Rasanya begitulah sikap yang ditunjukkan oleh Dato Nazri Tan Sri Aziz apabila dia menjawab teguran mengambil anaknya sebagai Pegawai Khas.
Kalau dahulu, Khairy berhenti dari menjadi Timbalan Setiausaha Sulit kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebaik saja berkahwin dengan anaknya.
Ada surat pekeliling JPA jelas tidak benarkan anak dan keluarga pegang jawatan dalam pejabat sama termasuk Menteri dan Timbalan perdana Menteri.
Kalau Khairy perlu letak jawatan, Nazri pula tak boleh lantik anak.
Sebagai peguam terlatih, Nazri memang pandai menjawab:
"I don't care what people think. I don't care what bloggers, netizens, journalists write about me. You must know, I'm a trained lawyer and I know what I am doing”.
Kata Mummy Rokiah, sementang dia peguam, tak semesti "beliau boleh melakukan apa sahaja kerana tidak menyalahi undang-undang dan pergi jahanam dengan persepsi rakyat janji beliau happy dan seronok."
Dia juga turut berkata, "I
don't please anybody but myself. If making him a special officer makes
me happy then that's it. He (Nedim) is happy working for his father”.
Katanya lagi, "Today I am still a minister appointed by a bigger majority in my constituency, so what do they have to say?"
Sudah jadi dipilih rakyat dan dilantik Menteri, dia tak peduli apa orang kata. Dia boleh buat sesuka hati dia. Sindir Mummy, inikah maksudnya "winnable candidate' yang Dato Najib maksudkan?
Bila dah win, adakah dia boleh buat sesuaka hatinya?
Tak perlu Dato Najib menjawab untuk Nazri tapi katanya, asal sukarela dan tak dibayar gaji tak mengapa. Kalau tak bayar gaji, kenapa pula sudah diberi jawatan?
Isu utama adalah jawatan dan bukan pasal gaji atau sukarela. Disamping itu, reputasi Nedim itu jadi persoalan besar kerana sering kali terjebak dalam kontroversi.
Kalau sukarela boleh juga ditanya, siapa bayar gajinya?
Nazri kata, bapak dia dah kaya dan dia pun ada kereta besar, tak perlu ambil gaji. Orang akan tanya pasal harta bapa pula. Berapa banyak permit teksi yang dia sebat masa jadi Menteri Keusahawanan?
Ini hanya akan membuka lagi pekung di dada orang lain kerana ada menteri ada pegawai lebih dari peruntukan dan gaji dibayar oleh syarikat.
Bahaya main guna alasan sukarela.
Tak lama lagi, ada pula tawar diri secara sukarela jadi setiausaha politik, dan lain-lain jawatan untuk kuasa dan peluangd ari kedudukan.
Pernah Husin dengar ada magreb sukarela jadi pegawai khas Menteri tapi untuk batu loncatan masyhurkan diri dan cari tempat untuk jawatan politik, bukan untuk berkhidmat. Tak membantu langsung.
Mana lagi pegawai dan setiausaha-setiausaha politik yang hanya nak cari duit beratusan juta dan harta bertimbun-timbun agar damai abadi.
Mana pula cerita pembancuh kopi sukarela. Tak lama lagi, keluar balik cerita pembancuh kopi di Mahkamah Rayuan.
Lagi bahaya bila seorang pegawai yang masih lagi "membancuh kopi", ugut mahukan naik pangkat dan suruh buang orang lain.
Kalau tak sukarela pun, ada pula jadi Penasihat dengan gaji RM1. Bayar RM1 dapatnya ellek...
Tunggu masa, nanti ada mahu jadi PM sukarela atau TPM dan lain-lain. Berkhdimat tanpa gaji dan tanpa kuasa, mereka nak tak?
Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta
Anak Nazri ni patut jadi pegawai khas Anwar jer. In charge of entertainment bahagian malam sampai suboh. Lagi banyak pengelaman dia boleh dapat termasuk kena suntut kat boss dia.
BalasPadamBodoh betul Nazri tapi paling bodoh adalah Najib.
gaji sapa nak bayar der??
BalasPadammana ade org nak keje for free!!!
selangor pon koman2 ade penasihat kerajaan negeri gaji rm1!
tu pon kire bayar gaji la jugak!
selalunya gaji mereka tetap akan dibayar oleh kerajaan atas dasar lantikan politik walaupon bukan lantikan pegawai kerajaan yg biasa...
selalunya yg jadi P.A ni la yg kaduk naik junjung
lebih sudu dr kuah
lebih bos dari bos..
apatah lg yg anak kpd menteri!
apa jaminan tiada pilih kasih, telus bile anak menteri jd P.A?
sedangan P.A kepada KSU, pengarah, SUB bahagian di dalam sektor kerajaan pon dah mengada2
lebih sudu dari kuah
lebih bos dari bos
siap lempar2 fail
padahal umur baru setahun jagung dlm servis
gred pon x tinggi mana
dah eksyen
ni kan lagi anak menteri!
Ini tentu salah umno, umno yg sabotaj nazri. Umno berkonspirasi dan rasuahkan pegawai2 kementerian untuk masukkan nama budak tu dlm website kementerian.
BalasPadamFor those who believes in Nazri's statement(i know most of us don't believe so),it is a completely moronic statement.Lets look at the logical side. If government doesn't pays his son's salary, then who is paying his salary?Someone else with vested interest who can even lend their Hummer car?Giving Nazri benefit of the doubt,let's assume Nazri pays from his own pocket.Looking at his son's expensive and extravagant lifestyle, Nazri must be very rich to afford it.No wonder everyone is jostling for position in UMNO.
BalasPadamKalau Nadem buat kerja Ahli Parlimen(AP)Pdg Rengas sepatutnya duduk d pej.AP Pdg Rengas bukan d pej.Menteri.AP dan Menteri dua jawatan yg berlainan 'entity' walau jawatan itu d sandang org yg sama.jd Nazri nak lantik sape2 pun blh jd pegawai khasnya sbg AP Pdg Rengas tp tak bolehlah Nadem bekerja di pej.Menteri Pelancongan.pejabat tu gomen punya org bukan gomen mana boleh duk bekerja d situ.Malaysia Boleh!!!
BalasPadamKalupon di bayar gaji RM 1..elaun sahaja mesti kaw-kaw punya..kurangpun RM10K ma..
BalasPadamtam said....pak2 menteri pakat jadi lembu kenyang...ada dua tiga pak menteri yg selalu buat orang menyirap, ni salah sekoq...
BalasPadampembancuh kopi suka dan rela
BalasPadamprof dato khairul anas tu gay gila. apsal dok simpan lagi di PMO
sin...anak dia ada ofis kat kem. pelancongan ke?..giler babas nazri nih..
BalasPadamAh baru anak.
BalasPadamAda Menteri letak 50 kroni di pelbagai tempat macam dia kuasai kementeriaan.
Dahlah Pemandu kacau urusan kerajaan dengan ide bodh-bodoh yang tak dipikir panjang tapi kerja banyak.
Lagi pegawai kerajaan diketepikan