Isnin, Februari 14, 2011

Asal yang tidak PRK

Husin tengok gambar Dato Mohd Said ini dan bertanya bagaimana dia kenyit sebelah mata. Tak nampak ada beza kalau dia kenyit sebelah mata.

Tetapi kerana dia pernah mengenyit sebelah mata, maka dia tidak lagi dicalunkan untuk bertanding di pilihanryaa umum 2008.

Menjelang pilihanraya kecil Merlimau, maka nama Mohd Said tiba-tiba timbul sebagai salah seorang calun.

Lalu Dato A Kadir Jasin menyuarakan pandangan bahawa UMNO tidak harus meletakkan Mohd Said. Hari ini pula, blog Kerisputra mempertahankan Mohd Said dengan hujah bahawa kes tutup mata dan balak adalah persepsi di mana perkara sebenarnya berlainan.

Ini membuat buat Husin susah hati dan serba salah.

Dato Kadir kawan Husin dan orang tua yang Husin dengar dan hormati pandangannnya. Terakhir kami sembang adalah di kedai mamak.

Kerisputra kawan Husin dan anak muda yang Husin suka bersembang, bertukar fikiran dan ketawa bersama. Terkahir kami bersembang ialah malam semalam di kedai mamak juga.

Begini sajalah ... Husin dah penat. Pilihlah sesiapa calun yang "winnable candidate" dan tidak memningkan untuk dipertahankan.

Asalkan masa pilihanraya umum kelak, Dato Najib tidak pilih calun yang umur dan/atau kesihatan boleh menyebabkan PRK berlaku setiap bulan.

14 ulasan:

  1. Tanpa Nama10:37 PTG

    Aahhh !!! apa mau pening2...letak je Rosmah Mansor sebagai calun.

    BalasPadam
  2. Loh... ku ingatkan RPK... rupanya PRK... kena tukar spek ni

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Sen,
    Awat asyik jumpa dua2 di kedai mamak. Jumpa laa di kedai jahit ke, kedai dobi ke hehehhehe. I noticed mamak jg yg untung dalam hal ni, apa punya tuuurrrrrr la hahahhahahha

    BalasPadam
  4. rakyatbiasa11:07 PG

    uncle Husin;
    Pemimpin mesti bersih,kelihatan bersih dan disayangi rakyat kerana berhemah tinggi. Maka calon yang dipilih untuk mewakili rakyat mestilah menepati kriteria yang sama. Dato Said Jasin memang tidak layak. Titik. Rayat Malaysia berpuluh juta , kenapa mesti berpaut pada dahan yang sekah?

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama3:56 PTG

    dato said tak boleh. dia sakit mata.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama4:02 PTG

    bagi le calun yang muda lagi bertenaga dan suci murni.

    lain kali bawak la depa jumpa kat kedai mee bandung. promo la sikit kedai kawan. asyik ngayakan mamak je

    BalasPadam
  7. bagi la yang ley bertahan 5-10 tahun..jangan la bagi yang ada rekod ley bertahan untuk 1-2 tahun je..baik bagi dia makan ubat..hehe

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Hahaha! Sin, bkn kenyit mata dulu tu, tapi menjeling tarikh PRK kot? Apapun, minta tolong 'tempelkan' blog sahabat saya "DUN Kerdau' diblog tuan sehingga PRK Kerdau berakhir. http://dun-kerdau.blogspot.com Kalau ada apa-apa klim, ko berikan je pada mamak tmpt ko kena teh tarik semalam tu, huhu

    BalasPadam
  10. Ya Husin,

    Nape tiap kali PRK mesti ambil calun yang dah diambang sore (kata Datop' Ahamad Jais)

    Kakde ker calun yang muda dan bertenaga lebih !!

    Belajarlah dari Tun Mahathir.
    Dah tua undur diri secara terhomat !!

    Buat kerja Orang Tuan !!


    Masa muda dah lepas !!
    Jangai difikirkan lagi !!

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama2:52 PTG

    JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

    • Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

    • Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

    • Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
    • Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

    • Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

    • Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

    • Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

    BalasPadam
  12. pak usin,

    dah berbuih mulut kita cakap mahukan kepimpinan muda. yg dah 'beralih ke senja' ni @ 'diambang sore' bak kata jebat, memang akan menimbulkan masalah lain pulak terutamanya dari segi kesihatan fizikal...fizikal tak sihat, mental boleh kawalka????

    biar yg veteran2 ni jadi pembimbing seperjuangan sajala. tak payahla mabuk nak jadi calon lagi. dah sampai masa ke tepi, ke tepi ja laa.

    yg muda, berwibawa, berketrampilan, berwawasan, berkelulusan tinggi lebih ramai lagi. tolongla...

    anon 2:52 PM,

    yg bergelandangan di masjid2 & madrasah2 serta surau2 ni yg mengaku memperjuangkan Islam namun hakikat sebenar mrklah yg sentiasa mencemarkan keindahan Islam!!!!

    BalasPadam
  13. hai .. ade lagi orang tua tutup sebelah mate nie? pemimpin kne la bersih dan nampak bersih. Nie cam ade saje nak bagi peluru kat musuh jer. Tau la kerusi jenis confirm menag tapi ingat la skit PRU dah dekat sangat ...

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama11:01 PG

    Salam Sen,
    Calon 'winable' ya juga' tapi tak kurang penting keadaan kesihatan nya. Kalau menang tapi dalam setahun dua kena adakan PRK, 'kurang baik' jugak. Calon mesti disahakan sihat dan tak gemok.
    Tapi kalau Allah tentukan dia mati, mati jugaklah tapi sekurang2nya kita ada usaha kurangkan kemungkinan.

    orang lama

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.