Khamis, Februari 24, 2011

Anwar bukan Melayu?


GEMPAR!

Ketua Unit Paterniti, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia, Nor Aidora berkata profil DNA Y ada coincidental match 1:52 quintillion dengan DNA Chinese, 1:1.470 quintilion dengan DNA Melayu dan 1:1.210 quintilon dengan DNA kaum India!

Ini bermakna lelaki DNA Y paling menyerupai kaum India.

He he he ... itu orang banyak sangat putar alam dan bohong.

Rabu, Februari 23, 2011

Kerdau: Ibrahim Ali menang takpa juga


BN sudah umumkan Syed Ibrahim sebagai calun untuk PRK Perdau.

Husin dengar Tuan Ibrahim Tuan Man disebut-sebut akan bertanding untuk PAS di Kerdau.

Puh ... susah UMNO kalau Tuan Ibrahim bertanding.

Naib Presiden PAS itu calun hebat. Mulut dia tidak celupar seperti ramai pemimpin lain PAS. Jarang dengar dia sakitkan hati orang dengan lakukan seperti memburuk UMNO berdasarkan putarbelit atau menghina.

Dia tidak ada kisah tambah bini, pergi dangdut, sapu balak atau kafirkan orang. Pernah jadi ADUN pada tahun 2004 tapi kalah Parlimen Jengka dalam jumlah ratusan saja.

Pasti berentap kalau Ibrahim lawan Ibrahim.


Calun BN Tuan Syed Ibrahim pun bukan calang orang. Baca biodata berikut:

Nama: Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir: Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir: 18 Januari 1967
Umur: 44 tahun
Alamat: Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak: Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan:
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al Azhar
Pengalaman Kerjaya:
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)
Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
Isteri: Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur: 45 tahun
Tarikh Lahir: 19-01-1966

Pendidikan:
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin.
Pengalaman:
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim
Harap PAS tidak takut. Usahlah takut calun hebat mereka kalah di PRK.

Husin cuma takut Syed Ibrahim lawan Tuan Ibrahim, tapi Anwar Ibrahim atau Zaid Ibrahim yang menang. Ibrahim Ali takpa juga.

Khamis, Februari 17, 2011

Tiga raja bola sepak Malaysia hari ini

Malam 30hb Disember tahun lepas memang satu malam yang manis buat bola sepak Malayisa.

Gol Safee Sali pada minit ke 53 meletakkan Malaysia mendahului 1-0 perlawanan kedua menentang Indonesia. Pada perlawanan pertama kita sudah menang 3-0.

Walaupun Indinesia berjaya menyerikan 1-1 pada minit 87, piala perlawanan serantau pertama dimenangi Malaysia sejak sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur dah dalam tangan.

Masa tengah-tengah "happy", Husin tanya budak-budak yang tengok game di kedai mamak, "OK brader semua, siapa raja bola sepak Malaysia hari ini?"

"Mestilah Safee Sali, bang!!!"

Sekali ramai budak-budak menjawab Husin.

"Ada tiga orang. Bola sepak sekarang. Bukan zaman Mokhtar Dahari, Santokh, Arumugam semua tak main ..."

Macam-macam nama mereka cuba.

"Semua tidak, Safee pun tidak," Husin jawab.

"Mestilah Safee, bang. Dia sekarang prolific scorer kita."

Ada satu mamat pakai cap merah tak setuju.

"Ok abang beritahu. Tiga raja bola sepak Malaysia sekarang adalah Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan ....

"Dan siapa bang?"

Budak baju kuning tak sabar nak tahu.

"... Rajagopal."

Ha ha ha ha .... semua ketawa.

"Abang Husin ..."

Budak pakai cap merah tu datang untuk set jari dengan Husin sambil berkata, "... Rajagopal saya setuju. Baik punya coach, Bang.

"Walaupun dia kaum India ... kita mesti akui dan sanjungi kehebatan dia. Orang Malaysia, 1Malaysia bro."

Isnin, Februari 14, 2011

Asal yang tidak PRK

Husin tengok gambar Dato Mohd Said ini dan bertanya bagaimana dia kenyit sebelah mata. Tak nampak ada beza kalau dia kenyit sebelah mata.

Tetapi kerana dia pernah mengenyit sebelah mata, maka dia tidak lagi dicalunkan untuk bertanding di pilihanryaa umum 2008.

Menjelang pilihanraya kecil Merlimau, maka nama Mohd Said tiba-tiba timbul sebagai salah seorang calun.

Lalu Dato A Kadir Jasin menyuarakan pandangan bahawa UMNO tidak harus meletakkan Mohd Said. Hari ini pula, blog Kerisputra mempertahankan Mohd Said dengan hujah bahawa kes tutup mata dan balak adalah persepsi di mana perkara sebenarnya berlainan.

Ini membuat buat Husin susah hati dan serba salah.

Dato Kadir kawan Husin dan orang tua yang Husin dengar dan hormati pandangannnya. Terakhir kami sembang adalah di kedai mamak.

Kerisputra kawan Husin dan anak muda yang Husin suka bersembang, bertukar fikiran dan ketawa bersama. Terkahir kami bersembang ialah malam semalam di kedai mamak juga.

Begini sajalah ... Husin dah penat. Pilihlah sesiapa calun yang "winnable candidate" dan tidak memningkan untuk dipertahankan.

Asalkan masa pilihanraya umum kelak, Dato Najib tidak pilih calun yang umur dan/atau kesihatan boleh menyebabkan PRK berlaku setiap bulan.

Ahad, Februari 13, 2011

MC diperlukan tapi bukan untuk suami Cikgu Mala


Bukan bukan bukan ...

... bukan Makrof, suami Cikgu Mala yang perlukan

... bukan juga bakal isteri atau suami calun PAS di Merlimau mahu ambil cuti untuk kempen Merlimau yang bermula pada Mac 23hb.

... bukan mereka semua itu.
Anwar Ibrahim yang memerlukan MC untuk tidak hadhir ke Mahkamah besuk. Dia baru "pulang" dan terlalu penat untuk hadhirkan diri.

Diikutkan dia telah "lari" ke New York untuk menghadhiri satu Seminar. Satu Seminar lain di Malaysia telah dibatalkan.

Katanya Anwar sudah kata dia akan dilanggar dalam satu kemalangan yang dirancang. Itulah bakal alasan dan sandiwara Anwar untul lari ke Turki atau Australia.

Adakah Anwar akan muncul di mahkamah besuk atau tidak? Jika bukan dengan kemalangan, apakah sandiwara Anwar untuk jadi alasan lari meninggalkan negara?

Di New York, Anwar sudah kata dia ada pilihan untuk balik atau tidak. Munculkah Anwar besuk di mahkamah?

Apa pun standby MC tu ....

Jumaat, Februari 04, 2011

Jawapan untuk soalan "cerdik"


Anda menunggu bas di stesyen bas dan rakan anda terjumpa anda dan bertanya: "Tunggu bas ke?"

Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak hari ini"

--------------------------

Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda berkata: "Ko nak mandi ke?"

Anda patut jawab: "Taklah, aku nak pergi main bola kejap. Ko nak join?"

--------------------------

Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik! Tulis surat nampaknya?"

Jawab: "Oh ye ke? Aku tak perasan ah ... tangan aku bergerak sendiri."

--------------------------

Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanya: "Baru balik dari kerja?"

Jawab yang baik punya: "Taklah saya dari rumah nak pergi kerja nie ... opis saya dah pindah kat rumah .... dan rumah saya dah pindah kat opis."

--------------------------

Tuan Ibrahim Tuan Man mintak kerajaan tindak segera bawa balik penuntut Malaysia di Mesir dan Nasruddin Hasan Tantawi minta kerajaan tidak pilih kasih antara pelajar biasiswa kerajaan dan pelajar persendirian.

Mahfuz pula kata "Kerajaan yang dahulukan rakyat patut bela rakyat Mesir."

Jawapan kepada kenyataan cerdik ini: "Kerajaan bawa balik penuntut lain untuk bersedia bawa balik mayat penuntut yang sokong arahan Pas bantu Ikhwanul Muslimin.

"Insya Allah, tidak lambat dan tidak pilih kasih, semua mayat boleh dibawa pulang dengan selamat ..."

Selasa, Februari 01, 2011

Minta kelulusan


Proses untuk dapatkan kelulusan dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan tempatan bagi pembangunan hartanah memang satu kerja pening kepala. Bayangkan satu pembangunan perumahan perlu kelulusan dari sekurang-kurangnya 16 jabatan dan agensi.

Bagi Cina, senang saja ... sogok duit, mudah kelulusan. Peduli haram, halal.

Kisahnya ada orang kita hadapi masaalah banjir di projek pembangunannya. Ianya berlaku setahun dua lepas rumah-rumah itu diserahkan dan sudah duduk pun.

Pasal ada satu YB duduk di tempat yang air naik, maka terpaksalah dia segerakan penyelesaian. Setelah dapat persetujuan mulut dari Dato Bandar, terus di buat satu parit bawah tanah untuk membolehkan air disalirkan dari menjadi bertajung.

Pelan masuk kelmudian dan Dato Bandar dah kasi komitmen mulut akan luluskan. Tak payah tunggu berbulan-bulan tunggu kelulusan dan banjir akan berterusan saja.

Untuk dapatkan kelulusan, kenalah satu pegawai, Haji Rahman dari satu PBT datang untuk lihat. Setiap kali minta appointment, ada saja cerita dia tidak boleh datang. Mesyuaratlah, Pergi kursus. Majlis dengan Menteri, Macam-macam.

Akhirnya setelah tiga bulan Haji Rahman berdalih, Zahari faham ... Haji ini mintak sesuatu baru dia bersedia datang. Pasal dia tak suka urus benda macam gini, dihantar site supervisor si Ah Cheng pergi nego.

"Kau offer dia RM5,000 dulu."

Ah Cheng pergi dan buka mulut sama Haji Rahman pada harga yang seperti diarah boss. Dia pulang dan beritahu boss, "Haji Rahman diam saja. Mesti dia mahu lebihlah boss."

"OK besuk kau jumpa dia lagi. Cuba dia pada RM6,000. Maksimum sampai RM8,000. Takda takpa ... aku lapor benda ini ke SPRM atau Dato Bandar."

Besuk pagi-pagi Ah Cheng pergi lagi ke pejabat Haji Rahman. Dalam pukul 9 dia dah keluar.

Masa Ah Cheng tengah sarapan, Zahari talipon.

"Amacam Ah Cheng? Berapa dia setuju?"

"Dia tak mahu wang la boss."

"Baguslah ... Apa dia mahu sebelum dia sedia datang inspect site?"

"Dia mahu itu perempuan...."

Tak habis Ah Cheng cakap, Zahari dah sanggup biayai.

"OK aku kasi duit, kau bawak Haji itu pergi Phuket. Bila dia boleh datang?"

Ah Cheng menghabiskan kata-kata, "Tak ... Haji Rahman mahu Russian ...."

"Amboi besar selera Haji ni!"