Ahad, Ogos 21, 2011
Panjat cahaya lampu suloh
Mutakhir ini, terlalu banyak kisah dan insiden yang tidak masuk akal di dunia politik dan pentadbiran pelbagai kerajaan dalam negara kita.
Ini mengingatkan Husin kepada dua insiden oleh Lim Guan Eng dan Mustafa Ali menuduh UMNO membakar pejabat DAP Pulau Pinang dan siasatan JAIS terhadap Majlis di Gereja Methodist Damansara Utama.
Gelagat mereka menuduh hampir sama dengan satu kisah di sebuah hospital mental di Johor Baru.
Kisahnya di Hospital Bahagia Tampoi Johor Baru, seorang pesakit bernama Mamat sudah sembuh dan akan dikeluarkan oleh pihak Hospital. Dia perlulah menjalani pemeriksaan terakhir.
Hari ini adalah hari terakhir pemeriksaan terhadap Mamat yang telah lama berada di Hospital Mental.
Mamat dibawa ke satu bilik pemeriksaan yang gelap dan didudukkan di tengah-tengah bilik tersebut.
Doktor menyalakan lampu suloh dan terus diarah si Mamat, "Mamat panjat cahaya ini?"
Dengan pantas dan segera, Mamat jawab, "Gila apa doktor ni? Cahaya lampu suluh mana boleh dipanjat. Lainlah kalau tali yang jatuh dari ceiling. Itu bolehlah panjat."
Doktor puashati, "Tahniah! Mamat, awak sudah betul-betul sihat. Dengan ini, saya akan bebaskan awak dan hari ini juga saya akan beritahu keluarga awak untuk datang ambil.
Semua okay tapi sebelum meninggalkan bilik pemeriksaan, Mamat sempat menoleh ke belakang dan menegur Doktor.
"Apa Doktor ingat saya bodoh ke? Kalau saya panjat tadi dan tiba-tiba doktor padamkan lampu suluh tadi, dah tentu saya akan jatuh ..."
Akibat teguran itu, Mamat terus kena tahan lagi selama setahun.
Kata-kata Guan Eng dan Mustafa Ali bolehlah disamakan dengan Mamat. Pasal nak memandai-mandai bercakap, akhirnya terbongkar kegilaan masing-masing.
Sudahlah keadaan sekarang sentiasa mengelirukan orang ramai hingga susah nak dipastikan mana satu yang siuman dan berakal dan mana satu yang sebaliknya.Yang siuman pulak dedahkan kegilaan diri sendiri.
Salam ya Husin,
BalasPadamCerita ente ini samalah juga zaman kanak-kanak saya dulu. Ceritanya mengenai air lempoyang.
Saya tidak ada selera makan. Ibu saya memaksa saya minum air lempoyang.
Saya enggan minum, lalu diberinya air kunyit.
Mau tak mau saya minum juga air kunyit itu.
Lepas minum air kunyit itu selera makan saya masih tak ada juga.
Kesimpulannya Lempoyang dengan kunyit tak sama. Walaupun kedua-dua nya bolah dibuat ubat.
Husin ya husin .
Carilah ceritan yang lebih menarek untuk posting akan datang.
Cerita GAZZA ka, atau di London ka,atau lain-lain lagi.
jebat ooo jebat... nak komen lain kali komen la yang nampak kan diri anda CERDIK sikit... ini ke juak2 blogger PR?? taraf ni je?? budak sekolah gelak + nangis guling2 baca komen sindrom down ko...
BalasPadamtahniah husin... sindiran tajam, berbekas dhati... kalau x xkan JEBAT si sindrom down ni dtg nak kondem husin ngan komen ala budak spastik kan... hahaha...
JEBAT, tu la dulu mak ayah suh g sekolah ko g panjat pokok... hah sekarang otak ko pun cam yg suka teggek kat atas pokok tu... :)
Hanya orang gila diminati oleh orang gila yang lain.
BalasPadamWoi Pakcik Usin,
BalasPadamKah..kah..kah..sume orang dah giler..nasib baik aku biol jer..kan lebih mulia berbandingkan giler..kah..kah..kah!!!
x malu, amek lawak joker dalam komik batman
BalasPadamYB,
BalasPadamgila byk gila.tapi klu gila cam papa ko,ammmmmmmmah!...ehehe.....gila setor kunyit.....hancus!!!!
husin
BalasPadammemang kelakor.
jebat
apasal perut lu macam mat sabu.
Salam Sin,
BalasPadamAnon 12.44 dan lain-lain,
Kalau aku sekolah dulu tentu aku lebeh terror dari kau yang bengap.
Tak kenl lempoyang dengan kunyit !!
Tulah dulu kerana konon terror sangat
kau masuk sekolah pondok thai. Kunyit dan lempoyang pun tak kenal.
Paling teruk, tak faham kiasan..
Perut aku macam mat sabu x pe juga. Jangan perangai macam mat sabu cukuplah !!
Sekurang kurang nya aku berani tunjuk meka. Tak berselindung disebalik 'TANPA NAMA'.
ha ha ha
Woi Pakcik Usin,
BalasPadamSabor Bang Jebat..diorang ni kan sume dah giler..perut diorang jer yang elok walaupun usus dah rosak bernanah tapi buat-buat macam takde apa-apa. Bukan Bang Jebat jer yang kene..papaku yang perutnya slim river tu pun dimake-up nye jadi boroi dalam filem keluaran Trio Blue Film Production Sdn. Bhd. Kita tengok je la nanti..apa yang ada dalam usus diorang bila kena post mortem lepas PRU-13.
apa nak takut. sebelum panjat cahaya lampu mintak pakai payung terjun. Kah kah kah.
BalasPadam