Khamis, November 03, 2011

Petugas Padang Mahsyar


Husin jatuh sakit beberapa hari lepas.

Selama tiga malam, ana berada di Pusat Rawatan Syisyar yang ala hospital pakar yang diurus Tabung Haji dan dijaga oleh doktor, pharmacist, dan jururawat hospital kerajaan dari Malaysia.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, ana sudah berunsur pulih. Insya Allah, besuk ana akan bersama jemaah Malaysia untuk ke padang Arafah. Hari sabtu ini wukuf.

Sempat ana bersembang-sembang dan bertanya-tanya jururawat-jururawat ini yang turut sama mengambil peluang mengerjakan Haji.

Mereka ini dipilih dari ribuan yang memohon untuk berkhidmat ikhlas untuk memastikan semua bakal haji dapat berada dalam keadaan sihat untuk mengerjakan haji. Teruk juga mereka kerja - 7 jam kerja, 7 jam rihat - sepanjang masa.

Jadi janganlah ada buruk sangka, petugas-petugas ambil kuota haji.

Bila hari wukuf, mereka pun akan pergi ke padang Arafah pada hari Sabtu tetapi sebentar saja. Mereka akan kembali segera bertugas dan melontar jumrah akan dibuat bergilir-gilir.

Orang kata Padang Arafah itu meyurupai Padang Mahsyar. Ini buat ana terfikir.

Kalaulah Tabung Haji ada buka permohonan untuk mejadi petugas jururawat di Padang Mahsyar, Husin ingin nak pohon. Jadi sekejap saja di Padang Mahsyar.

Pasal masa keliling tawaf, ana pun ada mohon doa diberikan balasan syurga tanpa perlu hisab.

7 ulasan:

  1. Tanpa Nama10:53 PTG

    ramai tak terkomen posting husin yg berangkai maknanya.

    harap husin tabah menghadapi arafah. masa yg sedikit itu pengukur segala2nya.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama11:32 PG

    Semoga Pak Husin dapat selesaikan ibadah Haji dgn sempurna.
    Amin...

    -marilyn manson-

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama11:50 PG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Assalam Pak Hussin.
    Jaga kesihatan itu Pak Hussin,sblm pergi pun Pak bukan sihat sangat.Klu perlu pakai mask pakai lah..

    Sampaikan salam APA kepada sdra 'kembar' Pak Hussin yang turut mengerjakan ibadah haji kali ini.
    He he..

    BalasPadam
  5. Anon 11:50 AM

    Ana cuti politik la...

    Bulan desember, kita mula balik. Tapi mesti lebih hemah tau

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah ... semoga terus bersemangat mengerjakan ibadah haji ... Selamat Hari Raya Aidil Adha.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama8:32 PG

    moga di sana tuan hussin mendapat hidayah & dapat muhasabah diri tentang segala kejadian> percayalah segala kejadian & dugaan adalah tanda Allah sayangkan anta> jangan bila balik kita go back to yang lama> walhasil balik asal>

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.