Rabu, Januari 19, 2011

Calun BN pun cikgu juga


PAS sudah mumkan akan meletakkan seorang bekas guru sebagai calun untuk pilihanraya kecil kecil Tenang. Ianya seorang wanita dan bernama Normala Sudirman.

Cikgu Mala pun sudah letakkan jawatan.

Pandai PAS nak dapatkan sokongan undi dari guru-guru yang merupakan penyokong tradisi UMNO, terutama di Johor.

Dari apa yang Husin dengar, calun yang akan diumumkan UMNO hari ini ialah seorang guru dan wanita juga.

Telek pun telek dari satu panggilan talipon ke satu panggilan talipon, Husin dapat tahu calunnya ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis, Haslinda Salleh.

Kalau Cikgu Linda yang dimaksudkan, baguslah.

Orangnya agak gempal. Maka tiadalah nanti cerita tidak sedap dan fitnah konon calun ada skandal.

Dah tentu dia orang perempuan, tiadalah pula fitnah dia ada suami dua atau tiga atau empat.

Faham-fahamlah kempen pilihanraya. Segala benda nanti akan diungkit.

Husin pun difahamkan Cikgu Linda kini sudah diet dan badannya sudah surut.

Tiadalah dia nanti dikatakan sebagai tidak aktif dan berupaya untuk jalan tugas sebagai wakil rakyat.

Tiadalah cerita-cerita pilihan ini akan berakhir dengan satu lagi pilihanraya kecil. Ramai sudah letih kerana banyak sangat pilihanraya kecil pada penggal kali ini.

Tenang ialah pililhanraya kecil ke 15.

Husin paling bersyukur Cikgu Linda sudah slim sebab terhindarlah tomahan dan fitnah jahat terhadap Cikgu Linda.

Setakat nyanyi karaoke tak ada hal. Itu kira cikgu yang sporting. Penting untuk Husin, tiada lagi orang mengata dia "kuat makan" dan asyik "makan sorang."

Muga-muga menang dengan lebihan undi yang baik.

May the best woman win.

12 ulasan:

  1. Tanpa Nama12:25 PTG

    santai aje lu main cerita hehehe ...

    BalasPadam
  2. May the best teacher win!

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama1:59 PTG

    Kalau cikgu Linda kalah, boleh jadi Pengerusi Felda Tenang ke, Pertubuhan Peladang ke atau buka kelas tuisyen karaoke untuk wannabe akademi fantasia, mentor,bintang RTM. Pendek kata, kalah pun kerja tetap ada. Cikgu Mala je tak pandai hitung untung rugi.

    Rascal

    BalasPadam
  4. Cikgu Linda pasti menang .... cikgu mala balik masak lagi baikkk ....
    p/s: Utusan hari ni .... Lempoyang ubat kanser ...

    BalasPadam
  5. Tuan Haji Bakhil3:52 PTG

    Nasib baik le bukan cikgu Murni aku yang jadi calon. selamattt aku.

    BalasPadam
  6. pemerhati bebas5:34 PTG

    apa lah informer kau ni usin. jauh gila bezanya. dah le calon sah orang lelaki, lepas tu bukan cikgu pun.

    dah macam soratkabor harakah la

    BalasPadam
  7. Nang Bu Ti Nang5:42 PTG

    Pemerhati Bebas

    Husin sebut ... tiada lagi orang mengata dia "kuat makan" dan asyik "makan sorang."

    Sebab Najib dan Muhyiddin bukak bloh Husin pagi tadi, terus tukar orang ke Aznar.

    Kalau Linda, leceh kempen nak menjawab

    BalasPadam
  8. Salam Sejahtera3:15 PG

    Tgk gmbr kedua tu dia bergaya semacam... msti jenis yg sama ngan wakil Be End yg lain2.. cikgu Mala muslimah sebenar dgn perwaktakn pemimpin.. hidup Rakyat.. bkn pemimpin yg kayakan diri sendiri dan kroni..;)

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama5:04 PG

    kena suruh ketua puteri diet...

    BalasPadam
  10. Salam Sejahtera

    Ente sudah buat kesalahan berkempen sebelum penamaan calun rasmi.

    Hukumannya ketok ketampi

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama12:38 PG

    sebenar nya minat sesangat lah dengan Husin lempoyang,
    Sekarang ,baca blog pun nak muntah ,pening ,sebab rata dunia aku pergi ,malu aku dengan Bangsa Melayu ,bergaduh sesama sendiri pasal KUASA.

    penat , letih dan bosan ,bila nak habis ni ,nak tanding menanding ,lantak pe lah ,ni siap pergi kuruskan badan ,nak glamer mcm artis pulak lah cikgu Linda . Saja nak komen sikit Macam macam orang kata si Anuar Ibrahim,makin di kata makin dia diam ,tak layan langsung,silence does not mean he is in wrong ' SILENCE at his best and his SILENCE will show result . itu pandangan saya .

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama12:42 PG

    Tapi bila tenguk cikgu Mala tu nampak ketenagasn pada wajah dia kan ???

    Cuba tenguk gaya Cikgu Linda pada imej dia yang kedua !!!!!!! Paham paham lah sendiri.

    Kita pun tak bodoh nak menilai seseorang kan. Nasib baik aku in NEUTRAL ,apa apa parti pun aku tak sokong ,sebab nya aku bosan , Sebab tu lah setiap kali ada PRU aku hilang ke seberang laut.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.