Orang-orang muda pasti masih ingat Tan Sri Sanusi Junid yang merupakan seorang Menteri Pertanian yang kreatif pemikirannya.
Kalau tidak ingat masa dia Menteri, pasti ingat dia sebagai Mantan President Universiti Islam Antarabangsa.
Untuk mereka yang nak jadi kreatif dan dikenali kreatif macam Sanusi, ada tiga faktor yang membuatnya kreatif.
Pertama, Sanusi kuat membaca buku. Siapa tidak tahu rumah Sanusi punya banyak buku sampai dia kena ada rumah lain untuk simpan bukunya.
Kedua, Sanusi adalah seorang bersikap optimis dan berfikir luar dari kotak. Dia melihat masaalah sebagai peluang dan serangan untuk dipulaih balik.
Ketiga, dia pandai bercerita, berceramah dan menghebah.
Siapa tidak ingat Sanusi dengan promosi kelapa muda? Itu adalah cara dia menyelesaikan masaalah harga kelapa yang terlalu rendah.
Helahnya adalah untuk mengurangkan bekalan kelapa tua dengan mempromosi produk kelapa muda. Secara tidak langsung, Sanusi memulakan hasil tanaman kelapa muda.
Jika hari ini kelihatan pelbagai ulam dan herba di jual di kedai makan, supermarket dan pasar, dia terlibat memperkenalkan ulam sebagai satu hasil keluaran kampung.
Jangan hairan helahnya adalah untuk menjadikan kampung kelihatan bersih dan kemas. Ulam-ulam banyak didapati dan bertempiaran disekitar kampung.
Ada ulam adalah dari bahan sampingan atau sisa pertanian.
Industri ikan, kupang, dan lain-lain makanan laut dalam sangkar terhasil untuk menyelesaikan masaalah kurang tangkapan ikan.
Untuk menyelesaikan masaalah ikan yang berkurangan untuk dikail ikan di laut atau sungai, ikan itu dibela di laut dan sungai.
Tukun tiruan dari buluh, kayu dan tayar-tayar terpakai pun ide Sanusi untuk membanyakkan tempat sehabitat dan pelindung bagi ikan bertelor.
Cuma ide tanam padi atas bumbung tak menjadi sampai diejek orang. Ide bukan bodoh, cuma Sanusi tidak sempat nak hebahkan.
Di Taiwan ia sesuatu yang lazim. Ia adalah lanjutan dari ide tanaman hidroponik. Malahan yield pengeluaran padi atas bumbung adalah tinggi.
Baca kisah ini di China sini dimana bumbung bangunan sebesar 120 metre persegi dapat keluarkan 120 kilo padi.
Pendik dan Husin juga turut kata, Sanusi banyak membernaskan ide yang hebat dan berkesan. Dia dikira seorang penyelesai masaalah.
Haaa ... itu yang orang ingat. Husin lupa beritahu tadi ada faktor keempat kenapa Sanusi dilihat sebagai Menteri berfikiran kreatif. Faktor keempat ialah Sanusi tidak cerita dimana dia gagal.
Maka Husin nak cerita satu peristiwa di mana ide Sanusi hampir gagal kalau tidak diselamat tuhan.
Satu ketika dalam rangka lawatan ke luar bandar, satu ilham terlintas dihati Sanusi apabila semasa melihat pokok labu yang menjalar dan pokok buah kampung bernama pokok Keriang.
Sanusi menyedari buah labu besar dan batangnya kecik menjalar pula. Manakala, pokok keriang pula batangnya besar menegak tinggi dan buahnya kecik saja.
Dia terfikir alangkah baiknya jika buah labu itu berada di pokok keriang dan buah keriang itu berada di pokok Labu. Buah kecik di pokok kecik, buah besar di pokok besar, baru sesuai.
Dalam fikiran Sanusi, pasti lebih banyak buah labu boleh dikeluarkan oleh pesawah-pesawah Malaysia. Pokok keriang banyak dipinggir sawah. Satu industeri makanan dan asas tani boleh lahir dari buah labu.
Macam-macam cara difikir dan dicuba oleh Sanusi tapi belum ada yang mantap hasilnya. Masaalahnya masa itu, teknologi biotek dan genetik belum sehebat sekarang lagi. Kalau ada teknoloji begitu, lama dah Sanusi buat air kelapa rasa macam madu dan ikan kembung rasa macam ikan patin.
Akhirnya Sanusi cuba satu cara dan ada hasil awal. Tapi perlu diperbaiki lagi kajian. Dia tanam pokok labu pada pokok keriang. Kalau berjaya, buah labu akan bergayut-gayut dari pokok-pokok keriang tepi bendang.
Satu hari, Sanusi balik kawasan dan tengok-tengok Jerlun. Dia terasa penat dan baring atas kerusi malas bawah pokok Keriang. Langsung tertidor ...
Tiba2 dia dikejutkan dari lena oleh tujuh biji buah keriang jatuh timpa yang mengena kepala, hidung, mulut, dan dada. Baru dia terpikiaq, nasib baik buah keriang kecil. Kalau besaq macam buah labu, mampuih!!!!
Terus tidak jadi. Itu satu ide Sanusi yang tidak boleh menjadi.
Bagi yang nak mengetahui kisah dan pengalaman Sanusi, baca blog dia sini. Tolong komen. Bila ada yang komen, bersemangat dia untuk menulis.
Usin
BalasPadamKalau boleh cerita pulak idea bernas anwar berahim semenjak dia di lahirkan sampai le sekarang.
Jangan cerita bab ide rasuah politik. yang tu satu donia dah tahu.
wakaka!!
BalasPadamartikel yg santai...
ana sukalah...
lama da x dengo cite Sanusi...
terkenang zaman muda-muda dahulu...
Kretif juga Sanusi...
sape sangka...
tan sri sanusi ni banyak idea...taman pertanian bukit cahaya sri alam adalah hasil tangan dan idea beliau.
BalasPadamtapi sekarang apadah jadi?????????.bila bagi pada orang yang tak reti guna akai..semua hancus.
apa pun,aku,keluarga dan penghuni taman kilang sago baru,kulim,kedah amat terhutang budi kepada tan sri sanusi.
semasa beliau menjadi menteri besar kedah..beliau telah meluluskan pemilikan tanah tapak rumah keluarga kami di tengah2 pekan kulim,kedah dalam masa satu minggu selepas permohonan diluluskan setelah menunggu selama 40tahun.
yang amat2 dihargai dan rasa terharu bila beliau sendiri datang melihat dan mendengar masaalah kami serta memberi nasihat supaya tidak menjualnya.
terima kasih tan sri...
Aku pernah jadi anak buah TS Sanusi Junid berkhidmat di Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam, aku sangat kagum dgn ide2 luar biasa beliau sehingga suatu masa dulu Taman Pertanian mendapat anugerah Distinasi Pelancungan Terbaik dalam Jab. & Agensi Kerajaan. Satu yg aku kesian kat beliau pernah mendapat tempias diskriminasi Anuar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan,kerana dlm politik tak sehaluan, di mana Peruntukan Belanjawan Kem. Pertanian senang2 kena cantas mcm tembikai oleh 'Tawkey Kunyit' tu..kisah lama...
BalasPadammacamana LAH tak menjadi... pak LAH @ masaLAH punya pasal... Patut ganti ngan si beruk... Kompom lagi LAH tak menadi...
BalasPadamAku memang peminat Sanusi Junid sejak kecil lagi.. selalu dengar ceramah, mcm2 gaya ceramah ada, gaya PAS, tabligh, arqam, standard sekolah, gaya Anwar, Mahthir, Ibrahim Ali dan Mat Sabu. Antara yang aku teruja sekali adalah Sanusi, kerana caranya lebih kepada bercerita style kisah dongeng sangat menarik. Begitu juga penulisan.
BalasPadamNasihat pada UMNO, gunakan kelebihan beliau sementara masih ada sekurangnya dibelakang tabir....
UMNO dan kerajaan sepatutny ajangan bazirkan orang2 seperti tun dr mahathir, sanusi, tengku razaleigh, musa hitam, dan lain2
BalasPadamGuna mereka untuk motivasikan anak2 muda.
Guna mereka untuk beri panduan dan tunjuk ajar pada orang2 muda.
Guna mereka untuk menarik kepada umno.
Ismail Sabri hang hentam sanusi hang puji.. cuba pikiaq apa beza dua orang ni.. tetttttt. masa dah tamat
BalasPadamismain sabri ba alif nganGGG
pak usyin,
BalasPadammacam pernah ku dengar ya cerita begini...tapi di mana ya?
cerita dari asia tengah:
ada hamba Allah yg pikir rugi pokok zaitun kurus kering & tinggi berbuah kecil tapi dia tengok kat tanah pokok labu renek berdaun lebar & berbuah besar...
tiba2 angin bertiup & jatuh dua tiga biji zaitun yg masak menimpanya. sakit jugak! bayangkan kalau labu yg jatuh!!!
*banyak kisah menarik dato seri sanusi masa dia dgn Tun M dulu2... seronok baca.
anti bohmau
BalasPadamcerita tu takda mesej. cerita husin ada mesej mengenai fikir luar kotak ... keep it up husin.
Salam...wakakaka, pak husin, ana sukalah...
BalasPadamAssalamualaikum sein
BalasPadamTanSri Sanusi Junid, memang terkenal seorang yang sangat suka membaca,ilham untuk buka 1 kg 1 perpustakaan ingat tak lagi?.Ilham tu patut diteruskan barulah nampak kita ni negara maju dan rakyatnya berilmu.
Terer terer dia pon mintak Husin Lempoyang iklankan blog dia. Kan!! kan!! kan!!!! caylak lu seinnn...
TSin, tetingat psal buah kelapa, sekaran semua hotel jual bole dapat buah kelapa ( air kelapa) siap Ada import dari Thailand lagi..., kenapa yaa...ish2..
BalasPadamIni tak hebat Sin, kerana cerita ini sah engkau songlap dari Sebuah buku kumpulan cerita Penglipur lara bahasa Inggeris yang diterjemahkan kebahasa Melayu, apa2 pun blehlah kerana ramai orang tak sempat baca buku tersebut, terutama orang2 muda..
BalasPadamA'skm wbt Tan Sri...bab tanam padi ats bumbung mmg amat menarik sbb ada sentuhan teknologi hijau, tpi dr keluasan bumbung jge amat penting dn perlu ada mesin yg mudah utk proses padi dn mnghasilkn produk yg lain.Contoh mesin kisar mghsilkn tepung dpd beras d expo 'MAHA'
BalasPadamassalam, brader husin. semoga sihat dan kuat macam milo!
BalasPadambila ana baca kisah ente pasal sanusi joned, ana teringat ana ada tulis satu sajak tajuk `antara labu dan berangan'yang ana tulis pada tahun 80-an. idea sajak ini pun keluar dari kepala ana semasa ana baca cerita dulu-dulu, ana pun lupa tapi kesan dari baca cerita itulah ana olah jadikan sajak yang ana tulis tu. sajak ini ana lupa panjang mana. apa yang ana tulis kat sini, spontan tertulis keluar.
Antara labu dan berangan
SEWAKTU asyik berehat di perdu sepohon berangan yang tinggi dan rendang, peladang itu terpandang serumpun labu yang tumbuh menjalar.
Peladang itu terfikir, kenapakah pohon berangan yang menjulang tinggi itu berbuah kecil kenapakah labu yang hidup menjalar itu berbuah besar?
Angin di sekitar ladang bertiup nyaman, peladang itu terlena.
Tiba-tiba, tap! Sebiji berangan menimpa kepalanya, peladang itu tersentak.
`Syukur!’ ucap peladang itu.
`kalaulah buah berangan yang menimpa kepalaku ini sebesar buah labu, barangkali aku sudah ajal’ bisik peladang itu dalam hatinya.
-Pyanhabib
i want more !
BalasPadam