Ahad, September 18, 2011
Tak henti-henti dikerjakan
Ini adalah kisah empat orang pengantin baru yang baru dinikahkan oleh orang tuanya....
Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri.
Satu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak ni serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat-empat anak itu bercadang untuk pergi berbulan madu. Siti pergi bulan madu ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Mas ke Pulau Pangkor.
Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "Nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, hantar SMS dengan menggunakan slogan iklan yang ringkas, padat dan tepat."
Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.
Dalam beberapa hari, terima SMS dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Dicari-cari kedua suami isteri akan iklan Standard Chartered. Tersenyum kedua-duanya membaca iklan yang bertulis "Besar, Teguh dan Peramah."
Syukur, bahagialah si Siti.
Esoknya terima pula SMS dari Seri yang bertulis 'Nescafe'. Segera dicari iklan Nescafe. Tersenyum suami isteri membaca slogan iklan yang bertulis "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir."
Alhamdulillah, bahagialah si Seri ...
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula SMS dari Murni yang bertulis 'KFC'. Dicari iklan KFC. Tersenyum kedua mereka membaca slogan iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari.'
Bahagia juga si Murni dengan suaminya...
Seminggu berlalu, tiada lagi berita dari Mas. Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Maklumlah ini kali pertama mereka berenggang anak beranak.
Masuk minggu kedua minggu... tak ada jugak SMS.
Dah minggu ke tiga, barulah terima SMS dari Mas dengan isi kandungannya "AIR ASIA ".
Bergegas le Mak Minah cari slogan iklan syarikat penerbangan itu, Tak sabar nak tahu apa yang sudah terjadi pada anak bongsunya. Bila dibaca slogan iklan tersebut, Mak Minah dan Pak Mat terkelip-kelip tak tau nak cakap apa....
Mak Minah terus menangis. Tak tahu menangis suka atau sedih. Apa nasib Mas yang terpahat dalam slogan Air Asia?
Apa slogan iklan itu ...??
7 KALI SEMINGGU... 3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!"
Padanlah MAS ... tak henti-henti dikerjakan.
Chin, Hebat sindirin mu. Selamat Hari Raya.
BalasPadamCGM Lgkawi.
Lawak terbaik 2011
BalasPadamLahabau kamu usin, tajam betul tu.
BalasPadam-Penasihat MAS-
tak tahu lah sapa yang bodoh bagi
BalasPadamsi Mas tak henti henti dikerjakan.
si Mas atau mak bapak dia.
bila Mas bagi signal lampu merah, barulah nanti laki dia berhenti cari bini baru.
BalasPadamhahaha...
BalasPadamMAS makin lemas...
poket si Tony Fernandez tu makin berkembang..
lepas kelab bolasepak Inggeris.. kelab mana lagi dia nak kerjakan..
Bukan ke selogan Air Asia, "Now everybody can fly"
BalasPadamwow.. hussin raya ni dah habis mohon maaf pd semua orang belum . nanti husin pula kena kerjakan.
BalasPadam7 kali seminggu pun mas dah keletihan apatah lagi kalau 3 jam sekali...non stop pulak tu..hahaha..mas memang kelemasan kuyup sin..
BalasPadamTerbaikkk!!!!
BalasPadamPantun hat Kedah tu tak patut tuuuu..
BalasPadamKuala Kedah Kula Sanglang
Cari laksa pulut sambai
MB Kedah Nujum Pak Belalang
Press tanya maghah tak tentu pasai
Pantai Chenang terlalu indah
Pelancung datang bertalu talu
Bilaaaa lah nak maju Negeri Kedah?
Pimpinan ulamak alakafir,maluuu-malu