Khamis, Jun 20, 2013
Jenaka orang Pahang baru
Pasti anda sudah dengar kisah ini.
Satu hari seorang orang Pahang pergi ke KL membawa kereta besar. Tentulah dia susah nak parking dan ke sana kemari. Bila ditanya orang kenapa tak bawak kereta kecik, katanya, "Koi orang Pahang."
Ketika berada di KL, dia menyewa bilik yang besar disebuah hotel yang besar dan mahal. Apabila kawan dia datang untuk bertemu, jenuh berjalan nak jumpa di coffeehouse. Ditanya kenapalah pilih hotel ini? Jawabnya "Isy ... koi orang Pahang."
Mengikut versi lama jenaka orang Pahang, dia akan mengisahkan kenduri besar dan malam penganti. Tapi ini jenaka orang Pahang versi baru sebab orang Pahang ahli politik.
Orang Pahang ini seorang pemimpin dan pegang jawatan paling tinggi. Dia bertanding sebagai calun Parlimen pada pilihanraya.
Sebelum mula kempen, dia kasi rakyat duit bagi membantu rakyat hadapi kenaikan harga barang dan model ekonomi baru yang pendapatan rakyat belum naik tapi gaji CEO berjuta-juta setahun.
Orang Cina dikasi banyak sekolah-sekolah. Orang India, orang kadazan, orang iban, dan rakyat pelbagai lapisan bangsa, pekerajaan, syarikat, dan lingkungan pendapatan mendapat bahagian masing-masing.
Rasanya orang sayang dia. Masa kempen, orang diminta luahkan kasih dan sayang mereka kepadanya.
Majlis kempen, makan busat dan ceramah mestilah besar-besaran dan pakai baju warna serupa. Orang memang ramai datang. Seorang pemimpin lama tanya kenapa kempen macam gitu. Katanya, "Koi pemimpin Pahang."
Bila keputusan keluar, orang Pahang ni dapat kurang kerusi dan majoriti kecil.
Ada salahkan Penasihat. Ada salahkan tentera kacang hantu. Ada salahkan cina. Ada salahkan duit tak turun. Ada salahkan orang UMNO tak pandai kempen .... macam-macamlah yang bersalah.
Semua malu dan tak mahu nak salahkan orang Pahang. Tak mahu gaduh ... nanti parti politik orang Pahang berpeccah belah dan sudah tak besar lagi.
Akhirnya ada orang pergi jumpa tanya orang Pahang ini kenapa keputusan begitu. Katanya, "Isteri koi orang Negeri Sembilan."
Wow! Nasib baik tak sebut mak orang Johor.
Orang rombau kena sound ngan org pahang - terus merajuk
BalasPadamhehehe... biar pun koi orang Pahang, tapi koi kecik je... Semut la katakan...
BalasPadamkoi orang temerloh,
BalasPadamayoh kawan orang pekan,
mok kome orang jerantet
koi isteri besar
BalasPadamisteri koi orang pahang juga. orang Lanchang...
BalasPadamPedas weh
BalasPadamKalau menang, mesti di ajawab koi orang pahang, isteri dah jadi orang pahanag dan emak pun kahwin orang pahang
BalasPadam