Selasa, November 30, 2010

Jambatan ke syurga


Itu kisah Ratu Elizabeth, Putin dan Anwar di alam akhirat. Kali ini ada satu lagi kisah yang ada satu sahabat hantar.

Kisahnya di akhirat, penghuni syurga dan neraka mahu satu jambatan dibina untuk menyambungkan syurga dan neraka. Penghuni neraka tak sabar nak ke syurha dan penghuni syurga baik hati untuk segera menerima mereka.

Satu jawatankuasa ditubuhkan diwakili oleh penghuni neraka dan penghuni syurga. Lalu satu mesyuarat diadalkan segera.

Mesyuarat mempersetuju jambatan dibina dalam masa enam bulan. Ahli-ahli syurga akan membina separuh dan ahli neraka separuh. Jambatan bertemu ditengah-tengah.

Alangkah senang kalau Malaysia dan Singapura ikut saja formula ini. Taklah sampai Allahyarham Sultan Iskandar kena bertitah dan Sultan Ibrahim dua kali bertitah mahukan jambatan bengkok itu.

Setelah 2 bulan mengikut masa akhirat, jambatan dari neraka sudah siap. Mereka tinggal tunggu jambatan dari syurga siap. Tapi masuk bulan ke 10, jambatan dari syurga tak siap-siap.

Kenapa?

Macam mana jambatan dari neraka tidak siap dahulu, ahli-ahli neraka ramai terdiri dari Jurutera, Quantity Surveyor, Architect, Kontraktor Kelas AA, B, C sampai Z, dan Banker.

Turut tidak sabar nak ke syurga lalu di sokong habis-habisan projek adalah pegawai-pegawai EPU dan Kementeriaan Kewangan, pegawai-pegawai Jabatan-Jabatan Kontrak, Menteri-Menteri, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan penyokong-penyokong UMNO, PAS dan PKR.

Tapi yang ada di syurga, kebanyakan adalah Tok Imam, Tok Bilal, Tok Siak, Cikgu Agama, dan lain-lain. Mereka mana tahu tentang bina jambatan.

16 ulasan:

  1. mamat metal10:46 PG

    stairway to heaven. rock la usin nih!

    BalasPadam
  2. Sulaiman Akhlakan10:52 PG

    Tabik Husin

    Hantam keliling ....

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama11:09 PG

    blogger tak ade kat sana....sin heee

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama11:15 PG

    Tabik Pak Husin....cayalah.Yang jambatan dari sorga tu dapat EOT x?LAD sehari baper tuh agaknya.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama11:19 PG

    org kat neraka terlalu berkira. patutnya terusla buat sampai ke syurga. ramai org yg pandai kira utk dia saja, tu pasal jambatan tak siap. tok guru dok belah mana?

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama12:30 PTG

    Dlm ceramah depa kata tikuih pn reti buat jln...takkan tokguru tak reti buat jambatan...ekekke

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum sein

    Sebab ahli shurga tak mahu jalan ke neraka.Klu pergi kesana tentu mereka akan telihat sedara,sahabat dan semua yang mereka sayangi terbakar dan minta tolong, sedangkan mereka tiada keupayaan untuk menolong.

    Bak kate Nabil raja lawak "Luuuuu pikir la sendiri"

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama3:44 PTG

    Siapa yg kuat ketawa hati menjadi gelap. Sapa bagi ketawa, hati dah zulumat sampai neraka pun buat genre joke ke ?

    Rascal

    BalasPadam
  9. adoi sin...hang lupa tu.
    ada lagi ahli neraka hang tak sebut...
    mana pi peguam dan pengamal undang2 yang lain...depa ni pun sama taraf dengan yang hang sebut.
    peguam putarq alam..
    puak yang masuk neraka tu berkira betoi..
    dari dunia sampai akhirat depa ni buat perangai pelarq.
    semua kaut harta untuk depa ja.
    nak buat titi untuk kegunaan bersama pun depa kedekut.

    BalasPadam
  10. Salapm Usen,
    Haaa! mulek amat posting ong neh. De Jerantut pun tetu ada banyok urag hark yang patot ade dalap neraka tu, yok?. Antaranya tetu larh ada yang berhurmat dan penjawat awam hark yang kuat makanth rasuoh tu. Haha! Elok aku akart posting ong de belog aku tu ye sin?

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama8:13 PTG

    ahli neraka di kalangan Peliwat pun sibuk nak pergi Syurga sebab sana banyak jantan2 jambu.. masa tu liwat tak menjadi kesalahan....hidup pak lah

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama4:58 PG

    gila berani la kau sin, aku rasa nabi Muhammad pun xde cakap pekerjaan mana secara spesifik yg banyak masuk neraka (betulkan kalau salah). walaupun ko just buat lawak berpada2 la...kita bukan kristian yang boleh mempermainkan hal2 macam ni...lama2org ikut stail kau mcm mn sin..mula2 tak biasa..dah ade org yg mula jadi lepas tu benda2 mcm ni ok saje..

    BalasPadam
  13. Jangan ceduk dari blog dan buat cerita

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama5:06 PTG

    Abe Sin pakat beringat…,

    Hai gon ni jangan buat tak ppasa, dengan serga nerake ni. Akurk takut sangat. Gon pun tau belake. Terbuka satu pintu neraka sebesar lubang jarum sebelah timur, panasnya boleh menghancur tubuh manusia di sebelah barat. Akurk nork peringat sesema kiterk jerk.

    Pang5 Banir,

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama6:27 PTG

    Tok guru asyik sibuk potong kayu balak nak buat toll ke syurga dan jual tiket

    BalasPadam
  16. Mak Ngah Paroi12:54 PTG

    sah bebudak la ni mmg giler betoi.. bab syurga neraka pun boleh jadi lawok. malu mak ngah baca cerita tak senonoh ni.. agaknya inilah kejayaan dasar pendidikan kerajaan BN hampir 50 tahun. Mak ngah nak pesan ye.. ingatkan kat Allah masa nulis lawok gini..

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.