Rabu, Oktober 06, 2010
Syed Hamid bawa teksi
Tan Sri Syed Hamid Albar baru dilantik Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam. Selepaskan digugurkan dari kabinet, dia mengharapkan jadi Pengerusi GLC tapi belum dapat lagi.
Pencen manalah cukup. Itu yang dia nak cilok aset MAYC masuk ke Yayasan yang dia kuasai. Dapatlah masyuk sikit untuk menampung pencen.
Syed Hamid berazam untuk lakukan jawatan Suruhanjaya ini supaya adalah peluang-peluang lain. Kalau dia fail, mesti dia tidak ada peluang lagi. Banyak orang tak suka dia.
Masaalahnya dia tidak ada pengalaman langsung dalam sektor pengangkutan, terutama sekali pengangkutan awam. Pengalamannya dalam pengangkutan hanya selalu menaiki kapalterbang semasa memgang jawatan Menteri Luar Negara.
Sebaik saja dilantik, Syed Hamid bertemu Dato Nazri Aziz untuk memahami isu-isu pengangkutan awam.
Nazri yang mengharap jawatan itu agak terkilan kerana tidak dilantik. Yang dilantik pula, yang tidak tahu apa tugasan Pengerusi Pengangkutan.
"Habib ... gini aje, kau bawak teksi aku seminggu. Sekejap aje you faham masaalah pengangkutan awam.
"Aku kasi kau guna satu dari ribuan permit teksi aku. Kau cuma bayar sewa seminggu."
Nazri beri cadangan.
Syed Hamid setuju kerana cara hands-on yang membolehnya meihat sendiri masaalah pengangkutan awam. Dia terus bayar sewa untuk seminggu pada Nazri.
Masuk hari keempat, Syed Hamid dah bosan. Dia sudah faham masaalah pengangkutan awam. Tapi dia perlu bawak sampai hari ke tujuh pasal nak cover balik sewa yang dia dah bayar pada Nazri. Siapa tidak tahu Syed Hamid ini Arab yang kedekut.
Sedang dia memandu-mandu berlegar mencari penumpang, dia terserempak seorang jururawat yang rupanya macam Syahrizat menahan teksi. Segera dia berhenti dan jururawat itu masuk. Dia pandu ke tempat yang ditujukan.
Sambil memandu, Syed Hamid asyik tengok cermin belakang. Dia teringat mesyuarat kabinet pada hari Rabu. Dalam mesyuarat, dia selalu jeling-jeling tengok Syahrizat.
Selalu sangat dia jengok cermin untuk tengok jururawat itu sampai dia sedar. Dia hairan lalu bertanya, "Kenapa encik asyik tengok kat saya?"
Tersentak Syed Hamid termalu ditanya jururawat itu. Merah blushing muka dia sebentar.
Dengan rasa termalu, dia berkata, "Maaf. Tak ada apa-apa. Awak mengingatkan saya pada seorang yang saya pernah ada hati ... "
"Oh ye ke ...," jururawat itu berkata.
"Siapa dia tu?"
"Dia teman sekerja saya. Kami biasa berkawan dan berborak tetapi belum sempat saya berpeluang menyuarakan rasa hati, saya sudah diberhentikan kerja oleh majikan."
Temberang Syed Hamid.
"Rupa dia macam awak. Bibir dia pun bengkak dan cantik macam bibir awak. Teringin saya nak cium bibirnya."
Bertambah berani Syed Hamid.
"Oh begitu! Kesiannya ...
"Kalau begitu, untuk melepaskan rindu Encik, saya sedia beri Encik untuk cium saya," jururawat itu menawarkan.
Pucuk dicinta ulam mendatang. Kecil tapak tangan, nyiru aku persembahkan. Melonjak-lonjak hati Syed Hamid kesukaan.
Dalam hatinya, padanlah Nazri playboy itu nak sangat jadi Pengerusi Pengangkutan Awam. Rupanya banyak peluang-peluang sedemikian.
"Tapi Encik .... saya ada syarat. Encik mesti masih single," kata jururawat.
Syed Hamid terus mengaku bujang.
"Iya iya ... saya masih single. Walaupun saya nampak tua, saya tak pernah kahwin lagi."
Teksi itu berhenti di satu jalan sepi di Taman Tasek. Syed Hamid pergi ke belakang dan terus mencium jururawat yang rupanya macam Syahrizat selama 10 minit.
Sebaik selesai, mereka pun meneruskan perjalanan kembali.
Tiba-tiba Syed Hamid teresak-esak.
"Maafkan saya Cik. Saya merasa bersalah. ...
"Sebenarnya saya sudah berkahwin. Cucu pun dah ada."
Mendengar pengakuan pemandu teksi itu, jururawat itu pun tersenyum.
"Sudahlah Encik. Tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan. Saya juga rasa bersalah."
Sedap hati Syed Hamid.
"Saya juga bukanlah seorang jururawat...."
Cepat Syed Hamid menjawab, "Takpa ...
Jururawat itu meneruskan, "Sebenarnya saya seorang Mak Nyah yang suka memakai baju jururawat ..."
Hehehe ... pandai Usin menyuarakan isu melalui jenaka rama
BalasPadamkah kah kah ..... pak usin, pak usin .... bnyk nonton drama TV la pak usin ni..... hahahahah.... bagus...
BalasPadamelok sangat la tu...banyak la dia dapat permit teksi nanti.
BalasPadammakin meriah hentian bas di sepanjang LDP dan tempat2 orang ramai menunggu teksi.teksi dok beratur tawar menawar dengan penumpang.
pasang pelekat tawar menawar tidak dibenarkan,tapi semua tu mengkayakan syarikat cina yg buat sticker saja.
dari menteri,pengarah lpkp,penguatkuasa dah tak buat kerja.
akhirnya pengguna jadi mangsa.
saman sebuah teksi hebohnya sampai ke bangsa-bangsa bersatu.
Bila pula Syed Hamid Pandu Teksi ni? Ini Fitnah.
BalasPadamBila pula Syed Hamid cium maknyah ni? Fitnah lagi.
Nazri ada permit Teksi? Aahh.. ini betul.
Yang Benar,
SKMM & TNB
Habib Husin,
BalasPadamSalam 1MALAYSIA,
Kalau ente mahui tau tentang penglaman Syed Hamid tetang pengangkutan awam datanglah ke Kota Tinggi.Di sana banyak pengangkutan awam yang CHANGGIH.
Sebuah syarikat namanya TAK LEKOK menjalankan perkhidmatan bas dari BR Kota Tinggi ke Tanjung Sedili dan Kota Tinggi ke Tenggaroh, mempunyai beberapa buah bas yang canggih.
Kerana kecanggihan BAS ini maka ia sepatut nya di simpan di musium Pengangkutan Awam. Bukan berhari-hari disimpan di tepi jalan.
Orang dari Tanjung Sedili yang nak ke Kota Tinggi menunggu bas berjam jam lamanya hingga mereka bosan dan akhirnya mengunakan kenderaan sendiri (motosikal).
JPJ dan Lembaga Perlesenan Awam cukup hormat dengan Syed Hamid hingga tak berani nak berbuat apa apa walaupun BAS syariat itu sudah sepatutnya masuk MUSIUM tetapi masih lulus untuk kegunaan harian.
Itulah uniknya pengalaman Tuan Syed Hamid.
Datang lah tuan husin ke Sedili dan Tenggaruh. Untung-untung boleh buka kenderaan UNTA.
Rsailah naik BAS zaman sebelum pernag dunia I.
Habib
BalasPadamBaik kau sewa unta Usin bawak pelancung kat Zoo Negara
Ataupun kau supply unta dari Yeman kat Usin lempoyang
Bukan apa tu, cuma nak Nostalgia Peristiwa Bukit Kepong kot.......?
BalasPadamCuma bab Mak Nyah tu nanyalah sikit sebab Mak Nyah tu kan bekas Nazri..?
pak usin,itu habib kota tinggi patut kasi pengelusi pengangkutan awam pontian punya.
BalasPadamitu habib,muleh bagi itu lia punya singapork kawan2 ramai2 naik feli itu pulau pisang pigi.
itu batu puteh,malaysia sudah puteh mata pasal itu habib kota tinggi punya jasa ma.
sikit hali,itu habib pulau pisang kasi lorr sama itu singapork kawan.
salam pak usin,
BalasPadamhanya johari mengenal maniam...
biarla yg buat nak kerja tu tahu selok-belok kerja yg dia kena buat.
negara kita ni ada masalah 'sindrom salah bagi anugerah'! mcm anugerah pekerja cemerlang...yg buat kerja tak bising2 selalu diketepikan tapi yg bising2 tak buat kerja selalu dapat plak!!! mmm...mcm pernah aku dengar tapi di mana ya?
Sin.. ni nak perli pemuda ke puteri? hihihi woww
BalasPadamhabib leibar
sin jaga-jaga ko...takut x dapat naik pengangkutan awam lepas ni..heheh..silap-silap...maknyah tu pulak buat repot kat persatuan maknyah semalaysia...yang pengerusinyaaa.....ko jawabla sendiri sin....heheheh
BalasPadamitu habib perlu pegi kulai .sana ada itu bas punya sarikat punya nama,Tahan Lama. butut tahan lama ma.itu bas boleh masuk mujium.tatak pacaya mali latang.cipet-cipet(oops soli calah cakap)cepat-cepat mali
BalasPadamkongketkuat
Juasseh
Wakakakaka sin macam adengan berok sekor tu kitol jamban dengan khinzir namewee je tapi twist yang baik dengan message yang tersirat. Syabas Sin aku ucapkan. Sindiran yang baik. siapa makan cili pasti akan terasa pedas nya.
BalasPadamMenangis lah pulak Nazri Teksi....
BalasPadamIbrahim kati