Sambil merenung jauh ke ufuk langit, pelbagai hal bermain-main di dalam fikiran Rizal. Dia terfikir sejenak penglibatannya dalam perjuangan ini. Dimanakah ianya akan berakhir?
Tiba-tiba Rizal dikejutkan dari lamunan oleh Razak disebelahnya.
"Hoi, apa yang kau dok fikirkan tu? Badan kau di sini, tapi fikiran kau jauh sekali," tegur si Razak.
"Kalau Tun masih lagi PM, tak jadilah negara macam gini. Ada masaalah, dia akan selesai. Sebelum jadi masaalah, dia dah selesaikan. Nampak nak jadi masaalah, siang-siang dia akan buat keputusan," terangkan Rizal.
"Oh situ yang kau fikirkan. Hai ... Rizal. Dah umur 80an, takkan pada dia juga kau nak harap. Kesian dia ..." ujar Razak.
"Kau tahu ... Tun hebat. Betul atau salah, Tun berani buat keputusan. Kalau tersalah keputusan, dia boleh pusing dan repair balik. Janji keputusan mesti dibuat," Rizal sambung.
"Kita ... rakyat senang hati. Dapat mengharap dan berpaut padanya. Dia bagaikan tongkat bagi kita yang perlu dibantu jalan."
"Betullah kau cakap, Rizal. Tapi Tun pun tersilap pilih Pak Lah dan dia dah gantikan dengan Najib. Dulu kau selalu kutuk keputusan Pak Lah. Sekarang tak senang pulak dengan Najib?" Razak persoalkan.
"Entahlah .... Dulu masa nak jatuhkan Pak Lah, macam-macam orang cakap pasal Najib. Tapi kita fikir asal sesiapa saja lain dari Pak Lah, mesti lagi okay. Najib pun lebih smart, lebih jelas berbicara dan artikulasi, ..."
Razak mencelah, "Habis tu .... apa pulak masaalah Najib?"
"Orang sekarang cakap Najib dah mula flip flop macam Pak Lah. Orang kata dia dah lagi teruk dari Pak Lah."
"
Isyyyy ... merepeklah kau!"
"Najib ni asyik tak mahu buat keputusan. Tunggu last minit saje. Ada isu, dia pergi luar negara. Takut tak popular.
"Sepupunya asyik kasi amaran tapi takut juga ambil tindakan."
Rizal menyambung, "Lagi baik Pak Lah. Kurang-kurang dia buat keputusan. Cuma keputusan dia saja salah!"
Razak garuk kepala. Bingung ...