Sabtu, Jun 29, 2013

Rahsia datang masjid awal


Teringat Husin gambat Ahmadenijad bergambar tidor sempoi di masjid. Ada pula kisah seorang yang tidor di Masjid. Ramadan pun nak datang maka jenaka kita pun mula cerita masjid.

Ada seorang penuntut ilmu melihat gurunya sangat awal datang ke masjid menunaikan solat Subuh. Setiap kali dia datang ke masjid pada awal pagi, dia akan mendapati gurunya sudah lebih dahulu sampai.

Maka si murid bertanya kepada gurunya, "Wahai Tuan Guru, bolehkah Tuan Guru beritahu kepada saya teknik dan resepi datang ke masjid awal?"

Maka Sang Guru menjawab soalan muridnya dengan bertanyakan soalan, "Adakah kamu sudah berkahwin? "

Si Murid menjawab, "Belum Tuan Guru"

Maka Sang Guru lalu berkata : "Berkahwinlah "

Mengikut arahan Tuan guru maka si murid tersebut terus berkahwin. Namun yang menghairankan dirinya, bukanlah dia semakin awal ke masjid, malah semakin lambat ke masjid. Maka , setelah beberapa hari keadaan berlarutan, dia lalu mengadu kepada gurunya tersebut .

"Tuan Guru menyuruh saya berkahwin, dan saya telah pun berkahwin dengan harapan akan semakin cepat ke masjid namun yang berlaku sebaliknya. Saya bukan semakin awal ke masjid malah semakin lambat".

Maka Tuan Guru menjawab : "Berkahwinlah satu lagi"

Terkejut dengan jawapan gurunya tersebut. Kalau seorang isteri sudah lambat ke masjid apatah lagi berkahwin dua. Namun , disebabkan patuh dengan arahan gurunya maka dia berkahwin pula dengan isteri yang kedua. Namun keadaan masih berterusan sedemikian. Malah lebih lambat. Dia tetap terkalah dengan gurunya yang sentiasa lebih awal berada di masjid.

Sekali lagi dia mengadukan perkara ini kepada gurunya. Maka jawapan yang diberikan oleh gurunya sangat memeranjatkan dirinya.

Kata Tuan Guru, "Kalau begitu, kahwinlah seorang lagi."

Maka beliau sekali lagi melaksanakan arahan gurunya tersebut. Pada satu pagi, ketika Tuan Guru datang ke masjid. Beliau terkejut melihat muridnya sudah berada di masjid. Lebih awal daripada dirinya.

Tuan Guru bertanya sambil tersenyum, "MasyaAllah, apa rahsia kamu datang awal ke masjid pada pagi ini?"

Jawab Si Murid, "Bukan setakat datang awal Tuan Guru, malah saya tidur di masjid terus. Rahsianya kahwin nombor tiga. Pening kepala saya dengan semua, akhirnya masjidlah yang terbaik utk bermalam."

Tuan Guru tersenyum lalu berkata, "Alhamdulillah, kamu dah jumpa teknik dan rahsia datang awal ke masjid."

Adakah itu sebab Ahmaedinijad tidor di Masjid? Hehehe ... 

Sebut pasal Ahmaedinijad yang kelihatan begitu zuhud, sedih mendapat tahu syiah Iran dan Syria bersama bersekongkol dengan Yahudi wan Nasrani membunuh Sunni di Syira. Mengapa sampai demikian?  Bukankah orang Islam bersaudara?

Ini yang membuat ada pihak mengatakan ada mazhab tertentu syiah sesat dan menyelimpang jauh dari ajaran Islam. Ada kata ada Imam syiah yang mengina nabi, sahahat dan isteri nabi. Malah sedia bersekongkol dengan musuh Islam, Yahudi dan Nasrani [lihat You Tube sini]?

Wallahu alam ...  Sekarang ni, Husin hanya harap ada kekuatan dan kesungguhan untuk banyak tidor masjid Ramadan ini.

Wow! Berniaga tak untung, kahwin lagikah?

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama12:30 PG

    Ayatollah pasti beritahu Ahamadenijad kahwin banyak hingga terpaksa tidor masjid

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8:09 PTG

    Setahu saya darah sunni lagi halal untok syiah dari darah kafir.
    Mmg mereka patut d laknat DAN mereka ini sudah terlalu ramai d msia. Jab agama kita tidoq mengeruh kah atau mereka sudah berada d dlm jab agama islam dan menjadi talam.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.