Ahad, Disember 02, 2012

Jawatan baru Presiden UMNO


Husin sempat meluangkan dua hari semalam dan hari sebelum itu di Persidangan Agong UMNO 2012. Nak dengar ucapan, perbahasan dan tidak lupa untuk bergambar dengan peminat. Bagi peminat yang kenal, kenallah Husin.

Tak payah kita berselindung. PAU 2012 kali ini adalah untuk persediaan untuk pilihanraya umum. Maka mereka tidak mahu ada kontroversi, tiada isu mahu ditimbulkan atau tiada ruang untuk pembangkang jadikan isu.

Dibuat demikian, supaya tiadalah pemimpin atau pembahas ikut lazim mereka untuk tembak kaki sendiri.

Punya nak jaga-jaga sampai tiada usaha sangat nak tembak pihak lawan, melainkan ucapan dasar Presiden di pembukaan dan ucapan Timbalan Prresiden ketika membukan mesyuarat sayap.

Betul ada disentuh PAS dengan kelemahan perjuangan mereka di hari ini. PKR dengan liberal melampau, dan DAP dengan cauvanis. Masaalah pembahas pulak asyik nak tembak Anwar Ibrahim saja. Itu dah memberi ruang menjadi Anwar terkenal.  


Apa hal pun, Husin nampak UMNO mengeksploitasi betul isu LGBT, Islam liberal dan plural, dan khususnya kesediaan Nurul untuk murtad. Hairan Nurul mahu malu-malu dan takut-takut hingga nak saman-saman. Kalau itu perjuangan, biarlah jelas.

Kata nak Melayu diberi kebebasan meilih ugama tapi tak ngaku hakikat Nurul mahu Melayu diberi kebebasan murtad dan menurut permainan mubaligh kristian evangelis. Entah apa lagi yang mereka mahu pun tak tahu. Orang Islam yang nak murtad perlulah ikuti proses mahkamah syariah.

Dah ada kebasan itu tapi ikuti prosedur. Nak masuk Krsitian pun ada prosedur baptis. Masuk Hindu celet dahi.

Husin nampak dan syukur UMNO dan khususnya Dato Najib lebih tegas menyatakan pendirian menolak LGBT, Islam Liberal dan Plural, dan  fahaman liberalimsa.

Turut tersentuh adalah kesediaan Dato Najib meminta maf atas kesalahan yang lepas. PAS, PKR dan DAp banyak dosa tapi adakah mereka sedia meminta maaf?

Paling tersentuh adalah bila ada kesungguhan dan perisytiharan Dato Najib di akhir ucapan dasar. Dia macam nak menangis .... tapi tak bolehlah pasal dia belum lagi layak nak kata ... dah lama, dah lama.


Cukup menarik ketika Dato Najib menggulong perbahasan. Ketika dia berikrar dan mambaca doa. Hangpa baca di Berita Harian di sini tapi Husin beri sedutan bawah:
Bayangkan adakah kita mahu anak-anak kita sesat akidah, adakah kita mahu anak-anak kita gelap masa depannya, adakah kita mahu negara porak peranda, adakah kita sanggup memperjudikan masa depan negara. Jika semua jawapan tidak, maka katakan tidak kepada PKR. Katakan tidak PAS, katakan tidak kepada DAP. Ini masanya untuk kita sedar dan berada dalam barisan yang kukuh dan bersatu. Untuk apa? Untuk menentang fitnah daripada PAS, menentang pluralisme daripada PKR, untuk menentang perkauman daripada DAP.

Saya mengajak saudara-saudari dalam dewan dan di luar, tariklah nafas, tariklah bersama nafas kesyukuran, tariklah bersama nafas kedamaian. Bayangkan tuan-tuan segala kesyukuran, kedamaian, kebahagiaan yang saudara saudari kecapi, yang saudara-saudari nikmati dan akan terus merasai hasil pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional. Bayangkan, bayangkan segala kehancuran, kemusnahan, porak peranda, dan kebangsatan bangsa pasti berlaku jika anda memilih pembangkang.

Marilah, marilah tuan-tuan dan puan-puan, genggamkan tangan kanan kita, genggamkan tangan kanan kita, genggamkan dengan penuh yakin dan percaya, letakkan di dada kita, satukan hati dan niat kita, katakan tuan-tuan, katakan dari hati dan jiwa kita, demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia, demi bumi bertuah ini, demi anak cucu kita, kita mesti sedia setia pada perjuangan UMNO, demi kedaulatan dan kesucian agama Islam, kerana UMNO mempertahankan Islam, kita mesti taat pada pemimpin UMNO, demi kemenangan parti, kerana UMNO membela rakyat, katakan tuan-tuan dan puan-puan, kita mesti bersatu sesama ahli UMNO, jangan bersengketa, kerana perpaduan adalah tiang seri pada kejayaan kita. Yakin dan percayalah, hanya UMNO yang mampu mempertahankan kesucian agama Islam. Yakin dan percayalah hanya UMNO mampu membela untung nasib bangsa Melayu, dan kaum kaum lain.

Katakan dalam jiwa kita, hidup dan matiku hanyalah untuk Islam, wajib aku pertahankan UMNO, kerana UMNO mempertahankan Islam. Tuan-tuan dan puan-puan, yakin dan percaya, satu undi untuk PKR, maksudnya satu undi untuk kerosakan akidah dan kehancuran sosial. Satu undi untuk PAS, maksudnya satu undi untuk perpecahan umat Islam. Satu undi untuk DAP, maksudnya satu undi penindasan bangsa tercinta.

Yakin dan percaya, satu undi untuk UMNO dan Barisan Nasional, maksudnya satu undi untuk keselamatan akidah umat Islam. Satu undi untuk BN, maksudnya satu untuk kekuatan dan perpaduan umat, satu undi untuk BN maksudnya satu undi pembelaan bangsa Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita menadah tangan, memohon pada Allah dan memohon pertolongan Allah.

Ya Allah kuatkan UMNO. Ya Allah kuatkan Barisan. Ya Allah kuatkan kami. Ya Allah tolonglah kami untuk memelihara agama Islam. Tolonglah kami untuk membela bangsa Melayu dan bangsa lain, tolonglah kami untuk berlaku adil pada semua, peliharalah kami dari fitnah manusia, pelihara kami dari kerosakan bangsa, pelihara kami daripada kehancuran negara. Ya Allah berilah kemenangan pada UMNO dan Barisan Nasional, berilah kemenangan pada kami, demi agama Islam, bangsa dan negara.

Ya Allah kabulkan doa dan permohonan kami. Amin Ya Rabbal Alamin.

Marilah kita bersama-sama dalam dewan ini bersumpah dan berikrar dengan nama Allah, selagi darah masih mengalir, selagi hayat dikandung badan, agama suci Islam pasti kita daulatkan. Bangsa Melayu pasti kita perjuangkan, rakyat Malaysia pasti kita makmurkan, negara tercinta pasti kita pertahankan.

Hidup UMNO, hidup Barisan, hidup Malaysia.
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.
Selamat berjuang.
Terfikir di hati Husin.

Dunia macam dah berpusing 180 darjah. PAS yang dulu bergegar konon nak negara Islam dan mahu hukum hudud kini tak boleh nak pertahankan akidah orang Islam. Negara Islam dah jadi negara sosialis kebajikan.

Kalau hukum hudud hanya setakat hal perempuan set rambut jantan di salon rambut, buat apa? Belum Husin masuk hujah bab takzir dan qisas. Hehehe ... tahulah sikit-sikit.

Takut kek bonggali dan kerana nk sangat Putrajaya, Islam dah jadi isle ... isy selam.


PAU 2012 penuh bergema dengan isu ugama pula. Akhirnya UMNO berani memberitahu mereka sebenarnya yang konsisten memperjuang dan memberi pengisian dalam perjuangan untuk Islam.

Presiden membacakan doa dan diaminkan ahli dan perwakilan.

Ada mungkin terasa macam di Muktamar PAS pulak. Entahlah ... tunggu masa jawatan Presiden UMNO patut ditukar jadi Presiden UMNO dan merangkap Murshidul Am UMNO.

Cuma terlambat Dato Najib nak keluarkan surat perkeliling panggil dirinya sendiri sebagai Tuan Guru. Patut buat segera sebaik naik jadi Menteri Besar. Hehehe ... 

Wow! Kuat jual agama akhirnya terjual diri sendiri

13 ulasan:

  1. Tanpa Nama10:15 PG

    Husin

    Apa nak jadi kelab dangdut kalau umno dah jadi pas.

    atau ahli pas pulak ke kelab dangdut muahahah

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama10:23 PG

    Pas tak ke dangdut tapi akan balun isteri sahabat-sahabat mereka sendiri..ekekekek

    BalasPadam
  3. Ketentuannya kalau umno kalah adalah sekadar untuk kita lihat wajah bogel pembangkang yg sebenar.

    Sekali bah sekali pasir berubah, apakah kita bimbang melayu Dan Islam tidak dapat bangkit semula di Malaya ini.

    Bukankah umno itu perlu di overhaul, manamungkin dapat lakukan jika terus berkuasa. Dan jika umno terus menang, takut2 making besar kepala!

    BalasPadam
  4. Aku rasa nak tolong gak PM tu. Kesian gak dia kena jaga hal ehwal wanita. Tapi, kalau nak mintak aku tolong biarlah bagikan jawatan jaga hal ehwal puteri. amacam, sin? boleh tak? Marah dik Rosnah kang kat aku. Walau cammana pun aku salute PM. menanggung beban seperti bapanya dulu dengan semangat waja. Dulu masa bapa dia, terpaksa tanggung masaalah dari Tengku. Sekarang DSN pula tanggung masaalah dari zaman Pak Lah.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama2:20 PTG

    Sein, jawatan baru PM hang tu adalah ketua pembangkang.Pasai rakyat dok tengok dia dok pembohong saja kerja dia. Apa polisi untuk negara,yang aku tau mat peranchis nak bagi dia kerakyatan lepas PRU13.Insyallah...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama4:24 PTG

    sekarang ni pun melayu dah terkulai layu..nak cerita apa lagi husin??

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama1:14 PG

    Adab berdoa tak ada. Allah suka dipuji.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama1:14 PG

    Adab berdoa tak ada. Allah suka dipuji.

    BalasPadam
  9. memang menarik PAU kali ini. memang nyata UMNO dah sedia untuk PRU.

    satu kekesalan hamba adalah tak dapat bergambar dengan Usin..kikiki

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama8:16 PG

    Husin Ana rasa pilihan raya kali ini barisan nasional getir sikit untuk mengekalkan kuasa,company ana ada 4000 staff lebih kurang,dalam satu department ada 200 ke 300 staff,nak cari 100 penyokong kerajaan pun susah,selebihnya penyokong pembankang.terpaksa lah ana diam bila mereka membicangkan isu politik.

    BalasPadam
  11. Sin,

    Ana nampak dalam PAU, muka-muka 'PEMUDA" dah nampak macam muka atuk ana, muka muka PUTRI daha macam muka nenek ana.

    Teringat pulak cerita lawak dalam TV, orang nak jumpa Tuan Putri bertanya kapada sasaorang: "Maaf nenek, boleh saya jumpa Tuan Putri". Orang itu menjawab: " Kepala hotak kau nenek !!, akulah tuan puiteri".

    HA HA HA HA....

    BalasPadam
  12. Jiwa Paradox

    Dah banyak peluang ... apsal tak ambil gambar? Lain kali, kawan caj duit tau :)

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama1:24 PG

    ana rasa mana puteri yg dah rasa tak berapa nak puteri tu. letaklah jawatan masuk club mem-mem plak. yg pemuda dah tak berapa nak muda tu, bagi lah can pd yg muda. sindrom takut hilang kuasa nilah yg akan melemahkan umno. dan dulu memang dah melemahkan kesultanan melaka. bukan cina dan india dan yahudi tapi org yg tak sedar diri yg menjadi penghancur bangsa melayu. bacalah sejarah. hussin apa tau. dia alab jual unta sahaja.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.