Ahad, Julai 07, 2013

TRANSFORMASI cara menetapkan mula puasa


Tarikh melihat anak bulan Ramadan jatuh. pada petang hari Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah. Pada malam itu, penyimpan mohor besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan Puasa. 

Suatu masa dahulu, kita sering berdebat mengenai cara nak menentukan mula puasa. Cara lama adalah melihat anak bulan. Apabila terlambat, orang persoalkan cara ini kerana yang tengok tu Pak Imam dan Tok Lebai yang mata dah rabun.

Lalu kita tukar cara pada pendekatan hisab. Islam pun ada ilmu astrology yang dah lama diterima dan upaya mentukan waktu mula bulan. Kita di Malaysia, kononnya menggunakan dua-dua cara untuk memuaskan hati semua pihak. Sebenarnya dah lama guna hisab saja.

Sesuai dengan zaman TRANSFORMASI, polisi ekonomi yang inklusif dan meraikan merit dan mesra pasaran, anak-anak muda menuntut perubahan.

Mereka mahu lihat penentuan mula puasa mengambilkira negara yang berbilang kaum dan agama serta sikap pragmatisma. .


Sudah sampai masanya PEMANDU melibatkan diri untuk menentukan mula puasa. Bagi menentukan mula puasa Isnin, patut dipanggil makmal PEMANDU dari Sabtu hingga ke Isnin.


Seperti biasa, sebulan sebelum Makmal akan diadakan, akan keluar laporan berita dari PEMANDU tentang cara baru menentukan mula puasa yang pastinya dikatakan lebih baik, baru dan hebat dari cara pendekatan lama.

Sebelum makmal bermula, akan ada majlis pelancaran dengan Pak Menteri Dato Dr Jamil Khir beserta Dato Idris Jala mengetuk gong untuk mulakan makmal.

Acara kerajaan penting ada pelancaran dan penutup. Masa satu jam majlis pelancaran dan satu jam majlis penutup. Tak kira majlis sebenar setengah jam campuar masa kudapan.

Majlis pelancaran mesti mula dengan Imam Besar Masjid Negara atau kadhir mana-mana atau Mufti baca doa.. Macam itu saja kerja mereka. 

Makmal PEMANDU akan mula dengan taklimat dari pihak kerajaan dan yang berkuasa seperti Pengarah JAKIM, Pengerusi Majlis Fatwa, Pengarah Dewan Bahasa Pustaka (bukan bidang dia tapi setiap majlis mesti nampak muka), Pegawai Ugama Istana Negara, Yayasan Ikhtiar, Pusat Zakat dan tidak ketingalan Dato Azeez Rahim.

Taklimat akan diberi pada peserta-peserta yang menurut Dato Idris Jala adalah 'stakeholder' dalam industri berpuasa dan lain-lain pihak yang terlibat.  Konsep makmal membawa pihak berpuasa, stakeholder dan orang awam bersama menentukan mula puasa.


Peserta yang dipanggil adalah tukang ketuk kentong masjid-masjid dan surau-surau, bilal masjid-masjid dan suarau-surau azan untuk mulakan berbuka dan waktu sahur habis, pengedar makanan, hotel-hotel, restoren India Muslim dan gerai nasi campur, apek jual sayur dan ikan di pasar.

Kedai mamak diperlukan untuk tentukan mula puasa

Tidak ketinggalan adalah pengusaha pasaraya, pemborong dan pekedai makanan yang Islam mahu pun yang bukan Islam, pemandu teksi, bas, keretapi dan semua pengangkutan awam. 

Timbal balas nite club diperlu 
Disko, kelab malam, penjual arak, an lain-lain pihak yang terjejas perniagaan akan juga jadi peserta makmal. 

Turut juga 'stakeholder' adalah wakil-wakil wakil-wakil ugama lain yang terganggu kerja di pejabat kerana keluar makan tengahhari lama sangat dan ditinggalkan di pejabat untuk buat 'overtime' pasla yang Musim balik awal.

PEMANDU akan juga panggil orang bukan Islam yang turut serta berpuasa dan berbuka dengan orang Islam kerana mahu jaga badan dan turunkan berat badan.

Sama seperti Makmal yang dituruhkan PEMANDU yang sering melibatkan konsultan business seperti Ethos, McKensey, Boston Consulting, Arthur Aderson, Booz Allen Hamilton, dan lain-lain,  konsultan akan dipilih sebagai facilitator.

Keputusan melibatkan amalan Islam perlu melibatkan agama lain nampaknya

Bagi tujuan menentukan mula puasa, konsultan yang teramat sesuai dipilih adalah aktivis ugama yang diiktiraf PEMANDU iaitu gandingan NGO-NGO, Sister-in_slam, MCCCHST dan Interfaith Comission.

Makrib seperti ini yang jadi penyelenggara
Penyelanggara adalah Harris Ibrahim dan Hannah Yeoh

Hujah utama memilih mereka adalah hak orang Islam berpuasa hak orang bukan Islam untuk makan waktu siang dengan orang Islam terjejas.

Lagi pun, NGO-NGO ini boleh dapat yuran konsultansi dan ianya boleh disalurkan oleh NGO-NGO ini kepada Bersih 5.0 untuk terus berdemo dan mempersoalkan keputusan pilihanraya walaupun jika Pertubuhan Bangsa Bersatu yang mengendalikan.

Perkasa dan Persatuan Pengguna Islam tidak akan dijemput bersama tapi dibenarkan menyampaikan memorandum dan buat laporan polis serta berdemo dengan baju sewarna.

Hasil rumusan makmal akan dibuat selepas melihat anak bulan dan penjelasan dari ilmu hisab. Lain dari tradisi lepas, hasil rumusan maklmal menentu waktu puasa akan ditentukan dibawa sendiri oleh Omar Ong kepada Dato Najib.

Idris Jala ula bertanggungjawab menyampaikan rumusan makmal kepada jawatankuasa penentu mula puasa dan akan diperkenankan kepada majlis raja dan pemegang mohor besar raja-raja Melayu akan umumkan hari puasa.

Nak tentukan mula puasa pun perlu berfikiran global dan pasaran terbuka

Oleh kerana Omar Ong dah sampaikan dulu kepada Dato Najib, Omar sempat beri cadangan lain dari rumusan makmal dan akhirnya pemegang mohor raja-raja hanya perlu merujuk saja kepada Omar Ong.

Walaupun proses nampak lebih lama, lambat, berperingkat dan birokrasi, Idris Jala rasakan ianya lebih betul sebab melibatkan semua pihak dan bukan hanya pengamal ilmu hisab dan Tok Lebai yang melihat teropong menentukan mula puasa.

Ia juga boleh menjanakan RM10 juta tambahan nilai ekonomi (tidak termasuk RM100 juta kepada Ethos dan lain-lain konsultan kroni mereka) dan 434 pekerajaan baru.

Dengan demikian, semua pihak boleh menikmati tambahan ekonomi dari cara baru menentukan puasa melainkan orang Islam yang kena puasa dan lebih banyka beribadah.

10 ulasan:

  1. Tanpa Nama6:26 PTG

    Gila punyer taichi!

    Takot2 nanti ada pula memanda menteri yg join pak lah kat IJN!

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama11:27 PTG

    Sdra Sin,
    Ini adalah terbaik mengulas yang sebenar peranan Mustafa dan Idris dan peranan Jamil dalam globalisasi inklusive transformasi ethos dan Boston consulting.
    satu lagi lokasi untuk melihat anak bulan 1 malaysia adalah menara 4 di battersea power station.Najib masih ada di sana , nak tengok anak bulan dan tengah tinjau tinjau bangunan yang di beli olih tabung haji.
    Sin, ucap reima kasih, syabas.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama8:17 PG

    teruskan encik husin sampai mereka terjaga dari tidur....tq

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama9:27 PG

    ya teruskan...biar mereka tahu apa yg rakyat tahu...

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama11:03 PG

    Dah masa Father Khalid Samad umumkan puasa

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama6:12 PTG

    Sebelum sampai laporan rasmi PEMANDU kpd omar Ong, Menteri Pelancongan telah membuat bantahan rasmi disbbkn tiada input mengenai ank2 muda Islam menimum beer di tempat duduk F1 sepang.Ini mungkin akn menyebabkn kekurangan pelancong dtg ke M'sia di bln Ramadhan.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama12:17 PG

    Pada malam isnin 8.7.13 ini RTM membuat siaran pengumuman.
    Najib masih lagi kat menara 4 Battersea power stesen tengok anak bulan.
    Najib nak puka puasa dengan anak anak pembesar pembesar GLC Tabung Tabung korporat pegawai tinggi kerajaan,yang sedang menuntut di university dan kolej belia belia tajaan 1M4U dll di LONDON. Iman teraweh dah sten bye.
    Singgah sekejap lawat Jimmy CHU..
    arjuna waspada
    changkat lobak

    BalasPadam
  8. Belon Sarawak7:29 PTG

    Bagaimana pulak dengan mencari anak bulan untuk berhari raya? Mungkin Najib boleh hantar PEMANDU ke bulan dengan menggunakan roket DAP supaya yang di lihat itu betul-betul bulan dan bukan satalit atau lain-lain lembaga. Anwar, Guan Eng, haji Hadik patut di hantar bersama dan sebelum pulang tiolak mereka keluar dari roket supaya tidak lagi berlaku tunjuk perasaan di jalanan.

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama2:20 PG

    Pengalaman aku dengan Arthur Anderson ni mereka tak tau apa. Mereka mesyuarat dengan pegawai pegawai tanya apa mereka buat dan apa perancangan mereka lepas itu. kemudian minta lapuran tiap tiap minggu. Lapuran itulah yang mereka bentangkan kepada pihak pengurusan kononnya itulah hasil projek consultansi mereka. Nampak macam sama je modus operandi consultan consultant Najib ni.

    BalasPadam

Trol tidak disiarkan.