Selasa, Ogos 21, 2012

Budak sekarang kenakan YB masa beraya?


Di musin raya ini, budak-budak buat satu geng untuk raya dari rumah ke rumah. Kita tahu budak-budak ini datang hanya untuk duit raya tapi keluarga Husin pastikan kedatangan budak-budak ini diraikan.

Keluarga kami akan pastikan budak-budak ini dihidangkan air Maklumlah haus budak-budak ini berjalan. Sambil tu, container kueh dipastikan berisi. Ada makanan pun dihidangkan. Kita akan bantu mulakan perbualan dan tanya soalan dan adakala berikan nasihat.

Pantang kami untuk kasikan mereka duit sebelum mereka masuk rumah. Kunjungan kanak-kanak ini membawa bersama doa dan rahmat. Satu hari mereka akan membesar dan layanan kita kepada kedatangan mereka akan tertera dalam ingatan.



Kita mungkin dah lupa ... jadi YB-YB semua kena beringat. Setiap gerak geri kita membina pandangan masyarakat terhadap kita di masakini dan masa depan.


Ada orang cerita cakap dan ini tidak semesti betul.

Dato Husam Musa sibuk melayan tetamu dan malas nak melayan budak-budak yang datang berkunjung rumahnya. Tak tahulah dia sedang sibuk melayan ahli PAS baru bernama Tamrin Tun Ghaffar dan sembang cerita balak ke ....walluhu alam.

Kisahnya datang satu kumpulan budak-budak nak beraya. Baik dengar loceng ditekan, Huse keluar dan belum dibuka gate, dia tanya mereka, "Nok gapo?"

Budak-budak ini diam saja. Mereka salah sangka Huse serupa marah. Taulah gaya Husam mudah disalah sangka seriusnya. Lalu Huse tanya, "Make ko duik?"

Budak-budak tu tengok saja muka Huse dan tidak berkata apa-apa. Lalu ditanya pula, "Goyak lo mu nak make?"

Akhirnya mereka menyahut, "Doh tokse make ... kenye."

"Kasi duek sajo bule ....?"

"Tokse."

Peace buat YB yang kena dengan kami 

"Cepak ... mu nak gapo?"

"i-pad sore se ...." lalu terus mereka jalan.

Huse tersentak sekejap. Apa ke lojik budak ni nak mintak i-pad dengan aku. Satu i-pad harga ribu. Mintak beg atau yuran sekolah takpa juga.

Lepas sejenak, Huse sedar bahawa dia diperli budak-budak. Syukur ... lepas tu, Huse nampak baru. Sejak tu baru dia sedia menerima kunjungan kanak-kanak yang datang beraya ni. Entah-entah malaikat tak yang kunjung dia ....

Husin tertanya ... tak mahu dia saman raja dalam menyaman blogger yang mengalahkan Rais Yatim.

Wow! Lagi untung budak jual YB dari dapat duit raya

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama10:39 PTG

    Budak gen z dah main i pad dan bergantung dgn komputer dari kecil. Besar tak kenal manusia

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.