Ahad, Julai 28, 2013

Teringin 'dancing fish'


Husin baca tulisan Putera Merdeka sini.

Dia memetik laporan Agendadaily dan laporan itu ada menulis "ada pihak melihat bekas Menteri Belia dan Sukan serta Pelancongan itu ‘bukan cabaran’ kepada Shahrizat"

Lalu Husin pun menghantar pantun melalui SMS kepada seorang ... hmmm kenalan:

Sabtu, Julai 27, 2013

Meow meow ....


Tiap-tiap hari buka puasa masuk TV ...

Jumaat, Julai 26, 2013

Che Long tak akan ambil duit melainkan ...


Che Long hantar SMS kepada semua pengundinya:

Saya Terima Kekalahan Itu Dengan Hati Yang Terbuka, Saya Berlawan Dengan Kerajaan Malaysia Yang Menawarkan Janji Ratusan Juta Kepada Rakyat Kuala Besut. Menteri Dan Timbalan Menteri Turun. Che Long Kalah, Biasa. Orang Semua Tahu Apa Janji (Mereka),"

Selasa, Julai 23, 2013

Selamat Hari Jadi Dato Najib


Selamat haji jadi ke 60, Dato Najib. Muga sihat dan cergas pemikiran semasa mentadbir negara.

Wah! Cantik dan comel kucing Dato.

Meow meow ...

Sempit-sempit pulang mengundi


Hari ini adalah hari kempen terakhir untuk kempen bag PRK Kuala Besut. Esok adalah hari pembuangan undi.

Adalah satu keluarga di Kuala Lumpur yang berasal dari Kuala Besut. Kebanyakan pengundi luar untuk Kuala Besut malas nak pulang mengundi. Dua bulan lepas dah balik mengundi maka malas merek anak balik tengah minggu dengan dua minggu lagi dah nak balik raya.

Keluarga ini adalah salah satu keluarga yang sedia balik untuk mengundi. Masaalah mereka adalah kereta yang ada cuma satu. Ahli keluarga ada tujuh orang.

Si ibu bersuara, "Guane nih....penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!"

Isnin, Julai 22, 2013

Tak faham-faham ke?


Dato Najib akan lancarkan bubur lambuk 1M4U. Bubur apa benda tu? Bubur 1M4U.... I Malaysia for you.

Kena tanya war room dan penasihat ni. Sama ke dengan ....

Sabtu, Julai 20, 2013

Ganti ayam dengan sardin cap ayam, Tak ada sardin ...


... makan Pak Menteri cap ayam.

Ayam sudah mahal. Ikut cadangan Pak Menteri, kita makan ikan dan daging.

Tak payah boikot lagi barangan Cina DAP dan hanya beli barangan keluaran Bumiputera. Kita beli saja sardin dan Menteri keluaran Cina yang dipasarkan syarikat Cina, Ah Jib Gor Marketing Sdn Bhd.

Alah kalau tak Cina pun, dia suka sekolah Cina.

Jumaat, Julai 19, 2013

Anak ikan pun asal bahagia, Abby


Anak ikan anak ikan le... Asal bahagia, Abby.

Bila kamu sudah umur 50 tahun dan suami masih muda umur 35, masa itu boleh kira lain cerita.

Hai! Dreber teksi pun tak minang lagi Mak Cik Timah

Rasa terpinggir pasal tak cukup kaya


Dato Rocky Bru menulis di sini mengenai senarai orang terkaya di Malaysia yang dikeluarkan oleh Forbes. Blogger Hantu Laut dari Sabah cuba bertanya di sini apa yang Cina tidak puashati lagi.


Husin cuba terjemah apa yang ditulisnya.

Dia mengajak kita semua mempersoalkan kembali sesuatu yang sering sudah diterimapakai. Jadi devil advocate atau terjemah literal Melayu peguam bela syaitan.

Adakah Cina benar-benar warga kelas kedua di negara ini? Terpinggir, diketepikan, tidak diiktiraf dan tidak dihargai?

Jika itu benar, bagaimana terdapat banyak Cina yang kaya di negara ini?

Rabu, Julai 17, 2013

Untung jadi Cina di Tanah Melayu


Alvin Tan dan Vivian Chong sudah minta maaf. Ini adalah suatu tindakan yang Namewee pun tidak lakukan.


Kata mereka, mereka tidak berniat untuk menghina. Lakukan berulang-ulang kali, tiada niat hina?

Selasa, Julai 09, 2013

Keputusan Makmal PEMANDU


Baca sini untuk faham cara baru menentukan mula bulan puasa.

Selamat berpuasa dan banyakan beribadah. Jangan lupa niat untuk puasa sebulan malam ini.

Maaf zahir batin.


Ahad, Julai 07, 2013

TRANSFORMASI cara menetapkan mula puasa


Tarikh melihat anak bulan Ramadan jatuh. pada petang hari Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah. Pada malam itu, penyimpan mohor besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan Puasa. 

Suatu masa dahulu, kita sering berdebat mengenai cara nak menentukan mula puasa. Cara lama adalah melihat anak bulan. Apabila terlambat, orang persoalkan cara ini kerana yang tengok tu Pak Imam dan Tok Lebai yang mata dah rabun.

Lalu kita tukar cara pada pendekatan hisab. Islam pun ada ilmu astrology yang dah lama diterima dan upaya mentukan waktu mula bulan. Kita di Malaysia, kononnya menggunakan dua-dua cara untuk memuaskan hati semua pihak. Sebenarnya dah lama guna hisab saja.

Sesuai dengan zaman TRANSFORMASI, polisi ekonomi yang inklusif dan meraikan merit dan mesra pasaran, anak-anak muda menuntut perubahan.

Mereka mahu lihat penentuan mula puasa mengambilkira negara yang berbilang kaum dan agama serta sikap pragmatisma. .


Khamis, Julai 04, 2013

Konsultan Imej mana punya kerja?


Alahai .... pesyen apa yang dipilihnya?

Dah macam ....

Isnin, Julai 01, 2013

Boss yang terus dijual PEMANDU


Dua orang bos besar sedang lepak-lepak sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos sorang ni berkata, "Hey, awak nak tahu, saya punya PEMANDU  punya laa bodoh. Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia".

Dia memanggil PEMANDU dia dan berkata,"Ah Beng... awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo".

Ah Beng jawab,"Yes sir! Orait!!" dan terus bergegas ke showroom kereta.

Bos yg satu lagi pulak berkata,"Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver lagi bodoh. Leman!, meh sini kejap!!".