Selasa, Mei 28, 2013

Menteri Pengangkutan perlu beri amaran



KUALA LUMPUR 28 Mei: Orang ramai menuntut Pemangku Menteri Pengangkutan, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn memberi amaran kepada syarikat penerbangan ala teksi sapu, Air Asia Berhad di atas beberapa insiden dan kata-kata dari eksekutif tertinggi syarikat.

Sejak akhir-akhir ini, Air Asia telah menunjukkan sikap yang agak kurang ajar dan biadap terhadap pelbagai pihak. Ia bermula dengan kenyataan CEO Air Asia X, Azran Osman untuk menghina Utusan Malaysia dan orang Melayu amnya.

Walaupun Pengerusi Tan Sri Rafidah Aziz mempertahankan kenyataan Azran sebagai pendapat peribadi, hujahnya salah kerana dia menggunakan kuasanya sebagai CEO untuk nafikan iklan kepada Utusan Malaysia. Dengan demikian, dia membuat pendirian rasmi.


Ekoran dari itu, Air Asia patut diberi amaran yang keras kerana insiden di Vietnam di mana seorang ibu dan anak dinafikan naik kapalterbang atas alasan ada penyakit chicken pox yang mudah merebak.

Namun begitu, ibu dan anak itu tidak hadapi masaalah untuk diterima dan terbang dengan kapalterbang MAS yang lebih mesra dan prihatin serta berperi kemanusian.

Kemarahan orang ramai dan patutlah amaran keras itu dijunamkan ke ruang-ruang tertentu adalah CEO Air Asia, Aireen Omar akibat usaha aireen untuk menipu.

Katanya Air Asia ada menawarkan bantuan tetapi ibu tersebut menafikan ada usaha demikian.

Dato Hishamuddin juga dituntut memberi amaran teramat keras apabila sekumpulan jemaah umrah memberitahu Air Asia telah memaksa mereka memendikkan masa beribadat di tanah suci.

Sehati sejiwa untuk buat duit dan tipu rakyat
Jemaah yang telah merancangan perjalanan mengikut jadual yang ditetapkan dipaksa pendekkan masa atau bayar lebih untuk tunggu lama sedikit. Alasan yang diberi adalah atas "sebab kommersial." 

 Jika belum adalah lagi tindakan berani dibuat, Dato Hishamuddin perlu memberi amaran paling keras untuk mendedahkan Air Asia X ada berhadapan dengan masaalah tidak cukup minyak untuk penerbangan ke India.

Kapalterbang terpaksa mendarat secara emergency di Sumatera. Ini menimbulkan persoalan apa akan jadi jika keadaan ini lambat dsedari. Oleh kerana Sumatera masih amat dekat dengan Kuala Lumpur, ia bermakna pihak Air Asia terbang tanpa isi minyak.

Penerbangan ke India tak isi minyak?

Tuntutan amaran ini sudah tidak boleh dihindarkan kerana ia melibatkan keselamatan dan menyusahkan orang ramai. Sudahlah kapalterbang Air Asia sering enggan berlepas tanpa cukup passenger macam teksi private sapu. Mereka sering tak peduli jika orang ramai perlu menunggu hinga 4 - 10 jam.

Lain pula tambang murah yang tidak jelas kerana pelbagai surcharge yang tak konsisten dan dibuat-buat sesuka hati sering berlaku.

Amaran yang paling teramat hingga gila punya keras harus disusuli dengan menahan penyambungan lesen operasi air Asia di malaysia yang pada kali terakhir hanya disambung untuk enam bulan.

Orang ramai tidak akan percaya dan puas hati jika mereka dibenarkan perbaharui lesen tanpa tindakan sewajar yang keras. Air Asia tidak boleh mengugut lagi kerana ada kapalterbang MAS, Firefly, Malindo dan lain-lain.   

Jika tiada tindakan yang berani dilakukan, berilah banyak-banyak amaran sampai mereka takut. - Agensi Husin Lempoyang

Wow! Selagi belum ada mati, kecuaian dibiarkan

9 ulasan:

  1. sangat sinis sindiran tuan haji. saya sungguh terasa dan hingga kini masih terkesima

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama12:52 PTG

    Amaran keras dari menteri Lembik?

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama1:16 PTG

    HISHAM BG AMARAN?HAHAHAHAAHAHAHAHHAAHAHAHAHAHH POCAH PORUT GOLAK!

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama3:09 PTG

    Dato Najib, buat rombakan kabinet. Masukkan Tan Sri Musa Hassan sbg MKDN, Gen Zaini di Kementah, TS Lee Lam Tye di JPM, Mufti Perak di JPM, Dato hassan Ali dan Nasharuddin. Keluarkan Hishamuddin, Shahidan, Hindraf

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama7:24 PTG

    KPI Kementerian Hisapuddin amat baik psl tu Najib lantik dia jd Menteri pegang dua(2) jawatan Menteri bukan sebab sepupu dia.mkn jugak Najib baca komen2 dlm blog.bila bercakap psl Hisapuddin semua org puji dia seorang Menteri yg berani memberi AMARAN!!!tp habuk pun tarah...

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Apa tunggu lagi, sekaranglah masanya untuk memberi amaran. Takkan nak tunggu 'our guest' unta padang pasir meninggal dalam pesawat baru nak ambil tindakan amaran.

    Saya menunggu amaran dari anda, Dato' Kris.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama3:13 PTG


    hisham jagi menteri pegang kote je la

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama3:14 PTG


    budak umno jugak yang undi ihsamudin ni jadi VP dalam umno.

    bongok hisham, lagi bongok yang undi isham

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.