Antara filem lama kegemaran Husin adalah Musang Berjanggut. Ianya mengisahkan anak angkat Sultan, Nila Kencana diarahkan mencari pasangan hidup. Akhirnya dia ketemui Puspawangi yang bukan saja seorang rupawan, tapi bijaksana sekali.
Apabila dibawa pulang isterinya ke istana untuk bertemu ayahanda, ramai para pembesar dan juga Sultan jatuh hati padanya. Masing-masing membuat rancangan untuk memilikinya sendiri.
Dengan kepandaiannya mengakalkan kesemua pembesar dan Sultan dengan helah Musang Berjanggut, akhirnya dia berjaya menyelamatkan diri dari godaan mereka-mereka yang begitu berkuasa, dan membuat semua menyedari kesalahan dan meminta maaf.
Pusapawangi dan Nilam Kencana |
Itu kisah zaman dulu-dulu, tapi rupanya di zaman 2012 ada pula kisah Musang Berjanggut di negara Air Hitam Keldai Angguk dalam Nusantara Melayu.
Negara Air Hitam Kaldai Angguk teramat sangat kaya hingga Sultan dikatakan orang paling kaya dalam dunia.
Dalam dia kelihatan hebat, rupanya sering diakal dan ditipu macam Sultan dalam cerita Musang Berjanggut.
Ramai saudagar dan penasihat asing tahu bahawa banyak harta boleh diperolehi dari Sultan jika dia percaya dan suka pada seseorang itu. Lagi banyak boleh diperolehi dengan mengakal Sultan dan adik beradiknya.
Satu masa itu, adiknya sudah menyeleweng hingga berbillion pembaziran dan kerugian dari pelaburan negara. Akhirnya Negara Air Hitam Kaldai Angguk jadi bahan ketawa.
Cuma ceritanya sangat berlainan dari cerita Musang Berjanggut dalam filem P Ramlee. Tiada Puspawangi tapi banyak Puspawangi.
Padahal Permaisuri orangnya sangat baik. Orangnya taat, setia dan sabar. Sungguh rajin mengaji Quran dan beramal soleh. Begitu solehah sekali.
Namun begitu Sultan masih inginkan seorang Puspawangi.
Puspawangi I seorang anak negeri. Bekas peramugari kapalterbang. Lepas belasan tahun berkahwin, dikurniakan dua putera dan dua puteri. Putera pertama boleh menjadi Raja Muda dan menunggu selepas putera Permasuri untuk naik takhta.
Rupa-rupanya Puspawangi I ada hubungan luar rumah dan langsung dicerai. Kini Puspawangi I duduk di Temasik.
Memanglah murka dan perlu diceraikan apabila diketahui tapi kenapa tidak dijaga isteri dengan baik dan tidak liar di luar rumah? Tak ke bangang
Sultan pun kembali dengan hanya seorang isteri, Permaisuri.
Namun nafsu syahwat tidak tertahan dan Sultan masih inginkan lagi seorang Puspawangi. Dalam jalan-jalan dinegara jiran, Sultan jatuh hati dengan seorang pembaca warkah negara Bangsa Benua.
Lalu dia atur untuk bertemu sebuah hotel di Temasik. Selepas selalu ketemu dan lama-lama dia jatuh hati dan diambil jadi Puspawangi II.
Sayangnya Sultan tidak merisik betul-betul.
Puspawangi II dah banyak dimakan tupai. Ada tupai beritahu bahawa ramai tupai-tupai lain dikalngan jiran tetangga sama-sama tebuk. Tupai-tupai yang sudah tebuk hanya senyum ketawa melihat Sultan makan sisa mereka rakyat biasa.
Setelah berkahwin, Puspawangi II dapat seorang cahaya mata lelaki. Cuma dia tidak tahan hidup terkongkong dalam sangkar emas.
Dia seekor burung yang bebas dan selalu bermain-main dengan tupai-tupai. Akhirnya dia terlanjur dengan seekor tupai asing yang hanya drebar.
Sebaik sampai ke pengetahuan Sultan, biasalah reaksi seorang Sultan yang hanya tahu ikut emosi dan murka. Lalu terus diceraikan.
Nak salahkan Sultan pasal tak periksa pun tak boleh. Sultan dah temu di Temasik. pastilah Sultan dah risik dahulu.
Balik semula dengan hanya seorang isteri, Permaisuri yang begitu solehah.
Orang kata sekali kalah, kali kedua tak mahu lakukan lagi. Kali kedua dilakukan dan gagal tapi tetapkan lakukan kali ke tiga.
Maklumlah ... siapa berani tegur Sultan Negara Air Hitam Kaldai Angguk. perintahnya itu undang-undang. Murkanya peraturan.
Rupanya dalam diam-diam Sultan sudah jatuh hati pula dengan isteri kepada adik Memanda Bendahara negara jiran Bangsa Benua. Adik Memanda bernama Mizan Undurbaca.
Macam Pusapawangi II, Puspawangi III pengacara rancangan di media yang sama.
Semasa Puspawangi III berkahwin dengan Mizan Undurbaca, mereka begitu intim dan cantik sebagai pasangan yang begitu sayang menyangi. Dikurniakan tuhan dua orang cahaya mata.
Rupa-rupanya Puspawangi III adalah anak saudagar India Muslim yang dua anak lelaki kahwin dengan dua anak perempuan Tompel dalam cerita Ahmad Albab.
Kahwinkan anak untuk jadi pisau cukor.
Mizan Undurbaca kerja kuat sebagai pereka tapi kemahuan Puspawangi III hanya menurut arahan ayahanda saudagar India Muslim. Apabila ada peluang lebih besar, Puspawangi III sedia bercerai dan tinggalkan anak-anak untuk Mizan Undurbaca jaga.
Perkhabaran dari angin lalu memberitahu bahawa Sultan Air Hitam Kaldai Angguk inginkan Puspawangi III.
Sultan akan salah sekali lagi. Tindakan Sultan akan memalukan Bendahara Bangsa Benua dan menjadikan hubungan dua hala susah. Lagi malu akan pandangan ramai akan perkahwinan Sultan dengan dengan janda anak tiga yang dirampas dari adik Memanda Bendahra negara jiran tetangga.
Nampaknya sebagai Sultan sudah degil dan enggan belajar dari apa yang terjadi pada Tengku Rufsi Pusingeja. Tengku berhadapan dengan keluarga bekas isteri yang pisau cukur hingga akhirnya bercerai dia dengan isteri penyanyi Bangsa Benua yang juga jadi seorang solehah.
Sultan mana boleh tegur. Dia buat kerja bangang pun, rakyat kena akur.
Baik cerita dulu atau cerita 2012, ada saja Sultan Melayu yang buat cerita sama. Lagi banyak harta lagi dia leka. Puspawangi yang diidamkan cantik dan bijaksana tapi dapat yang cantik dan durjana. Akan datang ini pula cantik dan baham sini sana.
Sultan pun perlu ditegur untuk elakkan kesilapan yang asyik berulangan dan nampaknya akan berulang. Musang Berjanggut bukan lagi buat-buat cerita tapi betul dah ada. Jalan cerita saja lain.
Wow! Menunggu cerita Puspawangi IV. Media sama negara Bangsa Benua juga?
amboi sapa pula kamu jual ni sin
BalasPadamnampak gayanya aku kena baca 2-3 kali baru faham.
BalasPadamFuyooo Sin.
BalasPadamBrunei, Singapore, Malaysia, Nazim, Najib, pengacara TV3 x 2, Sufri, Mazuin semua ko jual ya.
Ha ha ha ha ha
aku cuma tak dapat tangkap satu saja
BalasPadamkenapa brunei di sebut tuan haji kita sebagai negara air hitam keldai angguk?
ada sapa2 yang boleh bagi pencerahan?
Negara air hitam keldai angguk maksudnya negara pengeluar minyak.
BalasPadamSalam Boss... Hebat Blog boss... Mohon dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com/ ke blog boss... Terima Kasehhh boss...
BalasPadamNegara Bangsa Benua ni mesti best punya cewek2. Cantik dan Jalang2 berlaka.
BalasPadammy kind of woman
Semoga Tuan Hj Husien di berkati..
BalasPadamuntuk renungan dalam tuduhan, atau menyibar berita tentang zina...atau menyibar cerita di tebuk tupai...maka ia adalah tuduhan yang meng aib kan org tersebut...
maka mari kita renung firman Allah swt ini semoga kita beroleh petunjuk..
“Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik-baik berbuat zina dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. Kecuali orang-orang yang bertobat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nur: 4-5).
For RM10 million each the Sultan can take both my wives
BalasPadam2:22
BalasPadamget a life and preach to your pas fanatics that
pening nak baca... tapi confirm ke btoi2 ni??
BalasPadampening nak baca... tapi confirm ke btoi2 ni??
BalasPadamsalam
BalasPadamberita disahkan tidak tepat tuan.
maklumat dari tuan empunya diri.
CH
Macam mana ko sahkan?
BalasPadamAda ke Sultan Air Hitam Kaldai Angguk?
Ada ke Mizan Undurbaca? negara mana negara Bangsa Benua?
Kalau yang terasa dah nafikan, baguslah dah terasa.
Elak dari perkara yang akan terus membodohkan raja-Raja Melayu dari tingkah laku Raja-Raja Melayu sendiri dari berlaku.
Hehehe ... itu kot niat tersirat satira Husin Lempoyang ni.
Malulah!!!!
salam
BalasPadamkalau sultan kaldai angguk tu kenalan aku. tak sempat kot aku nak melayan posting kat sini.
ini versi 'popular' yang 'semua' orang tahu.
aku reply semalam sebab aku ingat wartawan agensi berita husin lempoyang yang feed cerita ni.
walaupun bukan agensi husin lempoyang yang feed. sebab aku dah jawab. aku jawab je lah sekali lagi.
versi puspawangi iii.
bukan dia.
bukan sultan kaldai angguk yang cari.
CH
Tuan Husin Lempoyang,
BalasPadamZaman sekarang zaman menyaman. Kalau Tuan Husin tulis secara jenaka sekalipun, namun innuendo tersebut difahami sebagai merujuk kepada seseorang.
Ana cuma nak ingatkan Tuan Husin untuk lebih berhati-hati dan guna nama yang tiada konotasi dengan individu berkenaan pada masa akan datang.
Macam manapun Ana enjoy baca artikel Tuan Husin.
Hi there, its pleasant post concerning media print, we all know
BalasPadammedia is a impressive source of data.
my page - bankruptcy in florida