Ahad, Disember 23, 2012

Tun Keng Yaik akan kekal dalam ingatan

1939-2012

Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia semalam pada umur 73 dirumahnya di Petaling Jaya. Husin akan merinduinya.

Mendiang Dr Keng Yaik terkenal dengan cara bercakapnya di sidang-sidang akhbar yang begitu  jujur sekali. Dengan stail apek tua yang bercakap secara santai, Mendiang tak tahan dan jaga-jaga ayat tapi begitu terus terang.

Caranya ini sering agak lucu dan menggelikan hati.

Buat ingatan, Husin mainkan dua You-Tube impersonation; satu dalam bahasa Inggeris yang tak diketahui siapa, dan kedua dalam bahasa Melayu oleh Datuk Yusof Chong.


Lihat semua persembahan Yusof Chong tapi bahagian Mendiand Keng Yaik di 2:35.


Mendiang Dr Keng Yaik pun memang seorang yang suka berjenaka dan berseluroh.



Dia juga tahu bila masa nak serius dan beri tumpuan kepada kerja dan tanggungjawabnya. Setahu Husin, imej dan keperibadian yang ditunjukkan diumum lain sekali dengan keperibadian dirinya sebenar.

Dalam pejabatnya, Mendiang bukan seorang apek tua yang mamai atau nyanyuk seperti yang ditunjukkan diluar tetapi jauh sekali. Rakan-rakan Husin yang berurusan dengannya mengkagumi kecekapannya dengan fakta dihujong jari, cepat memahami isu dan faham hal teknikal perundangan, kejuruteraan, kewangan, dll.

Mendiang Dr Keng Yaik tidak sebodoh dan selewa yang dia tunjukkan di luar dan ini membuat ornag sering salah sangka terperangkap.

Ramai rakan-rakan akui Mendiang sebagai seorang Menteri yang cekap pentadbirannya dan sebaik dia tinggal, Parti Gerakan tidak seperti dulu.

Baca dedikasi oleh rakan blogger, Bujai di sini dan Utusan Malaysia sini. Sama-sama Mendiang Dr Keng Yaik tidak akan mudah untuk kami lupakan.

Takziah kepada balu dan keluarga Mendiang.

Wow! Manusia mati meninggalkan nama

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama7:36 PTG

    Nak fatihah tak boleh.

    Takziah sajer la kita.

    Joke aside, keng yaik mmg org berupaya.

    kdg2 tersentuh juga teguran dia terhadap org melayu dan penganut ugama islam.

    Tapi tak nyakitkan hati dan pura2 mcm dap hari ini

    BalasPadam
  2. Salam Takzim Tuan Haji,

    Takziah untuk ahli keluarga mendiang

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama11:59 PG

    Tn Hj,

    Dia pun rindu kat hang. Dia kata: Jumpa di sanaaaaaa.....

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.