Rabu, Januari 18, 2012
Siapa lompat ke parti siapa?
"Husin, kau jangan buat kami susah," jawab YAB Dato Seri Dr Zambery ketika Husin bertanya kalau boleh diguna tajuk sedemikian untuk posting Husin Lempoyang hari ini.
Husin bertemu Dr Zambery bersama dengan YB Nasharuddin Mat Isa di International Conference for the Movement of Global Moderates di Kuala Lumpur Convention Centre semalam.
Dr Zambery baru lepas menjadi Moderator untuk sesi forum pertama. Manakala, Nasha akan menjadi panel forum di sesi petang pukul 4. Kedua-dua mereka ada bersama ketika Dato Naib menyampaikan ucapatama.
Ketika Husin sedang bersembang dengan Nasha, lalu diplomat hebat Tan Sri Razali dan terdengar mereka berkata ucapan Najib amat baik sekali pagi tadi. Nyata semua pihak sekata dalam perlunya kesederahanaan untuk mengatasai extremisma.
Apabila datang pula Dr Zambery ke kumpulan sembang kami, jadi sedap pula perbualan. Dari kisah Hasan Ali ke kisah Nizar, dari kisah Awang Adek di PRU lepas ke kisah lompat-lompat parti dan turut dibincang hala tuju UMNO dan hala tuju PAS.
Butirnya tak bolehlah di cerita sini.
Dalam bersembang itu, memang ada usik mengusik dan berjenaka pasal bila Nasha nak lompat ke UMNO. Belum sempat Nasha nak menjawab, sesama kami dah jawabkan tak payahlah lompat lompat ini. Peranan UMNO diperlukan, peranan PAS pun diperlukan.
Lalu Husin keluarkan kamera untuk ambil gambar pertemuan menarik ini. Bila Husin tanya apa agaknya pembaca akan kata bila lihat gambar ini. Nasha lompat ke UMNO atau Dr Zambery lompat ke PAS atau PKR?
Dengan senyuman yang begitu menyerlah sekali, Dr Zambery berkata, "Jangan buat pasal Sinnn .... " Panjang intonasi nada dia.
Begitulah politik.
Di awam kami boleh tegur menegur, kritik mengkritik dan hentam menghentam, tapi secara peribadi semua kawan-kawan berlaka. Kawan tetap kawan walaupun ideologi dan parti politik berbeza. Inikan pula Dr Zambery dan Nasharuddin yang sama-sama berasal usul di Universiti Islam Antarabangsa.
Jadi kita yang rakyat biasa, janganah extremis sangat pasal politik. Bersederhanalah dalam berpolitik. Jangan buat gila hingga sampai putus saudara mara, persahabatan, dan bergaduh sesama jemaah dan jiran tetangga.
Jadikan kesederhanaan Melayu dan Malaysia sebagai contoh kepada dunia walaupun bukan contoh terbaik dan banyak kekurangan serba serbi.
P/S Nizam Kicap ... Sebenarnya hensem juga kamu berkepala botak. Bulan lepas aku pun botak, brader ... hehehe.
mantap, sin.. saya sangat suka dengan nada 'beringat & jangan dok taksub' your piece kali ni..
BalasPadamsesama islam ....
BalasPadamMoga ALLAH Membuka hati pemimpin Melayu utk membela Agama Islam dan org Melayu.
BalasPadamAMIN.
Jangan ekstrem sangat, kalau nak tuduh orang lain liwat atau zina, tolong bawa pergi mahkamah syariah, jangan duk ajar budak sekolah letak atas muka depan surat khabar perdana. Jangan ekstrem ya. Jangan anggap orang itu bersalah selagi belum terbukti di mahkamah.
BalasPadamJangan ekstrem dan taksub, tapi porno boleh ?
Berpolitik jgn sampai berdendam
BalasPadamNOK NOK.
BalasPadamJangan extrem yer...sehinga nama agung pencipta alam semesta pon nak disamakan dgn tuhan penganot agama kristian .
Jangan extrem yer sampai penganut agama lain memurtadkan sedara seagama kita pon kita tak mampu untuk melakukan sesuatu.malahan mereka yang bertindak untuk tidak menyokong perkara sebegitu di tuduh tidak senonoh.
apek jaga lepan ala longkang, aiya.! lompat apek lompat, aiiyaa..!!
BalasPadamBetol tu! agenda islam jauh lebih penting dari agenda liwat.
BalasPadamKALAU NAKKAN SEDERHANA BIARLAH SEMUANYA SERDAHANA, JANGAN KENA KAT KAUT HARTA NEGARA KAMU TAK PUAS2, MANA SEDERHANA KAMU?????
BalasPadamNak tuduh kena ada bukti. Semua perkara dikatakan rasuah dan kaut.
BalasPadamTak ada bezakan antara salah peribadi, salah pegawai kerajaan dan salah polisi.
Mereka yang tuduh sedemikian ada extremis.
Semoga pemimpin melayu membela Islam dengan...hub hiburan malam dan menolak hukum qazaf ditegakkan. Itu taksub tahap gaban.
BalasPadamtakde click like ke? Like!
BalasPadamsalam,
BalasPadamsemasa berada jauh daripada ahli, memang nampak hubungan pemimpin rapat. sewaktu berada dalam kelompok ahli, nampak pemimpin macam musuh ketat. maki hamun, fitnah macam makan sate unta panas jer ...