Khamis, Disember 20, 2012

Cari kerja dengan kerajaan


Seorang anak muda, Musa bin Hasan dari desa datang ke kota untuk mencari kerja.

Waktu petang dia akan berjumpa dengan kawan sekampong, Ramli bin Yusof yang sudah lama bekerja di Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tanya-tanya. Ramli turut membawa bersama rakan istimewanya dari tempat sama kerja tapi di Jabatan Kehakiman, Anita Harun yang sudah agak intim perhubungan mereka. Nak tunjuk rakan sekampong lah konon.

Sebaik mereka bertemu di sebuah warong dan Musa diperkenalkan oleh Ramli kepada Anita, mereka oder minuman dan kueh-kueh untuk minum teh petang.

Musa: Kamu kerja di Jabatan Perkhidmatan Awam, kan?

Ramli: Ya ... apa pasal? Apa aku boleh tolong?

Musa: Aku ada mohon kerja yang sesuai dengan pelbagai tempat. Ada kerja syarikat swasta. Ada kerja syarikat kerajaan. Ingat nak juga cuba jabatan-jabatan kerajaan tertentu. Nak tanya sedikit ... bagus ke kerja dengan kerajaan. Orang kata gaji sikit.

Ramli: Tentu boleh ... tapi dari segi gaji mungkin tidak sebesar swasta tapi sudah bertambah kompetitif bagi bebanan kerjanya. Tahu-tahulah kerja dalam kerajaan tidak seteruk dan segesa-gesa seperti kerja dengan swasta. Namun ianya lebih stabil. Sebenarnya banyak kelebihan bekerja dengan sektor awam. Itulah sebab ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam.

Anita: Ah ... kueh dah sampai. Jemput makan dahulu Musa.

Musa: Terima kasih. Terima kasih.

Ramli: Ada elaun perumahan. Anda akan dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah kerana elaun sudah pasti akan membantu.

Ada elauns COLA ia-itu cost of living allowance. Bila kerja sini dan taraf hidup tinggi, ada cola berdasarkan bandar mana kita kerja.

Anita: Kat Kolumpo ni semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain.

Ramli: Lepas tu ada pula imbuhan khas yang dipanggil ITKA atau singkatan untuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam. Ini imbuhan untuk kakitangan awam, sebagai penghargaan berkhidmat untuk negara.

Musa: Cerita sikit pasal kenaikan gaji tahunan.

Ramli: Ya aku lupa. Dalam swasta sekarang, kenaikan gaji tahunan adakala tidak garenti. Ada bergantung pada prestasi kerja. Adakala bergantung pada bos suka kamu.

Anita: Dalam kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang diperolehi kerana pada pangkat lebih tinggi, kenaikkan tahunan lebih tinggi.

Ramli: Ya ... penting sekali ada beberapa kemudahan untuk beli rumah, kenderaan dan beli komputer. Sebaik kamu dah settle, kena fikir pasal mempunyai tempat teduh. Jumlah pinjaman mungkin tak setanding swasta tapi bukan pinjam dengan Bank dan faedah tinggi serta bayaran bulanan lebih besar. Dapat pinjam bila-bila masa dan tak payah nak tunggu kiu.

Musa: Bagus tu .... cuti berapa hari setahun?

Anita: Cuti paling minima adalah 14 hari buat pekerja am. Bagi yang berjawatan professional, setahun sampai 25 hari. Ada lagi tambahan cuti tahunan dengan kenaikan pangkat. Bagi isteri bersalin, boleh ambil cuti 2 bulan dengan gaji.

Musa: Kerajaan pakai caruman KWSP atau pencen?

Ramli: Baru nak cari kerja, kau dah fikir pencen. Baguslah rancang ke hadapan. Ianya terpulang pada kita. Dua-dua sekim ada kelebihan tersendiri. Oh ya ... bersara dah umor 58 tahun sekarang. Bukan lagi 55 tahun.

Anita: Satu kemudahan baik dengan kerajaan adalah peluang melanjutkan pelajaran. Ada peluang untuk dapatkan tajaan. Peluang pergi kursus pun selalu. I baru tahu banyak kursus pendik yang kita pergi bayarannya ribu juga

Musa: Bukan ke itu yang orang ramai komplen susah nak jumpa pegawai. Asyik kursus sajer.

Ramli: (Dengan senyum) Oh ... itu untuk menambah ilmu dan meningkatkan efisiensi.

Musa: Ilmu dah dapat tapi efisiensinya lambat nak meningkat.

Ramli: (Sambil tangannya mengenggam tangan Anita di bawah meja) Bagi merumuskan semua ini, kerja dalam kerajaan memberi lebih masa untuk diluangkan bersama keluarga bagi mereka yang berkeluarga. Ini bermakna kualiti kehidupan yang lebih baik.

Anita: (Keluar senyuman terukir di bibir)

Musa: Aku dengar kerja dalam kerajaan ni banyak campurtangan orang luar khususnya orang politik.

Ramli: Oh tu ... memang leceh sedikit. Tapi ianya perkara biasa di mana-mana.

Musa: Selain dari itu, aku dengar banyak kisah orang bawah buat kerja tapi ahli politik yang ambil nama.

Ramli: Kena faham lah bahawa sebagai pegawai kerajaan, kita berkhidmat untuk apa yang orang putih kata serving our political master. Jadi ...

Anita: Jadinya ... lantak mereka nak sangat nama. Bila ada masaalah, kita buat dekkk saja. Biar mereka pula  yang akan dipersalahkan orang ramai dan awam.

Musa: Oh gitu ... lepas tu, macam mana pula dengan masaalah rasuah dalam kerajaan. Tak ke risiko pada kerja di situ?

Ramli: Ah! Kau ni Musa, pendik cerita sajalah. Yang ahli politik ni kan, biar dia nak kredit kerana bila apa-apa berlaku, they will take the blame. Bukan kita.

Anita: Mereka nak ambil rasuah tu pun tidak semudah dijangka orang. Kena ada persetujuan dan kerjasama dari kita untuk menjalankan arahan, meluluskan bayaran dan melepaskan cek. Kalau kita tak setuju dan bekerjasama, mereka tak boleh nak makan rasuah.

Musa: Tak patut rasuah terus berlaku?

Ramli: Kalau ahli politik nak makan rasuah, kenalah .... ahem ahem. 

Musa: Apa tu?

Ramli: TST lah Musa. Tahu sama tahu. Penting sekali, bila apa-apa berlaku, mereka yang kena.  Ahli politik lain cari mereka. Rakyat cepat menuduh mereka. Kita tetap clean dan boleh bising pasal rasuah.

Wow! Masih lagi untong jual orang dari cari kerja

7 ulasan:

  1. Tanpa Nama1:22 PTG

    Ambik rasuah,
    bersubahat sama..

    dua2 main peranan..wahahahah

    BalasPadam
  2. PAS Sadiq Sigaraga1:27 PTG

    Wooo ini dalam, Sin.

    Cerita lain maksud lain.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama2:01 PTG

    Aku rasa ahli politik jugak mau jadik saudagar unta..keke

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama3:00 PTG

    Rasuah ni macam sex luar nikah. Masa buat dua-dua syok. Masa kena tangkap yg terima aje kena macam perempuan yg pregnant. Insafla

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama3:59 PTG

    Dari mana pulak datangnya watak si Fara tu??? nampak sangat penulis skripnya tak cermat dalam kerja.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama5:10 PTG

    Cik husin pun dah start mamai dah!

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama4:28 PTG

    Musa hasan dan ramli yusof ... apa mesej kau nak sampaikan Sin???

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.