Ahad, Januari 22, 2012

Kompleks membeli belah suami


Kononnya ikut cerita, ada satu kompleks membeli belah untuk wanita-wanita mencari dan memilih suami.

Syaratnya wanita-wanita hanya boleh lawati satu saja tingkat. Kompleks ini ada 6 tingkat dan mutu pilihan suami bertambah baik di tingkat-tingat yang lebih atas. Wanita boleh turun ditingkat yang mereka bersesuaian atau naik ke tingkat lebih atas, tetapi mereka tidak boleh turun balik.

Seorang anak dara yang baru nak meningkat umur pergi ke kompleks itu untuk mencari bakal suami. Dia ke tingkat pertama dan terbaca papan tanda yang tertulis:
Tingkat 1: Lelaki-lelaki di tingkat ini mempunyai pekerjaan.
Tanda itu menibulkan misteri tetapi wanita itu terus saja ke tingkat dua dan berjumpa papantanda berikut:

Tingkat 2: Lelaki-lelaki di tingkat ini mempunyai pekerjaan dan menyayangi anak-anak.
'Bagusnya,' wanita itu terfikir, 'tetapi aku mahu lebih dari itu.' Lalu dia terus ke tingkat tiga. Papantanda tingkat tiga berbunyi:
Tingkat 3: Lelaki-lelaki di tingkat ini mempunyai pekerjaan, menyayangi anak-anak dan hensem.
'Wow,' wanita itu terfikir, tetapi hasrat hati kuat untuk naik ke tingkat lebih atas. Dia terus sambung perjalanan atas lift ke tingkat empat dan terjumpa papantanda yang berbunyi:
Tingkat 4: Lelaki-lelaki di tingkat ini mempunyai pekerjaan, menyayangi anak-anak, hensem, dan sedia membantu kerja rumah.
'Alamak, bestnya!' hatinya berteriak, 'Inilah lelaki impian aku selama ini.' Namun, dia masih mahu naik ke tingkat lima. Papantanda tertulis:
Tingkat 5: Lelaki-lelaki di tingkat ini mempunyai pekerjaan, menyayangi anak-anak, hensem, sedia membantu kerja rumah, dan romantis.
Dia sudah mahu berhenti di sini tetapi terikut lift ke tingkat enam. Papantanda tingkat 6 berbunyi:
Tingkat 6: Anda adalah pelawat ke 31,456,012 ke tingkat ini. Tiada lelaki pilihan di tingkat ini. Tingkat ini diadakan untuk membuktikan kemahuan wanita memang mustahil untuk dipenuhi. Terima kasih melawat kompleks membeli belah ini.
Itulah perempuan.

Jadi wanita yang bersuami adalah wanita yang tak cerewet dan mahu naik Tingkat atas sekali untuk lelaki idaman kalbu.


Husin kesian dengan Kak Jat yang kini terpaksa bersaman untuk membersihkan namanya. Disebab suaminya, Pak Leh Budu tak mahu jawab soalan di sidang akhbar, orang sudah marah Kak Jat kerana mengheret Wanita UMNO, UMNO dan pemimpin lain ke masalah keluarganya.

Tak habis-habis Salleh menyusahkan ...dari masa TTM, pencen pergi ke IJN, dan terkini NFC.

Tak tentu pasal kini Kak Jat pulak yang terpaksa menjawab masalah biznes suami, bercuti dan mungkin berakhir kerjaya politik. Betul menyusahkan isteri.

Hmmm ... di tingkat berapa Kak Jat jumpa dia?

16 ulasan:

  1. I do agree with you.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama3:01 PTG

    di basement.

    BalasPadam
  3. Di dunia yang fana ini sperti anjing dengan bayang bayang.orang tamak selalu RUGI!

    BalasPadam
  4. Haji Bakhil3:24 PTG

    Sin

    Kak Jat tak tamak. Dia beli yang cheap sale punya.

    Ini jadinya beli di tingkat bawah.

    Nak ke tigkat atas, takut tak dapat apa2.

    Kesian pompuan ye ...

    Buat aku ni ... asal si janda cikgu murni tu ... cukuplah.

    BalasPadam
  5. Siti Rahmah3:28 PTG

    Inilah orang lelaki

    Apa tindakan kita, kena fikirkan dia, keluarga dan apa.

    Mereka buat keputusan bukan fikir hal kita.

    Kesian Shahrizat bila suami tak bertimbang rasa.

    BalasPadam
  6. Adoi! Ini mcm wayang gambar boleh bungkus.

    BalasPadam
  7. Suami DS Shahrizat jenis yg "banyakkan kerja kurang bercakap" tu hingga terbawa-bawa dalam isu NFC beliau malas nak cakap banyak...biar orang lain buat bermacam-macam andaian,,,letih kelak diamlah puak2 PKR tu,,,

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama12:01 PG

    Tingkat 7: Anda adalah wanita yang amat sempurna tapi malangnya tiada lelaki yang sempurna saperti anda. Selamat datang ke kelab andartu.

    BalasPadam
  9. di tingkat atas sekali. dekat tangki air kot. kah kah kah

    BalasPadam
  10. Pak sin bab2 lawak jenaka dan sindiran sinis memang hebat hahaha

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama11:20 PTG

    it is this way becos kak jat is in umno
    if it is pakatan then everything is ok
    eli wong is ok
    anwar is ok
    nga's wife is ok
    the whole family in politics is ok
    all can be blessed by god via nik aziz

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama10:48 PG

    Tak guna punya laki

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama10:18 PTG

    Ini cerita membeli isteri. Membeli isteri itu sama dengan Komputer.Bila kita membeli isreti(komputer) itu dalam enam bula model baru da keluar. Dan komputer yang kita sedia ada itu bolih ingat semua yang si suami kata dalam "hard drive memory" dan dari masa kesemasa ia nya akan di main balik keapada suami. Malangnya jika bakal suami ingat dia boleh tunggu untuk mendapat isteri (komputer) model baru dia akan tunggu tunggu sampai umur tua dan akan mendapat gelaran "da missed the boat"

    Dalam zama internet laki laki itu bukan di anggap sebagai handal. Lama lama da kahwin atau tidak, tidak ada seorang laki laki dalam dunia ini yang tidak di control olih wanita. Baik emaknya atau isterinya.

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama8:21 PG

    mesti jumpa kat basement

    BalasPadam
  15. choc-mint10:00 PG

    walo haku andartu haku tak sedih/terhina sbb haku tao Allah lbh tau perjalanan hidup haku n haku tak amek pot aper owang nak gelar haku.yg penting haku tak nyusahkan owang keliling haku.hati senang tido tenang...yg pasti klo laki mcm nih...nala punya tekanan perasaan dok adaaa.....

    BalasPadam
  16. pak usyin,

    terjumpa di tingkat bodo bertingkat2!!!!he he he...

    ASTAGHFIRULLAAAHHH!! SAPAPUN KITA, KEJADIAN ALLAH SWT BELAKA!

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.