Isnin, Januari 10, 2011
Nak makan apa?
Satu hari Sultan memanggil wakil-wakil rakyat dari kalangan pegawai-pegawai kerajaan, pentadbiran awam, peniaga-peniaga, pekerja-pekerja dan lain-lain bersama exco kerajaan negeri untuk bincang pasal hala tuju negeri.
Tuanku sangat prihatin dengan keadaan perpaduan dan kebajikan rakyat. Baginda mahu semua rakyat dan semua pihak bersemuka dan bersifat ikhlas menyelsaikan pelbagai kemelut dalam kerajaan.
Satu lagi yang menimbulkan kemurkaan Tuanku ialah exco-exco kerajaan yang suka engkar dan tentang pilihan Tuanku. Tuanku masih bersabar lagi.
Sebelum mesyuarat bermula, Tuanku ajak mereka makan dahulu.
Sebaik duduk, Tuanku berpaling kepada seorang ahli kesatuan sekerja yang mewakili pekerja-pekerja. Dia ini berbangsa India.
"Apa awak mahu makan?"
India itu menjawab, "Patik vegetarian. Makan sayur saja."
Lalu Tuanku bertanya pada seorang ahli perniagaan berbangsa Cina, "Awak mahu makan apa? Ayam dan daging ada, tapi khinzir tak ada."
"Takpa Tuanku, patik boleh makan ayam."
Tuanku bertanya pada pegawai kerajaan, "Awak mahu makan apa?"
"Patik makan apa saja yang Tuanku hidangkan. Daging pun boleh. Menurut perintah, Tuanku."
Akhir Tuanku bertanya seorang exco kanan kerajaan, "Apa yang kamu mahu makan? Kamu yang selalu susah dan kompen."
Exco itu tidak cakap apa-apa tapi hanya menggeleng leher. Adakah maksudnya tak makan ayam atau daging?
Sultan murka exco ini tidak mahu jawab. Ditinggikan suaranya lalu ditanya, "Cakaplah beta, kamu nak makan apa!?"
Dengan gugup dan terketar wakil exco kerajaan bercakap, "Ampun Tuanku. Beribu-ribu ampun. Patik memang tak makan ayam atau ikan atau daging.
"Patik hanya makan duit ..."
Sultan tidak terkejut pun. Tuanku hanya berkata, "Padanlah kamu selalu engkar dan lawan titah dan perkenan beta."
biasa la sin....mereka ni pun kurang yakin akan dapat peluang macam tu...mungkin sekali jer dalam hidup.
BalasPadamapa lagi...belasah la cukup2.
nasib baik aku bukan pengundi yang memilih mereka.
sebab tak mahu subahat menanggung dosa mereka...aku langsung tak pergi mengundi...
salah aku hanya tak pergi mengundi...
aku tak tanggung dosa mereka.
dulu pernah aku undi parti kepala lembu...parti tu tak pernah menang..tak der la aku terima tempias dosa wakil2 rakyat semua.
kalau tak nak subahat buat dosa...undi jer calon yang akan kalah.
tapi ingat..jangan undi PAS....calon bebas ok la.
"pengundi kg lana bulu."
hahaha! mungkin bnyk lagi species mcm ni selain dari khalid gagah ni, kan? kan? kan? ba...ba...baa..banyak lagi kkkkan?
BalasPadam" Makan Duit ".. ana confusinglah sen.
BalasPadamSalam bro..terbaiiiik bro!!atau sebab gagap jadi jawapannya lambat sikit..
BalasPadamambik kau...straight to the point.....direct to the heart...
BalasPadambukan terketar la Sin, tergagap-gagap!
BalasPadamhahahahah!
BalasPadamPatik hanya makan duit ..."
BalasPadamSultan tidak terkejut pun. Tuanku hanya berkata, "Padanlah kamu selalu engkar dan lawan titah dan perkenan beta."...
Yang selalu lawan titah & perkenan tuanku ialah puak2 keris bersilang. hina sultan & pinda perlembagaan, bukan setakat mentekedarah duit - tapi gila kuasa.
Khaled gagap/gagah apa yang hebatnya, kalau nak bandingkan dengan Toyol tempe & Mat Tyson. Si Toyor takat baham wang juta2 tapi si Mat Taik lagi bravo bawa lari putri sultan & wang berkilo2 kat Bahgdad.
2 spesis baghal ini patot dihidangkan dengan tompok2 tahi unta la sin.
Assalamualaikum sein.
BalasPadamYa ampunnnn tuanku..patek pacal yang hina makan duit tuanku murka...tapi yang sebelah sana makan jugak..tuuuu tuuuu tengok tu depa bawak larik tuu.