Ahad, Mei 08, 2011

Bila "last" kau sembahyang?


Bila bab ugama, baik kita jangan perbesarkan perbezaan dan belajar menerima perbezaan. Lebih baik dielakkan pertelingkahan. Yang penting, kita bebas untuk mengamalkan ugama masing-masing.

Sebab banyak sangat baca blog dan terikut dengan debat ugama yang berunsur politik, dua rakan baik - Michael and Afek hampir bertelagah.

Afek menimbulkan isu Injil dalam bahasa Melayu.

"Michael kenapa perlu orang Kristian mahu Injil dalam bahasa Melayu? Bukankah ianya akan sampai kepad aorang Islam Melayu kelak?"

Michael menjawab, "Kamu kena faham. Itu hanya untuk kegunaan orang Bumiputera di Sabah dan Sarawak."

Afek bertanya lagi, "Oh begitu, kenapa kamu perlu tuntut kegunaan istilah Allah sebagai nama tuhan untuk orang Kristian. Kenapa tidak guna istilah tuhan atau istilah Kristian yang ada?"

Lebih mendesak dan panjang soalan Afek.

Hamid sedar lain macam saja bunyi Afek. Lalu ditegur Afek, "Relax la bro. Lu macam nak gaduh saja dengan Micahel..."

Afik menjawab, "Hanya nak tahu."

Micheal jawab, "Hanya nak tahu takpa. Digereja saya tak guna nama Allah. Ini dah jadi amalan orang Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak kerana mereka ikut kitab Injil Indonesia."

Afik menyoal lagi, "Bukankah ini akan disalaherti untuk mengelirukan orang Islam dan akhirnya memurtadkan orang Islam yang kurang Iman?"

Michael yang asyik diasak mula mengasak balik.

"Itu hak kebebasan berugama bagi seseorang individu untuk memilih dan mengamalkan ugama yang dijamin oleh Perlembagaan."

Jeffrey diam saja sedang fokus pada benda lain.

Afik asak balik.

"Perlembagaan tidak membenarkan orang bukan Islam berdakwah pada orang Islam. Itu artikel 11(4) dan tindakan ini adalah usaha untuk memurtadkan orang Islam sebagaimana yang berlaku dalam kes Lina Joy.

"Hari ini cuma isu istilah Allah, Injil Bahasa Melayu dan apa lagi. Akhirnya mahu ugama rasmi menjadi ugama Kristian dan menuntut seroang Kristian dinaikkan sebagai Perdana Menteri seperti yang dikatakan ada angkat sumpah paderi-paderi di Penang ...."

Tinggi suara Afik dan Hamid pun mencelah.

"Oi cukup-cukup dah. Takkan pasal politik sampai kita jadi gaduh!"

Micheal pun masuk bercakap, "Afik orang Kristian, pederi Kristian dan penganut Kristian di negara ini tahu kami minoriti dan bersyukur atas kebebasan untuk mengamalkan ugama diberikan. ...."

Hamid mencelah, "Oi kau pun cukup-cukup Michael.

"Afik kau ni satu hari sembahyang berapa kali?"

"Hmmm ... kadang-kadang tinggal yang lima kali satu hari," termalu-malu Afik menjawab.

Memandang kepada Michael, Hamid tanya, "Kamu Micheal, bila "last" kau sembahyang di gereja?"

Michael menjawab, "Beri saya terang sikit saja. Kami tahu ugama Kristian tidak akan jadi ugama rasmi. Ini semua isu kecoh-kecoh adalah permainan orang politik. Kita aman dan menerima hakikat semua ini tanpa ada isu-isu untuk berbalah.

"Menjawab soalan Hamid, saya pun malu mahu cakap. Last sekali saya ke gereja masa Krismis."

Hamid melihat mereka berdua sambil tersenyum, "Apalah kau orang berdua. Cakap macam orang kuat ugama."

Micheal pun pecah ketawa sambil menunjuk jari ke arah Jeff.

Hamis pun teriak, "Hoi Jeffrey .... bila pula last kau ke kuil?"

Jeffrey yang baru tersentak dengan panggilan Hamid, "Aku tak tahu apa-apa ... aku tak sedar sedang syok main i-Pad."

Ketiga-tiga mereka ketawa melihat kawan mereka seorang ini.

Sambil ketawa, Micheal berkata, "Apalah kau ni Jeff. Kau pergi hanya hari Wesak. Apa punya alasan lah kau ni?"

8 ulasan:

  1. Tanpa Nama8:32 PTG

    politik opotunis...pantang ada peluang sedikit...mula nak tunjuk lagak...kalau tak dibendung...semakin melampau2lah...pik pik pik

    BalasPadam
  2. Melayu memang macam tu, dilembutkan dengan gelak2, buat2 bodoh jadilah melayu ambil mudah, lalai dan apabila sampai dah nak terjerut leher barulah nak bingkas bangun semula....sudah terlewat masa tu.

    Musuh Islam kalau sebodoh itu, sebaik itu tentulaah di dalam Al Quran, Allah tidak ingat dan nyatakan berkali kali betapa bahayanya mereka ini.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama9:10 PTG

    Apa yang dah ada ini dah bagus.

    Jangan dilayan DAP dgn hasutan jahat mereka.

    BalasPadam
  4. YB (Yang Biol) Nurut Izzam3:16 PG

    Ek..eleh! Ngko orang ni pun satu..caye sangat dengan citer si Usin nih! Kalo ye pun paderi-paderi kristian tu nak wat macam-macam..tu bukan citer baru..dah berzaman dah diorang rancang..citer diorang berdakwah dan berdakyah kepada budak-budak Melayu ni pun dah lama berlaku..korang je tak ambik pot. Korang saje biorkan anak-anak korang ikut penyanyi dan pelakon idola-idola Holywood yang kompem beragama kristian tu..maju le katakan..pastu saje gunakan isu tu pelage-lagekan orang..kelirukan orang..budak Jamil Khir tu terjerit-jerit macam berok makyeh nak buat hape..guna le kuasa yang ada..baru le orang respek..lol!!

    BalasPadam
  5. Sokong kenyataan Tun Mahathir smlm, mana2 laporan media yg tidak berasas dn belum tentu kesahihannya, jgn diberi kenyataan dn ulas krn ia mungkin akn menyebabkan rs kurang senang. Laporan Utusan Malaysia yg memetik sumber blog langsung tidak wajar diletakkn sbg tjuk muka hadapan yg sebegitu, "Malaysia Negara Kristian"..

    Belum pun wujud istilah Malaysia Negara Kristian, masyarakat Islam sudah pun di Kristian kn melalui pelbagai kaedah sbagaimana di sebut Mufti Perak.

    Begitu juga dgn amalan org Islam sendiri yg tidak jauh bezanya dgn org Kristian, tidak bertudungnya ramai, tidak mnutup auratnya, minum arak, berjudi. Kita wajar banteras perkara ini trlebih dahulu sebelum sibuk hal masyarakat Kristian.

    Kalau dididik dgn amalan yg benar, mengikut al-Quran, as-Sunnah, sy yakin dtg lah sidang paderi mcm mana pun, kalau akidah umat Islam itu jitu kita tidak akan tergelincir dgn mudah. Yg mnjadi musuh utama bkn masy. bkn Islam ttp msy. Islam sndiri yg mnjadi Musang Berbulu Ayam.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama11:01 PG

    Betullah Sin

    Selalu yang dok bising pasal ugama dan konon perjuangkan ugama, sembahyang pun tidak.

    Macam PAS Pis Puss tu, sembahyang jaga. Begitu jaga, sampai jika dua majlis waktu zohor, dua kali solat zohor.

    Sayang PAS Pis Puss hanya boleh diharap solat saja, sekarang mereka pertahankan DAP dan gereja.

    BalasPadam
  7. sebab tu la SOLAT ITU TIANG ISLAM. kalau tak solat, tak payahla nak berkhutbah berjela2...tarak pahala apapun, semuanya tergantung, ke langit tak sampai, ke bumi pun tak jejak!

    BalasPadam
  8. sebab tu la SOLAT ITU TIANG ISLAM. kalau tak solat, tak payahla nak berkhutbah berjela2, bersedekah, itu ini...tarak pahala apapun, semuanya tergantung, ke langit tak sampai, ke bumi pun tak jejak! apa lagi kalau hari2 asyik memaki hamun orang lain serta menganggap puak dia saja yg Islam, orang Islam lain sumer kapir!
    Allah Yg Maha Mengetahui...

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.