeli terbela oleh to' pa. mrk memang sayang dgn to' pa sbb semuanya tidak disisihkan. pemimpin2 umno perlu belajar dgn to' pa bgmn beliau mendekati semua golongan dlm kawasan beliau, baik orang umno mahupun orang2 pas, semuanya hormat & kagum dgn to' pa...

    simpang tiga,

    kalu tak mampu memenuhi janji sendiri, jangan dikenang janji orang lain. yg berjanji awak, mengapa awang mamat nyg awak seret sekali?

    kamu ni selalu salah masuk simpang!!!!

    mengenangbudi

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama3:07 PTG

    Kijang mas ini pun banyak di hutan Perak dan juga hutan kat Sabah & Sarawak ini sampai orang utan dah jadi orang sanctuari.

    Rascal

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.